Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Definisi Tabarruj Tabarruj bermaksud cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian orang lain terutamanya kaum lelaki ajnabi ataupun dikenali sebagai bukan mahram. Dalam erti kata lain perbuatan wanita yang mempamerkan segala kecantikan yang mereka miliki tetapi tanpa membuka bahagian-bahagian sulit atau aurat. Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat atau mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Ada pendapat lain mengatakan bahawa tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan atau kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup. Ada pendapat mengatakan bahawa mengapa jahilyah pertama atau dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj?. Perempuan-perempuan jahiliyah pertama atau awal memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Daripada persepsi itu, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan. Cara pemakaian dan perhiasan dalam Islam sangat penting dan dititikberatkan kerana ia menggambarkan maruah seseorang itu. Melanggarinya, seolah-olah ia akan mencemarkan maruah dan agama Islam. Maksud menutup aurat ini bukan sekadar menutup bahagianbahagian sulit malah cara berpakaian yang betul. Aurat bagi wanita adalah menutup anggota badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Wanita tidak dibenarkan membuka aurat di depan lelaki yg bukan muhrimnya. Sebagai contoh, jikalau kita menutup aurat namun memakai perhiasan yang dapat menarik perhatian sudah dikategorikan sebagai tabarruj. Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Jika seseorang wanita itu memakai Jilbab (jubah) yang mempunyai motif dibahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun Jilbab adalah pakaian yang Sharei. Oleh yang demikian, berpakaian menutupi aurat, tetapi menarik perhatian adalah tabarruj dan ini adalah dilarang. Manakala berpakaian dengan membuka aurat adalah

sama sekali dilarang samada ia menarik perhatian ataupun tidak. Dalil tentang perkara ini adalah: Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan [TMQ An-Nur (24):31]. Emas dan sutera adalah contoh perhiasan yang dibenarkan dalam Islam namun tidak digalakkan kerana ia boleh menimbulkan perasaan cinta terhadap perhiasan dan melalaikan kita dan akhirnya membawa kita ke arah rasa bangga dan riak yang merupakan perkara yang dilarang sama sekali dalam Islam. Pakaian yang terlalu labuh yang melebihi bawah dua buku lali dianggap sebagai niat untuk menunjuk kerana ia menggambarkan kekayaan yang dimiliki dan hukumnya haram di sisi Islam. Namun Islam masih mempunyai kelonggaran dalam hal sebegini. Contohnya, wanita dibolehkan berhias diri pada hari persandingan tetapi harus mengikut syarak yang ditentukan seperti tidak mencukur kening,membuka aurat dan sebagainya. 1.1Hadith-hadith Berkaitan Dengan Aurat

1. Rasulullah saw bersabda:

Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram. (Hadith Riwayat Aththahawi)

2. Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu

miliki. Aku bertanya, Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian? Nabi saw menjawab, Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu. (Hadith Riwayat Bukhari)
3. Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw, Wahai Rasulullah saw, manakah

bahagian aurat kami yang harus kami tutupi dan mana boleh kami biarkan? Rasulullah saw lalu bersabda kepadaku, Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba sahayamu. (Hadith Riwayat Bahz Ibn Hakim)
4. Jika ada diantara kalian yang menikahkan pembantu, baik seorang budak ataupun

pegawainya, hendaklah ia tidak melihat bahagian tubuh antara pusat dan di atas
2

lututnya, kerana bahagian tersebut termasuk aurat. (Hadith Riwayat Amr Ibn Syuaib)
5. Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya

selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya. (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)
6. Ibn Abbas pernah berkata kepada saya, Mahukah anda saya tunjukkan seorang

wanita yang termasuk ahli syurga? Saya menjawab, Ya. Ia kemudian menceritakan bahawa wanita tersebut berkulit hitam. Wanita itu pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata, Aku ini menderita sakit ayan sehingga auratku sering tersingkap. Kerana itu, aku mohon anda berdoa berdoa kepada Allah Swt untukku. Rasulullah saw menjawab, Sesungguhnya jika engkau menghendaki dan berlaku sabar, balasannya adalah syurga. Akan tetapi, jika engkau menghendaki, aku boleh mendoakanmu supaya engkau sembuh. Wanita itu berkata, Kalau begitu, aku mahu bersabar. Akan tetapi, auratku sering tersingkap. Kerana itu, doakanlah agar auratku tidak teringkap. Setelah itu, Nabi saw mendoakannya. (Hadith Riwayat Atha Ibn Abi Rabbah) Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan kita untuk melaksanakan setiap kewajiban yang telah Allah tetapkan serta mengukuhkan iman kita dengan menjadikan kita sentiasa tunduk dan terikat dengan hukum-hukum-Nya.

2.0 Jenis-Jenis Tabarruj


1. Mencukur atau membentuk kening adalah dilarang sama sekali dalam Islam kerana ia

mengubah ciptaaan Allah s.w.t. Lazimnya ia dilakukan bertujuan untuk menujuknunjuk dan berasa bangga dengan kecantikan yang dimiliki.
2. Wanita tidak digalakkan memakai bau-bauan. Terdapat beberapa hukum seperti

wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Ia wajib jikalau ia bertujuan untuk melayan suami. Ia menjadi haram jikalau bertujuan untuk menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi. Terdapat juga hadis yang melarang wanita memakai bau-bauan ketika keluar dari rumah. Dalam mengerjakan ibadat seperti solat, sunat bagi wanita untuk memakai bau-bauan tapi hanya untuk di rumah sahaja. Kalau untuk ke masjid,
3

terdapat hadis yang melarang dan dikatakan amal ibadatnya tidak diterima. Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu. Walau bagaimanapun, selaku seorang muslimat, hendaklah sentiasa kelihatan kemas, badan dan pakaian hendaklah tidak berbau busuk. Oleh itu, sunat bagi wanita memakai baubauan ketika berada di rumah atau ketika sesama wanita. Makruh memakai bau-bauan ketika berpuasa. Menurut Imam Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak. Ia diharuskan untuk menghilangkan bau badan dan untuk mengelakkan ketidakselesaan masyarakat sekeliling. Rasulullah saw bersabda Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira berdosa sama dengan melakukan zina Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya 3. Memperagakan barangan kemas di khalayak ramai juga dilarang. Islam tidak membenarkan umatnya mempunyai perasaan bangga atau riak di dalam dirinya.Sabda Rasullulah s.a.w : Tidak akan mencium bau syurga jika mempunyai sombong di dalam dirinya walaupun sekecil zarah. Ini menunjukkan betapa buruknya jika mempunyai riak di dalam diri. Ia membuatkan kita alpa dan tidak menghiraukan perasaan orang lain dan tidak dapat menerima kesusahan dalam hidup.

3.0 Dalil-dalil Aurat Wanita (i) Batasan aurat wanita


4

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Taala. (ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul Am Hayaatul Am bermaksud keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya ketika mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu: (a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab (b) libas ala (baju atas) iaitu khimar (tudung) Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasaraya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jibab bagi wanita adalah berdasarkan firmah Allah di bawah: Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteriisteri orang Mukmin,Hendaklah mereka mengulurkan jibabnya. ( TMQ Al-Ahzab (33):(59). Jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mulaah asytamilu biha al-marah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mulaah adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan memakai khimar iaitu tudung atau apa sahaja bahan atau kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan
5

lubang leher baju di dada. Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar) adalah Firman Allah, Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka [TMQ An-Nur (24):31]. Pakaian jenis ini wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. (iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus) Hayatul khassah bermaksud keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain. Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk atau fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya wa laa yubdiina (dan janganlah mereka menampakkan) [Surah An-Nur:31] atau sabda Nabi, lam yashluh an yura minha (tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya) [HR Abu Dawud]. Jadi pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimanapun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj. (iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah pakaian di rumah iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah tatkala tiada lelaki ajnabi di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah. Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka [TMQ An-Nur (24):60]. Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian. Ini bermakna jika tiada pakaian di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibenarkan. Justeru, tsaub adalah pakaian dalam(pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. 4.0 Larangan Bertabarruj Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah, Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [TMQ An Nur(24):60] Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah : Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah. [TMQ Al-Ahzab (33):33] Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.
7

Abul Ala al Maududi berkata:

Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna: (i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina [hadis dari Abu Musa al-Asyari].

5.0 Apakah Pakaian Wanita Dalam Kehidupan Umum? Firman Allah Swt: Hendaklah mereka tidak menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa tampak pada dirinya (Surah An-Nur ayat 31) Yang dimaksudkan dengan yang biasa tampak pada dirinya adalah wajah dan kedua telapak tangan. Kedua-dua anggota tubuh wanita inilah yang biasa tampak pada kaum muslimah di hadapan Nabi saw dan baginda membiarkannya. Kedua-dua anggota tubuh wanita ini pula yang biasa tampak dalam ibadah-ibadah tertentu seperti haji dan solat. Kedua-dua anggota tubuh wanita ini biasa terlihat pada masa Rasulullah saw, yaitu pada masa ayat al-Quran masih turun. Disamping itu, terdapat hujah lain yang menunjukkan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangan.

Rasulullah saw bersabda: Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat dari dirinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya. (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah) Riwayat Abu Bakar yang bersumber dari Ibnu Jurayi. Ia menuturkan bahawa Aisyah pernah berkata demikian: Keponakan (anak saudara) perempuanku pernah masuk ke ruanganku seraya bersolek. Rasulullah saw kemudian masuk ke ruanganku sambil berpaling. Aku lantas berkata: Wahai Rasulullah ia adalah anak saudara perempuanku, dan ia masih kecil. Akan tetapi, Rasulullah saw bersabda: Jika seseorang wanita telah mengalami haid, ia tidak boleh menampakkan tubuhnya, kecuali wajah dan ini. Baginda berkata demikian sambil menggenggam tangannya dan membiarkan jari-jemarinya saling menggenggam antara satu sama lain. Inilah dalil yang menunjukkan dengan jelas bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Pakaian apapun yang berfungsi sebagai penutup seluruh auratnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangan, dianggap sudah mencukupi bagaimanapun bentuknya. Syariat juga menetapkan agar pakaian tersebut menutupi kulit sekaligus warnanya, dimana sekiranya kain penutup itu tipis sehingga tetap menampakkan warna kulitnya, maka ianya masih belum dianggap menutup aurat. Walaupun demikian, kita tidak boleh mencampur adukkan pembahasan tentang penutup aurat dengan pembahasan tentang pakaian wanita dalam kehidupan umum dan tentang topik tabarruj (mempamerkan kecantikan). Meskipun seseorang wanita telah mengenakan seluar panjang yang sudah dapat menutupi aurat dan tidak tipis, tidak beerti bahawa ia boleh memakainya dihadapan lelaki bukan mahram sementar menunjukkan kecantikan dan memperlihatkan perhiasannya. Jika melakukannya, walaupun ia telah menutupi auratnya, ia masih bertabarruj iaitu mempamerkan kecantikan yang tampak pada tubuhnya. Tabarruj dilarang oleh syariat atas wanita. Walaupan ia telah menutupi auratnya belum tentu dianggap tidak bertabarruj. Atas dasar ini, kita tidak boleh mencampurkan pembahasan tentang topik menutup aurat dengan topik tabarruj, kerana keduanya berlainan. Dalam konteks dimana seorang wanita dilihat oleh mahramnya, ia boleh menampakkan bahagian-bahagian tubuhnya yang menjadi tempat melekat perhiasannya, lebih sekadar wajah dan kedua telapak tangan, tanpa dibatasi bahagian-bahagian tubuh tertentu. Kebolehan ini
9

secara mutlak ditetapkan oleh nash,

Allah Swt berfirman: Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya. Dan hendaklah mereka pun menutup kain kudung (tudung) ke dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki kandung mereka, atau anakanak lelaki tiri mereka, atau saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan lelakiyang tidaklagimemiliki hasrat seksual, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. (Surah An-Nur ayat 31) Orang-orang yang disebut dalam ayat di atas boleh melihat bahagian-bahagian tubuh wanita mulai dari rambut, leher, pergelangan tangan, pergelangan kaki, dan bahagian-bahagian tubuh lain yang biasa menjadi tempat melekatkan perhiasan mereka (rantai, gelang dan sebagainya). Sebab dalam ayat di atas, Allah Swt menggunakan kata wa la yubdina, iaitu tempat melekatkan perhiasan mereka. Ertinya, wanita tidak boleh menampakkannya kecuali terhadap orang-orang yang telah disebutkan dalam ayat tersebut. Mereka inilah yang boleh melihat apa yag tampak pada wanita ketika mereka memakai pakaian sehari-hari.

10

Anda mungkin juga menyukai