Anda di halaman 1dari 4

Benarkah musyrikin boleh

bertauhid rububiyyah?
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN
SOFA, NEGERI SEMBILAN
Dipetik dari :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

sujud hamba-hamba-Nya yang soleh semata-mata


kerana Allah SWT.

y=2010&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

BERTEMU kembali di ruangan Relung Cahaya pada tahun baru 1431 Hijrah. Semoga
penghijrahan kita kali ini lebih bermakna dan turut melonjakkan kita dalam perjalanan
kita menuju kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Kembali kepada tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan. Setelah kita meneliti
beberapa dalil dan jawapan yang menunjukkan kepincangan dan kebatilan tauhid tiga
serangkai, ada baiknya kita juga memerhatikan sebahagian dalil yang digunapakai oleh
pengikut tauhid ini bagi menegakkan pendapat mereka yang kabur.

Kami telah menerima maklum balas daripada mereka yang berpegang dengan tauhid
ini dan mereka telah menyatakan dalil-dalil mereka. Namun, di sini kami hanya akan
mengutarakan sebahagiannya sahaja dan jawapan bagi hujah mereka tersebut.
Manakala sebahagiannya lagi, kami akan susuli pada ruangan dan kesempatan yang
lain, insya-Allah.

Sebelum memanjangkan kalam, kami ingin menyuarakan biarlah perbicaraan kita ini
difokuskan kepada tajuk yang dibincangkan, bukannya mencemuh pihak yang tidak
sependapat dengan kita. Andai kita merasa kita lebih bijak dan lebih mengetahui,
sepatutnya kitalah juga yang lebih bijak dan mengetahui tentang adab-adab berbicara
dan berdebat. Bukanlah tujuan kami mengetengahkan tajuk ini untuk menyentuh
sensitiviti sesiapa, mencari ruang permusuhan atau mengkafir dan menyesatkan
sesiapa. Tetapi tujuan kami hanya untuk melihat kebenaran itu tertegak dan kebatilan
itu terpadam.

Berbalik kepada tajuk yang kita bicarakan, kami ingin menegaskan bahawa antara
perkara utama yang menyebabkan kami menolak pembahagian tauhid ini ialah
pembahagian tauhid ini telah mengkategorikan orang musyrik termasuk di dalam
golongan ahli tauhid dengan tauhid rububiyyah, bukannya sifat rububiyyah atau
uluhiyyah bagi Allah.

Mereka yang berpegang dengan tauhid ini berpegang dengan firman Allah SWT dalam
surah al Zumar ayat 38: Dan demi sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu, "Siapakah yang mencipta langit dan
bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab, "Allah."

Mereka juga berpegang dengan firman Allah SWT: Tanyakanlah lagi, "Siapakah tuhan
yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan tuhan yang mempunyai Arasy
yang besar?" Mereka akan menjawab, "(Semuanya) kepunyaan Allah." Katakanlah,
"Mengapakah kamu tidak mahu bertaqwa? (al-Mukminun: 86 dan 87)

Ayat-ayat lain yang serupa dengan ayat ini banyak terdapat di dalam al-Quran.

Kami menyatakan bahawa hujah ini terlalu lemah. Ini kerana orang-orang musyrik
hanya mengaku dengan lidah mereka kewujudan Allah ketika mana mereka berada
dalam keadaan terdesak setelah dikemukakan hujah-hujah kepada mereka. Sedangkan
hati-hati mereka menolak dengan apa yang mereka ungkapkan dan mengingkarinya.
Allah SWT telah menjelaskan hakikat mereka melalui firman-Nya: Mereka menjadikan
kamu senang hati dengan mulut mereka, sedangkan hati mereka menolaknya. (al-
Taubah: 8)

Berikrar

Berikrar dengan lidah semata-mata tanpa ditasdiqkan (dibenarkan) dengan hati, tidak
ada nilainya dan tidak dikira pengakuannya itu di sisi syariat Allah.

Untuk lebih jelas lagi, perhatikanlah sambungan ayat daripada surah al-Zumar di atas
yang bermaksud: Katakanlah (kepada mereka wahai Muhammad): "Kalau demikian,
bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah selain dari Allah itu? Jika Allah
hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan
atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku,
dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku Allah
(yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang
yang mahu berserah diri. (al-Zumar: 38)

Ayat ini jelas menunjukkan pembohongan dan kepura-puraan perkataan mereka.


Mereka ini tetap juga menyandarkan kemudharatan dan manfaat kepada selain Allah.
Mereka sebenarnya jahil tentang Allah dan mendahulukan tuhan-tuhan mereka
daripada Allah, hatta dalam sekecil-kecil perkara.
Sekiranya jawapan ini belum cukup untuk memuaskan hati pengikut tauhid tiga ini,
marilah kita perhatikanlah semula perkataan orang musyrik kepada Nabi Hud AS: Kami
hanya boleh berkata bahawa setengah dari tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu
sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu).
(Hud: 54)

Bagaimanakah pengikut tauhid tiga boleh mengatakan orang musyrik mempercayai


bahawa hanya Allah yang berkuasa dalam urusan mentadbir, memberikan manfaat dan
mudharat sehingga mereka layak dikatakan mempunyai tauhid rububiyyah? Padahal
mereka mempercayai bahawa berhala-berhala mereka mampu mendatangkan
mudharat dan manfaat?

Seterusnya, perhatikanlah pula ayat 136 dari surah al-An'aam ini: Dan mereka (orang-
orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang
diciptakan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian lagi untuk berhala-
berhala mereka), lalu mereka berkata: "Ini untuk Allah - menurut anggapan mereka -
dan ini untuk berhala-berhala kami." Kemudian apa yang telah ditentukan untuk
berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka tidak
membelanjakannya pada jalan Allah), dan apa yang telah ditentukan untuk Allah,
sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakannya pada
jalan itu). Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan itu.

Jika orang musyrikin mentauhidkan Allah dari sudut rububiyyah kenapakah mereka
telah mendahulukan berhala-berhala mereka daripada Allah daripada sekecil-kecil dan
serendah-rendah perkara.

Allah telah berfirman dalam menjelaskan kepercayaaan mereka terhadap berhala-


berhala mereka: Dan Kami tidak melihat berserta kamu penolong-penolong yang kamu
anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu.
Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan
hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi
faedah dan manfaat itu). (al-An'aam : 94)

Perhatikanlah betul-betul ayat-ayat ini, kemudian apakah pendapat kalian terhadap


kebenaran tauhid uluhiyyah dan rububiyyah ini yang mengatakan bahawa orang
musyrikin dan Muslimin adalah sama dan hanya berbeza pada tauhid uluhiyyah?

Dalil yang lebih menjelaskan lagi perkara ini ialah firman Allah: Dan janganlah kamu
cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak,
akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. (al-
An'aam: 108)
Adakah selepas memerhatikan ayat-ayat Allah ini, kita masih melihat bahawa
pengakuan orang musyrikin sebagaimana dalam surah al Zumar ayat 38 di atas dan
ayat yang seumpama dengannya diungkapkan dengan jujur dan ikhlas? Adakah kita
masih mahu mengatakan bahawa mereka bertauhid dengan tauhid rububiyyah?

Sesungguhnya kami dan ulama Ahli Sunnah sememangnya tidak pernah menolak
penyusunan dan pembahagian ilmu yang banyak dilakukan dalam ilmu-ilmu Islam
kerana kebaikannya kepada umat Islam. Tetapi kami tidak boleh menerima
pembahagian tauhid ini yang implikasinya sangat memudharatkan umat Islam iaitu
membuka pintu kepada mengkafirkan ahli Kiblat. Terlajak sampan boleh berundur,
terlajak kata binasa.

Anda mungkin juga menyukai