Anda di halaman 1dari 1

Kata alu-aluan

Yang Dipertua PIBG


IR Hj. Shahrul Nizam Md Radzi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-NYA, majalah Panglima ini
dapat juga diterbitkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana
memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata sebagai
satu cetusan paradigma buat semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Telok
Panglima Garang .

Kemunculan majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah.


Naskah bersejarah ini menggambarkan wajah Sekolah Menengah Kebangsaan
Telok Panglima Garang sepanjang tahun 2017. Di samping itu, naskah ini
merupakan satu lapangan atau landasan buat para pelajar memaparkan idea-
idea bernas dan menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar adalah semangat
kerjasama dan komitmen warga sekolah yang dipertontonkan bagi
mencerminkan gambaran menyeluruh tentang aktiviti dan kejayaan SMK Telok
Panglima Garang tahun ini.

Sejajar dengan alaf baru, maka seharusnya mutu pendidikan kita semakin
maju kehadapan sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
sudah memasuki gelombang ke-2 ini. Saya amat berharap agar segala visi, misi
dan aspirasi sekolah seiring dengan aspirasi negara.

Hal ini memerlukan pautan yang jitu antara peranan guru dan
tanggungjawab seorang murid bagi menyusuri arus perubahan yang melanda
dunia pendidikan negara kita ini. Dalam melahirkan modal insan kelas pertama
yang kreatif dan inovatif, semua pihak termasuk ibu bapa dan Lembaga
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah sangat memainkan peranan dalam
menjayakan sarana sekolah.

Akhir kata, saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan


kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama
anda bagi memartabatkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Panglima
Garang.

Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai