Anda di halaman 1dari 25

SURAH

AL-INSAN

1

2

TERJEMAHAN SURAH

Mafhum nya:

Bukan kah telah berlaku kepada yang bernama manusia itu, di satu ketika dari
masa yang beredar, sedangkan dia (yang masih belum diwujudkan lagi, ketika
itu) tidak pernah disebut-sebutkannya. (Kalau dari ‘tiada’, dari masa yang tidak
pernah disebut-sebutkan itu, manusia dicipta, TIDAK kah boleh, Allah mencipta
manusia itu selepas dimatikan nanti?).(1)

Mafhum nya:

Sesungguhnya, Kami telah mengaturkan cara mencipta manusia itu bermula
dari air mani yang bergabung (dari pati benih lelaki dan perempuan, dan
(setelah dicipta), Kami akan menguji mereka dengan kebertanggungjawaban
mereka pada hidup ini dan pada Allah, dengan cara memberi mereka
keupayaan mendengar dan melihat .(2)

Mafhum nya:

(sebagai tambahan) Kami telah membimbing mereka melalui penghantaran
Rasul ke arah jalan-jalan (yang benar atau yang salah), maka menjadi PILIHAN
bagi mereka sama ada akan menjadi orang yang BERSYUKUR atau menjadi
orang yang KUFUR.(3)

3

Mafhum nya:

Sesungguhnya, Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kufur
itu dengan rantai-rantai, belenggu besi, dan seterusnya dengan api
yang menjulang-julang.(4)

Mafhum nya:

Dan sesugguhnya, bagi orang-orang ABRAR (yang berbakti, beriman dan taat)
mereka minum minuman dari piala yang unik dengan air bercampur dengan
sejenis campuran yang lazat.(5)

Mafhum nya:

Ianya terdiri dari mata air syurga yang disedia untuk diminum darinya, oleh
hamba-hamba Allah yang taat, di mana mereka dapat mengalirkan air itu ke
tempat tinggal mereka, dengan cara aliran yang mudah sekali yang memenuhi
keperluan mereka.(6)

Mafhum nya:

(kesenangan begini dikurniakan) kepada mereka kerana mereka telah
menyempurnakan tanggungjawab mereka dan mereka sentiasa takut hadapi
Hari Akhirat di mana seksaannya merebak ke sana sini.(7)

Mafhum nya:

4

Mereka juga sentiasa memberi makan kepada orang-orang miskin , anak-anak
yatim, dan tawanan perang, dari rezeki yang mereka perolehi dan yang
mereka sangat sayang.(8)

Mafhum nya:

Sekaligus dengan itu, mereka akan berkata: “Kami memberi makan tersebut
pada kamu adalah kerana Allah, Kami tak perlu kepada sebarang balasan mau
pun ucapan terima kasih”.(9)

Mafhum nya:

“kami sebenarnya takut pada Allah, takutkan azab Nya pada hari Akhirat
nanti, di mana pada hari itu, wajah orang-orang pada hari itu penuh dengan
tekanan dan berkerut-kerut”.(10)

Mafhum nya:

(dengan kesedaran itu, dan atas amalan mereka itu)maka Allah akan
menyelamatkan mereka dari kesengsaraan pada hari itu dan memberikan
mereka keceriaan dengan wajah yang berseri-seri.(11)

Mafhum nya:

Dan Allah akan membalaskan pada mereka atas kesabaran mereka dengan
Syurga dan persalinan dari sutera.(12)

5

Mafhum nya:

Mereka beristirehat di dalam Syurga Allah dengan keadaan berteleku di atas
pelamin-pelamin yang terhias; tidak kelihatan matahari, atau hawa panas, dan
tiada dingin melampau.(13)

Mafhum nya:

Mereka sentiasa sahaja dinaungi oleh pohon-pohon yang mendekati mereka;
untuk memudahkan mereka memetik buah-buahan nya dengan senang.(14)

Mafhum nya:

Selain dari itu terdapat pelayan ‘budak-budak Syurga’,yang memegang bijana
dari kaca yang penuh dengan air minuman.(15)

Mafhum nya:

Pembalut kaca bijana itu adalah dari perak, dan budak-budak pelayan itu akan
menentukan kadar isian minuman sekadar yang sesuai dengan kehendak
pengguna.(16)

Mafhum nya:

Minuman yang disediakan itu dari jenis campuran‘zanzabil’ atau air halia
muda.(17)

6

Mafhum nya:

Sumber air itu adalah dari sebuah mata air dalam Syurga yang dikenali sebagai
SALSABILA.(18)


Mafhum nya:

Mereka dilayani oleh ‘budak-budak Syurga’, lelaki yang kekal sifat-sifat
mereka; yang beredar-edar disekitar mereka sehingga jika engkau dapat
melihat mereka seolah-olah mereka seperti mutiara yang bertaburan.(19)

Mafhumnya:

Sekaligus jika dapat melihat ke dalam syurga nescaya engkau melihat penuh
dengan nikmat yang melimpah-ruah, dan kekuasaan yang mutlak tanpa tolok
banding.(20)

Mafhum nya:

Pakaian-pakaian mereka berwarna hijau, diperbuat dari sutra-sutra halus dan
kasar yang bertekad, dihiasi dengan gelang-gelang perak, dan mereka diberi
minum oleh Allah dengan minuman yang bersih suci.(21)

Mafhum nya:

7

(mereka diperkatakan oleh Allah dengan kata-kata berikut; “sesungguhnya
segala anugerah ini adalah untuk kamu-kamu semua sebagai balasan atas
usaha-usaha kamu dulu yang telah diterima Allah dan dihargai”.(22)

Mafhum nya:

Sesungguhnya, Kami telah mnurunkan al Quraan secara beransur-ansur.(23)

Mafhum nya:

Maka wajar lah Engkau bersabar menerima hukum Allah, (iaitu memberi masa
tertentu agar yang kufur itu akan balik kepada Allah) dan pada masa itu
jangan sekali-kali Engkau mengikut telunjuk orang yang banyak dosa dan yang
kufur pada Allah.(24)

Mafhum nya:

Perbanyakkan lah menyebut nama-nama Allah dengan lidah dan dengan hati
pada awal pagi dan juga pada sebelah petang.(25)

Mafhum nya:

(Dalam keadaan apapun) diwaktu malam perbanyakkan lah sujud (solat
tahajud) dan bertasbih lah dalam malam yang panjang.(26)

Mafhum nya:

8

Sesungguhnya orang yang menentang mu itu, adalah mereka yang terlalu suka
kepada dunia yang bersifat sementara itu dan membelakang kan hari Akhirat
yang amat berat balasannya(.27)

Mafhum nya:

Kami lah yang telah mencipta mereka, dan melalui tulang-tulang mereka kami
perkuatkan sendi-sendi mereka, saraf-saraf badan mereka dan jika Kami
kehendaki, akan Kami gantikan dengan orang serupa dengan mereka, sebagai
penggantian yang terbaik.(28)

Mafhum nya:

Ini adalah menjadi peringatan kepada sesiapa sahaja, dan bagi mereka yang
maukan kebaikan diri mereka, maka pilihlah jalan yang mendekatkan mereka
dengan Allah dengan taat kepada Nya dan beriman.(29)

Mafhum nya:

Sesungguhnya, apa saja yang kamu mahukan itu hanya akan terjadi jika ianya
di taufiq kan oleh Allah. Sesungguh Allah itu maha Berkuasa dan maha
Bijaksana.(30)

Mafhum nya:

9

Allah sahaja yang boleh merestui sesiapa saja di bawah Rahmat Nya kepada
yang Dia kehendaki; sedang orang-orang yang zalim dan kufur disediakan
kepada mereka azab yang paling pedih.(31)




10

SINOPSIS SURAH AL-INSAAN

Surah Al-Insan adalah Surah ke-76 dan diturunkan di Madinah mengandungi


31 ayat. Keseluruhan Surah ini menyarankan kita supaya mengambil
perhatian ke atas saranan-saranan yang diberi dalam 31 ayat ini demi
menjadikan manusia yang sempurna di sisi Allah.

Surah ini memberi bisikan yang halus menyeru kepada ketaatan pada Allah,
berlindung dengan Allah, memperolehi keredaanNya, merasai restuNya,
takut pada azabNya, dan berjaga-jaga atas ujianNya, dan memperolehi
hikmahNya dalam kejadian, nikmat, ujian dan...

(Petikan dari Syed Qutub; Tafsir Fi Zhilalil Quran ms 3777 Juzu' 6)

Surah ini mengajak KITA mengenali manusia sempurna yang dicadangkan
oleh Allah. Memahami diri ini terlalu hina dicipta Allah dan tidak mahu
membesar diri dan menolak Allah. Bersikap suka memberi makan kepada
orang dari rezeki yang kita terima tanpa mengharapkan balasan atau mahu
diucapkan terima kasih.

IKHLAS dalam bersedekah, takut yang amat sangat kepada hari dibangkitkan
semula di mana semua manusia dalam keadaan yang sangat sukar dan
mengharapkan Allah melepaskan mereka dari kesusahan itu.

Al-Quran sekali lagi ditonjolkan sebagai Kitab pembentuk rohani seseorang
itu dengan menyarankan KITA BERSABAR menerima hukum Allah. Tidak
terlibat dengan dosa dan nista. Mengingati Allah di semua ketika, dan di
malam hari ia sujud dan BERTASBIH kepada Nya.

Adalah disarankan agar KITA menjadikan Al-Quran itu sebagai peringatan
dan tazkirah pada diri kita dalam hidup di dunia ini. MEMOHON RAHMAT
ALLAH dan yakin Allah itu MAHA MENGETAHUI hambanya, dan PENUH
HIKMAH segala ajaranNya melalui Al-Quran.‫وﷲ أﻋﻠﻢ‬

11

TAFSIRAN SURAH AL-INSAAN

Mafhum nya:

Bukankah telah berlaku kepada yang bernama manusia itu, satu ketika dari
masa yang beredar, sedangkan ia (masih belum wujud lagi dan) tidak pernah
disebut-sebutkannya?
(Kalau dari tiada, dari masa yang tidak pernah disebut-sebutkan itu, manusia
dicipta, TIDAKkah boleh Allah mencipta manusia selepas dimatikan?).(1)

Sesungguhnya, Kami telah mengaturkan cara mencipta manusia bermula dari


air mani yang bergabung (dari pati benih lelaki dan perempuan), dan (setelah
dicipta)Kami akan menguji mereka dengan kebertanggungjawaban pada hidup
dan Allah, dengan cara memberi mereka keupayaan mendengar dan
melihat.(2)

(Sebagai tambahan) Kami telah membimbing mereka melalui penghantaran


Rasul ke arah jalan-jalan (yang benar dan yang salah) maka menjadi PILIHAN
bagi mereka sama ada ia akan menjadi orang yang BERSYUKUR atau menjadi
orang KUFUR.(3)

Tafsiran ayat-ayat 1-3:

Ayat 1, dari Surah ini, jika diteliti akan menyentuh kehalusan perasaan hati
manusia iaitu dengan meneliti persoalan-persoalan berikut:

12

1) Di mana manusia itu sebelum ianya dicipta?
2) Siapa yang menciptanya?
3) Siapa yang menjadikannya ‘tersebut-sebut’ dalam hidup ini, walaupun
tiada sebutan berlaku sewaktu dalam alam azali?
4) Di mana ianya sebelum itu?

Firman Allah dalam Ayat 1 di atas, tafsirnya:

"Bukankah telah berlaku kepada semua manusia, di mana pada satu ketika dalam
peredaran masa, yang ia pada masa itu belum wujud lagi dan tidak pernah disebut-sebut
pun? Tiba-tiba mereka dicipta dari tiada kepada ada dan mulalah diri mereka disebut-
sebutkan! (Hakikat ini menunjukkan yang manusia ITU boleh dicipta semula dari tiada
selepas mati kepada ada di hari akhirat nanti dan diperiksa semua amalan baik buruk
mereka itu)."

Bolehkah kita menafikan kemungkinan bangkit semula itu, kerana kita sudah
melalui satu tahap pergerakan dari tiada kepada ada?

Dalam satu kenyataan logik ialah, "Siapa yang mewujudkan manusia selepas
satu masa ketiadaan apa-apa (tiada apa-apa sebutan mengenainya), dan
siapakah yang akan menghalang ianya dibangkitkan semula dan
menghidupkannya selepas ia mati."

Ada yang menyatakan bahawa "ketika satu masa itu" dirujuk kepada waktu
manusia itu sudah berada dalam perut ibunya, dan pada masa itu ia hanya
disebut sebagai 'kandungan' sahaja, tiada nama, tiada pangkat, dan tiada
kenalan.

Tahukah siapa yang mencipta mereka, daripada keadaan 'tidak pernah
disebut' itu kepada alam ini? Apakah hakikat asal kejadian ini?

Hakikatnya, manusia semua dicipta melalui percampuran pati air mani lelaki
dan perempuan dalam rahim, dan matlamatnya ialah menguji mereka
setelah mereka dikurniakan kebijaksanaan untuk berfikir. Mereka adalah
manusia dan berfikiran. Cukupkah fikiran semata-mata untuk mereka
menuju matlamatnya? Atau mereka perlu kepada bimbingan dari Rasul dan
Al-Quran? Mereka perlu kepada bimbingan para Rasul dan Kitab-Kitab nya,
dan di antara hikmatnya ialah menunjuk jalan hidayah kepada jalan Allah,
memandu mereka melalui Al-Quran atau kitab, dan memberi KEBEBASAN
kepada mereka untuk membuat pilihan.

13

Ayat-Ayat (2) dan (3) di atas memberi 3 sentuhan kepada kita,

1) Menyentuh perasaan, mengimbas kembali perkembangan kehidupan
kita.

2) Menyentuh tentang asal usul kita.

3) Menyentuh peluang menuju hidayah Allah.

Kita diberi kuasa MEMILIH, sama ada memilih ke arah menjadi orang yang
BERSYUKUR, atau menjadi orang yang KUFUR.

Konsep PILIHAN ini dipadankan dari sebuah hadis, riwayat Imam Ahmad.
Kata Imam Ahmad yang diriwayatkan oleh Ma'amar bin Abi Khaisam, dari
Abd Rahman bin Sabit dari Jabir bin Abdullah yang berkata, Rasulullah
pernah bersabda kepada seorang sahabat, iaitu Ka'ab bin Ujrah, Sabdanya
bermaksud:

"Semoga Allah melindungi kamu dari 'Pihak Berkuasa Pembohong'.


Tanya sahabat, siapa tu?
Jawab Rasulullah, "Mereka adalah pemimpin atau ketua selepasku yang
tidak lagi mengikut ajaranku dan hidayahku, tidak melaksanakan sunahku,
sesiapa yang meng'iya'kan pembohongan mereka atau membantu
melaksanakan kezaliman mereka, maka mereka bukan dari umatku. Sesiapa
pula yang menentang mereka dan tidak membantu melaksanakan kezaliman
mereka, mereka adalah dari umatku dan akan meminum dari telagaku di
akhirat nanti”.
Wahai Ka'ab, "Puasa itu mendorong ke Syurga, bersedekah itu memadam
semua kesilapan kita dan sembahyang itu adalah pendekatan kepada Allah."
Ertinya, PILIHAN terletak kepada anda menentukan nya!

(Petikan dari Tafsir Ibnu Kathir ms 454 Jilid 4)

Apakah kesan ketiga-tiga Ayat di atas kepada kita? Di antaranya ialah:



1) Rasalah 'sentuhan' Allah yang membawa kita memikirkan hakikat diri
kita yang digelar manusia. Di mana kita berada sebelum kita
diciptakan, bagaimana kita diciptakan? Setelah lahir dan kita
dewasa, kita diberi kebijaksanaan untuk berfikir. Terlihat pada kita
kuasa mutlak Allah yang mencipta kita, dari sewaktu dalam 'alam
14

tidak disebutkan' kepada 'alam ciptaan dan intelek'. MUSTAHIL kah
Allah boleh membangkitkan kita semula untuk menghadapi
tanggungjawab kita itu?

2) Dialah Allah yang mencipta kita, bermatlamatkan 'ujian',
kebertanggungjawaban kita di dunia ini. Hasil ujian ini untuk
membolehkan kita membuat pilihan sama ada menjadi orang
bersyukur, terpegun melihat Kuasa Mutlak Allah itu dan beriman
denganNya atau menjadi orang yang tidak bersyukur dan kufur.

3) Hayatilah diri kita sebagai manusia yang beriman. Lihatlah semuanya
dari kaca mata IMAN pada Allah, maka kita tidak akan sesat. Inilah
caranya kita hendak menjadi manusia yang SEMPURNA.

Mafhum nya:

Sesungguhnya, Kami telah menyediakan untuk orang yang kufur itu rantai-
rantai, belenggu besi dan seterusnya api yang menjulang-julang.(4)

Dan sesungguhnya pula, orang-orang Abrar, yang berbakti, beriman dan taat,
mereka akan meminum minuman dari piala yang unik dengan air minuman

15

yang bercampur dengan sejenis campuran yang melazatkan (Kafuur).(di
Syurga Allah nanti).(5)

Ianya terdiri daripada mata air Syurga, yang disedia untuk diminum darinya
oleh hamba-hamba Allah yang taat tadi, di mana mereka dapat mengalirkan
air-air itu ke tempat tinggal mereka dengan cara saliran yang mudah sekali
dan memenuhi kemahuan mereka.(6)

Kesenangan ini dianugerahkan Allah kepada mereka kerana mereka telah
menyempurnakan tanggungjawab mereka, mereka takut menghadapi hari
akhirat di mana seksaannya merebak ke sana-sini.(7)

Mereka juga sentiasa memberi makan kepada orang-orang miskin, anak-anak
yatim dan orang tawanan perang, dari rezeki yang mereka perolehi yang
sangat mereka sayang.(8)

Sekaligus dengan itu mereka akan berkata; "kami memberi makan tersebut
kepada kamu adalah kerana Allah, kami tidak perlukan sebarang balasan
mahupun ucapan terima kasih.(9)

“Kami sebenarnya takut pada Allah, takutkan azabNya pada hari akhirat di
mana muka-muka orang pada hari itu penuh dengan tekanan dan berkerut-
kerut.".(10)

Dengan kesedaran itu dan amalan mereka itu, maka Allah akan
menyelamatkan mereka dari kesengsaraan pada hari itu dan memberikan
mereka keceriaan dengan wajah yang berseri-seri.(11)

Dan Allah telah membalaskan kepada mereka atas kesabaran mereka itu
dengan Syurga dan persalinan dari sutera. (12)

Tafsiran ayat-ayat 4-12:

Ayat (4)

Allah menyediakan rantai-rantai besi, belenggu dan api neraka yang
menjulang sebagai alat penyeksaan kepada yang kufur pada Allah. Ianya
sebagai satu penghinaan dan azab pada mereka kerana mereka MEMILIH
untuk kufur dan tidak tertarik pada yang HAQQ, mereka dihina sebegitu rupa
kerana tidak TAWADUK pada Allah dan dibakar dengan api menjulang kerana
mereka tidak takut pada Allah. Orang-orang yang terlindung dan tertutup
daripada al-HAQ disediakan rantai besi yang digunakan untuk mengheret
mereka ke neraka.

16

Ayat (5)

Bagi orang yang beriman, bersyukur memperluaskan kebajikan mereka, taat
kepada Allah, Tuhan mereka dan memperluaskan ketaatan, yang
merangkumi iktikad, amalan-amalan fardu dan sunat akan dihidangkan
dengan minuman campuran dari bahan wangi yang lazat dari berbagai bekas
yang unik. Di antaranya mereka menahan diri dari meminum arak yang
diharamkan di dunia ini.

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda:

‫ ﻓﺎﻧﻰ ﻻ اﺳﺘﻘﺮ‬,‫ " ﻻ ﺗﺪﺧﻠﮭﺎ ﻋﻠﻰ‬: 1‫ ﻧﺎﺷﺪه اﻻﯾﻤﺎن ﺑﺎ‬,‫" اذا ﺗﻨﺎول اﻟﻌﺒﺪ ﻛﺄس اﻟﺨﻤﺮ‬
‫أﻧﺎ وھﻰ ﻓﻰ وﻋﺎء واﺣﺪ" ﻓﺎن اﺑﻰ وﺷﺮﺑﮭﺎ و ﻧﻔﺮ اﻻﯾﻤﺎن ﻧﻔﺮة ﻻ ﯾﻌﻮد اﻟﯿﮫ أرﺑﻌﯿﻦ‬
"‫ وﻧﻘﺺ ﻣﻦ ﻋﻘﻠﮫ ﺷﺊ ﻻ ﯾﻌﻮد اﻟﯿﮫ أﺑﺪا‬,‫ ﺗﺎب ﷲ ﻋﻠﯿﮫ‬, ‫ ﻓﺎن ﺗﺎب‬.‫ﺻﺒﺎﺣﺎ‬
Mafhum nya:

"Apabila seseorang hamba Allah itu mengambil segelas arak untuk diminum, maka IMAN
pada Allah dalam dirinya akan berkata, "Jangan kamu masuk ke dalam ronggaku, kerana
kau tidak boleh bersesama dengan aku wahai arak dalam satu tempat yang sama. "Jika
hamba Allah itu ingkar dan meminumnya, maka iman pada Allah itu akan melarikan diri dari
rohnya sekaligus dan hanya berbalik setelah berlalu 40 subuh. Jika hamba Allah itu
bertaubat, Allah akan terima taubatnya, tetapi terdapat satu kehilangan kecil dalam akalnya
dan kehilangan itu akan kekal selama-lamanya."

(Petikan dari Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi Tafsir Ruhul Bayan ms 264 Juzu' 10)

Ayat(6)

Terdapat satu macam mata air yang memancar keluar air yang berterusan
dan menjadi bahan minuman hamba Allah itu. Ianya boleh disalirkan ke
mana-mana yang disukai oleh hamba Allah itu sebagai satu kemudahan.

Mengapa semuanya ini dikurniakan pada hamba Allah ini?

Ayat(7)

Pertama: kerana mereka telah menunaikan semua tanggungjawaban mereka
dengan sempurna, iaitu melakukan yang wajib di samping hati mereka
menjadikan kefahaman mereka mengenai ‘hari akhirat’ dan segala
kesusahan yang ada pada hari itu, sebagai tempat menginsafkan mereka
untuk tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Allah.

17

Mereka yakin hari akhirat itu penuh dengan semua jenis seksaan pada yang
ingkar dan kufur yang ada di mana-mana saja. Mereka takut ianya akan
terkena pada mereka.

Ayat (8)
Kedua: mereka hidup di dunia ini sentiasa saja memikirkan hal ehwal orang-
orang fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang menjadi tawanan perang
tentang nasib mereka. Oleh itu mereka tidak lokek untuk memberi makan
kepada mereka-mereka ini dengan makanan-makanan yang menjadi
kesukaan diri mereka sendiri dari rezeki yang mereka perolehi.

Ayat (9)

Ketiga: mereka menyatakan yang pemberian makanan itu bukan kerana
mendapat balasan atau ucapan terima kasih tetapi ianya kerana ALLAH,
ianya ikhlas dari hati yang tahu tanggungjawab sosialnya pada 3 jenis
manusia tadi.

Ayat 10 dan 11

Keempat: dalam hidup harian mereka pula, mereka sentiasa wujudkan rasa
takwa pada Allah, khususnya akan adanya hari akhirat dan suasana hari
akhirat itu yang penuh dengan tekanan dan kerungsingan dari muka-muka
yang berada di Mahsyar agar Allah menjauhkannya dari mereka. Oleh
kerana mereka yakin akan wujudnya hari itu maka Allah berjanji
memperkenankan doa-doa mereka itu dan mereka akan dilindungi oleh Allah
daripada terkena sebarang keburukan dan kesengsaraan pada hari itu dan
terlepas dari keadaan yang dahsyat itu. Muka mereka akan bercahaya, riang
dan tiada ketakutan.

Ayat (12)

Dalam hidup mereka, mereka adalah orang yang bersabar, bersabar dari
segala kesusahan hidup, bersabar dalam melaksanakan segala yang
diwajibkan Allah ke atas mereka, bersabar mempertahankan diri mereka dari
melakukan perkara yang haram dan bersabar menghadapi musibah-musibah
yang ditakdirkan atas mereka. Sebagai balasan bersabar ini, Allah telah
menjanjikan mereka dengan syurgaNya dan pakaian yang dianugerahkan
dalam syurga itu dari sutera.

18

Inilah ciri-ciri sifat yang disyorkan oleh Allah melalui ayat-ayat 4-12 dalam
surah ini, untuk menjadi seorang insan yang sempurna dan insan yang
bertakwa, beramal, dan bertanggungjawab pada dirinya, masyarakatnya dan
kepada Tuhannya.

Mafhum nya:

Mereka beristirehat di dalam syurga Allah dengan keadaan berteleku di atas
pelamin-pelamin terhias, tiada kelihatan matahari atau hawa panasnya, dan
tiada juga merasai kedinginan yang melampau (cuacanya baik sekali).13)

Mereka sentiasa saja dinaungi oleh pohon-pohon yang mendekati mereka,
dimudahkan mereka untuk memetik buah-buahannya dengan senang
sekali.(14)

Selain dari itu, terdapat budak pelayan yang memegang bijana dari kaca yang
'transparent' dengan minuman.(15)

Pembalut kaca bijana tadi dari perak, dan budak-budak pelayan itu akan
menentukan kadar isian minuman sekadar yang cukup betul dengan kehendak
penggunanya.(16)

19

Minuman yang disediakan itu dari jenis campuran zanzabil (halia muda).(17)
Ianya adalah sebuah mata air dalam Syurga yang dikenali sebagai
Salsabila.(18)

Mereka dilayani oleh kanak-kanak lelaki yang kekal sifat mereka, yang beredar
di sekitar mereka, sehingga jika engkau dapat melihat mereka seolah-olah
mereka adalah mutiara yang bertaburan.(19)

Sekaligus, jika engkau melihat ke dalam syurga itu, Engkau akan melihat penuh
nikmat yang berlimpah ruah, dan kekuasaan yang mutlak tanpa tolok
bandingnya.(20)


Pakaian mereka dalam syurga pula adalah hijau diperbuat dari sutera halus
dan sutera tebal yang bertekad, serta mereka dihiasi dengan gelang dari
perak, dan mereka sebenarnya diberi minum oleh Allah, Tuhan mereka dengan
minuman yang suci.(21)

Mereka diperkatakan oleh Allah dengan, 'Sesungguhnya segala anugerah ini
adalah untuk kamu-kamu semua sebagai balasan atas usaha-usaha kamu
yang telah diterima Allah dan dihargaiNya’.(22)

Tafsiran ayat 13-22:



Gambaran sebuah alam yang lain dari dunia ini, iaitu golongan Abrar ini
ditempatkan dalam Syurga Allah, beristirehat tenang, dengan cuaca
sekitarnya yang bagus dan nyaman, tidak panas dan tidak sejuk, tiada
matahari menyengat panasnya atau kesejukan yang menggigil tubuh. Pokok-
pokok yang melambaikan daunnya yang menjadi penaung memantapkan lagi
keselesaan mereka dalam syurga itu.

Gambaran pahala ini mendekatkan fahaman kita pada keadaan dunia kita
sekarang. Pelayan-pelayan yang melayan dengan gelas-gelas perak dan kaca
yang dapat dilihat air minumannya, dibawa ke sana-sini untuk mereka
semua. Minuman itu dari campuran ‘zanjabil’ dan ianya datang dari satu
mata air yang dikenali sebagai Salsabila.

Hiasan kanak-kanak syurga yang menjadi pelayan mencantikkan lagi seolah-
olah mereka adalah mutiara yang bertaburan. Keseluruhannya, inilah
gambaran kenikmatan dari Allah yang dianugerahkan kepada penghuni
syurga sebagai nikmat yang agung dari kuasa yang agung.

20

Semuanya adalah restu pemberian dari Allah yang pemurah. Allah sendiri
yang akan berkata kepada mereka dengan kata-kata seperti dalam Ayat 22
di atas yang bermaksud:

'Semua anugerah ini sebagai balasan dari amalan kamu yang telah diterima
dan diredai serta diucapkan terima kasih.'

Konsep 'balasan' dan terima kasih Allah atas sikap proaktif manusia
sempurna itu adalah hadiah kepada mereka di dalam syurga Allah. Sama ada
ianya kiasan atau petunjuk kepada kita untuk merasai nikmat Allah, tetapi
ianya adalah dari amal yang baik dan diredai serta diterima Allah serta
diucapkan terima kasih atas kerja amal itu. Inilah ganjaran kepada Al-Abrar,
iaitu manusia sempurna yang dicadangkan oleh Allah untuk kita semua
memiliki sifat-sifatnya.

Ibnu Kathir dalam mentafsir ayat berikut:


"Nescaya Engkau Wahai Muhammad akan dapat melihat nikmat-nikmat Allah yang
melimpah ruah, dan Keagungan Kekuasaan Allah Yang Maha Besar"

Berkata: ayat ini menjelaskan Keagungan Kekuasaan Allah yang telah


menyediakan Syurga dan sekaligus menggambarkan pemilikan Kuasa Mutlak
Allah yang amat terserlah.

Nikmat yang tidak terbatas yang dianugerahkan kepada penghuninya itu juga
menggambarkan kemurahan Allah yang diberi kepada mereka yang
membawa amalan baik mereka ke akhirat.

Katanya, 'Allah pernah berkata pada orang yang terakhir memasuki syurga
Allah’:

'Miliki lah apa yang kamu mahu di Syurga ini sebagaimana kamu mahu miliki
di dunia kamu dulu.'

Fikirkanlah bagaimana pula pemberian nikmat Allah kepada orang yang


diredhai amalannya di dunia ini.

Oleh kerana itu, dalam ayat:

21


Allah menyampaikan rasa besar hati Nya kepada al Abrar itu dengan
kenyataan ini yang bermaksud:

'Sesungguhnya semua anugerah nikmat-nikmat ini disediakan untuk kamu semua, wahai ahli
syurgaKu, sebagai BALASAN atas kerja-kerja amal baik kamu di dunia dulu dan sebenarnya
segala amalan baik kamu itu adalah ikhlas kepadaKu dan ianya diterima, direstui dan
dihargai.'

Allah mahu memperingatkan kita agar berbuat baik, dengan amalan baik
sehingga digelar Al-Abrar. Ganjaran yang diterima adalah dari buah amalan
baik kita di dunia ini. Perbaiki lah amalan kita di dunia ini dan cuba
menghayati sifat-sifat manusia sempurna yang dicadangkan oleh Surah ini.

Mafhum nya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepada engkau Wahai
Muhammad secara beransur-ansur.(23)

22

Maka wajarlah engkau bersabar menerima hukum Allah (iaitu memberi masa
kepada penentang engkau itu agar berbalik kepada jalan Allah) dan pada
masa yang sama jangan sekali engkau mengikut petunjuk orang-orang yang
hidup dalam dosa dan mereka yang kufur pada Allah.(24)
Perbanyakkan lah menyebut nama-nama Allah dengan lidah atau dengan hati
pada awal pagi dan pada sebelah petang.(25)
Dalam keadaan apa pun, pada waktu malam perbanyakkan lah sembahyang
tahajud dan seboleh-bolehnya bertasbih dalam malam yang panjang.(26)
Sesungguhnya orang-orang yang menentangmu Wahai Muhammad adalah
terlalu suka kepada dunia yang bersifat cepat habisnya, dan membelakangkan
akhirat yang amat berat balasannya itu.(27)
Kamilah yang telah mencipta mereka dan melalui tulang Kami memperkuatkan
sendi dan saraf badan mereka dan kalau Kami kehendaki Kami akan gantikan
mereka dengan orang yang serupa dengan mereka, iaitu penggantian yang
sebaik-baiknya.(28)
Ini adalah menjadi peringatan kepada sesiapa saja, dan bagi yang mahukan
kebaikan bagi diri bolehlah mereka memilih jalan yang mendekatkan diri
dengan Tuhan mereka, dengan taat dan iman.(29)

Sesungguhnya sesuatu yang kamu mahukan itu tidak akan terjadi tanpa juga
dikehendaki oleh Allah. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.(30)

Allah sahaja yang boleh merestui sesiapa di bawah RahmatNya yang Ia
kehendaki, sedangkan orang yang zalim kufur itu akan disediakan untuk
mereka dengan azab yang paling pedih.(31)

Tafsiran ayat-ayat 23-31:



Apabila orang-orang kafir menuduh Al-Quran itu sebagai ungkapan sihir dan
Muhammad itu pula sebagai tukang sihir, maka Allah dengan tegasnya
menyatakan bahawa Dialah Allah yang telah menurunkan Al-Quran itu
kepada Muhammad s.a.w. dengan kata Nya dari Yang Hidup, dari Yang
Benar, dari Ku sendiri sebagai Pencipta kamu semua. Inilah pengertian ayat
23 di atas.

Agar Muhammad tidak mempedulikan kata-kata itu, Allah memperakui yang
Muhammad itu adalah seorang yang dipercayai, seorang Nabi yang
bertanggungjawab mengisi jiwa manusia ke arah mempercayai Allah. Jadi Al-

23

Quran itu adalah BENAR dari Allah diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w. untuk disebarkan kepada manusia.

Dengan berbekalkan Al-Quran itu, Allah mencadangkan supaya Muhammad
bersabar sehingga datangnya hukum Allah iaitu membawa kemenangan.
Allah menyarankan agar Rasulullah meneruskan tugasnya yang penuh
cabaran itu dan jangan sekali-kali taat kepada orang yang kufur penuh dosa
itu dan yang kufur bergerak menyebar maksiat kepada Allah. Ayat 24

Bagi menenangkan fikiran dan dari penat lelah berdakwah, Allah


menyarankan supaya Muhammad memperbanyakkan mengingati Allah
melalui berzikir, dan berzikir di awal pagi dan akhir petang. Pada malam hari
pula, dicadangkan berdiri menunaikan sembahyang tahajud dengan penuh
ikhlas dan jauh dari riak, memusatkan diri kepada Allah dalam malam yang
tenang itu.

Bagi menghayati keAgungan Allah, maka disarankan agar Muhammad
bertasbih di malam yang panjang itu dan tumpukan fikiran kepada
keAgungan Allah yang akan memberi kemenangan kepada usaha-usaha
murni beliau itu.

Sifat-sifat utama orang kafir Mekah ialah terlalu suka kepada dunia dan
mengejar sesuatu yang material dan terlalu tamak untuk itu. Ehwal akhirat
ditinggalkan sama sekali.

Sesuatu yang harus mereka insafi ialah mereka yang kufur itu adalah dicipta
oleh Allah dan bukan lain dari Allah, dan Allah jugalah yang telah
memperkemaskan segala tulang dan sistem urat saraf mereka sehingga
mereka menjadi kuat dan bergerak seperti manusia itu. Ini bererti jika Allah
mahukan mereka dibangkitkan semula dalam keadaan yang berlainan sekali
dari rupa bentuk yang ada maka ianya tidak mustahil. Allah membangkitkan
mereka semula selepas mati dan bagaimana kedudukan mereka itu adalah
dalam kuasa Allah.

Semua penonjolan kata-kata dalam Surah ini dan semua ajaran-ajaran yang
ada dalam Surah ini hanya untuk MEMPERINGATKAN semua manusia sahaja
dari Allah Yang Maha Agung itu. Jadi sesiapa yang berminat untuk
menjadikan Allah sebagai HIDAYAH dan memperkemaskan ke arah jalan
menuju Allah akan mendapat faedah besar.

24

Tetapi ingat, jangan kita mengandaikan semua yang kita minta itu akan
menjadi kenyataan kecuali ianya mendapat TAUFIK dari Allah. Apa-apa yang
kita mahu, bagi mempastikan ianya terjadi hendaklah juga ianya dikehendaki
oleh Allah. Oleh itu berusahalah mencari Allah, memohon agar Allah
merestui kita, menghendaki kita menjadi orang-orang yang dikehendakiNya
agar kita tidak sesat di dunia dan di akhirat.

Kehendak Allah pula diasaskan kepada asas ILMU dan HIKMAH.
Ertinya, Allah mempunyai ilmu dan menjadikan sesuatu itu penuh dengan
hikmahNya, maka segala perbuatan Allah untuk kepentingan semua dan
ianya didasarkan kepada ilmuNya dan dipenuhi dengan hikmah agar ianya
tidak sia-sia.

Jika kita menzalimi diri sendiri, dengan membuang semua ingatan-ingatan
ini, dan terus menjadi kufur maka balasan kepada yang kufur zalim ini ialah
AZAB Allah yang sangat pedih di akhirat nanti.‫وﷲ أﻋﻠﻢ‬

Rujukan Utama


1. Tafsir Ibnu Kathir oleh Abil Fida Ismail Ibnu Kathir Al
Quraisyi (meninggal 774 H) terbit,

‫داراﻟﻔﻜﺮ ﻟﻠﻄﺒﺎﻋﺔ واﻟﻨﺸﺮ واﻟﻨﻮزﯾﻊ‬


(Beirut Lebanon 1401 Hijrah, 1984 Masehi )

2. Tafsir Ruhul Bayan oleh Syeikh Ismail Haqqi Ar-Rusawi


(meninggal 1137 H) terbitan,

‫داراﻟﻔﻜﺮ ﻟﻠﻄﺒﺎﻋﺔ واﻟﻨﺸﺮ واﻟﻨﻮزﯾﻊ‬


(Beirut Lebanon 1401 Hijrah, 1984 Masehi )

3. ‫ﺗﻔﺴﯿﺮ ﻓﻲ ظﻼل ٱﻟﻘﺮآ ن‬ oleh Syed Quthub terbitan,


P.O Box 8064
‫ ﺑﯿﺮوت‬،‫دارٱﻟﺸﺮوق‬

25

Anda mungkin juga menyukai