Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

KAMPUS KENT TUARAN

JURNAL REFLEKSI MINGGU KETUJUH


(1 APRIL- 5 APRIL 2019)

NAMA PELAJAR : UMAIRA BINTI RAMLEE


OPSYEN/ KUMPULAN : PENDIDIKAN ISLAM / PAI SR 3
NAMA SEKOLAH : S.K KAMPUNG TITINGAN TAWAU
TAJUK JURNAL : PERMASALAHAN KURANG TUMPUAN MURID-MURID KETIKA SESI PDPC

1 ISU/ MASALAH/ PERISTIWA


Bagi minggu ketujuh ini, saya tidak menghadapi masalah ketika sesi pembelajaran di awal set induksi dan langkah pertama,
namun ianya mulai timbul ketika aktiviti seterusnya berlangsung dan kelihatan beberapa murid mulai tunduk keletihan, mata
menjadi kuyu dan tidak menjadi aktif ketika aktiviti seterusnya berlangsung. Sesi soal jawab juga menjadi hambar apabila
hanya segelintir murid yang menunjukkan minat untuk menjawab. Masalah ini berlaku bagi kelas yang dijadualkan selepas
waktu rehat iaitu di antara jam 10.45 hingga 11.45 pagi.

2 ANALISIS ISU/ MASALAH/ PERISTIWA


Apabila saya menghadapi masalah ini, tindakan pertama saya adalah mencari punca disebalik perkara ini berlaku. Antara
persoalan yang bermain di fikiran adalah apa aktiviti yang di lakukan murid pada waktu rehat? Apa sesi pembelajaran yang
mereka lalui pada waktu pagi? Jam berapakah mereka tidur pada waktu malam? Semua persoalan ini saya analisis dan
selidiki dengan sesi soal jawab dan pemerhatian terhadap murid-murid yang dikenalpasti.
Antara faktor yang menjadi punca murid-murid mempunyai masalah kurang tumpuan ini adalah aktiviti Pendidikan jasmani
yang dilaksanakan pada awal pagi menyebabkan beberapa orang murid keletihan. Bermain bola sepak, larian marathon dan
sebagainya merupakan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga sehinggakan para pelajar terasa penat dan memerlukan
rehat. Tidak cukup sekadar itu, murid-murid juga suka bermain ketika waktu rehat diperuntukkan kepada mereka untuk
makan. Keadaan ini menambahkan lagi punca murid-murid tidak mampu melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Selain itu,
sikap murid itu sendiri menjadi penyebab kepada masalah ini. Berdasarkan temurumah, kebanyakan mereka juga tidur lewat
malam dengan bermain game, online facebook, menonton televisyen dan sebagainya.
Selain faktor di atas, faktor persekitaran juga menyumbang kepada perkara di atas. Didapati, pdpc selepas waktu rehat dan
sebelum sesi persekolahan berakhir membuatkan murid-murid hilang tumpuan. Kekenyangan, malas dan mengantuk di
samping keadaan kelas yang bising menyebabkan murid-murid tidak mampu meneruskan pembelajaran sehingga keakhir
sesi.
3 KAJIAN LAMPAU
Kajian yang dibuat oleh Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip dari fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti
Pendidikan Sultan Idris melalui tajuk kajian beliau: faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan
pelajar sekolah menengah di dalam kelas telah menyatakan bahawa sikap pelajar merupakan faktor penyebab mereka hilang

Page 1|3
JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
KAMPUS KENT TUARAN

tumpuan di dalam kelas. Ketika kerja rumah terlalu banyak dan nota yang tertangguh ingin dipungut oleh guru, kebanyakan
mereka akan tidur lewat malam. Selain itu, sikap suka berangan dan tidak minat untuk belajar juga menjadi faktor pelajar
hilang tumpuan. Pelajar akan terpinga-pinga semasa guru bertanyakan soalan. Faktor kedua yang dinyatakan ialah
persekitaran (kelas bising, kotor, kedudukan di belakang). Didapati, pdpc selepas waktu rehat dan sebelum sesi persekolahan
berakhir lebih cenderung membuatkan pelajar hilang tumpuan di dalam kelas. Pelajar yang sudah makan sewaktu sesi rehat
akan kekenyangan dan mudah menjadi malas dan mengantuk semasa pdpc dijalankan. Keadaan kelas yang kotor, bising dan
panas juga menjadi faktor utama pelajar hilang tumpuan.
Dari sudut kesan hilang tumpuan ini, hasil kajian menunjukkan prestasi pelajaran murid itu merosot. Kurang memahami
pelajaran yan diajar menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab peperiksaan atau ujian dengan baik. Kedua, kajian mendapati
apabila pelajar tidak fokus dalam pdpc, pelajar akan ketinggalan dan tidak mengetahui isi kandungan pelajaran. Apabila
diajukan soalan pelajar akan terpinga-pinga kerana tidak memahami isi kandungan yang disampaikan oleh guru sewaktu
proses pdpc dijalankan.
Antara strategi menangani pelajar hilang tumpuan dalam kelas menurut Amir Hasan (2009), dalam sebuah bilik darjah setiap
individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Maka, pengajaran yang dirancang
perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan perlu disokong (dengan menggunakan bahan bantu mengajar) bagi
merangsang perkembangan potensi individu ketahap yang maksimum. Kenyataan ini selari dengan prinsip yang dikemukakan
oleh Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008) mengatakan bahawa guru harus mengaplikasikan pengetahuan Psikologi
Pendidikan semasa proses pdpc. Seorang guru harus memahami tingkah laku pelajar dengan lebih mendalam seperti tingkah
laku yang sukakakan perhatian guru, suka memencil diri, tingkah laku pelajar pintar, dan pelajar yang bermasalah dalam
pelajaran kerana kesannya memberi impak yang besar terhadap prestasi pelajaran pelajar,
CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH
Dalam mengendalikan masalah kurang tumpuan ini,
1. Guru perlu menganalisis reaksi dan tindakan murid ketika sesi pdpc berlangsung seperti tundukkan kepala di atas
meja, mata mulai kuyu, tiada respon ketika sesi soal jawab dan melakukan perkara lain seperti membelek buku,
cek pensil dan sebagainya. Guru perlu bertanya murid-murid tersebut apa yang dialami oleh mereka ketika itu.
2. Guru perlu bertindak mengikut situasi. Sekiranya didapati murid mengantuk, maka guru perlu memberikan masa
sedikit masa untuk mereka berehat atau ‘take 5 minute’, ataupun menggunakan kaedah gaming seperti ‘game
brain’, menyanyi, aktiviti urutan secara berkumpulan dan sebagainya.
3. Guru harus melaksanakan aktiviti yang memerlukan pergerakan fizikal seperti permainan secara berkumpulan
agar murid kembali aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pdpc.

Page 2|3
JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
KAMPUS KENT TUARAN

5. TEMPOH MASA
Pelaksanaan dilakukan pada minggu seterusnya dan diimplimentasikan di dalam kelas terutamanya pada sesi pdpc selepas
waktu rehat
6. TINDAKAN SUSULAN
1. Guru perlu sentiasa melihat kelas secara keseluruhanya dengan melihat riak muka dan reaksi murid ketika pdpc
berlangsung.. Sekiranya murid-murid kelihatan keletihan, guru harus memberhentikan seketika aktiviti pdpc
2. Guru perlu merancang strategi aktiviti untuk meningkatkan semangat dan keaktifan murid seperti brain game,
menyanyi dan tepuk tangan atau ‘take 5minute’ untuk murid berehat bagi masa kelas yang Panjang.
3. Guru perlu merancang pengajaran harian dengan menyelitkan aktiviti yang memerlukan fizikal supaya murid-
murid bergerak aktif dan mengurangkan masalah mengantuk dan tidak fokus dalam kelas.
7 RUJUKAN
- Hasan Hj Mohd Ali (1996), Strategi Belajar yang berkesan. Kuala Lumpur. Utusan Publication Distributors.
- Amir Hassan Dawi (2009), Sekolah dan Masyarakat. Quantum Books, Tanjung Malim.
- Suppiah Naciappan, Ramlah Jantan, & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan, Oxford Fajar.
- Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip. Kajian thesis: Faktor, Kesan dan Strategi menangani permasalahan
kurang tumpuan pelajar sekolah menengah di dalam kelas: suatu kajian kualitatif. Fakulti Pendidikan dan
Pembanginan manusia, UPSI.
8 KESIMPULAN
Guru merupakan penyumbang terbesar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Prestasi pelajar dilihat pada keberkesanan
dalam pengajaran di kelas. Maka faktor penyebab berlakunya masalah kurang tumpuan dalam kelas perlu diatasi segera.
Guru perlu lebih mengutamakan keberkesanan pengajaranya dengan mengurangkan faktor penyebab kurang tumpuan dalam
kelas. Selain itu, guru perlu menggunakan pengetahuan pedagoginya dengan baik agar proses pengajaran dan pembelajaran
sempurna. Ini kerana guru merupakan tunjang utama dalam membantu sekolah menghasilkan pelajar yang berkualiti dan
berdaya saing.

Page 3|3

Anda mungkin juga menyukai