Anda di halaman 1dari 2

Red Velvet Cupcake

Oleh: Azie Kitchen



Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam
2 sb cocoa powder
1 1/3 cawan vegetable oil
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1
cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan
telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3
minit.

Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan
garam.

Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah
dan esen vanila.

Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung
berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan
diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu,
kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung
yang masih berbaki).

Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan
baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa.
Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup
balik.

Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan
bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu
170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya
ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama
besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama
banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit.
Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.

Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama
10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan
sepenuhnya di atas redai.

Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam
peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga
semalaman untuk memudahkan proses menghias kek.
(Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus
menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.

Anda mungkin juga menyukai