Anda di halaman 1dari 5

ISTINJAK

Definisi :
 Istinjak ialah menghilangkan najis yang terdapat pada
kemaluaan selepas membuang air kecil atau air besar.

Hukum beristinjak
 Wajib

Alat beristinjak :
 Air mutlak Batu ( sekurang-kurangnya 3 biji atau bilangan
ganjil ). Benda lain yang kesat seperti daun kering, kulit kayu ,
tisu dan sebagainya.

Syarat beristinjak dengan batu :


1. Najis itu tidak beralih dari tempat asal.
2. Najis masih belum kering.
3. Tidak ada benda-benda asing yang melekat di kemaluan.
Nota :- disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil. -
Menggunakan tangan kiri

Cara beristinjak dengan air :


1. Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat
najis.
2. Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri.
3. Makruh memasukkan jari ke dalam dubur.
4. Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak hendaklah membasuh
benda
yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan
memasukkan
sedikit ruas jarinya.
5. Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak
terpercik najis padanya ketika membasuh dubur.
6. Sunat selepas istinjak menggosak tangan ke tanah sebelum
membasuh tangan.
7. Sunat ketika istinjak membaca doa.
8. Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak.
9. Hendaklah hilang ain najis, warna dan rasanya (rasa di tangan).
Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan
dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis
telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan
licin bagi perempuan.

Adab beristinjak :
1. Tempat menunaikan hajat
2. Masuk dan keluar dari tempat qada hajat.
3. Arah mengadap
4. Keadaan orang yang qada hajat.
5. Menggunakan tangan kiri.
6. Alat yang haram digunakan untuk beristinjak.

Tempat menunaikan hajat : larangan


 Jalan orang ramai atau tempat mereka duduk atau berkumpul
kerana ia boleh menyakitkan mereka. Dari Abu Hurairah ra bahawa
Nabi SAW telah bersabda : “Takutlah kamu kepada dua perkara
yang membawa kepada laknat. Para sahabat bertanya : Apakah dua
perkara tersebut? Rasulullah SAW menjawab : Orang yang
membuang air besar (menunaikan hajatnya) di tempat laluan
orang ramai atau tempat mereka berteduh.” (Riwayat Muslim)
 Dalam lubang pada tanah atau pada dinding dan seumpamanya
kerana ia akan menghasilkan perkara-perkara yang menyakitkan.
Kemungkinan di dalam lubang tersebut terdapat binatang yang
berbisa seperti kala jengking atau ular lalu ia keluar dan
menyakitkannya. Kadang-kadang terdapat di dalamnya haiwan
yang lemah, maka ia boleh menyakitkan binatang tersebut.
Daripada Abdullah Bin Sarjis bahawa ia berkata : “Rasulullah
SAW melarang daripada kencing di dalam lubang iaitu lubang
tanah.” (Riwayat Abu Daud)
 Di bawah pokok yang berbuah bagi memelihara buah tersebut
daripada tercemar ketika luruhnya sama ada buah tersebut
dimakan atau diambil manfaat dengannya. Ini supaya perasaan
seseorang tidak merasa jijik.
 Air yang tenang/bertakung. Ini kerana jiwa manusia akan merasa
jijik dengan air tersebut sekalipun air itu banyak dan najis
tersebut tidak merubah rasa, bau atau warnanya. Atau pun air
itu akan dibuang begitu sahaja jika najis itu mengubahnya.
Larangan ini juga termasuk pada air yang kurang dari 2 kolah.
Daripada Jabir ra daripada Nabi SAW bersabda : “Baginda SAW
melarang kencing dalam air (bertakung) tenang” (Riwayat
Muslim)

Masuk dan keluar dari tempat qada hajat :


 Disunatkan kepada orang yang qada hajat supaya melangkah
dengan kaki kiri ketika masuk dan dengan kaki kanan ketika
keluar. Ini kerana itulah yang lebih layak untuk tempat-tempat
kotor dan najis. Dan jangan ia membawa perkataan yang menyebut
nama Allah dan juga namaNya yang lain. Disunatkan juga membaca
zikir dan doa-doa yang telah thabit daripada Rasulullah SAW
ketika masuk tandas dan keluar daripadanya.

Arah mengadap :
 Haram ke atas orang yang qada hajat mengadap kearah kiblat atau
membelakangkannya sekiranya ia berada di tempat lapang dan
tidak ada pendinding yang tinggi yang menutup auratnya ketika
qada hajat.

Keadaan orang yang qada hajat :


 Dia hendaklah duduk di atas tumit kaki kiri dan mendirikan lutut
kaki kanan serta tidak melihat ke langit, kemaluannya dan najis
yang keluar daripadanya. Ini kerana perbuatan tersebut adalah
tidak layak dengan keadaanya itu. Dan makruh dia bercakap dan
lainnya ketika qada hajat. Daripada Ibnu Umar ra berkata :
“Seorang lelaki lalu berdekatan Rasulullah SAW yang sedang
membuang air kecil. Lalu dia memberi salam tetapi Baginda tidak
menjawab.” (Riwayat Muslim)
 Makruh juga perbuatan yang lain sepertimakan, minum dan
bercakap-cakap ketikasedang melakukan perbuatan qada hajat.

Menggunakan tangan kiri :


 Orang yang qada hajat hendaklah menggunakan tangan kirinya
untuk membersihkan tempat najis sama ada dengan air atau batu
dan seumpamanya kerana itulah yang lebih layak dilakukan.
Sekiranya ia menggunakan tangan kanan maka hukumnya adalah
makruh sebagaimana makruh menyentuh zakar dengan tangan kanan.
 Sekiranya ia perlu kepada memegang zakar untuk membersihkannya
dengan batu dan seumpamanya (benda-benda yang beku/pejal),
maka ia hendaklah memegang batu tersebut tanpa menggerakkannya
dengan tangan kanannya dan tangan kirinya memegang zakar dan
mengerak-gerakkannya untuk membersihkan tempat yang najis
tersebut. Daripada Abi Qatadah ra daripada Nabi SAW bersabda :
“Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil
(memegang) zakarnya dengan tangan kanannya dan jangan ia
beristinjak dengan tangan kanannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Alat yang haram ketika beristinjak :


 Tidak sah beristinjak dengan menggunakan benda-benda yang
najis atau mengandungi najis, kerana ia akan menambahkan lagi
kesan najis yang sepatutnya dikurangkan dengan cara
beristinjak.2. Haram beristinjak dengan menggunakan makanan
yang dimakan oleh anak Adam. Contohnya seperti roti dan
lain-lainnya. Haram juga beristinjak dengan menggunakan
tulang, kerana ia merupakan makanan jin dan haiwan seperti
anjing.
 Haram beristinjak dengan sesuatu benda yang dihormati seperti
anggota haiwan yang bersambung dengannya seperti tangan dan
kakinya, lebih-lebih lahi anggota manusia kerana perbuatan
tersebut berlawanan dengan kemuliaannya.

Hikmah beristinjak :
1. Membersihkan anggota badan supaya anggota badan menjadi sihat
dan cergas.
2. Dapat melakukan segala ibadah kepada Allah
3. Sentiasa dihormati oleh orang sekelilingnya. Malah ia juga
menjadi model atau contoh kepada masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai