Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKTIF

JURNAL
MINGGUAN REFLEKSI
MINGGU
KETUJUH
(1 APRIL- 5 APRIL 2019)

NAMA PELAJAR : UMAIRA BINTI RAMLEE


OPSYEN/ KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM / PAI SR 3
NAMA SEKOLAH : S.K KAMPUNG TITINGAN TAWAU
TAJUK JURNAL : PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN MURID-MURID
KETIKA SESI PDPC

1 ISU/ MASALAH/ PERISTIWA


Bagi minggu ketujuh ini, saya tidak menghadapi masalah ketika sesi
pembelajaran di awal set induksi dan langkah pertama, namun ianya mulai
timbul ketika aktiviti seterusnya berlangsung dan kelihatan beberapa murid
mulai tunduk keletihan, mata menjadi kuyu dan tidak menjadi aktif ketika
aktiviti seterusnya berlangsung. Sesi soal jawab juga menjadi hambar
apabila hanya segelintir murid yang menunjukkan minat untuk menjawab.
Masalah ini berlaku bagi kelas yang dijadualkan selepas waktu rehat iaitu di
antara jam 10.45 hingga 11.45 pagi.

2 ANALISIS ISU/ MASALAH/ PERISTIWA


Apabila saya menghadapi masalah ini, tindakan pertama saya adalah
mencari punca disebalik perkara ini berlaku. Antara persoalan yang bermain
di fikiran adalah apa aktiviti yang di lakukan murid pada waktu rehat? Apa
sesi pembelajaran yang mereka lalui pada waktu pagi? Jam berapakah
mereka tidur pada waktu malam? Semua persoalan ini saya analisis dan
selidiki dengan sesi soal jawab dan pemerhatian terhadap murid-murid
yang dikenalpasti.
Antara faktor yang menjadi punca murid-murid mempunyai masalah kurang
tumpuan ini adalah aktiviti Pendidikan jasmani yang dilaksanakan pada
awal pagi menyebabkan beberapa orang murid keletihan. Bermain bola
sepak, larian marathon dan sebagainya merupakan aktiviti yang
memerlukan banyak tenaga sehinggakan para pelajar terasa penat dan
memerlukan rehat. Tidak cukup sekadar itu, murid-murid juga suka bermain
ketika waktu rehat diperuntukkan kepada mereka untuk makan. Keadaan
ini menambahkan lagi punca murid-murid tidak mampu melibatkan diri
secara aktif dalam kelas. Selain itu, sikap murid itu sendiri menjadi
penyebab kepada masalah ini. Berdasarkan temurumah, kebanyakan
Page 1|4
JURNAL REFLEKTIF
mereka juga
MINGGUAN
tidur lewat
malam dengan bermain game, online facebook, menonton televisyen dan
sebagainya.
Selain faktor di atas, faktor persekitaran juga menyumbang kepada perkara
di atas. Didapati, pdpc selepas waktu rehat dan sebelum sesi persekolahan
berakhir membuatkan murid-murid hilang tumpuan. Kekenyangan, malas
dan mengantuk di samping keadaan kelas yang bising menyebabkan murid-
murid tidak mampu meneruskan pembelajaran sehingga keakhir sesi.
3 KAJIAN LAMPAU
Kajian yang dibuat oleh Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip dari fakulti
Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris
melalui tajuk kajian beliau: faktor, kesan dan strategi menangani
permasalahan kurang tumpuan pelajar sekolah menengah di dalam kelas
telah menyatakan bahawa sikap pelajar merupakan faktor penyebab
mereka hilang tumpuan di dalam kelas. Ketika kerja rumah terlalu banyak
dan nota yang tertangguh ingin dipungut oleh guru, kebanyakan mereka
akan tidur lewat malam. Selain itu, sikap suka berangan dan tidak minat
untuk belajar juga menjadi faktor pelajar hilang tumpuan. Pelajar akan
terpinga-pinga semasa guru bertanyakan soalan. Faktor kedua yang
dinyatakan ialah persekitaran (kelas bising, kotor, kedudukan di belakang).
Didapati, pdpc selepas waktu rehat dan sebelum sesi persekolahan
berakhir lebih cenderung membuatkan pelajar hilang tumpuan di dalam
kelas. Pelajar yang sudah makan sewaktu sesi rehat akan kekenyangan dan
mudah menjadi malas dan mengantuk semasa pdpc dijalankan. Keadaan
kelas yang kotor, bising dan panas juga menjadi faktor utama pelajar hilang
tumpuan.
Dari sudut kesan hilang tumpuan ini, hasil kajian menunjukkan prestasi
pelajaran murid itu merosot. Kurang memahami pelajaran yan diajar
menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab peperiksaan atau ujian dengan
baik. Kedua, kajian mendapati apabila pelajar tidak fokus dalam pdpc,
pelajar akan ketinggalan dan tidak mengetahui isi kandungan pelajaran.
Apabila diajukan soalan pelajar akan terpinga-pinga kerana tidak
memahami isi kandungan yang disampaikan oleh guru sewaktu proses pdpc
dijalankan.
Antara strategi menangani pelajar hilang tumpuan dalam kelas menurut

Page 2|4
JURNAL REFLEKTIF
Amir Hasan
MINGGUAN
(2009),
dalam sebuah bilik darjah setiap individu mempunyai psikologi dan
kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Maka, pengajaran
yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan perlu
disokong (dengan menggunakan bahan bantu mengajar) bagi merangsang
perkembangan potensi individu ketahap yang maksimum. Kenyataan ini
selari dengan prinsip yang dikemukakan oleh Suppiah, Ramlah dan Abdul
Aziz (2008) mengatakan bahawa guru harus mengaplikasikan pengetahuan
Psikologi Pendidikan semasa proses pdpc. Seorang guru harus memahami
tingkah laku pelajar dengan lebih mendalam seperti tingkah laku yang
sukakakan perhatian guru, suka memencil diri, tingkah laku pelajar pintar,
dan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran kerana kesannya memberi
impak yang besar terhadap prestasi pelajaran pelajar,
CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH
Dalam mengendalikan masalah kurang tumpuan ini,
1. Guru perlu menganalisis reaksi dan tindakan murid ketika sesi pdpc
berlangsung seperti tundukkan kepala di atas meja, mata mulai kuyu,
tiada respon ketika sesi soal jawab dan melakukan perkara lain
seperti membelek buku, cek pensil dan sebagainya. Guru perlu
bertanya murid-murid tersebut apa yang dialami oleh mereka ketika
itu.
2. Guru perlu bertindak mengikut situasi. Sekiranya didapati murid
mengantuk, maka guru perlu memberikan masa sedikit masa untuk
mereka berehat atau ‘take 5 minute’, ataupun menggunakan kaedah
gaming seperti ‘game brain’, menyanyi, aktiviti urutan secara
berkumpulan dan sebagainya.
3. Guru harus melaksanakan aktiviti yang memerlukan pergerakan
fizikal seperti permainan secara berkumpulan agar murid kembali
aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pdpc.

5 TEMPOH MASA
. Pelaksanaan dilakukan pada minggu seterusnya dan diimplimentasikan di
dalam kelas terutamanya pada sesi pdpc selepas waktu rehat
6 TINDAKAN SUSULAN
Page 3|4
JURNAL REFLEKTIF
. 1. Guru
MINGGUAN
perlu
sentiasa melihat kelas secara keseluruhanya dengan melihat riak
muka dan reaksi murid ketika pdpc berlangsung.. Sekiranya murid-
murid kelihatan keletihan, guru harus memberhentikan seketika
aktiviti pdpc
2. Guru perlu merancang strategi aktiviti untuk meningkatkan semangat
dan keaktifan murid seperti brain game, menyanyi dan tepuk tangan
atau ‘take 5minute’ untuk murid berehat bagi masa kelas yang
Panjang.
3. Guru perlu merancang pengajaran harian dengan menyelitkan aktiviti
yang memerlukan fizikal supaya murid-murid bergerak aktif dan
mengurangkan masalah mengantuk dan tidak fokus dalam kelas.
7 RUJUKAN
- Hasan Hj Mohd Ali (1996), Strategi Belajar yang berkesan. Kuala
Lumpur. Utusan Publication Distributors.
- Amir Hassan Dawi (2009), Sekolah dan Masyarakat. Quantum Books,
Tanjung Malim.
- Suppiah Naciappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor
(2008). Psikologi Pendidikan, Oxford Fajar.
- Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip. Kajian thesis: Faktor, Kesan
dan Strategi menangani permasalahan kurang tumpuan pelajar
sekolah menengah di dalam kelas: suatu kajian kualitatif. Fakulti
Pendidikan dan Pembanginan manusia, UPSI.
8 KESIMPULAN
Guru merupakan penyumbang terbesar dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan. Prestasi pelajar dilihat pada keberkesanan dalam pengajaran
di kelas. Maka faktor penyebab berlakunya masalah kurang tumpuan dalam
kelas perlu diatasi segera. Guru perlu lebih mengutamakan keberkesanan
pengajaranya dengan mengurangkan faktor penyebab kurang tumpuan
dalam kelas. Selain itu, guru perlu menggunakan pengetahuan pedagoginya
dengan baik agar proses pengajaran dan pembelajaran sempurna. Ini
kerana guru merupakan tunjang utama dalam membantu sekolah
menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing.

Page 4|4

Anda mungkin juga menyukai