Anda di halaman 1dari 4

Dewan Sek Ren Islam Bahrul Ulum

9:00 pagi
Isi Kandungan

1. Kata alu-aluan Pengerusi JIBG SRIBU


2. Kata alu-aluan Mudir SRIBU
3. Tentatif program
4. Carta Organisasi AJK JIBG Sesi
2021/2022
5. Minit Mesyuarat Agung JIBG Kali ke-10
6. Laporan aktiviti tahunan JIBG
7. Penyata Kewangan JIBG

1
Kata Alu-aluan Pengerusi JIBG Sek Ren Islam Bahrul Ulum

ُ‫علَ ْي ُكم َو َرحْ َمةُ اَهللِ َوبَ َركاتُه‬ َ ‫اَل‬


َ ‫سال ُم‬

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana
dapat kita bersama-sama dalam menjayakan Mesyuarat Agung JIBG kali ke-11
pada tahun ini. Sokongan sebegini amat diharapkan agar segala program JIBG
boleh dijayakan dalam membantu pihak sekolah untuk meraih kecemerlangan dalam
bidang akademik mahupun bukan akademik. Saya juga ingin merakamkan setinggi-
tinggi tahniah kepada guru-guru sekolah ini yang berkorban dari segi masa dan
tenaga bagi memastikan kejayaan anak-anak kita.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada barisan AJK JIBG sesi 2019/2020
kerana memberi kerjasama sepanjang saya menerajui JIBG sekolah ini. Saya
berharap dana yang disumbangkan oleh ibu bapa dan guru-guru banyak membantu
pihak sekolah merealisasikan program akademik secara berkala untuk anak-anak
kita di sekolah ini. Saya berharap kerjasama seumpama ini berterusan dan berharap
semua pihak terus dapat menyumbangkan tenaga, idea serta dana bagi membantu
sekolah ini.
Selain itu, ke arah menjayakan program sekolah, kita sebagai ibu bapa amat
berperanan mendidik serta mengasuh anak-anak di rumah agar penyediaan diri
yang baik dapat diterapkan. Dengan ini akan membantu pihak sekolah
mengukuhkan keperibadian anak-anak sewaktu di sekolah. Saya percaya dan yakin
bahawa disiplin diri amat penting di samping pengukuhan bidang agama untuk anak-
anak meraih kejayaan.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan
bekerjasama sepanjang saya menjadi Pengerusi JIBG selama ini. Sekian, terima
kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Sekian, wassalam.

.......................................................
(DR ZAHIRRUDIN BIN ZAKARIA)
Pengerusi JIBG
Sek Ren Isam Bahrul Ulum.

2
Kata Alu-aluan Mudir Sek Ren Islam Bahrul Ulum

ُ‫علَ ْي ُكم َو َرحْ َمةُ اَهللِ َو َب َركاتُه‬ َ ‫اَل‬


َ ‫سال ُم‬
Saya ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan keizinanNya, maka sekali lagi warga SRI Bahrul Ulum dapat mengadakan
Mesyuarat Agung JIBG Kali Ke-11.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan puan
untuk sama-sama hadir melapangkan masa bagi tujuan menjayakan dan
memeriahkan majlis ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua Jawatankuasa JIBG
yang banyak membantu pihak sekolah. Kerjasama seperti ini sesungguhnya
membantu aktiviti sekolah secara tidak langsung serta memperlihatkan JIBG di
sekolah ini aktif dan berfungsi.
Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi JIBG,
Jawatankuasa JIBG, guru-guru, para pelajar serta warga kerja SRI Bahrul Ulum atas
kejayaan mengadakan Mesyuarat Agung JIBG Kali Ke-11 ini. Saya berdoa semoga
Sek Ren Islam Bahrul Ulum ini menjadi sekolah yang dapat melahirkan modal insan
cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai