Anda di halaman 1dari 15

KOLEJ MARA BANTING

KURSUS : IB SAINS

TUGASAN : PEMAKAIAN HIJAB MENGIKUT FESYEN DI KALANGAN

RAKYAT MALAYSIA MENGIKUT PANDANGAN ISLAM.

NAMA : IZNI ALIAA BINTI MOHD KHAIRI (S19G)

SEMESTER : SEMESTER 1 (2019-2021)

PENSYARAH : PUAN SITI AISYAH BINTI MUSA.


PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T,

Alhamdulillah puji dan syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianNya ,saya diberi
peluang untuk menyiapkan folio ini yang bertajuk ‘Dehijabing di kalangan wanita
Islam di Malaysia’ .Tugasan ini dapat dihasilkan dengan jayanya di atas hasil usaha
dan bantuan pelbagai pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada guru penasihat,(Puan Siti Aisyah Binti


Musa) yang telah membantu dalam proses penyediaan tugasan ini. Tanpa beliau,yang
telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang penyediaan tugasan ini ,folio ini
tidak dapat disempurnakan.

Seterusnya,saya menzahirkan penghargaan kepada keluarga yang banyak


menyumbang dalam memberi idea dan juga dorangan dalam proses pembuatan folio
ini.Tidak lupa juga, sumbangan rakan-rakan sekelas yang banyak membantu
memberikan bimbingan di sepanjang proses penyiapan folio ini.Mereka juga telah
berkongsi ilmu yang mereka pelajari bersama saya ,untuk saya terapkan di dalam
tugasan ini.

Justeru,tugasan ini telah sedikit sebanyak membimbing saya dan memberikan saya
pemahaman yang lebih mendalam terhadap topik yang saya kaji.Tugasan ini juga
telah memberikan pengajaran yang tidak terhingga kepada saya dan boleh
dipraktikkan di dalam kehidupan seharian.Saya yakin bahawa tugasan ini bukan
sahaja bermanfaat kepada diri saya,bahkan ia juga bermanfaat kepada sesiapa yang
mengambil iktibar daripada folio ini
INDEKS

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PERINTAH ALLAH BERKAITAN AURAT

1.2 KONSEP AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR

1.3 KAITAN BERHIJAB DENGAN KESELAMATAN

1.4 FITNAH DIATAS AURAT WANITA

1.5 KAEDAH MENUTUP AURAT DI DALAM ISLAM

1.6 MEMAKAI TUDUNG DIATAS PAKSAAN

1.7 MENSYUKURI NIKMAT BERHIJAB


1.8 RUMUSAN
1.9 BIBLIOGRAFI
1.0 PENDAHULUAN

Hijab secara umumnya membawa maksud penutup atau penghalang.Hijab sering disalah
tafsir oleh kebanyakan orang termasuk umat Islam.Hijab bukan sahaja alatan atau pakaian
yang digunakan untuk menutup bahagian kepala sepertimana yang telah dianggap oleh
kebanyakan orang, bahkan hijab digunakan untuk menutup aurat wanita yang melibatkan
semua anggota badan kecuali tapak tangan dan juga muka. Hijab merupakan perkara yang
penting dan banyak ditekankan didalam Islam.Pemakaian hijab diwajibkan didalam Islam
dan perkara ini ditegaskan khususnya kepada wanita. Sesetengah golongan menggangap hijab
sebagai sesuatu perkara yang mengongkong kehidupan seseorang wanita kerana merekan
menganggap bahawa hijab membataskan seseorang wanita daripada menjalani kehidupan
secara bebas.Perkara ini adalah sesuatu tanggapan yang perlu dicanggah kerana ia tidak
memberikan tafsiran sebenar diatas perintah agar wanita Islam untuk mengenakan hijab.Hijab
bukan lah sesuatu yang membataskan kehidupan seseorang wanita ,malah hijab merupakan
suatu bentuk perlindungan rohani kepada seseorang . Pemakaian hijab melambangkan
kesopanan dan maruah dii seseorang wanita Islam.Hijab membawa maksud yang lebih besar
dan mendalam dan tidak seharusnya dianggap sebagai bebanan kepada umat Islam.
Pengertian hijab juga membawa maksud bahawa kita perlu menutup aurat secara sempurna
dan bukan sahaja sekadar untuk menepati syarat.Penutupan aurat yang sempurna oleh
golongan wanita bertujuan untuk mengelakkan wanita daripada terjerumus dengan perkara-
perkara yang boleh menyumbangkan kepada kepesongan akhlak .Penggunaan hijab di
kalangan rakyat Malaysia pada ketika ini tidak mengikut syariat Islam yang sebenar.
Kebanyakan pihak telah lepa dengan garis panduan aurat yang perlu dipatuhi oleh umat
Islam. Sesetengah wanita hanya memperdondonkan hijab diatas motif tertentu dan
menjadikannya sebagai aksesori serta tidak mengikut peraturan berhijab yang telah
ditetapkan. Perkara ini akan membawa kepada penutupan aurat yang tidak sempurna dan
motif sebenar hijab didalam Islam tidak kesampaian. Hijab melambangkan keperibadian
seorang muslimat,ia merupakan identiti seseorang wanita Islam.Pemakaian Hijab perlu
dilakukan dengan tujuan yang betul serta memakainya dengan sempurna.Perkara ini adalah
penting kerana hijab bukan sahaja melambang keperibadian seseorang ,malah hijab
melambangkan Islam secara menyeluruh. .Terdapat pelbagai ayat Al-quran yang
menerangkan kepentingan mengenakan hijab.Penyataan ini menunjukkan betapa pentingnya
penjagaan aurat oleh umat Islam melalui pemakaian hijab.

1.1 PERINTAH ALLAH BERKAITAN AURAT WANITA.

Maksudnya :Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-
anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang
aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa
yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(Surah An-nur,ayat 31)

Melalui ayat Al-Quran tersebut, kita dapat membuktikan bahawa Allah memerintahkan agar
wanita memelihara kehormatan mereka dengan menutup aurat apabila hadirnya lelaki yang
bukan mahram kepadanya.

Maksudnya : Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu
mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;
dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan
RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah
kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai
"AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara
yang keji).

(Surah Al-Azhab,Ayat 33)

Potongan ayat diatas juga menyatakan wanita Muslimah perlu mentup aurat dan tidak
mengikut perbuatan orang-orang Jahiliyah pada zaman dahulu.Kita perlu bersyukur
kepada Allah kerana kita telah mendapat pendedahan yang cukup akan aurat wanita
yang perlu dijaga tidak seperti golongan Jahiliyah terdahulu yang hanyut dalam
lembah kesesatan.Nikmat yang diberikan oleh Allah ini perlu dipraktikkan dan
diterapkan dalam hidup kerana ia merupakan tuntutan Allah yang wajib dipatuhi.

1.2 KONSEP AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR DALAM MEMBERI TEGURAN.

Amar makruf nahi mungkar bermaksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari
berbuat kemungkaran.Konsep ini ditujukan untuk seseorang individu untuk melakukan
kebaikan serat mengajak orang lain untuk melakukan kebaikan bersama-sama
dengannyaManakala,apabila individu tersebut melihat kemungkaran yang dilakukan oleh
orang lain,maka dia perlu mengajak mereka untuk meninggalkan kemungkaran.Perkara ini
boleh dijalankan oleh seseorang mengikut kemampuan mereka.Rasullah SAW bersabda ,

“Barang siapa yang di antara kalian melihat suatu kemungkaran ,maka hendaklah ia
mengubahnya dengan tanag (tindakan auat kekuasaan)nya.Barang siapa yang tidak mampu
melakukkannya,maka hendaklah ia mengubahnya dengan lisan.Barang siapa yang tidak
mampu melaksanakannya,maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya.Dan yang
terakhir itu adalah selemah-lemah iman”. (HR.Muslim)

Sekiranya seseorang tidak dapat menghalang atau menegur seseuatu kemungkaran,janganlah


individu tersebut menggalakan kemungkaran.Setiap muslim memikul tanggungjawab untuk
mengamalkan konsep amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan mereka.

Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta


perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh
tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..Allah juga telah memberi
peringatan kepada Nabi agar membimbing keluarganya untuk menutup aurat dengan
sempurna agar mereka tidak diganggu.Perkara ini menunjukkan Allah menyeru umatnya
untuk mengamalkan amar makruf nahi mungkar untuk memastikan dan membantu
mengigatkan setiap umat islam dapat menjaga aurat mereka dengan sempurna kerana tiada
manusia yang dapat lari dari kesilapan.Umat islam perlu bersatu dengan saling memperingati
umat islam untuk menutup aurat mengikut syariat islam..

1.3 HUJAH TERHADAP AURAT WANITA YANG DIJAGA TIDAK MENJAMIN


KESELAMATAN.

Pemakaian hijab pada wanita tidak dapat menghalang sepenuhnya nafsu sesetengah
manusia.Namun begitu, pemakaian yang menutup aurat dapat mengurangkan pandangan
manusia untuk tertumpu kepada rupa fizikal seseorang.Perintah Allah dalam menyuruh kaum
lelaki untuk menjaga pandangan juga berkait rapat dengan perintah Allah berkaitan aurat
wanita yang perlud dijaga.

Sesungguhnya pemakaian wanita semata mata tidak dapat menjamin keselamatan


seseorang.Dengan ini Allah juga telah menurunkan wahyu kepada kaum lelaki untuk menjaga
pandangan.Allah menetapkan bahawa wanita dan lelaki untuk melengkapi antara satu sama
lain ,maka apaabila kedua-dua pihak bekerjasama dalam melaksanakan perkara ini,maruah
wanita dapat dipelihara.Bak kata pepatah,bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.Dan
adalah lebih baik untuk wanita itu sendiri untuk menjaga auratnya berbanding mengharapkan
orang lain untuk menjaga perlihatan mereka kerana aurat seseorang adalah merupakan
tanggungjawab sendiri.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat
Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(Surah Al-Nur ,ayat 30)

1.4 KAITAN AURAT WANITA DAN FITNAH MANUSIA.

Manusia tidak akan dapat lepas daripada fitnah di dunia ini.Manusia sering melakukan fitnah
secara tidak sedar mahupun secara sedar.Apabila perkara yang tidak sahih disebarkan kepada
orang lain,perkara ini tergolongan dalam ciri-ciri fitnah.Berikutan dengan perkara ini ,Allah
telah menurunkan ayat Al-quran berkaitan fitnah.

“Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.” (Al-Baqarah 191)

Didalam potongan ayat Al-Quran tersebut,kita dapat lihat dengan jelas bahawa fitnah merupakan
perkara yang serius di dalam Islam.Perkara ini meunujukkan kita sebagai umat Islam perlu
menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan fitnah,serta mengelakkan perkara yang boleh
mendatangkan fitnah itu sendiri. Kita bukan sahaja digalakkan untuk tidak melakukan perbuatan
fitnah,malah kita tidak boleh melakukan perbuatan yang akan membuatkan diri kita mendekati
kepada fitnah.

Aurat wanita yang tidak dijaga boleh menyebabkan fitnah dari pelbagai pihak.Ini akan menunjukkan
satu imej yang buruk kepada umat islam di dunia.Perbuatan umat islam yang tidak melambangkan
nilai islam yang sebenar dapat melemahkan kedudukan Islam itu sendiri.Ini adalah kerana umat
Islam itu sendiri yang tidak mengikut ajaran yang dituntut dalam Islam, menyebabkan ajaran Islam
mudah untuk dipersoalkan oleh orang yang ingin menjatuhkan islam .Sebagai seorang wanita dan
muslim yang baik,kita perlu menjauhkan diri dan juga orang lain daripada ditimpa fitnkerana perkara
ini adalah suatu perkara yang serius serta dimungkari oleh Allah SWT.Ini adalah kerana fitnah boleh
memudaratkan diri kita dan juga masyarakat.Umat Islam akan terus dibelenggu dengan sifat dengki
yang membawa kepada fitnah .Perkara ini akan dapat menjatuhkan semangat dan maruah umat
Islam sejagat.Dalam konteks jangka masa panjang,umat Islam tidak dapat berkembang serta proses
dakwah Islamiah kepada individu bukan Islam akan terjejas.
1.5 KAEDAH MENUTUP AURAT DI DALAM ISLAM

1.Menutup aurat yang telah ditetapkan.


Aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali tapak tangan dan juga bahagian muka.Manakala
aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut.
Semua bahagian aurat yang telah ditetpkan perlu ditutup dengan sempurna dan bukan sahaja
memilih bahagian yang hendak ditutup. Seperti menutup bahagian rambut manakala bahagian leher
di dedahkan bagi perempuan.Serta seluar yang tidak melebihi paras lutut bagi lelaki.

2. Memakai pakaian yang tidak nipis sehingga boleh menampakkan warna kulit.

Pakaian yang dipakai mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan kulit di dalam pakaian
tersebut.Pakaian yang dipakai juga mesti lah tidak koyak iaitu dipakai dengan sengaja sehingga boleh
mendedahkan aurat.Tudung yang dipakai perlu tidak terlalu nipis yang boleh menampakkan aurat
wanita seperti leher dan juga rambut.

3. Pakaian yang longgar dan tidak ketat.

Ulama menghukumkan pakaian yang ketat sebagai makhruh kepada wanita manakala bagi lelaki
adalah khilaf al-Aula (tidak diutamakan)
Pakaian yang perlu dipakai oleh perempuan adalah pakaian yang tidak ketat sehingga bole
menampakkan bentuk badan.Sekirangan seseorang memakai pakaian yang ketat,tiada gunanya dia
memakai pakaian yang labuh.Apabila susuk tubuh seseorang perempuan boleh dilihat ,maka aurat
perempuan tersebut belum dapat ditutup dengan sempurna.Pemakaian tudung seperti melilit
tudung pada bahagian leher dengan ketat,boleh menampakkan bentuk leher seseorang perempuan.
4. Tidak berhias secara berlebih-lebihan.

Pakaian yang dipakai oleh seseorang perempuan mestilah bertujuan untuk menutup
auratnya.Pakaian yang dipakai mestilah dipakai dengan sederhana dan bukan bertujuan untuk
menarik perhatian manusia ,terutamanya kaum lelaki yang bukan mahramnya.Islam mengalakkan
umatnya untuk berhias namun begitu sebagai seorang muslim,kita perlu berhias secara
bersederhana dan dengan niat yang betul.

5.Memakai tudung dengan sempurna.

Tudung digunakan untuk menutup aurat wanita di bahagian kepala hingga ke dada.Tudung
yang dipakai seharusnya melebih paras dada.Ini akan menaikkan martabat pemakai tudung
tersebut serta dapat mematuhi syariat bertudung yang sebenar.Pemakaian tudung mengikut
mana-mana fesyen dibenarkan jika ia mematuhi panduan menutup aurat didalam Islam.
1.6 MEMAKAI TUDUNG DI ATAS PAKSAAN.

Kebanyakan individu yang membuat pilihan untuk membuka tudung diatas alasan mahukan
kebebasan.Sesetengah di antara golongan ini juga memperkuatkan hujah mereka dengan
menyatakan bahawa tiada paksaan di dalam agama Islam.
Penyataan tersebut adalah benar dan boleh diguna pakai sekiranya individu tersebut belum
lagi memasuki Islam untuk menarik minat mereka untuk menganuti agama Islam.Penyataan
bahawa tiada unsur paksaan di dalam Islam tidak boleh diguna pakai demi kepentingan diri
sendiri.Islam adalah agama yang mudah tetapi ia masih mempunyai peraturan dan panduan
yang mesti diikuti oleh seorang muslim. Sesuatu ayat Al-quran yang diturunkan oleh Allah
,tidak boleh sewenang-wenangnya ditafsir tanpa ilmu agama yang kukuh.Tafsiran yang
dibuat juga perlu berdasarkan konteks yang betul dan tidak boleh diterjemah secara
terus.Perbuatan mengambil potongan ayat-ayat Al-quran untuk kepentingan diri sendiri
boleh membawa kepada kepesongan iman.

Seseorang perempuan tidak seharusnya menganggap bahawa tudung merupakan sesuatu yang
bebanan malah ia merupakan suatu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh seorang
wanita muslim.Ketetapan hukum menutup aurat bagi wanita dengan memakai tudung telah
ditetapkan di dalam islam bukan lah untuk membebankan umat islam,malah perkara ini
diwajibkan oleh islam untuk kepentingan umat islam itu sendiri.Sesungguhnya,tidak semua
perkara yang kita inginkan di dunia ini adalah yang terbaik untuk diri kita.Perancangan Allah
SWT adalah yang terbaik dan kita sebagai hambanya perlu mentaati perintah-Nya.
1.7 MENGAPA UMAT ISLAM DI MALAYSIA PERLU MENSYUKURI NIKMAT
KEBEBASAN BERHIJAB

Hijab adalah sesuatu yang sering dipandang serong oleh negara luar yang
bukan merupakan negara Islam. Cara pemakaian muslim terutamanya hijab
banyak mendapat tentangan golongan anti Islam. Sesetengah wanita perlu
mengharungi kehidupan yang penuh dengan ancaman hanya dengan
mempraktikkan unsur Islam didalam kehidupan mereka,seperti memakai
hijab .Sebagai contoh,segilintir masyarakat seperti golongan Cina muslim
Uyghurs yang diseksa dan wanita Islam dipaksa menanggalkan hijab yang
dipakai oleh mereka. Terdapat juga kes dimana wanita Islam di beberapa
negara yang dihalang untuk memakai hijab di tempat-tempat tertentu
dan mereka perlu menghadapi cemuhan dan diskriminasi oleh masyarakat
kerana pemakaian mereka yang dianggap sebagai suatu ancaman.
‘World Hijab Day’ telah dirasmikan oleh Nazma Khan pada tahun 2013 untuk
memberi kesedaran kepada pihak luar yang tidak memahami tujuan pemakaian hijab
oleh wanita muslim.Perkara ini menunjukkan bahawa sesetengah pihak perlu
bersusah payah dalam mempertahankan hak mereka untuk memakai hijab walhal
masyarakat di negara ini mengambil kesempatan di atas nikmat kebebasan untuk
berhijab di negara ini.Bukan itu sahaja, kita sebagai rakyat Malaysia perlu
mempunyai pilihan yang terbentang luas didepan mata ,iaitu dengan pilihan tudung
yang tidak terhingga yang dijual dipasaran.Selain itu,kita juga mempunyai ceramah-
ceramah agama yang mengajak Umat Islam untuk mengenakan hijab.Kita juga
mempunyai pengaruh yang dibawa oleh artis-artis di tanah air yang turut mengenakan
Hijab.Kita sebagai umat Islam di Malaysia perlu berusaha untuk mengapai perluang
ini kerana kita telah diberikan nikmat kebebasan bertudung,suatu perkara yang tidak
dapat dirasai oleh umat Islam di negara lain. Sekiranya rakyat Malaysia
memperjuangkan prinsip ‘Dehijabing’ di negara ini,seolah-olah kita memprotes
gerakan yang telah dibawa oleh Nazma Khan yang memperjuangkan hak seorang
muslim dalam memakai hijab.Wanita muslim dinegara ini seharusnya menghargai
bahawa kita tidak perlu menghadapi diskrimasi yang dihadapi oleh muslim di negara
lain.Kita seharusnya bersyukur kerana kita duduk di negara Islam yang mengalakkan
pemakaian hijab bagi wanita muslim.

1.8 RUMUSAN

Sesungguhnya setiap perkara yang diperintahkan oleh Allah mempunyai hikmah


disebaliknya.Setiap perkara ini telah dibuktikan melalui ayat Al-Quran yang telah diturunkan
oleh Allah SWT.Keimanan seseorang akan sentiasa diuji dengan liku-liku kehidupan.Iman
seseorang akan mempunyai naik dan turun ,dan perkara ini tidak dapat dielakkan oleh mana-
mana manusia.Perkara ini terpulang kepada individu tersebut,sama ada ingin berusaha untuk
kembali ke jalan yang benar untuk mendapatkan keredhaan Allah atau terus leka dan terus
hanyut ke lembah kesesatan.Allah hanya akan memberikan hidayah kepada individu yang
berusaha mendapatkan keredhaan-Nya.Kita sebagai manusia tidak dapat lari dari sifat
melepakan diri dengan memberikan alasan untuk mempertahanakan perilaku tersendiri.Bagi
golongan wanita yang telah memilih untuk membuka tudung dengan menggunakan alasan
tidak mendapat hidayah Allah perlu berusaha untuk mendapatkannya .Golongan seperti ini
juga tidak sepatutnya berasa bangga dengan membuka aib mereka sendiri. Perbuatan ini seolah-
olah menghina agama Islam serta mengajak umat Islam yang lain untuk mengikut jejak lagkah
mereka.Selain itu, memakai hijab mengikut fesyen terkini tidak bermaksud tidak menutup aurat
sepenuhnya.Fesyen bukan sahaja terhad kepada orang bukan Islam.Umat Islam masih lagi
mampu untuk memakai hijab dengan sempurna serta mengikut fesyen yang terkini.Umat Islam
hanya perlu berfikiran dengan lebih kreatif dalam mendondonkan pakaian ,agar Umat Islam
masih dapat berpakaian dengan mengikut Syariah sambil menutup aurat dengan sempurna.Kita
sebagai manusia dan umat Islam yang sentiasa terikut dengan hawa nafsu serta pengaruh orang
lain perlu memegang satu konsep dalam kehidupan ini,iaitu niat tidak mehalalkan cara.
Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang
menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah
akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci
terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh
manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya
itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya,
percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan
oleh al-Tabrani).

BIBLIOGRAFI

- Worldhijabday.com(2013),(Nazma Khan).
- Muftiwp.gov.my(2019)
- Businessinsider.my(2019)
- Utusan.com.my(2019)
- Jakimsabah.islam.gov.my(2019)
- MutiaraIslam.net (2019).
- Aurat lelaki dan aurat wanita (Abdul Aziz Ismail) (2010)

Anda mungkin juga menyukai