Anda di halaman 1dari 23

Penghargaan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah

S.W.T. dan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. serta para keluarga dan sahabat

Baginda kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapatlah kami menyiapkan tugasan ini dengan

selengkapnya setelah melalui susah senang dalam usaha menyempurnakan tugasan ini.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang

tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam menyiapkan tugasan ini terutama sekali kedua ibu bapa kami yang amat kami

sayangi kerana telah banyak memberikan galakan dan sokongan terutama dari segi masa,

tenaga dan juga wang ringgit yang tidak terhingga.

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak

membantu bagi menyiapkan tugasan ini. Sekalung penghargaan ditujukan khas kepada Ustaz

Zulkefli bin Abu Bakar kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang proses

menyiapkan tugasan ini. Semoga jasanya akan di balas oleh Allah S.W.T. dan hidupnya

sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan khusus buat individu-individu yang telah terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembikinan tugasan ini dan bagi semua

1
pihak yang telah menjayakan kajian ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa

kalian.

Akhir kalam, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Perpustakaan Kolej Universiti Islam Melaka kerana dengan adanya

fasiliti seperti ini dapat memudahkan kami untuk mendapatkan sumber-sumber dan bahan-

bahan premier dan juga sekunder bagi menyempurnakan dan menyiapkan tugasan kami.

Kami juga ingin memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan

dalam menyiapkan tugasan ini. Wasalam.

2
1.0 Latar Belakang Kajian

Berbicara mengenai pakaian wanita iaitu purdah merupakan sesuatu isu yang amat sensitif

dikalangan wanita hari ini. Umumnya pemakaian purdah ini merupakan pakaian sunnah anak

Rasulullah SAW iaitu Saidatuna Fatimah. Pemakaian purdah ini bermula semenjak zaman

Rasullulah yang bermula di Tanah Arab. Namun, sesetengah pendapat atau pandangan Ulama

mengatakan pemakaian purdah ini dahulu kerana berlakunya rebut di padang pasir dan

wujudnya pemakaian purdah secara meluas. Masyarakat wanita yang berada di sekitar Tanah

Arab memakai purdah saban hari untuk menjaga kehormatan diri daripada pandangan mata

liar lelaki. Keseluruhan wanita Arab memakainya dan itu merupakan adat atau budaya

pakaian mereka. Sememangnya apabila kita berbicara berkaitan purdah pastinya Tanah Arab

menjadi negara contoh budaya pemakaian purdah.

Namun, berlainan pula di Malaysia bahawa budaya pemakaian purdah bukanlah

sinonim dengan kaum wanita di sini. Hal ini demikian, hanya segelintir kecil sahaja wanita di

Malaysia ini memakai purdah. Isu berkaitan pemakaian purdah ini tidak pernah hilang dalam

setiap perbualan masyarakat. Pemakaian purdah ini membawa satu penampilan yang sangat

di hormati untuk sesiapa sahaja yang memakainya.

Justeru itu, pemakaian purdah pada hari ini telah membangkitkan satu permasalahan

iaitu pemakaian purdah itu merupakan keperluan atau trend. Jika dibandingkan

konseppemakaian purdah di era mellenia ini amat berbeza berbanding pada zaman dahulu.

Penampilan seseorang yang memakainya tidak lagi mencerminkan tujuan yang sebenar. Oleh

3
itu, pemakaian purdah di kalangan wanita di Malaysia hari ini telah menimbulkan beberapa

persoalan dan perlu ditangani supaya tidak timbul kekeliruan.

2.0 Permasalahan Kajian

Permasalahan yang dilihat tercetus dalam pemakaian purdah ini adalah apabila wanita-wanita

yang memakai purdah ini menganggap pemakaian purdah ini merupakan satu trend semasa

yang harus diikuti. Hal ini telah menyebabkan niat pemakaian purdah itu sendiri telah lari

dari konsep asal yang ingin melindungi wanita tersebut daripada bahaya. Sebaliknya, lebih

mendedahkan wanita kerana purdah yang dipakai itu menarik perhatian kepada orang yang

tidak sepatutnya.

Jika diikutkan, pemakaian purdah ini akan menjadi satu keperluan apabila sesuatu keadaan

menjadi mendesak yang mana purdah diperlukan. Sebagai contoh keadaan itu adalah seperti

seorang wanita yang merasakan wajahnya akan menimbulkan fitnah kepada orang yang

memandang sama ada kerana wajahnya terlalu cantik atau sebaliknya yang membuatkan

dirinya terancam ataupun apabila seseorang wanita itu mengalami masalah kesihatan yang

menuntut dia untuk menutup wajahnya dengan berpurdah.

Selain daripada itu, merujuk kepada pemakaian purdah di Tanah Arab sewaktu zaman

dahulu sehingga kini yang menuntut wanitanya menutup wajah mereka adalah kerana faktor

cuaca seperti ribut pasir dan matahari yang panas. Tambahan pula, wanita-wanita Arab

memang sinonim dengan mempunyai rupa paras yang cantik sehinggakan lelaki-lelaki Arab

4
tergoda kepada mereka. Disebabkan itulah mereka merasakan pentingnya purdah di samping

telah menjadi norma kehidupan dalam masyarakat mereka.

Berbalik kepada negara kita Malaysia yang dilihat masih aman dan mempunyai cuaca

yang baik saban waktu menjadikan pemakaian purdah dilihat sebagai tidak menjadi

keperluan kecuali dalam kes-kes yang tertentu. Budaya Malaysia juga tidak terbiasa dengan

pemakaian purdah sehinggakan timbul gelaran-gelaran yang tidak sepatutnya kepada wanita

yang berpurdah seperti pengganas, hantu dan sebagainya. Hal ini menjadi semakin meruncing

apabila wanita yang berpurdah menjadikan purdah sebagai fesyen yang mana sampai satu

tahap ada wanita yang bertabarruj dengan memakai purdah yang berwarna-warni dan

mengenakan baju yang ketat dan keterlaluan warnanya.

Apabila hal sebegini berlaku, fitnah bukan sahaja berlaku ke atas wanita tersebut,

bahkan memberi kesan kepada Islam. Hal ini kerana, perspektif masyarakat yang merasakan

wnaita yang berpurdah juga sama sahaja seperti wanita yang tidak berpurdah dek kerana cara

berpakaian yang lebih kurang sama dan bertabarruj dan yang hanya membezakan mereka

adalah purdah yang menutupi wajah mereka.

Untuk itu, kajian kami mengatakan pemakaian purdah di Malaysia ini dilihat lebih kepada

trend adapun masih ada yang menjadikan purdah itu satu keperluan. Hal ini kerana purdah

semakin menjadi ikut-ikutan oleh wanita Malaysia sehinggakan menjadikan purdah itu satu

kemestian dan merasakan wnaita yang tidak berpurdah itu salah. Dilihat dari pernyataan di

atas jelas dilihat bahawa wanita-wanita ini telah lari dari konsep aurat yang sebenar dalam

5
Islam iaitu menutupi keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, sekali lagi

ditegaskan melalui pemerhatian dan kajian kami purdah di Malaysia adalah trend dan bukan

lagi menjadi keperluan.

3.0 Sorotan Kajian

3.1 Pendahuluan

Sesungguhnya pemakaian purdah oleh para wanita Islam merupakan masalah khilafiyah iaitu

sesuatu perkara yang menjadi perselisihan pendapat dan pertikaian yang berlaku di kalangan

para ulama. Para ulama berselisih pendapat tentang masalah ini sejak dahulu lagi dan

perselisihan ini berterusan sehingga sekarang. Antara faktor yang menyebabkan masalah ini

terus berlarutan ialah kerana dalil-dalil yang berkaitan masalah purdah ini tidak terdapat dalil-

dalil yang jelas terhadap isu ini. Jadi para ulama hanya menyatakan pendirian mereka

berdasarkan fahaman dan ijtihad mereka masing-masing dalam memahami nas-nas yang

dikemukakan itu. Maka, berlakulah di sana khilaf di kalangan para ulama di dalam

menetapkan hukum memakai purdah terhadap wanita Islam. Perselisihan pendapat ini

berpunca dari penafsiran ayat al-Quran seperti berikut. Firman Allah SWT bermaksud

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir

daripadanya.

( surah al-Nur: ayat 31)

6
3.2 Pengertian Purdah

Di dalam bahasa Arab, purdah disebut sebagai niqab. Menurut Kamus Besar Arab-Melayu

Dewan, purdah ini membawa maksud kain penutup muka untuk golongan wanita. Secara

lazimnya, kain tersebut digunakan menutup sebahagian besar kawasan muka seseorang

perempuan melainkan matanya sahaja yang kelihatan.

3.3 Konsep Pemakaian Dari Sudut Akidah

Islam adalah satu-satunya agama yang syumul dan sangat sempurna berbanding dengan

agama lain. Peranan Islam adalah untuk mengatur kehidupan seharian umatnya dalam

menjalani kehidupan duniawi yang berteraskan kepada konsep tauhid yang membawa kita

dekat dengan Allah sebagai Maha Pencipta. Segala peraturan yang membawa kepada

kebaikan kepada individu itu sendiri malah ia membawa manfaat kepada orang lain yang

berada di sekeliling kita juga.

Islam juga dikenali sebagai al-Din yang berdiri pada asas kepentingan aqidah, syariat

dan akhlak. Kesempurnaan Islam itulah yang menjadikan ianya sebagai agama yang terbaik

yang berperanan untuk mengatur segenap aspek kehidupan manusia, sama ada dari sudut

politik, ekonomi, sosial dan sebagainya yang mementingkan Islam dalam membentuk

sesuatu. Sebagai umat Islam, kita sudah didedahkan dengan pengetahuan bahawa kita

perlulah mematuhi segala perintah Allah yang telah ditetapkan dan meninggalkan segala

larangan-Nya. Antara peraturan yang telah ditetapkan dan akan kita bincang ialah kewajipan

kita untuk menutup aurat dan ia merupakan perkara yang wajib kita ikuti sebagai manusia

7
yang bergelar Islam. Islam telah menggariskan kaedah dan cara yang unik untuk memenuhi

kewajipan menutup aurat. Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan umat Islam menutup

aurat untuk memelihara maruah dan kehormatan serta menghindarkan mereka daripada

kejahatan dan dosa.

Persoalan yang timbul di sini ialah, walaupun kita tahu majoriti umat Islam

mengetahui kewajipan mengenai kewajipan menutup aurat namun masih terdapat mereka

yang tidak menutup aurat. Malah, terdapat beberapa cara penutupan aurat yang dilakukan

masih terdapat juga mereka yang berpakaian menutup aurat yang dikatakan mengikut fesyen

dan sesuai dengan peredaran zaman. Keadaan seperti ini seolah-olah memperlihatkan

ketidakjelasan atau ketidakfahaman mereka tentang kaedah atau konsep menutup aurat di

dalam Islam. Untuk itu, kajian ini ingin meninjau persepsi para pelajar IPT untuk mengenal

pasti tahap pengetahuan mereka tentang konsep menutup aurat sebagaimana yang

dikehendaki oleh syariat Islam.

3.4 Konsep Menutup Aurat Dalam Islam

Istilah aurat diambil dari perkataan Arab iaitu “aurah” yang bererti keaiban. Manakala

menurut istilah Fiqh pula aurat bermaksud bahagian tubuh badan seseorang yang wajib

ditutup atau dilindungi dari pandangan mata seseorang yang bukan mahram. Cara berpakaian

yang sempurna bagi wanita muslim sebagaimana yang dikehendaki syarak yang sudah

digariskan.

8
Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuanmu dan

perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh

tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal

(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)

Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.

( Surah al- Ahzab:59)

Menerusi ayat di atas jelas menyatakan bahawa pakaian yang dipakai ketika keluar itu

hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh tubuh memakainya. Secara umumnya,

ciri-ciri pakaian yang menutup aurat sebagaimana dituntut oleh syarak bagi wanita adalah

seperti berikut :

1. Pakaian mestilah longgar. Pakaian tidak boleh sempit sehingga menampakkan susuk

atau bentuk tubuh badan.

2. Pakaian yang labuh yang menutupi seluruh anggota aurat. Ia bukan sahaja

merangkumi pakaian yang pendek , singkat atau terbelah yang mendedahkan perut,

dada, leher, tangan, kaki, dan punggung.

3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang

nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.

Secara keseluruhan, empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi,

Maliki, Syafie dan Hambali menetap bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut.

Bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas al-

Quran dan as-Sunnah.

9
3.5 Tujuan Pemakaian Purdah

Pemakaian purdah sering dikaitkan dengan wanita-wanita solehah yang sangat menjaga

auratnya. Purdah juga sangat sinonim dengan budaya-budaya Arab, contohnya dalam mana-

mana majlis yang bertemakan Arab secara langsungnya kita akan terus memikirkan pakaian

yang hanya menampakkan mata atau lebih dikenali sebagai purdah. Pemakaian purdah yang

asalnya dari Tanah Arab yang juga merupakan pakaian isteri-isteri dan anak-anak nabi ini

telah menjadi ikutan ramai di serata dunia.

Umum mengetahui bahawa pemakaian purdah ini tidak diberatkan atau diwajibkan bagi

kaum wanita kerana wanita ini diwajibkan menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan

tapak tangan. Bagi di Tanah Arab, ada yang memakai purdah ini mengikut faktor cuaca. Hal

ini kerana, di Tanah Arab keadaannya yang berangin dan berpasir akan membahayakan

kesihatan seseorang itu.

Pada dewasa kini, bagi di negara Malaysia ini sendiri kita telah menyaksikan ramai

wanita-wanita yang berpurdah dan ianya seperti telah menjadi ikutan di negara ini. Terdapat

beberapa tujuan bagi mereka yang memakai purdah ini di antaranya adalah seseorang itu

ingin menjaga hak wanita dan menjauhi dari fitnah. Jauh dari fitnah ini apabila wajah

seseorang itu boleh menjadi fitnah seperti apabila orang lain terutamanya lelaki boleh

menjadi ghairah apabila melihat wajah mereka yang cantik. Oleh sebab itu, mana-mana

wanita yang ingin menjaga haknya dan menjauhi dari fitnah akan menutup mukanya atau

memakai purdah.

10
Bagi sesetengah pemakai purdah di Malaysia jika dilihat mereka mengenakan purdah

hanya kerana ingin berfesyen. Pada zaman kini terdapatnya pelbagai jenis purdah sama ada

dari pelbagai warna, jenis kain dan corak purdah itu sendiri. Dalam Islam menegah supaya

wanita itu dihalang dari sikap berlebih-lebihan. Dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku

(tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu".

(Surah Al-Ahzab:33)

Berdasarkan ayat di atas menunjukkan Allah s.w.t amat melarang kaum wanita berhias

secara berlebih-lebihan kerana wanita ini boleh menimbulkan fitnah kepada orang ramai.

Selain itu, mereka ini ingin memakai purdah supaya kelihatan cantik dan kemudiannya

memuat naik gambar berpurdah ke laman sosial supaya menjadi perhatian orang ramai.

Selain itu, tujuan bagi si pemakai-pemakai purdah ini adalah untuk mengikut sunah isteri

dan anak nabi. Mereka amat menitik beratkan cara-cara pemakaian purdah mengikut sunah

seperti pakaian yang berwarna hitam. Selain itu, ada juga pemakai purdah ini memakai atas

tujuan untuk melindungi wajah mereka dari cahaya matahari. Hal ini kerana, ada sesetengah

mempunyai penyakit kulit yang sensitif dan mudah sakit apabila terkena cahaya matahari.

11
Jika dilihat kembali, terdapat pelbagai tujuan dalam pemakaian purdah ini, walau apa

sekali pun tujuan tersebut, kita harus meletakkan Allah s.w.t di tempat yang teratas dan setiap

perlakuan itu sentiasa mengikuti syarak Islam.

3.6 Etika Menutup Aurat

Sistem etika yang terdapat dalam Islam amat lengkap dan jelas sekali. Hal ini kerana sumber

etika Islam iaitu kitab al-Quran al- Karim dan Hadith Rasulullah SAW begitu lengkap dan

jelas. Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dan memelihara hubungan terhadap

Allah SWT, sesame manusia dan alam persekitaran. Daripada sekecil-kecil perkara

sehinggalah sebesar-besar perkara dinyatakan dalam al- Quran. Malah, tidak ada satu perkara

pun yang ditinggalkan oleh kitab al-Quran.

Setiap individu muslim hendaklah berpakaian secara beretika mengikut syarak. Etika

berpakaian dalam Islam berasaskan kepada penutupan aurat secara lengkap dan betul. Aurat

bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut, manakala wanita pula ialah seluruh tubuhnya

kecuali muka dan kedua tapak tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutup dari

pandangan orang lain yang bukan mahramnya. Haram diperlihat dan haram pula melihatnya.

Selain itu, pakaian yang dipakai mestilah tidak memperlihatkan susuk tubuh badan

dan pakaian hendaklah longgar mengikut kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau

sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Begitu juga dengan pakaian

12
yang terlalu bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penarik kepada pandangan atau

perhatian orang yang bukan muhrim untuk memandangnya. Selain itu, pakaian yang dipakai

oleh individu muslim juga hendaklah tidak menyerupai atau menyamai kaum yang ingkar

kepada perintah Allah SWT, seperti pakaian ahli gereja dan ahli ibadat lain. Sesungguhnya

Islam ini adalah agama yang mudah dan cukup besederhana.

Islam mengajar kesederhanaan dalam berpakaian dan membenci seseorang yang

berlebih-lebihan dalam berpakaian. Antaranya seperti orang-orang yang sombong yang ingin

dipuji kerana berpakaian indah dan mahal harganya. Islam tidak memandang keindahan

bentuk fizikal sebagai salah satu unsure kehormatan dan keberanian atau faktor moral yang

tinggi, kerana segelintir sahaja orang-orang yang sederhana pakaiannya memiliki jiwa besar

yang tidak dapat dinilai dengan benda berharga.

Rasulullah s.a.w bersabda

Ramai orang yang kelihatan kotor, hanya mempunyai dua baju yang lusuh. Andaikata ia

bersumpah kepada Allah pasti dikabulkan dan dibenarkan oleh Allah.

(H.R Tirmidzi)

Adalah kurang elok apabila seseorang pemuda hanya memperagakan pakaian yang

beraneka fesyen agar dikagumi orang di mana-mana. Sungguh bagaikan tertipu rasanya,

kalau seseorang hanya menghabiskan waktunya untuk mengurus ketampanan tubuhnya dan

puas dengan kecantikan parasnya. Kepada pemuda seperti ini, andaikata dia dianjurkan untuk

mempergunakan waktunya itu untuk menambah ilmu agama atau ilmu pengetahuan umum,

13
pasti mereka tidak bersedia kerana mereka beranggapan kesesuaian pakaian pada diri mereka

merupakan lambing kecukupan bagi mereka.

Islam telah memperingatkan kepada kaum Muslimin agar jangan menghabiskan

waktunya untuk mempamerkan tubuhnya sendiri kepada orang lain, kerana keadaan seperti

ini tiada manfaatnya. Memang ada yang beranggapan baik lelaki mahupun wanita bahawa

berpakaian bagus, indah dan mahal harganya dapat menutupi kelemahan dan kekurangan diri

seseorang yang tersembunyi. Dugaan dan anggapan mereka sebenarnya amat keliru kerana

sesuatu yang palsu cepat atau lambat akan diketahui kepalsuannya. Perkembangan dunia pada

saat ini telah melahirkan bermacam-macam fesyen baru yang disesuaikan dengan

perkembangan zaman dan perubahan musim. Bahkan dalam waktu sehari pun terdapat

pelbagai fesyen yang dilakukan. Gaya yang berlebih-lebihan ini akan berlaku di dunia timur

dan barat, tetapi tidak terdapat bagi kalangan kaum Muslimin yang bertakwa kepada Allah.

3.7 Hukum Pemakaian Purdah

Fatwa berkenaan pemakaian purdah telah lama dikeluarkan oleh mufti mesir iaitu Dr. Ali

Jum’ah di dalam bukunya yang bertajuk “Al-Bayaan”. Di dalam bukunya, Jumhur Ulama

mengatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kepada lelaki bukan muhrim kecuali

muka dan pergelangan tangan. Demikian kerana wanita juga berhajat kepada berbagai urusan

harian dengan kaum lelaki seperti jual beli. Jadi hukum memakai purdah mengikut jumhur

adalah sunat.

14
Mengikut Imam Abu Hanifah, beliau mengatakan Kaki perempuan tidak termasuk

aurat. Jadi ianya boleh didedahkan. Hujahnya bahawa Allah S.W.T menegah wanita dari

memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir sahaja. Kaki juga termasuk anggota

yang zahir. Pada mazhab ini, perempuan boleh mendedahkan muka, pergelangan tangan dan

kaki. Ianya berbeza dengan Mazhab Ahmad Ibnu Hanbal yang mengatakan bahawa Setiap

inci tubuh wanita adalah aurat kepada bukan muhrim. Maka seorang wanita itu mesti

menutup keseluruhan tubuhnya.

Mengikut Mazhab Maliki, Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing

ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan

syahwat. Menurut Mazhab Syafie pula mengatakan bahawa Aurat perempuan yang merdeka

adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak

menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat

termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Dalil jumhur berdasarkan firman Allah taala yang bermaksud :

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari

padanya”.

(An-Nur : 31)

‘Yang nampak dari padanya’ dalam ayat di atas bermaksud tempat perhiasan dapat dilihat.

Celak merupakan perhiasan wajah manakala cincin pula perhiasan tangan. Kedua-duanya

15
tidak dapat disembunyikan. Manakala mengikut dalil Sunnah berdasrkan sebuah hadis yang

diriwayatkan oleh Aisyah r.a yang bermaksud :

“Sesungguhnya Asma’ bt Abu Bakar datang kepada Rasulullah dengan pakaian yang nipis

lalu Baginda pun berpaling darinya dan berkata : Wahai Asma’, sesungguhnya seorang

perempuan apabila telah baligh tidak boleh memperlihatkan tubuhnya kecuali ini dan ini”

sambil Nabi menunjukkan wajah dan kedua belah pergelangan tangannya.”

( Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam Dalil Sunnah yang lain, Sebuah Hadis berkenaan Nabi memberi peringatan

kepada kaum wanita dalam sebuah majlis agar bersedekah kerana dengan sedekah itu dapat

memadamkan api neraka. Lalu bertanyalah seorang wanita dari kalangan mereka yang kedua-

dua pipinya bebintik : “Kenapa ya Rasulullah…” (Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasai,

Ahmad dan lain lagi). Perawi Hadis ini ialah Jaabir r.a.

Hadis di atas menunjukan bahawa perempuan yang bertanya itu wajahnya tidak

memakai purdah. Pihak yang mempertahankan purdah mengatakan bahawa hadis diatas telah

dimansuhkan dengan suruhan memakai purdah. Tetapi tidak ada satu pun dalil yang

memansuhkan hadis tersebut. Mereka juga menggunakan dalil Al-Quran untuk

mempertahankan hujjah mereka iaitu ayat dari surah Ahzab yang bermaksud :

Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang

mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang

demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Kerana itu mereka tidak di ganggu.

dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

16
( Surah Al-Ahzab : 59 )

Di dalam ayat ini juga tidak ada dalil yang jelas agar memakai purdah.

Al-Murghinani dari mazhab Hanafi menyatakan bahawa : Tubuh wanita

keseluruhannya adalah aurat kecuali muka dan kedua pergelangan tangannya. Ini berdasarkan

kepada Hadis Nabi yang berbunyi : “Wanita adalah aurat yang ditutupi” Pengecualian muka

dan pergelangan tangan kerana keduanya mudah dilihat. Beliau menjelaskan lagi bahawa

Hadis tersebut menjadi dalil bahawa kaki itu aurat. Tetapi menurutnya pandangan yang

mengatakan kaki itu bukan aurat adalah lebih sahih.

Ibnu Khalaf al-Baaji ulama mazhab Maliki menyatakan bahawa : Seluruh tubuh

wanita itu aurat melainkan wajah dan pergelangan tangannya. Katanya lagi : Kekadang

seorang wanita itu akan makan bersama suami dan tetamu suaminya atau tetamu saudaranya.

Demikian menjadikan hukum melihat wajah dan pergelangan wanita itu adalah harus. Ini

kerana kedua-dua anggota tersebut akan kelihatan ketika makan. Ibnu Hajar Al-Haitami

menukilkan daripada Qadhi Iyadh bahawa mengikut ijmak ulama, wanita tidak diwajibkan

menutup mukanya.

Cara berpakaian berkait rapat dengan adat sesuatu kaum. Dengan melihat keadaan

semasa di Negara Mesir, adalah lebih sesuai berpegang kepada pandangan jumhur yang

mengatakan tidak wajib memakai purdah. Wanita yang menutup wajahnya dengan purdah

dipandang asing dalam masyarakat hari ini dan menjadi punca kepada perpecahan. Adapun

bagi kaum wanita yang berada di dalam masyarakat yang berpegang kepada mazhab Hanbali,

17
ianya tidak menjadi masalah. Menutup muka pada mereka adalah adat yang berbetulan

dengan mazhab yang dipegang.

Oleh yang dimikian pandangan yang dipilih adalah pandangan jumhur ulama yang

membolehkan wanita menampakkan wajah dan kedua pergelangan tangannya. Memakai

purdah, jika boleh menyebabkan perpecahan atau untuk menunjukkan diri seorang yang

warak, maka ia akan menjadikan hukum asal iaitu sunat beralih kepada bida’h.

3.8 Kesan Baik Dan Buruk Pemakaian Purdah

Pemakaian purdah bermula di tanah arab pada zaman Rasulullah s.a.w lagi. Kemudian, ianya

diadaptasi ke dalam kehidupan seharian kita di Malaysia. Apabila ianya dipakai oleh

masyarakat zaman kini, ianya semestinya banyak mendatangkan kesan baik dan buruknya.

Pada awalnya, pemakaian purdah dipakai sebagai mengelakkan fitnah terhadap kaum

wanita. Daripada Usamah bin Zaid r.a , sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yng paling bahaya sesudahku nanti kecuali fitnah

yang dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka purdah ini berfungsi untuk mengelakkan wanita daripada difitnah dan menjadi fitnah

kepada kaum lelaki.

18
Selain itu, purdah dapat memelihara kehormatan diri dan keselamatan kaum wanita.

Contohnya, seseorang wanita itu mempunnyai paras rupa yang cantik dan menjadi perhatian

lelaki, dengan pemakaian purdah wajah yang cantik itu akan terlindung dan keselamtannya

akan terjamin.

Pemakaian purdah juga, mendatangkan kebaikan apabila keadaan cuaca buruk seperti

berlakunya jerebu, musim panas dan sebagainya. Ianya, dapat menghalang si pemakai terkena

penyakit akibat menghidu udara yang tercemar, seperti masyarakat tanah arab kebanyakan

mereka memakai purdah kerana kawasan tempat tinggal mereka di padang pasir yang

bedebu. Hikmah yang paling besar keatas pemakaian purdah adalah ianya dapat

menghidupkan sunnah kerana pemakain purdah dipakai oleh anak Rasulullah s.a.w sendiri

iaitu Saidatina Fatimah, isteri kepada Saidina Ali r.a.

Malah, pada zaman yang penuh pancaroba ini, pemakaian purdah disalahguna oleh

sesetengah pihak untuk tujuan yang tersendiri sebagai contoh dalam konteks jenayah.

Pemakaian purdah diguna untuk tujuan penyamaran seperti yang berlaku di sesetengah

tempat penginapan pelajar perempuan, yang mana lelaki menyamar sebagai perempuan

dengan memakai purdah untuk mencuri.

Selain itu, dengan pemakaian purdah akan timbulnya satu perasaan riak dikalangan si

pemakai kerana persepsi masyarakat kita adalah yang berpurdah ini adalah seseorang yang

mempunyai paras rupa yang cantik dan wara’. Sehubungan dengan itu juga, pemakaian

purdah kini telah menjadi trend atau fesyen dalam masyarakat kita kerana purdah pada

19
zaman sekarang mempunyai pelbagai warna dan pelbagai jenis seperti purdah layer dan

sebagainya.

Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung si pemakai akan menjadi perhatian

orang ramai, ianya telah lari dari konsep berpurdah yang sebenar iaitu untuk memelihara

maruah dan keselamatan wanita, dengan pemakaian purdah sedemikian juga dianggap

tabarruj (berlebih-lebihan).

4. Rumusan Dan Cadangan

Disebabkan pemakaian purdah dilihat menjadi satu trend di mana wanita Islam memakai

purdah dengan bertujuan lain selain daripada memelihara diri mereka, terdapat pelbagai cara

yang harus dilakukan dalam mengatasi permasalahan ini. Langkah pertama yang harus

dilakukan adalah membetulkan konsep tentang aurat itu sendiri, kerana kebanyakan wanita

salah faham akan konsep aurat itu sendiri yang merasakan wajah dan tangan juga termasuk

dalam aurat sehingga mewajibkan pemakaian purdah ke atas diri mereka sendiri.

Lantas, kempen kesedaran aurat perlu dilancarkan untuk memperbaiki pengetahuan

segelintir wanita yang masih lagi kabur akan konsep aurat yang sebenarnya. Selain daripada

itu, wanita yang sedia berpurdah perlu sedar akan konsep tabrruj ini kerana dikhuatiri mereka

memakai purdah dan bertabarruj sehinggakan mendatangkan fitnah kepada diri mereka

sendiri dan juga kepada agama Islam.

20
Akhir sekali, pemakaian purdah ini dilihat tidak salah, cuma yang membuatkan ia

nampak salah adalah kerana si pemakainya. Oleh itu, sebelum memakai purdah adalah

dinasihatkan supaya memperbaiki akhlak dan sahsiah dahulu supaya apabila sudah berpurdah

tidak akan menimbulkan fitnah kepada agama.

5. Penutup

Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh

badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat

dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini

ditajrih oleh syeikh telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan

mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan. Isu purdah ini hanyalah perkara yang

menjurus kepada perselisihan faham dan agak mustahil untuk mencapai kata sepakat daripada

para ulama Islam sepanjang zaman.

Perselisihan faham ini boleh dileraikan jika kita masing-masing mengamalkn sikap

bertolak ansur di antara satu sama lain. Inilah yang dijelaskan oleh Islam dan penganutnya.

Di dalam menangani isu permakaian purdah ini secara baik secara keseluruhan ia boleh

simpulkan bahawa mana-mana perempuan Islam yang hendak memakai purdah maka kita

tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Bagi sesiapa yang memilih untuk tidak

memakai purdah pula maka kita juga tidak boleh menghalangnya atau mengejinya. Kedua-

dua pihak adalah betul. Apa yang terlebih penting adalah Islam mengajar kita dengan mudah

21
dan tidak membebankan ... oleh itu, sebagai wanita Islam, menutup aurat dengan sempurna

sudah memadai.

22
Rujukan

Asmawati Suhib, Mohd Faizal Bin Mohd Zain, (2013) , Tahap Pengetahuan Pelajar

tentang Konsep Menutup Aurat: Suatu Tinjaun Umum, Fakulti Pendidikan Universiti

Kebangsaan Malaysia,Bangi Malaysia, hlmn 42.

Sayid Abul A’la Maududi, (1996), Purdah and the Status of Woman in Islam,

Markazi Maktaba Islami Publishers 1353 Chitli Qabr, Delhi, page 293.

Maulana Wahiduddin Khan, (1995), Woman between Islam and Western Society, Al-

Risala boks The Islamic Centre Publication Division, page 225.

Muhammad Al-Ghazali, (2001), Akhlak Seorang Muslim, Grescent News.

Paizah Hj Ismail, (2004), Aurat Wanita : Konsep dan Hukum Mengenainya, Jurnal

Syariah, hlmn 21-42, Kuala Lumpur, UM, Universiti Malaya.

Paizah Hj Ismail, (2003), Status Wanita dalam Islam: antara Prinsip Syariah dan

Ijtihad Fuqaha, Jurnal Syariah hlmn 61-72, Kuala Lumpur,UM, Universiti Malaya.

Paizah Hj Ismail, (1997), Istilah-Istilah Wanita dalam Al-Quran dan As-Sunah,

Jurnal Usuluddin, hlmn 12-24, Kuala Lumpur Universiti Malaya.

23

Anda mungkin juga menyukai