Anda di halaman 1dari 10

HUKUM TABARRUJ

1.0       PENGENALAN

Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu pada bahagian muka
atau pada anggota-anggota badan yang lain. Bagi menjaga masyarakat daripada bahaya
pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita maka Allah melarang setiap
wanita yang telah berakal lagi baligh dari tabarruj kepada golongan yang tertentu.

Di sebalik larangan ini tentunya mengandungi hikmah yang tak terkira banyaknya
terhadap golongan wanita dan Islam ingin menjaga kemaslahatan ummah keseluruhannya.
Sesungguhnya sesiapa yang cuai dan lalai dengan larangan ini maka sudah pasti akan menerima
azab yang pedih di akhirat kelak.

Dengan ini jelaslah bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian,
adalah boleh membawa fitnah. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita
yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya.

            Secara umumnya, tabarruj dilarang oleh Islam berpandukan dalil-dalil daripada ayat-ayat
suci al-Quran dan hadis-hadis. Walau bagaimanapun  perlu diambil perhatian tabarruj juga
dibenarkan dengan mengikut beberapa syarat yang tertentu. Oleh itu kupasan yang ingin saya
utarakan seterusnya diharap dapat memberi panduan bagi kaum wanita khasnya dalam aspek
bertabarruj.         

2.0       DEFINISI

Secara umumnya tabarruj boleh didefinisikan sebagai mendedahkan kecantikan rupa paras sama


ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain.

Imam Bukhari rahimahullah menyatakan:  “tabarruj, iaitu seorang wanita yang


memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.”

Antara lain definisi tabarruj juga adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara


berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa
membuka bahagian–bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-
bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa
mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.     

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolektetapi pengertian


perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan
perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu.
Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan
demikian juga dinamakan tabarruj.

Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak
mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya.

 Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya


wajib ditutup.

3.0              DALIL-DALIL PENSYARIATAN

Firman Allah s.w.t dalam surah An-nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan
menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami
mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara
mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera- putera saudara perempuan mereka, atau wanita-
wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita.
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung.”      (Surah An-Nur: ayat 31)

Keterangan Terjemahan Ayat:


1) “kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya”  bererti muka dan dua tapak tangan seperti yang
diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya), Rasulullah SAW  pernah bersabda: 

‫ويداها وجهها الإ منها يرى أن يصلح مل حاضت إذا اجلارية إن‬ ‫إاملفصل ىل‬
“Jika seorang anak  perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya yang
boleh kelihatan”       [Riwayat Abu Dawud]

2) “Dan hendaklah mereka menutup kain tudung kedadanya…”    


Ayat ini bermaksud melilit tudung kebahagian pembukaan baju supaya leher tidak kelihatan dan
tudung akan menutupi  bahagian kepala, telinga dan leher, hanya kelihatan muka dan tapak
tangan sahaja. Ayat seterusnya menyatakan bahawa:
3)         "dan jangan menampakkan perhiasannya  kecuali kepada suami mereka atau ayah
mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka,
atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera- putera saudara
perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang
belum mengerti tentang ‘aurat wanita."

Oleh yang demikian,  menurut dalil-dalil yang diberi, seseorang wanita itu tidak boleh           
memperlihatkan selain dari muka dan dua tapak tangannya kecuali kepada suami dan mahramnya. 
Inilah kewajipan  untuk memakai Khimar yang sesuai untuk menutupi rambut dan leher dan
.melabuhkannya kedada, supaya tiada yang kelihatan kecuali muka dan kedua tapak tangan

4)         "Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka.

Ayat di atas seterusnya melarang seseorang wanita itu berjalan dengan cara yang boleh
menarik perhatian ke arah gelang kakinya walaupun kakinya tertutup. Oleh itu, berpakaian yang
boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah tabarruj dan ini adalah
dilarang.                                                        

Menyentuh kepada alat-alat make-up, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Andainya
wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan
perzinaan.”

Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaum wanita di waktu
keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka
segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga
dilarang.

Ummu Salamah ada menceritakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi
Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis. Lantas Rasulullah s.a.w
menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:

“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidak harus baginya
menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.”Di samping itu Rasulullah mengisyaratkan
kepada muka dan dua tapak tangan.

4.0  HUKUM
 
4.1  HUKUM WANITA MEMAKAI BAU-BAUAN
            Bagi golongan wanita, hukum memakai bau-bauan mempunyai beberapa keadaan.Ada
ketikanya wajib, ada ketikanya sunat, ada ketikanya makruh dan ada ketikanya haram.Tidak
seperti kaum lelaki,hukum memakai bau-bauan sunat sepanjang masa,kecuali terdapat
keterangan yang menghukum sebaliknya.

4.1.1    Hukum Wanita Wajib Berwangi-wangian

            Hukum memakai wangian adalah wajib bagi wanita,iaitu ketika suami ada
dirumah,khususnya ketika hendak melayan suami diwaktu malam,hendaklah mereka lebih
dahulu bersolek dan memakai wangi-wangian.Selain daripada tujuan tersebut tidak
diwajibkan.Nabi SAW bersabda,maksudnya:

Sebaik-baik wanita(isteri)ialah jika kamu(suami)memandang kepadanya sentiasa


menyenangkan hati kamu.......                    

                                                                        (An Nasa’ie dari Abu Hurairah)

4.1.2    Hukum Wanita Sunat berwangi-wangian.


a)Ketika berada di dalam rumah,lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan suami.
b)Ketika hendak bersembahyang dan beribadah dalam rumah,bukan di masjid.kalau untuk ke
masjid,terdapat hadis yang melarang wanita memakai wangi-wangian.
c)Ketika menyambut tetamu wanita,sunat berwangi-wangian,kerana kalau berkeadaan busuk
boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.
Terdapat keterangan hadis yang menjelaskan maksud bahawa wanita juga digalakkan berwangi-
wangian,tetapi tidak diwaktu dan ditempat yang terlarang. Sabda Nabi SAW, maksudnya:

Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya.Sementara wangi-
wangian wanita ialah yang cemerlang(jelas)warnanya dan tersembunyi baunya.

                                                                                    (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Hanafi berkata:Sunat menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika
hendak atau sebelum ihram,walau pun zat tidak tinggal melekat,sekalipun baunya kekal.Namun
tentang memakai wangi-wangian dalam ihram ini terdapat beberapa syarat untuk kaum wanita.
kata Imam An-Nawawi di dalam al-manhaj:
“Seseorang yang hendak ihram,hendaklah memakai minyak wangi sebelum melakukan
ihram(bukan ketika sedang melakukan ihram).itulah yang sah.Walau pun bau wanginya terlekat
hingga sesudah ihram.Tetapi kalau setelah ia menanggal pakaian ihram itu lalu memakai
semula,maka ia kena membayar fidyah,kecuali oia mencuci pakaian itu terlebih dashulu,kerana
orang yang sedang ihram disyaratkan menjauhi bau-bauan.”

 
4.1.3    Hukum Wanita Makruh Memakai Wangi-wangian
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh.Ini telah disepakati oleh para ulama
dan terdapat penjelasan di dalam bab puasa.Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan
alasan ialah fatwa Imam Syafi’e dan Qaliyubi bahawa;makruh memakai bau-bauan ketika
berpuasa.Menurut Qaliyubi,pendapat itu telah ijmak oleh para ulama.

4.1.4    Hukum Wanita Haram Berwangi-wangian


Khusus pada waktu-waktu tertentu wanita dilarang(haram)memakai bau-bauan.Waktu-waktu
yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk kemajlis yang diluluskan syariat,dihadapan lelaki
bukan mahram,tujuan memikat lelaki dan ketika ke masjid bersembahyang jamaah.Keterangan
berkaitan dengan masa laranganwanita memakai bau-bauan ialah seperti berikut: Rasulullah
SAW bersabda maksudnya:

.... seorang wanita apabila memakai  bau-bauan,kemudian keluar melewati(melintasi)di


hadapan orang ramai dalam suatu majlis(yang ada lelaki bukan mahram dengannya),maka itu
dikira sama (dosanya)dengan telah melakukan zina.

                                                (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tarmizi)

 
4.2       HUKUM MEMAKAI RAMBUT PALSU
Termasuk perhiasan yang dilarang atau diharamkan oleh Islam,sama ada dilakukan oleh lelaki
atau wanita Islam ialah menyambung rambut,sama ada dengan  rambut asli atau yang diperbuat
daripada plastik atau benang  atau bulu binatang.Istilah hari ini disebut wig.
Berhubung dengan larangan lelaki atau wanita yang menyambung rambut atau memakai
rambut palsu (wig) terdapat keterangan melarangnya.
Dari Humaid bin Abdul Rahman bin auf bahawa dia mendengar Ma’awwiyah berpidato di atas
mimbar pada suatu musim haji.Dia menceritakan kisah rambut palsu yang di pegang oleh
pegawainya.Kata Ma’awwiyah:Wahai penduduk Madinah,di manakah para ulama kamu? Aku
telah mendengar Nabi SAW melarang perkara ini (sambil menunjukkan rambut palsu
ditangannya) Kata Ma'awwiyah lagi, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
             Sesungguhnya telah dilaknat Bani Israil ketika (membiar wanita mereka
memakainya(rambut palsu).            (Riwayat Bukhari dan Muslim)
                Daripada keterangan hadis di atas, para Jumhur Ulama mengeluarkan fatwa:

Haram wanita menyambung rambut dengan rambut,termasuk memakai wig atau cemara dan
sebagainya.

Mazhab Hanafi berpendapat:


Wanita memyambung rambutnya dengan rambut manusia hukumnya haram,sekalipun
rambut yang disambung itu rambut sendiri(yang telah dipotong)atau rambut wanita lain.Ada pun
menyambung dengan selain daripada rambut manusia,umpamanya dengan bulu biri-biri,bulu
unta,bulu kambing hutan atau dengan perca kain dan lain-lain.(yang tidak menyerupai rambut
dan diletakkan di atas kepala kelihatan seumpama penutup kepala) adalah dibolehkan
(diharuskn) kerana ia tidak mengandungi unsur-unsur kepalsuan (bagi mengantikan rambut dan
tidak pula memakai sebahagian daripada anggota Bani Adam) menjadi sebab haram
menyambung rambut menurut pendapat mereka. Mengikut keadaan tertentu seperti di bawah ini:

i) Jika yang disambung itu tergolong benda najis,hukumnya haram,seperti hukum memakai
barang-barang najis sama ada di dalam atau di luar solat. Selainnya,umpama bulu haiwan adalah
haram mutlak.       

Mazhab Syafie berpendirian bahawa:

Jika barang yang disambung itu suci terdapat dua hukum iaitu:

         Jika yang disambung itu bukan milik suami hukumnya haram

         Jika yang disambung itu milik suami,terdapat tiga hukum:

            a)Halal menyambung dengan keizinan suami.

            b)Haram menyambung walaupun dengan keizinan suami.

            c)Halal secara mutlak tanpa memerlukan keizinan suami.

Imam Nawawi,ulama bermazhab Syafie berpendapat bahawa:

Haram secara mutlak adalah pendapat yang terkuat,kerana nas hadis sahih dan jelas serta
ternyata mutlak.

Mazhab Hambali:Ulama Hambali berpendapat,Haram secara mutlak untuk menyambung


rambut anak adam,kerana perbuatan itu mengandungi unsur-unsur penipuan.Begitu juga haram
menyambung dengan lain daripada rambut anak Adam,seperti dengan perca kain atau lainnya.

Mazhab Maliki berpendapat:Menyambung rambut dengan rambut anak Adam atau dengan
selainnya,umpama bulu haiwan adalah haram mutlak.

Sebagai kesimpulannya daripada pendapat-pendapat tersebut,para fuqaha daripada empat


mazhab memutuskan:Hukum menyambung rambut bagi kaum wanita dengan rambut
manusia,mahu pun yang disambung itu rambut mahram atau rambut suami atau rambut lelaki
Ajnabi atau rambut sesama wanita atau rambut sendiri (yang telah dipotong), maka hukumnya
adalah HARAM. Oleh itu dilarang (diharamkan memakai rambut atau sanggul palsu atau wig
yang dipakai sebagai rambut asli seperti mana oleh orang-orang masa kini.

4.3       HUKUM MENCABUT BULU KENING.

Salah satu persolekan  zaman  moden  ini yang agak keterlaluan dilakukan oleh wanita ialah
mencabut bulu kening sehingga menjadi nipis atau dihaluskan bentuknya. Islam memandang
perbuatan tersebut sebagai suatu usaha mengubah kejadian ALLAH dan hukumnya haram.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menjelaskan bahawa:

Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau mencabut bulu alis atau yang
diminta dicukur atau dicabutnya.(Riwayat Abu Daud dengan Sanad Hasan-Dalam Fathul
Bari)

Imam Hambali berpendapat kalau perempuan mencukur alis,meruncing bulu matanya


dan mewarna wajah dengan alat solek dengan keizinan suaminya di bolehkan, kerana ia
termasuk bersolek untuk suami.Tapi kalau dilakukan bukan untuk suami, diharamkan.

            Tapi Imam Nawawi memperketatkan hukumnya dan mensifatkan sebarang perbuatan


mencukur bulu kening sama sekali tidak dibolehkan.Kerana perbuatan mencukur alis tidak
dianggap bersolek,tetapi mengubah ciptaan ALLAH.

4.4       FATWA DR. YUSUF AL-QARDHAWI

Seterusnya saya utarakan pandangan daripada Dr Yusuf Al-Qardhawi yang dipetik dari
kumpulan fatwa beliau yang mengatakan bahawa Agama Islam menentang kehidupan yang
bersifat kesengsaraan dan menyiksa diri, sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh sebahagian
dari penganut agama lain dan aliran tertentu. Agama Islam pun menganjurkan bagi ummatnya
untuk selalu tampak indah dengan cara sederhana dan layak, yang tidak berlebih-lebihan. Bahkan
Islam menganjurkan pada saat hendak mengerjakan ibadat, supaya berhias diri disamping
menjaga kebersihan dan kesucian tempat maupun pakaian.

Allah swt. berfirman:

“… pakailah pakaianmu yang indah pada setiap (memasuki) masjid …” (Q.s.Al-A’raaf: 31)

Bila Islam sudah menetapkan hal-hal yang indah, baik bagi laki-laki maupun wanita,
maka terhadap wanita, Islam lebih memberi perhatian dan kelonggaran, karena fitrahnya,
sebagaimana dibolehkannya memakai kain sutera dan perhiasan emas, dimana hal itu
diharamkan bagi kaum lelaki.
Walaupun hal-hal yang dianggap oleh manusia baik, tetapi membawa kerosakan dan
perubahan pada tubuhnya, dari yang telah diciptakan oleh Allah swt, dimana perubahan itu tidak
layak bagi fitrah manusia, tentu hal itu pengaruh dari perbuatan syaitan yang hendak
memperdayakan. Oleh karena itu, perbuatan tersebut dilarang. Sebagaimana sabda Nabi
Muhammad saw.:

“Allah melaknati pembuatan tatto, yaitu menusukkan jarum ke kulit dengan warna yang berupa
tulisan, gambar bunga, simbol-simbol dan sebagainya; mempertajam gigi, memendekkan atau
menyambung rambut dengan rambut orang lain, (yang bersifat palsu, menipu dan
sebagainya).” (Hadis shahih).

Sebagaimana riwayat Said bin Musayyab, salah seorang sahabat Nabi saw. ketika
Muawiyah berada di Madinah setelah beliau berpidato, tiba-tiba mengeluarkan segenggam
rambut dan mengatakan,

“Inilah rambut yang dinamakan Nabi saw. azzur yang artinya atwashilah (penyambung),
yang dipakai oleh wanita untuk menyambung rambutnya, hal itulah yang dilarang oleh
Rasulullah saw. dan tentu hal itu adalah perbuatan orang-orang Yahudi. Bagaimana dengan
Anda, wahai para ulama, apakah kalian tidak melarang hal itu? Padahal aku telah mendengar
sabda Nabi saw. yang ertinya, ‘Sesungguhnya terbinasanya orang-orang Israel itu karena para
wanitanya memakai itu (rambut palsu) terus-menerus’.”(Hadis Riwayat Bukhari).

Bagi wanita Muslimat yang tujuannya taat kepada agama dan Tuhannya, sebaiknya
berhias diri di rumahnya sendiri untuk suaminya, bukan di luar rumah atau di tengah jalan untuk
orang lain. Yang demikian itu adalah tingkah laku kaum Yahudi.

5.0       HIKMAH-HIKMAH PENSYARIATAN

5.1. Tabarruj termasuk dosa besar. 


Tabarruj merupakan antara yang paling menghampiri terhadap perbuatan zina. Dalam satu
riwayat yang shahih dari Ahmad diceritakan bahwa Umaimah binti Raqiqah datang kepada
Rasulullah SAW untuk berbai'at kepada beliau dalam membela Islam. Beliau bersabda,
"Aku membai'atmu agar kamu tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, tidak mencuri,
tidak berzina, tidak membunuh anakmu, tidak melakukan kebohongan dari hadapanmu
(karena perbuatan lisan dan kemaluan), tidak meratapi (orang mati), dan tidak tabarruj
dengan tabarruj jahiliyah pertama." (Hadis Riwayat Bukhari).

5.2. Tabarruj adalah kemunafikan yang akan mendatangkan kegelapan di hari


kiamat. 
Al-Baihaqi meriwayatkan sabda Rasulullah SAW dengan sanad shahih, "Sebaik-baik wanita
kalian adalah yang penyayang, yang banyak melahirkan, yang cocok (dengan suaminya) jika
mereka bertakwa kepada Allah. Dan seburuk-buruk wanita adalah yang tabarruj dan
sombong. Mereka itulah orang-orang munafik. Tidak akan masuk syurga salah seorang di
antara mereka kecuali seperti gagak putih." (Hadis Riwayat Baihaqi).
5.3. Tabarruj menodai kehormatan keluarga dan masyarakat. 
Diriwayatkan dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda, "Ada tiga orang yang kamu jangan
bertanya kepada mereka; seseorang yang ke luar dari jama'ah dan durhaka kepada imamnya
lalu mati dalam keadaan bermaksiat, seorang budak perempuan dan laki-laki yang berlari
(dari tuannya) kemudian ia mati, dan seorang wanita ditinggal ke luar oleh suaminya dan
telah dicukupi kebutuhan dunianya lalu ia bertabarruj setelah itu. Maka jangan bertanya
kepada mereka." (Hadis Riwayat Ahmad).

5.4. Tabarruj adalah sunnah Iblis. 


Jika menutup aurat dan berhijab serta menjaga diri dan kehormatan adalah sunnah Nabi
SAW. Maka tabarruj adalah sunnah Iblis, di mana sasaran godaan pertama terhadap manusia
adalah agar auratnya terbuka. Allah berfirman, "Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu
dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga,
ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya
auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang
kamu tidak akan melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu
pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman." (Surah Al-A'raf : 27).

5.5. Tabarruj adalah permulaan zina. 


Setiap kali penyimpangan terjadi, akan melahirkan penyimpangan lain yang lebih besar.
Ketika wanita tidak menutup auratnya dan tidak menjaga kehormatannya dengan bercampur
bersama laki-laki yang bukan muhrimnya, terlebih dengan dandanan yang menyebar fitnah,
rasa malu sudah hilang maka hal-hal haram menjadi mudah dilakukan, bahkan dosa-dosa
besar menjadi hal yang biasa.

6.0       PENUTUP

Tuntasnya Islam amat memandang berat ke arah kesejahteraan umatnya agar dapat membendung
diri daripada terjerumus ke lembah hina dengan menggariskan pensyariatan yang jelas
berhubung tabarruj.Tabarruj yang digayakan diluar rumah adalah dilarang bagi menjaga
kemaslahatan dan fitnah manusia yang memandang.

            Manakala tabarruj boleh digayakan jika ditutup aurat mereka ataupun di hadapan suami
mereka di dalam rumah. Malahan wanita yang berhias atau bertabarruj untuk suaminya diberi
pahala oleh Allah subhanahuwataala. Tetapi perlu diingat walaupun diizinkan oleh suami untuk
bertabarruj di luar rumah hukumnya tetap haram.

            Di sebalik pengharaman itu terselindung pelbagai hikmah yang tidak ternilai pentingnya.
Para ulama yang terdahulu mahupun ulama masa kini tetap mengeluarkan fatwa yang sama
yakni tabarruj adalah dilarang. Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam segala hal.
Sesungguhnya syaitan adalah penggoda manusia sehingga ke hari kiamat seperti janjinya di
hadapan Allah subhanahuwataala

Posted by : Aziyatun Arif

Anda mungkin juga menyukai