Anda di halaman 1dari 9

Aabidah Ab Ghani Senarai Semak Perkembangan

2018 Motor Kasar 0-6 tahun

Senarai semak
perkembangan motor
kasar kanak-kanak 0-6
tahun

Puan Aabidah Ab Ghani


Pediatric Occupational Therapist
aabidahghani@gmail.com
013 9995864
Aabidah Ab Ghani Senarai Semak Perkembangan
2018 Motor Kasar 0-6 tahun

Motor kasar merujuk kepada pergerakan


tubuh badan yang besar sama ada melibatkan
tangan, atau kaki, atau keseluruhan badan.
Dalam perkembangan motor kasar, koordinasi
dan keseimbangan badan menjadi penanda
aras tahap kematangan perkembangan motor
kasar seseoarang individu.
Di dalam senarai semak ini, senarai
perkembangan motor kasar diletakkan dalam
susunan mengikut bulan. Ibu bapa atau guru
perlu menilai bermula dengan umur anak atau
murid mengikut kiraan bulan.
Jika didapati kemahiran yang sepatutnya
dicapai pada usianya tidak berlaku, ibu bapa
atau guru perlu menilai perkembangannya
dengan cara keatas. Contohnya, jika kemahiran
yang sepatutnya ada pada usia 3-5 bulan bayi
tidak berlaku, ibu bapa atau guru perlu beralih
ke kotak 2-3 bulan

Cara untuk memberi skor adalah;


√ Jika anak atau murid dapat
melakukan atau pernah
melakukan kemahiran yang
disenaraikan 3 kali atau lebih
X Jika anak atau murid tidak dapat
atau tidak pernah dilihat
melakukan kemahiran yang
disenaraikan
E Jika anak atau murid dapat atau
pernah dilihat cuba melakukan
kemahiran yang disenaraikan
tetapi kurang dari 3 kali berjaya
melakukannya dalam satu masa
E bermaksud ‘Emerging’
Aabidah Ab Ghani Senarai Semak Perkembangan
2018 Motor Kasar 0-6 tahun

0-12 bulan

Umur Kemahiran Skor


0-1 bulan Membengkok dan
meluruskan kedua-dua kaki
secara berselang seli
Membengkok dan
meluruskan kedua-dua
tangan secara berselang seli
2-3 bulan Berpusing balik apabila
diletakkan dalam posisi
meniarap
Mengangkat kepala dan
menahannya apabila
diletakkan dalam posisi
meniarap
3-5 bulan Cuba memegang botol susu
Berpusing ke kanan dan ke kiri
apabila diletakkan dalam
posisi berbaring dalam
keadaan tangan
bertentangan akan melintasi
garis tengah badan
Mengangkat tangan dan
kaki dari permukaan lantai
apabila diletakkan dalam
posisi meniarap
Memegang kaki dengan
kedua-dua tangan dan
kadang-kala membawa jari
kaki ke arah mulut untuk
bermain apabila diletakkan
dalam posisi berbaring
Mengekalkan keseimbangan
semasa duduk dengan
sokongan
Aabidah Ab Ghani Senarai Semak Perkembangan
2018 Motor Kasar 0-6 tahun

6-8 bulan Mencapai permainan atau


sesuatu yang menarik
perhatian dalam keadaan
badan tegak dan stabil dari
perut ke atas
Menahan badan dengan
tapak tangan dalam posisi
meniarap atau duduk
Menggunakan lengan untuk
bergerak kehadapan dalam
posisi meniarap
Mengambil permainan atau
benda yang menarik
perhatian semasa dalam
posisi duduk dan mampu
mengekalkan keseimbangan
semasa kembali ke posisi
duduk yang asal
9-12 Berada dalam posisi
bulan merangkak dan
menggoyangkan badan ke
depan dan kebelakang
sekurang-kurangnya dua kali
Merangkak dengan
kedua-dua tangan dan kaki
bergerak secara berlawanan
(kaki kanan, tangan kiri)
Berdiri dengan memegang
sesuatu yang stabil
Merangkak merentasi
halangan seperti kaki ibu
Mengekalkan keseimbangan
badan dalam posisi duduk
semasa bermain dengan
sesuatu permainan
Aabidah Ab Ghani Senarai Semak Perkembangan
2018 Motor Kasar 0-6 tahun

1-2 tahun

Umur Kemahiran Skor


12-14 Berdiri dari posisi duduk bersila
bulan tanpa memusingkan badan
lebih dari 20 darjah
Melangkah ke hadapan
sekurang-kurangnya 8
langkah dengan memegang
sebelah tangan ibu
Merangkak menaiki tangga
Menggulingkan bola ke
hadapan menggunakan
tangan
15-18 Menaiki tangga tanpa
bulan bantuan
Mengangkat sebelah kaki
untuk menyepak bola
Melompat 4 inci ke hadapan
tanpa jatuh
Melompat tinggi dengan
kedua-dua kaki (2inci dari
lantai)
Baling bola 3 kaki kehadapan
sebelum bola menyentuh
lantai
Aabidah Ab Ghani Senarai Semak Perkembangan
2018 Motor Kasar 0-6 tahun

2-3 tahun

Umur Kemahiran Skor


25-30 Berjalan menuruni tangga
bulan tanpa bantuan
Berjalan mengundur
kebelakang dengan stabil
Menyambut bola yang
dibaling ke arahnya
31-36 Melompat jauh kehadapan
bulan 24 inci dengan kedua-dua
belah kaki
Melompat melepasi objek
setinggi 2 inci dari lantai
dengan kedua-dua kaki
tanpa jatuh
Berdiri sebelah kaki selama 3
saat
Aabidah Ab Ghani Senarai Semak Perkembangan
2018 Motor Kasar 0-6 tahun

3-4 tahun

Umur Kemahiran Skor


37-42 Berlari kehadapan sejauh 15
bulan meter dalam masa 6 saat
atau kurang
Berdiri sebelah kaki selama 5
saat
Baling bola 10 kaki
kehadapan sebelum ia
menyentuh lantai
Baling bola kecil kehadapan
untuk mengenai sasaran
43-48 Melangkah menuruni tangga
bulan dengan kaki berselang-seli,
tanpa bantuan (tanpa
pemegang atau dinding)
Melompat jauh 30 inci
kehadapan dengan
menggunakan kedua-dua
kaki
Baling bola kecil mengenai
sasaran 5 kaki di hadapan
Aabidah Ab Ghani Senarai Semak Perkembangan
2018 Motor Kasar 0-6 tahun

4-5 tahun

Umur Kemahiran Skor


49-54 Berjalan mengundur
bulan kebelakang di atas garisan
selebar 4 inci
sekurang-kurangnya 5
langkah sebelum terkeluar
dari garisan
Melompat dengan
menggunakan 2 kaki sejauh
36 inci kehadapan
Melompat sambil
memusingkan badan
menghadap kebelakang
dengan stabil
Baling bola kecil mengenai
sasaran sejauh 12 kaki
dihadapan
55-60 Melompat melepasi objek
bulan setinggi 10 inci dari lantai
tanpa terjatuh
Melompat kehadapan dan
kebelakang tanpa henti dan
tanpa menyentuh garisan
yang diletakkan di lantai.
Berdiri sebelah kaki
sekurang-kurangnya selama
10 saat untuk setiap kaki
Aabidah Ab Ghani Senarai Semak Perkembangan
2018 Motor Kasar 0-6 tahun

5-6 tahun

Umur Kemahiran Skor


61-72 Melompat 20 kaki
bulan kehadapan dalam 6 saat
atau kurang dengan sebelah
kaki
Menyepak bola supaya bola
melambung 12 kaki ke udara

Anda mungkin juga menyukai