Anda di halaman 1dari 6

MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HAMIZI

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI

PENGGUNAAN TEKNIK DEMONSTRASI MELALUI VIDEO DALAM PENGAJARAN LUKISAN


HAIWAN PADA MURID TAHUN 3

1.0 Pendahuluan

Shahabuddin et .al. (2003), menyatakan pencapaian akademik merujuk kepada suatu tahap

pengukuran terhadap pencapaian yang telah dicapai sepanjang pembelajaran pelajar. Pencapaian

akademik murid bergantung kepada kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang diajar

oleh seseorang guru. Guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian murid

dalam akademik termasuklah sahsiah dan tingkah laku mereka. Menurut Sharifah (1986), kaedah

pengajaran merupakan peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan

teratur. Kaedah PdP yang berkesandan teratur dapat merangsang minat dan motivasi murid untuk

mencapai kecemerlangan dalam akademik. PdP yang baik dapat membantu murid supaya dapat

mengingat kembali apa yang dipelajari. Kaedah menggunakan BBM yang berinovasi seperti

demonstrasi video dalam pengajaran lukisan haiwan adalah satu kaedah yang dapat memastikan

murid dapat menghasilkan sebuah lukisan yang tepat dan baik. Selain itu ia juga berkesan bagi

memastikan murid terlibat secara aktif dalam proses PdP yang berlangsung dan meningkatkan

potensi diri murid dalam menguasai pembelajaran.

Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, kaedah pengajaran guru adalah penting.

Sewaktu pengajaran, kemahiran guru mendemonstrasikan langkah-langkah dan juga cara-cara

melakukan kerja amali yang melibatkan penggunaan alatan seperti pensil dan warna di hadapan

pelajar secara langsung memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan meneliti. Ini juga

disokong oleh Ramlah (1992) yang menyatakan bahawa kaedah demonstrasi telah lama dikenal pasti

sebagai teknik yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor. Menerusi kaedah pengajaran ini,

murid-murid akan dapat mencontohi tunjuk cara yang dilakukan oleh guru sewaktu pengajaran

dengan lebih tepat. Di samping itu, demonstrasi dari guru juga berupaya untuk membina keyakinan
MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HAMIZI

pelajar supaya mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara individu dalam kerja amali

contohnya melukis haiwan.

2.0 Matlamat

Kaedah penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang berinovasi amat diperlukan dan seharusnya

menjadi rutin kepada setiap guru di sekolah untuk merancang pengajaran kepada murid dalam semua

subjek. Ini kerana semua murid berkeperluan kepada pengajaran yang menarik. Jadi, memang

sewajarnya setiap guru harus kreatif dan berinovatif merancang setiap RPH untuk mengajar murid

sekolah rendah agar proses PdP yang akan berlangsung menarik dan mencapai matlamatnya. Selain

itu ia juga adalah untuk membantu murid-murid dalam menghasilkan karya dengancara yang betul

dan bersifat realistic.

Tambahan pula, ia juga dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran melukis dan yang

penting supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Hal

ini dikukuhkan lagi oleh Kurt Burch (1995) menyatakan bahawa murid merasakan pengetahuan

adalah suatu reforrnasi tetapi bagi pihak pendidik pula menyatakan bahawa pengetahuan yang

sebenar adalah berasaskan kepada pemahaman yang telah didapati oleh murid. Oleh sebab itu, guru

perlu mengambil inisiatif untuk menggalakkan murid memahami apa yang diajar oleh mereka. Projek

inovasi ini diharapkan dapat melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam

kemahiran melukis serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diajar secara

tepat.

3.0 Objektif

3.1 Meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual

menggunakan kaedah BBM yang menarik dan berinovasi.

3.2 Mengubah persepsi dan minat murid terhadap matapelajaran Pendidikan Seni Visual melalui

kaedah BBM yang menarik dan berinovasi.


MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HAMIZI

3.3 Meningkatkan keberkesanan kaedah BBM yang menarik dan berinovasi terhadap

penguasaan kemahiran-kemahiran melukis.

3.4 Memastikan murid dapat menguasai kemahiran dan pengetahuan dalam proses PdP

yang diajar.

3.5 Dapat mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian.

3.6 Memastikan murid dapat melukis haiwan dengan betul dan bersifat realistik dengan ciri-ciri

tersendiri yang terdapat dapat haiwan.

4.0 Penyataan masalah

Berdasarkan pemerhatian yang dapat dilihat semasa saya menjalani pegalaman mengajar di Sekolah

Rendah Kebangsaan Seri Indera, kebanyakan murid masih lagi tidak mampu untuk melukis seekor

haiwan dengan tepat bersama ciri-ciri yang perlu ada pada haiwan tersebut. Sebagai contoh terdapat

seorang murid lelaki melukis seekor kucing tanpa ekor dan mempunyai hanya satu telinga. Selain itu

juga, apa yang dapat dilihat murid masih memerlukan bimbingan dari segi konsep ruang sebagai

contoh murid melukis seekor gajah yang mempunyai kepala yang lagi besar dari badannya. Oleh

yang demikian, jika guru tidak memberi bimbingan kepada murid terhadap masalah yang dihadapi

oleh murid, penguasaan dalam kemahiran melukis dan kreativiti murid masih berada di peringkat

yang tidak sepatutnya dengan umur murid tersebut.

5.0 Kumpulan Sasaran

Murid tahun 3.

6.0 Kepentingan Projek Inovasi

Melalui refleksi PdP dan pemerhatian permasalahan murid dalam PdP khususnya dalam mata
pelajaran Pendidikan Seni visual. Perlulah ada satu mekanisme yang boleh dijadikan panduan dan
penggalak untuk mencetus kepada keberhasilan murid selaras dengan Falsafah Pendidikan
MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HAMIZI

Kebangsaan. Inovasi ini secara khusus adalah medan untuk memperbaiki dan pertingkatkan
kemahiran melukis haiwan bagi murid Tahun 3.

Selain itu, inovasi ini juga dapat memudahkan guru untuk menyampaikan pengajaran.
Guru tidak lagi perlu membawa BBM yang berat dan rumit untuk memastikan pengajaran beliau
berkesan. Guru juga tidak perlu untuk mengulas dan membuat demostrasi secara manual
secara individu yang mana sangat tidak berkesan kepada pengajaran didalam kelas yang ramai
murid, maka guru hanya perlu mengulang video demonstrasi tersebut dengan hanya menekan satu
butang sahaja. Ini juga disokong oleh Ramlah (1992) yang menyatakan bahawa kaedah demonstrasi
telah lama dikenal pasti sebagai teknik yang paling berkesan untuk kemahiran psikomotor. Murid
juga dapat menguasai kemahiran melukis haiwan dengan baik hasil daripada pengunaan inovasi
yang menarik minat murid. Khairol Adha (2004) menyatakan salah satu faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik seseorang pelajar adalah minat mereka terhadap bidang yang dipilih. Inovasi
ini juga dapat membantu Ibubapa memberi tunjuk kepada anak mereka dirumah melalui video
demonstrasi slaid yang boleh diminta dari guru Pendidikan Seni Visual. Penggunaan inovasi
berasaskan ICT juga turut membantu guru menjimatkan kos untuk mencipta BBM.

7.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

Bil. Perkara Kuantiti Perbelajaan (RM)

1. Kertas lukisan RM 7.00 x 1 RM 7.00

2. Pen marker (Hitam) RM 2.40 x 1 RM 2.40

3. Pensil warna RM 19.90 x 1 RM 19.90

4. Pembaris RM 0.50 x 1 RM 0.50


MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HAMIZI

JUMLAH KESELURUHAN RM 29.80

Selain daripada kos perbelanjaan peralatan, saya juga mengunaakan peralatan seperti computer

yang mempunyai 32-bit operating system, x64-based processor untuk menghasilkan slaid inovasi

demonstrasi video. Selain itu, saya juga menggunakan telefon pintar jenama “iphone” untuk

merakam video demonstrasi melukis.

8.0 Strategi dan Pelan Tindakan

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan

 Perbincangan mengenai ideo projek Draf projek inovasi Minggu


inovasi pertama
1

 Peembinaan kertas kerja Kertas kerja Minggu kedua

 Perbincangan Bersama pensyarah Kertas cadangan Minggu ketiga


untuk khidmat nasihat dan bagi
3 mendapatkan kelulusan untuk teruskan
projek

 Pemilihan tajuk dan perancangan Tajuk dalam RPT Minggu ketiga


rancangan pengajaran harian
4

 Projek inovasi dihasilkan Bahan bantu Minggu


mengajar keempat
5

 Refleksi dan dokumentasi Kertas laporan Minggu kelima

9.0 Kesimpulan

Projek ini diharapkan dapat meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam kemahiran

melukis murid Tahun 3 dan dapat mengubah persepsi murid terhadap matapelajaran Pendidikan seni

visual melalui penggunakan BBM berinovasi dalam PdP. Selain itu ia juga bertujuan menjadikan

sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang melahirkan murid yang mempunyai kreativiti yang
MUHAMAD HAFIZI BIN MOHD HAMIZI

berinovatif dan sekaligus dapat menguruskan kehidupan dengan sempurna selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara. Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi memurnikan sesebuah

program yang dirancang agar ianya berjalan dengan lancar. Semoga bantuan dan hasil kerja semua

mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

10.0 Rujukan

Khairol Adha (2004). Kesesuaian Bidang dan Perkaitannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.

Ramlah Hamzah (1993). “Persepsi dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran
Hidup.”Jurnal Pendidikan Guru ,

Shahabuddin Hashim, et al, (2003). "Pedagogi, Strategi Dan Metod Mengajar Dengan Berkesan".

Bahagian Pendidikan Guru (KPM) Bil.9 : 50-71 .

Sharifah Alwitah Alsagoff (1986). “Ilmu Pendidikan: Pedagoi.” Kuala Lumpur: Heineman Asia,

ctk.4.

11.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai