Anda di halaman 1dari 28

Hari ini fesyen yang dipanggil busana muslimah berlambak di pasaran. Ramai wanita Islam sekarang bertudung.

Namun begitu, benarkah dengan memakai tudung, kita sudah dikira menutup aurat? Betulkah busana muslimah itu betul-betul muslimah? Sewaktu kak melur keluar ke mall dan merata tempat lain kat Malaysia ni, ramain juga yang kak melur tengok mereka ni pakai tudung, bertshirt lengan pendek dan seluar jean ketat. Ada juga yang pakai blouse, tapi ketat dan mengikut alur bentuk tubuh. Tudung pun x de la sampai menutupi dada. Ada pula yang memakai blouse yang agak longgar dan labuhnya hingga menutup punggung, tapi dipadankan pula dengan seluar legging. Kalau diteliti, fesyen yang benar-benar muslimah dan menutup aurat adalah memenuhi syarat seperti berikut: 1-Menutup kawasan aurat. Semua tubuh badan wanita adalah aurat, kecuali muka dan tapak tangan. 2-Tidak menampakkan warna kulit, maknanya tidak jarang. 3-Tidak menampakkan bentuk tubuh yakni pakaian mestilah longgar.

Hikmah menutup aurat Wanita diwajibkan menutup aurat untuk menjaga kehormatan wanita itu sendiri. Wanita yang tidak menutup aurat dan menampakkan bahagian-bahagian yang seharusnya ditutup akan mengundang fitnah lelaki yang memandang. Lelaki yang memandang akan mendapat 1 dosa sedangkan wanita yang menampakkan auratnya mendapat 2 dosa. Bayangkan kita keluar bekerja/belajar dengan pakaian yang tidak benar-benar menutup aurat, berapa banyak pula mata lelaki bukan mahram yang memandang kita dalam keadaan pakaian kita seperti itu. Satu hari itu saja, berapa banyakkah dosa yang telah kita buat? Bayangkan jika kita bertahun-tahun macam tu, setiap harinya menghimpun dosa, kita akan jauh dari rahmat dan hidayah Allah. Masyaallah. Sewaktu kak melur berada dalam zaman remaja dulu, kak melur pakai tudung labuh, of course dengan pakaian yang longgar. Waktu tu kak melur agak cun juga :D (he he). Kalau keluar ke manamana, ada juga mata-mata yang memandang, tapi mereka tak berani kacau, cuma lihat dari jauh saja. Cikgu kelas kak melur (lelaki) pun respek juga kat kak melur. Kalau naik bas, jika kebetulan ada lelaki kat sebelah, mereka akan menjarakkan diri sikit dari kak melur. Bila agak dewasa, entah macamana kak melur tergerak hati tukar pakai tudung tiga segi pula, tapi masih lagi labuh hingga kedada. Waktu tu pergi mana-mana pun kak melur pakai baju kurung longgar je. Namun sangat beza dengan waktu pakai tudung labuh, waktu naik bas, jika ada lelaki di sebelah, ada yang tanpa segan silu cuba menghimpit. Sangat ketara, bila ada lelaki yang rosak moralnya cuba mengganggu. Bila menutup aurat dengan tidak betul, seseorang wanita itu berpotensi mendapat suami dari kalangan yang tidk benar agamanya atau rosak hatinya. Menurut seorang rakan dari sebuah blog, beliau dan suaminya pernah menjadi match maker antara rakannya (perempuan) dan rakan suaminya (lelaki). Bila di tunjukkan foto rakan perempuan kepada lelaki yang hendak dipadankan itu,

lelaki-lelaki yang soleh dan baik akhlaknya lebih berminat memilih wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Kesimpulannya, pakaian adalah perisai yang melindungi wanita. Selagi kita taat dengan suruhan Allah dan rasulNYA, selagi itu Allah akan menjaga kita.

Persepsi Pelajar Wanita Islam UTM Terhadap Fesyen Terkini Dan Tuntutan Menutup Aurat Ahmad Marzuki Bin Mohamad & Noor Betty Azura Binti Muhamad Radzi Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini adalah mengkaji persepsi pelajar wanita Islam Universiti Teknologi Malaysia terhadap fesyen terkini dan tuntutan menutup aurat. Tujuan kajian ini adalah mengenai pandangan pelajar wanita Islam tentang fesyen pakaian wanita Islam terkini, pandangan terhadap fesyen terkini pakaian wanita Islam yang menepati syarak dan juga mengetahui tahap kefahaman pelajar wanita Islam mengenai tuntutan menutup aurat. Kajian ini dilakukan di tiga buah kolej kediaman pelajar wanita sahaja iaitu Kolej Tun Fatimah, Kolej 9 dan Kolej Datin Seri Endon. Penyelidik memilih seramai 335 orang daripada 2594 orang pelajar wanita Islam sebagai sampel. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Soal selidik bagi kajian ini menggunakan skala Likert yang mengandungi 30 item. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science For Windows Intergrated Student Version (SPSS) versi 13.0 bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar wanita Islam terhadap fesyen terkini wanita Islam berada pada tahap min yang tinggi iaitu dengan nilai min 3.76, diikuti dengan persepsi pelajar wanita Islam terhadap fesyen terkini wanita Islam yang menepati syarak dengan nilai min 3.47 berada pada tahap sederhana manakala tahap kefahaman pelajar wanita Islam terhadap tuntutan menutup aurat berada pada tahap yang sangat tinggi iaitu nilai min 4.72. Kajian ini turut mencadangkan agar dilakukan kajian susulan bagi melihat kaitan antara pengamalan fesyen pakaian wanita Islam terkini dengan kewajipan menutup aurat kepada semua pelajar wanita Islam Universiti Teknologi Malaysia. Katakunci : persepsi pelajar wanita, fesyen terkini, menutup aurat Pengenalan Islam memerintahkan kepada setiap manusia khususnya umat Islam agar menutup aurat dengan

berpakaian supaya elok dipandang mata dan bagi membezakan manusia dengan haiwan. Tujuan pakaian dalam perspektif Islam adalah untuk menutup aurat dan untuk berhias (Akmal Hj. Mhd. Zain, 2006 : 166). Sebagaimana firman Allah S.W.T. : *Quran: 1.1+ Maksudnya: Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan. (Al-Araaf : 26) Persoalan mengenai aurat merupakan antara aspek prinsip kepada setiap muslim terutamanya wanita Islam. Kewajipan menutup aurat terpikul apabila seseorang telah mencapai usia baligh. Allah S.W.T. mahu manusia mempunyai pedoman dalam membuat pilihan yang betul dan tepat untuk kebaikan manusia sendiri khususnya tuntutan menutup aurat. Budaya fesyen pakaian memang tidak dapat dipisahkan dari kalangan wanita. Jika kita perhatikan hari ini wanita memang suka meniru fesyen pakaian yang baru dilihatnya. Mereka menganggap pakaian yang mereka tiru itu sesuai dengan mereka (Zurina Hj Mohd Yunus, 2002 : 10). Fesyen pakaian yang harus dipakai oleh setiap wanita Islam tidak ditentukan dengan rigid atau tetap, sebaliknya Islam membuka luas kepada umatnya daya cipta atau kreativiti untuk mencipta fesyen pakaian yang sesuai dengan berpandukan ketetapan syariah. Pernyataan Masalah Jika diperhatikan situasi hari ini, menunjukkan ramai wanita Islam memilih fesyen dan bentuk pakaian jenis kontemporari dan ranggi. Lebih-lebih lagi, pelbagai koleksi busana muslimah yang wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan menarik minat wanita Islam berpakaian menepati cita rasa moden dengan penampilan gaya elegan. Ia dilakukan dengan melihat bagaimana penerimaannya di kalangan wanita itu sendiri. Ini menggambarkan seolah-olah mereka memandang kewajipan menutup aurat bukan satu perintah Allah S.W.T. tetapi hanya sebagai satu tuntutan semasa yang boleh tidak diambil kisah. Begitu juga dengan cara pemakaian bertudung. Realiti wanita Islam pada zaman sekarang bertudung. Namun begitu, adakah mereka memahami menutup aurat itu hanya bermaksud menutup kepala sahaja atau rambut yang wajib ditutup? Adakah mereka yang bertudung itu atas

dasar memahami tentang hukum-hakam Islam atau akibat pengaruh daripada keluarga, kawankawan dan persekitaran? Apa yang mendukacitakan, terdapat golongan yang memahami tentang kewajipan menutup aurat tetapi tidak melaksanakannya dengan memberi pelbagai alasan. Ramai di kalangan remaja pada usia belasan dan awal 20-an hanyut dibuai arus fesyen. Dalam keghairahan mereka membentuk imej tersendiri yang kontemporari dan ranggi, ramai yang terlupa tentang batasan seorang muslimah. Para pelajar institusi pengajian tinggi juga tidak ketinggalan dalam berfesyen mengikut arus zaman moden walaupun terdapat kod etika berpakaian yang telah digariskan oleh pihak pentadbiran pengajian tinggi sendiri terhadap mereka tetapi masih melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, adakah fesyen pakaian terkini mengikut lunas-lunas Islam yang telah ditetapkan? Isu fesyen wanita Islam masa kini telah menarik perhatian penyelidik kerana permasalahan ini menjadi satu kekeliruan kepada masyarakat Islam kini terutamanya berkaitan dengan soal tuntutan syarak. Objektif Kajian Objektif bagi kajian penyelidikan ini ialah untuk : 1. Mendapatkan persepsi pelajar wanita Islam UTM terhadap fesyen terkini wanita Islam. 2. Mengenal pasti persepsi pelajar wanita Islam UTM terhadap fesyen terkini pakaian wanita Islam yang menepati syarak. 3. Mengetahui tahap kefahaman pelajar wanita Islam UTM tentang tuntutan menutup aurat. Kepentingan Kajian Kajian ini penting sebagai kajian awal untuk melihat persepsi pelajar wanita Islam UTM terhadap fesyen terkini dan tuntutan menutup aurat. Kajian ini dapat memberikan maklum balas kepada pelbagai pihak. Pertama, sebagai panduan terutamanya kepada ibu bapa untuk memberi kesedaran kepada anak-anak sejak dari kecil dengan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian termasuklah cara berpakaian dan cara pergaulan mengikut lunas-lunas Islam yang dibenarkan. Kedua, sebagai garis panduan kepada sekolah untuk para pelajar yang meningkat ke alam dewasa. Ini penting kerana jiwa remaja yang masih muda mudah terpengaruh dengan sesuatu yang baru. Jadi tidak dinafikan bahawa mereka lebih suka meniru kepada budaya yang tidak sihat. Selain itu, memberi pendedahan dan kefahaman terhadap pelajar wanita Islam

tentang konsep berpakaian dalam Islam sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Dapatan kajian ini juga penting sebagai garis panduan kepada pihak pentadbiran universiti mewajibkan semua pelajar wanita Islam menutup aurat ketika berada di dalam dan di luar kampus. Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk deskriptif iaitu untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap fesyen dan tuntutan menutup aurat. Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi pelajar wanita Islam Universiti Teknologi Malaysia terhadap fesyen terkini dan tuntutan menutup aurat yang telah digaris panduankan oleh syarak. Reka bentuk kajian yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen adalah kerana soal selidik ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan, menjimatkan masa dan tenaga penyelidik bagi pengumpulan data. Selain itu, soal selidik ini mengandungi arahan dan soalan-soalan yang sama untuk dijawab oleh semua responden yang terlibat dalam kajian ini. Kesemua data yang diperolehi daripada soal selidik ini akan dianalisis secara kuantitatif. Populasi Dan Sampel Kajian Dalam kajian ini, populasi terdiri daripada pelajar wanita Islam Kolej Tun Fatimah, Kolej 9 dan Kolej Datin Seri Endon bagi sesi 2007/2008. Populasi kajian ini terdiri daripada 917 orang pelajar wanita Islam yang mendiami Kolej Tun Fatimah, 746 orang pelajar wanita Islam dari Kolej 9 dan 931 orang pelajar wanita Islam dari Kolej Datin Seri Endon. Jumlah keseluruhan populasi adalah seramai 2594 orang pelajar wanita Islam. Jadual 1 : Penentuan saiz sampel (Krejcie & Morgan 1970) Beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi dengan tepat. Dalam kajian ini, penyelidik memilih sampel seramai 335 orang pelajar wanita Islam sahaja dari ketiga-tiga buah kolej kediaman tersebut berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan seperti di atas. Menurut Azizi Yahaya et al (2007 : 72) rumusan yang digunakan oleh bahagian penyelidikan National Education Association seperti yang dilaporkan oleh Krejcie dan Morgan (1970) digunakan bagi menentukan saiz sampel kajian. Rumus yang digunakan adalah seperti

berikut : S = x NP (1- P) d 9N 1) + x Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah borang soal selidik bagi memenuhi objektif kajian. Berdasarkan kepada borang soal selidik, penyelidik telah menggunakan instrumen soal selidik Azizee Mohd Alwi (2004), Faridah Awang @ Mahmud (1992), Nor Aziyati Azmi (2007), Sharifah Nurlaili Shikh Sudin (2003) dan Siti Rohayu Ramlee (2001) yang lepas untuk dijadikan sebagai model dan telah diubahsuai oleh penyelidik bertepatan dengan sorotan kajian. Set soal selidik yang disediakan mengandungi 30 soalan dengan empat bahagian iaitu bahagian A, B, C, dan D. Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat latar belakang responden mengikut umur, kolej, aliran pendidikan terakhir dan tahap pendidikan terakhir. Bahagian ini mengandungi soalan jenis Thurston di mana responden hanya menanda salah satu daripada pilihan jawapan. Manakala bahagian B pula mengandungi 10 soalan berkaitan persepsi pelajar wanita Islam dari aspek fesyen terkini wanita Islam. Bahagian C mengandungi 10 soalan dari aspek persepsi pelajar wanita Islam terhadap fesyen terkini pakaian wanita Islam yang menepati syarak. Bahagian D mengandungi 10 soalan berkaitan tahap kefahaman pelajar wanita Islam dari aspek tuntutan menutup aurat. Jawapan bagi soalan-soalan dalam bahagian ini diwakili oleh skala Likert yang mempunyai lima maklum balas. Responden dikehendaki menandakan jawapan mengenai sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain (Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1998 : 97). Dalam bahagian ini, responden dikehendaki menandakan jawapan berdasarkan skala dalam jadual 2 : Jadual 2 : Pengkelasan nombor dalam skala Likert Kajian Rintis Kajian rintis ialah kajian awal yang dijalankan sebelum menjalankan kajian sebenar. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk : i. Mengetahui kebolehpercayaan dan kesahan item soalan yang dibina.

ii. Mengetahui semua kenyataan di dalam soal selidik jelas dan mudah difahami. iii. Memperbaiki kenyataan item yang boleh menimbulkan takrifan yang berlainan dengan responden. iv. Menimbang tempoh masa yang diambil untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Hasil kajian rintis diproses menggunakan Statistical Package For Social Science For Windows Intergrated Student Version 13.0 (SPSS). Hasil daripada pengiraan nilai kebolehpercayaan bagi kajian rintis ini ialah alpha 0.660. Oleh kerana indeks kebolehpercayaan ini berada di tahap sederhana maka penyelidik telah membuat beberapa pengubahsuaian pada item soal selidik untuk meningkatkan kebolehpercayaannya. Hal ini kerana, menurut Mohd. Majid Konting (2005 : 183) nilai kebolehpercayaan adalah melebihi alpha 0.60. Manakala menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1998 : 100) sekiranya nilai koefisien tinggi (0.8 ke atas) maka kebolehpercayaan adalah tinggi. Kemudian, kajian rintis sekali lagi dilakukan dengan mengambil sampel yang berlainan. Penyelidik telah memilih secara rawak bebas sepuluh orang responden yang terdiri daripada pelajar wanita Islam Kolej Tuanku Canselor, UTM dalam semester II bagi sesi 2007/2008 sebagai sampel bagi kajian rintis ini. Mereka dipilih kerana mempunyai ciri-ciri sama dengan sampel sebenar. Didapati nilai kebolehpercayaan bagi kali kedua ialah alpha 0.854 dan ini bermakna indeks kebolehpercayaan berada di tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa soal selidik boleh digunakan untuk kajian sebenar. Analisis Data Jadual 3 : Rumusan dapatan kajian tahap kefahaman pelajar wanita Islam UTM tentang tuntutan menutup aurat Merujuk kepada jadual 3 di atas, keputusan menunjukkan min yang tertinggi bagi persoalan kajian yang ketiga ialah pada item 21 iaitu pernyataan tentang Kewajipan menutup aurat merupakan satu tuntutan agama yang termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah dengan min sebanyak 4.86. Seramai 334 orang responden iaitu 99.7% memberi tahap persetujuan yang positif dengan item ini. Diikuti item 25 dan 28 iaitu pernyataan tentang Aurat wanita Islam ialah

seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan dan Apabila berada di hadapan lelaki yang bukan mahram wajib menutup aurat. Kedua-dua item ini mencatat peratusan sebanyak 99.7% dan 100% dengan responden seramai 334 dan 335 orang. Selain itu, bagi item 22, 24 dan 30 mencatat nilai min dan peratusan persetujuan masingmasing dengan memperolehi sebanyak 4.76 atau 100%, 4.73 atau 99.4% dan 4.70 atau 100% iaitu dengan pernyataan Pengetahuan tentang agama membuatkan saya menutup aurat dan ia adalah wajib ke atas setiap Muslim yang telah baligh,Batasan aurat seorang wanita Islam dalam Islam yang sebenar sepatutnya diketahui oleh semua wanita Islam dan Menutup aurat menjadikan umat Islam lebih maju dan bertamadun. Manakala bagi item 26 dan 29 iaitu pernyataan tentang Menutup aurat diwajibkan di dalam solat dan di luar solat termasuk memakai stokin dan Menutup aurat membuatkan keperibadian saya menjadi tinggi mencatat nilai min 4.68 dan 4.63. Kedua-dua item ini mencatat peratusan persetujuan sebanyak 99.7% dan 100%. Seterusnya item 27 mencatat nilai min 4.61 iaitu dengan pernyataan tentang Sebagai seorang Islam, saya rasa berdosa apabila mendedahkan aurat saya ketika bersama berhadapan dengan lelaki ajnabi (bukan mahram) dan wanita bukan Islam. Item yang mencatatkan min terendah adalah pada item 23 iaitu pernyataan tentang Menutup aurat bukan sahaja satu perintah Allah tetapi ia mempunyai faedah untuk saya seperti melindungi kulit dari pancaran cahaya matahari dengan min sebanyak 4.60. Pada bahagian ini, nilai min keseluruhan adalah berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.72. Perbincangan Analisis telah dilakukan untuk mendapatkan persepsi responden terhadap fesyen terkini wanita Islam sekarang secara umum. Hasil penelitian yang telah dilakukan menunjukkan peratus persetujuan yang tinggi iaitu 99.1% mengatakan fesyen pakaian moden terkini wanita Islam semakin berkembang. Hasil dapatan ini diperkukuhkan oleh dapatan kajian Faridah Awang sebanyak 68.0% responden sentiasa mengikuti perkembangan fesyen. Ini jelas bertepatan dengan berpakaian kerana fesyen akan sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan fesyen (Faridah Awang, 1992 : 25).

Perkara ini juga dapat dilihat bagi item 5 dan 4 yang mencatat persetujuan yang tinggi iaitu pernyataan tentang Kebanyakan fesyen pakaian wanita Islam di pasaran sekarang mementingkan cita rasa semasa dan Fesyen pakaian wanita Islam sekarang mengikut arus semasa mencatat tahap peratusan persetujuan sebanyak 98.3% dan 97.6%. Ini menyatakan bahawa tanggapan responden terhadap fesyen Muslimah sekarang mementingkan cita rasa masyarakat sekarang yang mana selari dengan (Shofian Ahmad et al, 2004 : 80) menyatakan bahawa terdapat pelbagai fesyen pakaian wanita Islam yang dicipta memenuhi cita rasa masyarakat dan ia sentiasa berubah dari semasa ke semasa (Al-Muslimah, 2007 : 11). Manakala bagi item 3 dan item 8 dengan pernyataan Fesyen pakaian wanita Islam sekarang sangat menarik perhatian saya dan Fesyen pakaian wanita Islam sekarang terikut-ikut dengan budaya Barat. Keputusan peratusan yang dicatat bagi kedua-dua item tersebut ialah 94.6%. Berdasarkan peratusan ini, responden akui fesyen terkini pakaian wanita Islam sangat menarik perhatian bagi golongan wanita Islam khususnya dan ini juga menunjukkan bahawa responden peka terhadap aliran fesyen pakaian wanita Islam sekarang lebih kepada bentuk dan corak dari Barat. Kenyataan ini dibuktikan oleh (Shofian Ahmad et al, 2004 : 80) menjelaskan bahawa fenomena perkembangan fesyen berpakaian mutakhir ini telah berusaha menggabungkan fesyen pakaian Islam dan fesyen pakaian moden dari Barat. Berdasarkan analisis dilakukan bagi item 18 dan 12 iaitu pernyataan Bagi saya memakai tudung bukan merupakan satu fesyen masa kini tetapi adalah satu kewajipan dan Memakai pakaian yang menutup aurat adalah perkara yang bukan satu bebanan bagi saya mencatat peratusan persetujuan sebanyak 99.4% dan 97.0%. Hal ini menunjukkan bahawa responden mengetahui berpakaian menutup aurat dan bertudung itu satu tuntutan Islam dan bukan satu bebanan. Kenyataan ini dibuktikan oleh Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Pensyarah di Jabatan Pengajian al-Quran & Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bahawa ada yang mengaitkan tudung sebagai suatu yang sinonim dengan budaya dan tradisi orang Melayu dan ada yang menerimanya sebagai imej wanita Islam yang berlandaskan tuntutan dan kefardhuan syariat (Al-Islam, 2000 : 61). Allah S.W.T. memerintahkan sesuatu bukanlah untuk membebani hambaNya malah untuk memberikan keselesaan kepada semua manusia.

Hasil analisis bagi item 22, 27, 28, 29 dan 30 dengan pernyataan Pengetahuan tentang agama membuatkan saya menutup aurat dan ia adalah wajib ke atas setiap Muslim yang telah baligh , Sebagai seorang Islam, saya rasa berdosa apabila mendedahkan aurat saya ketika bersama berhadapan dengan lelaki ajnabi (bukan mahram) dan wanita bukan Islam , Apabila berada di hadapan lelaki yang bukan mahram wajib menutup aurat , Menutup aurat membuatkan keperibadian saya menjadi tinggi dan Menutup aurat menjadikan umat Islam lebih maju dan bertamadun mencapai peratusan persetujuan 100%. Bagi item 24 yang memperolehi peratusan persetujuan sebanyak 99.4% mewakili pernyataan Batasan aurat seorang wanita Islam dalam Islam yang sebenar sepatutnya diketahui oleh semua wanita Islam membuktikan bahawa majority responden bersetuju, wanita yang beragama Islam hendaklah mengetahui batas-batas aurat yang sebenar dalam Islam. Berdasarkan keputusan tersebut menunjukkan responden mengetahui batasan aurat yang sebenar. Seterusnya, menutup aurat juga mempunyai hikmah yang tersendiri selain merupakan satu perintah Allah S.W.T. Ini dapat dilihat melalui item 23 berkaitan dengan Menutup aurat bukan sahaja satu perintah Allah tetapi ia mempunyai faedah untuk saya seperti melindungi kulit dari pancaran cahaya matahari mencatat peratusan persetujuan sebanyak 98.2%. Ini dibuktikan oleh kajian Siti Rohayu Ramlee (2002) sebanyak 97.3% bersetuju menutup aurat bukan sahaja perintah Allah tetapi dapat melindungi kulit dari pancaran matahari. Analisis keseluruhan min yang diperolehi ialah 4.72. Ini jelas menunjukkan tahap kefahaman pelajar wanita Islam UTM tentang tuntutan menutup aurat adalah pada tahap sangat tinggi. Rujukan Akmal Hj. Mhd. Zain (2006). Halal Dan Haram Dalam Kehidupan. Kuala Lumpur : Al-Hidayah Publishers Al-Qarni, Aidh Abdullah (Dr.) (2007). Fiqhul Dalil Menguasai Dalil-Dalil Fiqah, Mohd Sofwan Amrullah (terj). Kuala Lumpur : Jasmin Enterprise Baharudin Othman, Nordin Bayadi & Mohd Bahrin Haji Sidek (2002). Aurat Dalam Islam.

Johor : Unit Ukhuwah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Johor Endak Sempok Mohd Tahir (Ir.) (2003). Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung. Bentong, Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Fatimah Hj. Omar (2000). Bimbingan Fardhu Ain Untuk Wanita. Batu Caves, Selangor : Pustaka Ilmi Jaafar Salleh (2006). Batas-Batas Aurat & Pergaulan Serta Hukum Persolekan Dalam Islam. Johor Bahru : Pustaka Azhar K.H.E. Abdurrahman (1997). Pedoman Wanita. Selangor : Klang Book Centre Liza Angelo Milo Abdullah (Hajjah) (2001). Al-Quran Dalam Kehidupan Seharian. Shah Alam, Selangor : Malita Jaya Sdn. Bhd. Mohd Najib Abdul Ghafar (1998). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Mohd Nasir Awang (Mei 2007). Membendung Jenayah Seksual Terhadap Wanita. ALMUSLIMAH. Bil 194: 40-41 Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan : Soal Selidik Pendidikan. Johor : Universiti Teknologi Malaysia Muhamad Najib & Nur Yasmin Zulaikha (2006). 290 Nasihat Untuk Muslimah. Kuala Lumpur : Jasmin Enterprise Muhammad Ismail (Dr.) (2007). Hijab : Memelihara Kesucian Wanita Muslimah. Johor : Pustaka Azhar Najhan Imamuddin (September 1997). Ratu Binatang dan Ratu Manusia. DAKWAH. Bil 244: 13 Rahmat Ismail (1997). Etika Sosial : Satu Peradaban Dalam Kehidupan Sosial Manusia. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shamsujunaidi El Syams (Mac 2004). Memahami Kewajipan Menutup Aurat Berdasarkan Tafsiran Ayat Hijab. AL-ISLAM. Bil 358-366: 25 Shofian Ahmad & Lotfiah Zainal Abidin (2004). Aurat : Kod Pakaian Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia Zaharuddin Abd Rahman (Ustaz) (Julai 2007). Salah Tanggapan Wanita Tentang Aurat. ALMUSLIMAH. Bil 195: 59-61 Zuarida Mohyin (September 2000). Bertudung Tuntutan Agama, Trend atau Paksaan?. ALISLAM. Bil 321: 61

Aurat Wanita Muslim Menurut Perspektif Islam: Penerimaan Dan Pengamalan Di Kalangan Masyarakat Farahwahida Binti Mohd Yusof & Nur Afzan Binti Muhamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Tahap penerimaan dan pengamalan masyarakat terhadap pensyariatan menutup aurat telah mendapat perhatian penulis. Kajian ini bertujuan untuk memberikan pendedahan, pengetahuan serta kesedaran kepada masyarakat Islam, khususnya wanita Islam dalam penjagaan aurat yang merangkumi persyaratan pakaian yang memenuhi tuntutan syariat Islam. Seramai 11 orang staf sokongan kolej kediaman siswi Universiti Teknologi Malaysia Skudai telah dipilih sebagai responden. Metode pengumpulan data, kajian perpustakaan, metode dokumentasi, wawancara dan observasi digunakan dalam kajian ini. Manakala metode induktif, deduktif dan komparatif pula digunakan untuk menganalisis data. Kajian dijalankan adalah bagi mengetahui tahap pengetahuan wanita Islam terhadap kewajipan menutup aurat bagi mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan tahap pengamalan wanita muslim terhadap kewajipan menutup aurat serta mengetahui kedudukan aurat dari perspektif Islam. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden mengetahui konsep, kewajipan serta tujuan menutup aurat. Namun, kurang memberikan maklumbalas yang baik dari sudut pengamalannya. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi, penulis mengemukakan beberapa cadangan bagi memastikan syariat penutupan aurat dapat diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat seharian. Kajian lanjutan juga dicadangkan untuk pengkajian pada masa akan datang. Katakunci: pensyariatan menutup aurat

Pengenalan Islam sebagai al-Din yang syumul didirikan atas dasar akidah, syariat dan akhlak. Kesempurnaan Islam menjadikan ianya suatu agama yang terbaik dalam mengatur segenap aspek kehidupan manusia, sama ada dari sudut politik, ekonomi, mahupun sosial. Islam memberi keadilan kepada wanita dengan memuliakannya, tidak sebagaimana Zaman Jahiliah, di mana wanita dipandang hina dan setiap kelahiran anak perempuan dianggap suatu kehinaan bagi sesebuah keluarga (Afzalur Rahman, 1993: 166). Kemuliaan dan kehormatan wanita dalam Islam dilihat dari aspek pergaulan, perkahwinan dan aurat. Pernyataan Masalah Tuntutan menutup aurat jelas kurang difahami bukan sahaja oleh masyarakat awam tetapi juga masyarakat kampus yang terdiri daripada pensyarah, pelajar, kakitangan serta pekerja sokongan. Contohnya berdasarkan pemerhatian, didapati segelintir mahasiswi Islam di Pusat Pengajian Tinggi hanya menutup aurat dan memakai tudung ketika menghadiri kelas matapelajaran wajib universiti seperti TITAS. Walau bagaimanapun, hal yang sama tidak berlaku ketika menghadiri kelaskelas yang lain. Terdapat juga sesetengah mahasiswi yang berpakaian menjolok mata di kampus, ia secara tidak langsung menarik perhatian pelajar mahupun pensyarah. Teguran dari pensyarah dianggap remeh dan adakalanya tidak diendahkan. Lebih mendukacitakan lagi, pengabaian menutup aurat semakin berleluasa ketika berada di kawasan asrama. Dengan hanya mengenakan baju lengan pendek, seluar pendek, bertuala, tidak bertudung, mereka bebas ke sana ke mari. Ia bukan sahaja melanggar hukum agama tetapi juga melanggar tatatertib berpakaian yang terkandung di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975. Keadaan lebih

membimbangkan apabila terdapat pelawat-pelawat lelaki yang sering datang ke kawasan asrama wanita. Pengabaian terhadap penutupan aurat yang sempurna juga berlaku di kalangan kakitangan, pekerja sokongan dan segelintir pensyarah yang berkhidmat di Pusat Pengajian Tinggi. Mereka hanya mengenakan tudung dan berpakaian sopan semata-mata untuk memenuhi prasyarat dan etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran. Berbeza pula cara pemakaiannya ketika berada di luar kampus. Fenomena ini menjadi contoh kepada warga kampus terutamanya pelajar yang merasakan mereka juga bebas untuk mendedahkan aurat. Persoalan yang timbul, sejauhmanakah pendidikan asas agama yang diperolehi di peringkat rendah dan menengah mampu menjadi benteng kepada wanita Islam dalam menjaga batasan aurat mereka? Melihat kemelut penerimaan dan pengamalan wanita Islam terhadap pensyariatan menutup aurat, maka penulis merasakan perlu dibuat pengkajian berkaitan kedudukan aurat wanita dari perspektif Islam dengan melihat sejauhmana penerimaan dan pengamalannya di kalangan masyarakat kampus. Kajian ini untuk menjelaskan sejauhmanakah aurat wanita muslim menurut perspektif Islam. Objektif Kajian Objektif kajian ini dilaksanakan adalah: 1 Untuk mengetahui tahap pengetahuan wanita Islam terhadap kewajipan menutup aurat. 2 Untuk menjelaskan tahap pengamalan wanita muslim terhadap kewajipan menutup aurat 3 Untuk menganalisa kedudukan aurat dari perspektif Islam. Kepentingan Kajian Kajian ini sangat penting untuk memberikan pendedahan serta pengetahuan kepada masyarakat Islam, khususnya wanita Islam dalam penjagaan aurat yang sebenarnya merangkumi persyaratan pakaian yang

memenuhi tuntutan syariat Islam, batasan aurat wanita dan beberapa aspek lain yang dibincangkan. Ianya juga bertujuan untuk memberikan kesedaran dan kefahaman kepada wanita muslim dan masyarakat umum berkenaan aurat wanita menurut perspektif Islam, memandangkan masih ramai lagi di kalangan wanita muslim yang tidak jelas tentang konsep penutupan aurat yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Penulis juga berharap agar kajian ini dapat membantu pihak pentadbiran universiti dalam menggariskan serta menetapkan cara berpakaian yang menutup aurat untuk warga kampus, khususnya dari kalangan wanita muslim supaya ianya bertepatan dengan garis panduan yang ditetapkan di dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Dengan adanya penguatkuasaan dan penetapan peraturan cara berpakaian oleh pihak pentadbiran universiti, adalah diharapkan agar universiti bukan sahaja berperanan sebagai tempat menuntut ilmu, tetapi turut berfungsi sebagai tempat pembudayaan ilmu, di mana ilmu agama yang dipelajari dapat diamal dan dibudayakan sebagai cara hidup masyarakat kampus. Selain daripada itu, kajian ini juga bermatlamat untuk memberi gambaran, maklumat dan idea kepada pihak berkuasa tempatan contohnya pihak Jabatan Agama Islam Negeri berkenaan tahap kefahaman dan pengamalan penutupan aurat di kalangan masyarakat, khususnya wanita Islam, sekaligus memudahkan pihak Jabatan Agama Islam merancang dan mengadakan kempen-kempen kesedaran, ceramahceramah serta penguatkuasaan berkenaan penutupan aurat kepada umat Islam amnya dan wanita Islam khasnya. Ini adalah kerana memandangkan kebanyakan gejala dan permasalahan sosial yang berlaku pada asalnya berpunca dari pengabaian terhadap tuntutan menutup aurat.Skop/Batasan Kajian Kajian ini hanya dilaksanakan di kalangan staf sokongan perempuan yang berkhidmat di kolej-kolej

kediaman pelajar siswi di kampus UTM skudai sahaja. Ini kerana mereka merupakan golongan yang banyak terlibat dengan pelajar, ibu bapa dan orang luar seperti pekerja-pekerja yang membaiki kemudahan asrama dan sebagainya. Dengan tahap pengetahuan dan kefahaman yang mendalam berkenaan aurat di kalangan staf sokongan ini akan dapat membantu dalam membimbing serta menasihati pelajar supaya menutup aurat dengan sempurna dan menjadi role model kepada pelajar dalam menutup aurat. Perlaksanaan kajian ini dijalankan terhadap staf sokongan di kampus UTM yang beragama Islam sahaja, memandangkan Islam merupakan satu-satunya agama yang amat menitikberatkan penjagaan aurat di kalangan penganutnya supaya ianya diamalkan dalam kehidupan seharian. Metodologi Metode Pengumpulan Data Penulis menggunakan beberapa metode dalam mengumpulkan data dan maklumat yang berkaitan. Sumber-sumber data umumnya diperolehi dari sumber pertama di samping data dari sumber kedua. Penulis berusaha mencari dan mengumpulkan data-data yang mempunyai hubungkait dengan tajuk kajian sebelum membuat penafsiran terhadap data-data tersebut. Di antara metode yang digunakan penulis dalam kajian ini ialah kajian perpustakaan, metode dokumentasi, metode wawancara dan metode observasi. 1 Kajian Perpustakaan Perpustakaan merupakan tempat rujukan utama dalam usaha mengumpulkan data-data dan bahan maklumat yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, beberapa buah perpustakaan telah dijadikan tempat rujukan penulis dalam melaksanakan kajian ini. Di antara perpustakaan yang menjadi tempat rujukan utama ialah: i) Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

ii) Perpustakaan Awam Pusat Islam, Kuala Lumpur. iii) Perpustakaan Awam Raja Tun Uda, Shah Alam. iv) Perpustakaan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. v) Perpustakaan Awam Negeri Kelantan. Metode ini digunakan dalam kebanyakan bab yang ada, tetapi lebih berperanan di dalam bab satu dan bab dua kerana bab satu dan bab dua mengandungi ulasan dan huraian bahan berkenaan tajuk kajian ini. Ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai konsep menutup aurat di kalangan wanita. 2 Metode Dokumentasi Metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan kajian terhadap dokumendokumen yang ada hubungan dengan masalah yang diteliti (Abdul Halim Mat Diah, 1987: 115). Antara yang termasuk dalam kategori dokumen ialah gambar, potret, keputusan, pengadilan, kumpulan hukum dan peraturan (Imam Barnadib, 1987: 55). Koentjaraningrat (1986: 65) berpendapat bahawa otobiografi, surat-surat peribadi, buku catatan harian mahupun akhbar juga termasuk dalam kategori dokumen.Di antara dokumen yang digunakan oleh penulis ialah: al-Quran al-Karim dan hadis Rasulullah s.a.w, Tafsir Pimpinan al-Rahman, buku-buku, majalah dan lainlain bahan bertulis yang relevan dan berkaitan. Al-Quran digolongkan dalam bentuk dokumen kerana sifatnya sebagai sumber bertulis dan terjamin keasliannya (Farahwahida Mohd Yusof, 2005: 24). 3 Metode Wawancara Metode wawancara memainkan peranannya yang tersendiri dalam sesebuah penulisan ilmiah. Ia berhubung rapat dan merupakan metode pembantu utama kepada metode observasi (Koentjaraningrat, 1986: 16). Wawancara ialah perbualan dan pertukaran idea, maklumat dan pandangan antara pewawancara dan sumber. Pewawancara bertindak sebagai pihak yang menyoal dan sumber sebagai orang yang menjawab dan menjelaskan perkara yang dibincangkan (Jeniri Amir, 2005: 46). Ianya

merupakan teknik pengumpulan data dengan cara tanya-jawab yang sistematik dan secara face to face (Safari Imam Asyari, 1981: 87). Wawancara dijalankan untuk memperoleh pengetahuan tentang sikap, penilaian, norma, kecenderungan, ideologi atau keperibadian responden. Ianya juga dilaksanakan untuk membuat pelukisan tentang perbezaan antara suasana dan tanggapan penyelidik sewaktu berada di luar masyarakat dan sewaktu berada di dalamnya. Selain itu, wawancara juga bertujuan untuk mengumpulkan data tentang sikap hidup atau pandangan dunia (world view) masyarakat (Sidi Gazalba, 1981: 89). Metode wawancara boleh dijalankan sama ada melalui penggunaan soalansoalan yang tersusun (stuctured question) atau soalan-soalan yang tidak tersusun (unstructured question). Dalam memastikan kelancaran sesebuah wawancara, penulis telah menyusun terlebih dahulu soalan-soalan yang akan diajukan. Ini dikenali sebagai interview guide (Lexy J. Moleong, 1989: 151). Selain itu, temujanji juga dibuat dengan orang yang akan ditemubual. Di antara yang ditemubual termasuklah penyelia-penyelia dan keranikerani kolej kediaman siswi. 4 Metode Observasi Metode observasi atau pengamatan memungkinkan penyelidik mengamati gejala perkara yang dikaji dari dekat. Penyelidik dapat bertindak sebagai pengamat (pemerhati) semata-mata dengan mengambil jarak antara dia dengan perkara yang diselidikinya atau boleh juga terlibat dengan suasana yang diselidiki (Sidi Gazalba, 1981: 86). Ia merupakan metode pelengkap kepada metode-metode lain yang digunakan. Metode ini adalah suatu metode yang baik dan merupakan metode yang penting untuk mendapatkan data. Samaruddin Rejab dan Nazri Abdullah (1985: 134) menyatakan bahawa cara pemerhatian atau observasi

ini amat berkesan untuk melihat perkembangan dan juga perubahan yang berlaku ke atas perkaraperkara yang diperhatikan. Keputusan dan Perbincangan Kefahaman dan Pengamalan Terhadap Tuntutan Menutup Aurat Secara umumnya kajian mendapati majoriti responden mengetahui konsep aurat secara umum. Mereka juga dapat menyatakan anggota-anggota badan yang merupakan aurat wanita serta mengetahui hukum menutup aurat. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, didapati pengamalannya\ berbeza dengan kenyataan yang diberikan. Para responden tidak memelihara aurat mereka sebagaimana yang mereka ketahui, sama ada dari sudut syarat pakaian menutup aurat mahupun batasan aurat ketika bersama orang yang bukan mahram. Pendedahan aurat yang paling ketara dapat dilihat dari segi pendedahan kaki, memakai pakaian yang menampakkan bentuk badan, bertudung nipis lagi jarang serta tidak melabuhkan tudung melepasi paras dada. Kesemua responden dapat menyatakan hukum menutup aurat dan mengetahui bahawa aurat wajib ditutup terhadap orang yang bukan mahram. Walau bagaimanapun, kebanyakan responden tidak menutup aurat ketika berada bersama ipar duai dan tidak dapat menyenaraikan kesemua mahram bagi mereka. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka kurang mengambil berat dan kurang prihatin terhadap penjagaan aurat. Selain itu, kesemua responden mengetahui bahawa aurat wajib ditutup apabila mencapai usia baligh dan kebanyakannya mula menutup aurat dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun atas kesedaran diri sendiri, di samping penerapan ilmu agama di sekolah serta pergaulan dengan rakan sebaya yang menutup aurat. Walau bagaimanapun, ada di kalangan responden yang ditemubual mengakui mula menutup aurat ketika mula bekerja di UTM manakala responden lain mengakui menutup aurat kerana tertarik dengan

kecantikan wanita bertudung di samping ingin menutup kelemahan dirinya. Para responden hanya dapat menyatakan beberapa syarat pakaian menutup aurat yang ditetapkan dalam Islam. Majoriti responden lebih menyukai pakaian berwarna lembut untuk mengelakkan diri menjadi perhatian ramai. Walau bagaimanapun, ada di antara responden yang menyukai pakaian yang menarik perhatian ramai. Empat daripada sebelas orang responden merasakan bahawa pemakaian baju kebaya menepati tuntutan menutup aurat. Ini menunjukkan kurangnya pengetahuan serta kefahaman mereka terhadap persyaratan pakaian menutup aurat dalam Islam. Walaupun demikian, kesemua responden mengakui belum memenuhi syarat menutup aurat yang sempurna dan mengabaikan penutupan kaki dengan alasan merasakan ianya kurang diperhatikan, licin serta tidak selesa berstoking. Manakala seorang responden lain tidak mengetahui bahawa kaki adalah aurat wanita. Kesemua responden didapati lebih selesa berbaju kurung dan bertudung bawal sewaktu bekerja, manakala t-shirt lengan pendek, seluar panjang dan bertudung menjadi pilihan kebanyakan responden ketika bersukan. Kesemua responden berpendapat bahawa menutup aurat tidak merimaskan dan merupakan suatu kebiasaan bagi mereka. Majoriti responden berpendapat bahawa menutup aurat bukanlah menunjukkan seseorang itu ketinggalan zaman, bahkan lebih menyerlahkan keanggunan wanita dengan pelbagai fesyen menutup aurat. Walau bagaimanapun, ada di antara responden yang melihat pendedahan rambut adalah suatu perkara biasa dalam masyarakat. Manakala pemakaian gaun pengantin yang labuh sehingga mencecah lantai pula tidak menjadi masalah serta boleh diterima oleh kebanyakan responden. Ini menggambarkan kedangkalan ilmu serta kurangnya nilai sensitiviti terhadap tuntutan menutup aurat dalam dirinya.

Kebanyakan responden tidak pasti tentang batasan aurat wanita Islam terhadap wanita kafir. Manakala seorang responden lain memberi pendapat dengan mengatakan bahawa aurat wanita Islam ketika bersama wanita kafir adalah sebagaimana bersama lelaki ajnabi, dengan alasan perbezaan agama. Hampir kesemua responden mengetahui batasan aurat ketika bersendirian. Walau bagaimanapun dua daripada responden yang ditemubual mengakui tidak menjaga aurat ketika bersendirian tanpa memberikan penjelasan lanjut. Oleh yang demikian, penulis merasakan bahawa langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk menyalurkan pengetahuan serta kesedaran kepada masyarakat terhadap kepentingan penjagaan aurat. Semoga dengan usaha serta langkah yang diambil akan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat, secara tidak langsung akan menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat untuk mengaplikasikan kewajipan menutup aurat. Rumusan Berdasarkan kepada dapatan kajian hasil daripada temubual dan observasi dengan responden, dapatlah disimpulkan bahawa majoriti staf sokongan di kolej-kolej kediaman siswi mengetahui tujuan mereka menutup aurat serta menyedari tentang kewajipan tersebut. Namun begitu, kesemua responden ini kurangmemberikan maklumbalas yang baik terhadap perlaksanaannya. Walaupun begitu, secara keseluruhannya staf-staf ini mengetahui akan hikmah perlaksanaan menutup aurat. Rujukan Abdullah Jarullah (1996), Hak dan Kewajipan Wanita Islam, Selangor: Pustaka Ilmi. Abdul Halim Mat Diah (1987), Suatu Contoh Huraian Metodologi, Kuala Lumpur: Fakulti Usuluddin Universiti Malaya. Abu Urwah (1992), Risalah Usrah Jilid 2, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd. Abu Syuqqah (1990), Busana dan Perhiasan Wanita Menurut Al-Quran dan Hadis, Bandung: Penerbit Al-Bayan.

Afzalur Rahman (1994), Ensiklopedia Sirah Jilid V, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Al-Barazi, Muhammad Fuad (1995), Hijab al-Muslimah Bayn Intihal al-Mubtalin Wa Tawil al-Jahilin, Riyadh: Maktabah Adhwa al-Salaf. Al-Maududi, Abu al-Ala (1985), Sikap Islam Terhadap Pakaian (Terj. Mat Saad Abd Rahman), Kuala Lumpur: Penerbit Hizbi. Al-Syarawi, Mutawalli (2001), 442 Persoalan Umat bersama Syaikh Mutawalli al-Syarawi, Jakarta: Cendekia Sentra Muslim. Al-Qardhawi, Yusuf (1980), Halal dan Haram Dalam Islam, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd. Al-Zuhaili, Wahbah (1995), Fiqh Perundangan Islam Jilid I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Atiyah Saqar (2005), Ensiklopedia Keluarga Muslim Buku 2, Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Abdullah al-Qari Hj Soleh (1992), Penyakit-penyakit Ikhlas dan Rawatannya, Kelantan: Pustaka Aman Press. Danial Zainal Abidin (2007), Quran Saintifik, Selangor: PTS Millennia Sdn Bhd. Fadhilah A.Amin (1998), Konsep Pembentukan Wanita, Isteri & Ibu Solehah, Johor Bharu: Perniagaan Jahabersa. Imam Barnadib (1982), Arti Dan Metode Sejarah Pendidikan, Yogyakarta: Yayasan Penerbitan FIPIKIP. Jawiah Dakir (2000), Pakaian dan Perhiasan Wanita Menurut Perspektif Islam, Terengganu: Yayasan Islam Terengganu. Jeniri Amir (2005), Teknik Wawancara, Pahang: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. K.H.E Abdul Rahman (2003), Pedoman Wanita, Selangor: Pustaka IIMI. K.H Husein Muhammad (2004), Fiqh Wanita: Pandangan Ulama Terhadap Wacana Agama & Gender, Kuala Lumpur: Sisters In Islam.Koentjaraningrat (1986), Metode-metode Penelitian Masyarakat, Jakarta: P.T Gramedia. Lexy J. Moleong M.A (1989), Metodologi Penelitian Kualitatif, Bandong: Penerbit Remadja Karya CV. Mat Saad Abd Rahman (1998), Fiqh Semasa, Shah Alam: Penerbit Hizbi.

PAKAIAN : TAFSIRAN IMEJ Manusia memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya.Pakaian adalah nikmat allah yang penting kepada manusia,khususnya umat islam supaya memakai pakaian,seperti firmannya bermaksud: " Wahai anak-anak Adam! pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang ataupun memasuki masjid, makan dan minumlah,jangan melampau-lampau,sesungguhnya allah tidak suka orang yang melampaui batas".(Al-A'raaf : 31).Sesudah menjadi trend dewasa ini,ramai yang berpakaian untuk melambangkan personaliti selain melindungi tubuh badan daripada cuaca panas dan sejuk.Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas,maka rekaan dan corak pakaian juga sentiasa bertukar dan semakin canggih.Oleh itu, tidak hairan jika hari lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral. Namun begitu tidak dinafikan juga telah muncul berbagai fesyen busana muslim atau muslimah yang semakin hari semakin mendapat perhatian dalam masyarakat.Hal ini meliputi fesyen baju,tudung,jubah,baju kurung dan sebagainya. Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai,baik ketika beribadah atau di luar ibadah.Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah menutup aurat,sopan dan sesuai dengan akhlak seorang muslim.Pakaian itu juga tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan orang yang melihatnya.Namun begitu ada sesetengah orang beranggapan bahawa pakaian tidak semestinya melambangkan peribadi seseorang kerana ada yang menyarungkan pakaian yang menutup aurat namun berperangai tidak sopan.Akibat daripada itu wujudlah fenomena ketidakpercayaan dalam diri individu untuk menilai penampilan sebenar seseorang menerusi cara berpakaiannya hingga ada yang menjadi mangsa keadaan.

Di dalam islam terdapat garis panduan tersendiri tentang adab-adab berpakaian iaitu:-

1 Menutup Aurat

Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut.Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya,kecuali wajah,tapak tangan dan tapak kakinya.Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Paha itu adalah aurat". (Bukhari).

2 Pakaian Tidak Jarang Supaya Tidak Menampakkan Tubuh

Pakaian yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat.Pakaian jarang bukan sahaja menampakkan warna kulit,malah boleh meransang nafsu orang yang melihatnya.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang danmeliuk-

liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh". (Muslim)

3 Pakaian Tidak ketat

Tujuannya adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan.sedangkan pakaian yang ketat akan menyusahkan pergerakan si pemakainya.

4 Memakai Pakaian Yang Tidak Menimbulkan Perasaan Riya' Di Dalam Hati

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : " Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong,allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat".Dalam hadith yang lain, rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebihan-lebihan, maka allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti". (Ahmad,Abu Daud,An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5 Tidak Menyerupai Pakaian Golongan Bukan Islam

Hal ini timbul kerana dibimbangi orang islam akan meninggalkan keperibadian Muslim itu sendiri.Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud : :Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum,maka dia termasuk dalam golongan mereka". (Abu Daud)

6 Pakaian Lelaki Mesti Berbeza Daripada Pakaian Wanita

Maksudnya pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita,begitu juga sebaliknya.Rasulullah s.a.w. mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud : "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki,dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan". (Bukhari dan Muslim). Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki".(Abu Daud dan Al-Hakim).

7 Pakaian Lelaki Tidak Boleh Diperbuat Daripada Sutera

Islam mengharamkan kaum lelaki memakai sutera.Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :

"Janganlah kamu memakai sutera ,sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat".(Muttafaq 'Alaih)

8 Wanita Perlu Melabuhkan Pakaian Hingga Menutup Aurat.

Contohnya seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut,tengkuk atau leher dan juga dada.Allah berfirman bermaksud: " Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman,supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang".(Al-Ahzab : 59)

9 Memilih Warna Pakaian Yang Sesuai (Tidak Menyilaukan Pandangan)

Contohnya warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda bermaksud : "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik,dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya".(An=Nasa'ie dan AlHakim)

10 Lelaki Islam Tidak Dibolehkan Memakai Emas

Termasuk dalam etika berpakaian di dalam islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai,cincin dan sebagainya.Bentuk-bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.Semua ini amat bertentangan dengan hukum islam.Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita".

11 Apabila Memakai Kasut Atau Seumpamanya, Mulakan Dengan Sebelah Kanan Dan Apabila Menanggalkannya Mulakan Dengan Sebelah Kiri

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: " Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan,dan apabila menanggalkannya mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya".(Muslim)

12 Apabila Memakai Baju,Seluar Atau Seumpamanya Mulakanlah Juga Dengan Sebelah Kanan

Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: " Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan,seperti memakai kasut,berjalan kaki dan bersuci".

13 Apabila memakai pakaian baru dibeli,ucapkanlah seperti diriwayatkan oleh Abu Daud dan AtTarmizi yang bermaksud: "Ya Allah,segala puji bagimu,engkau yang memakainya kepadaku,aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepadamu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya.Demikian itu telah datang daripada rasulullah".

14 Berdoa setiap kali Menanggalkan pakaian Supaya Mendapat Keberkatan

Ketika menanggalkan pakaian, lafazkanlah:" Pujian kepada allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama allah yang tiada Tuhan melainkan Dia".

Kesimpulannya, sebagai seorang islam,sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.

Petikan Dari : Sinar Rohani, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai