Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 1 Kumpulan (30%)

a. Dalam Kumpulan anda dikehendaki mencari satu artikel yang mempunyai kesalahan-
kesalahan dari aspek penggunan bahasa, kejelasan ayat, perkembangan idea, penulisan
rujukan dalam teks dan senarai rujukan. Analisa dan nyatakan kesalahan berdasarkan aspek
penulisan wacana yang telah dipelajari. Buat penambahbaikan dengan menulis semula artikel
tersebut tanpa mengubah maksud asal artikel itu supaya menjadi sebuah artikel yang utuh.
(20%)

b. Kumpulan anda perlu membentangkan hasil kerja kumpulan dalam sesi tutorial.
(10%

Menurut (Ornstein dan Levine, 1993) dalam profesion ini, terdapat 4 atribut dalam suatu
profesion, antaranya ialah ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan
dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli
serta kebenaran/ persetujuan diberi kepada sesuatu profesion oleh masyarakat untuk
beroperasi. Di sini, kita dapat lihat di mana, ciri-ciri guru amat penting dalam mendidik sesebuah
dan seseorang anak bangsa untuk berjaya kelak. Di sini, akan dikupas satu per satu tentang
sejauhmanakah perancangan diri seorang guru dapat meningkatkan tahap profesionalisme
keguruan berdasarkan atribut profesion menurut Ornstein dan Levine, 1993.

Atribut pertama, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam amat penting
bagi setiap bakal guru (novis) mahupun guru yang sudah berkhidmat dalam profesion ini. Tidak
dinafikan lagi profesion perguruan merupakan satu agen yang dapat mendidik modal insan
yang berjaya. Guru juga perlu menyampaikan ilmu tersebut dengan sebaik-baiknya selepas
menguasai ilmu yang dipelajarinya. Seperti yang ditegaskan oleh al-Quran Surah Al-Mujaadilah
ayat 11: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang
yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.

Di sini kita dapat lihat, dalam atribut yang pertama ini guru yang menguasai ilmu pengetahuan
mendalam akan dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Ini kerana,
mereka mempunyai llmu kemahiran mengajar yang perlu disampaikan kepada murid-murid.
Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi
memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,
berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pandangan ini
sama seperti J. M Coopes (1988) iaitu berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang
memperolehi ilmu pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti memperolehi ilmu
pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar dan menggunakan kaedah dan
teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Selain itu, Glickman (1990) juga berpendapat bahawa guru perlu menguasai ilmu
pengetahuan yang mendalam. Contohnya seperti, seorang guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Malaysia (kata nama khas) hendaklah menguasai keperluan yang mendalam dalam
bidang ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan
dengan lancar. Apabila murid mengemukakan soalan guru dapat memberi respon yang positif
dan memenuhi keperluan ingin tahu murid lantas memupuk keyakinan dalam diri murid. Saya
bersetuju apa yang dikatakan oleh pelopor ini, kerana guru perlu mendalami ilmu pengetahuan
yang mendalam supaya murid yang diajari mendapat ilmu yang disampaikan dengan baik dan
berguna.

Kesalahan
1 Kesalahan dalam Peraturan dan aplikasi menulis rujukan dalam teks

Menurut (Ornstein dan Levine, 1993) dalam profesion ini, terdapat 4

Rujukan yang dimasukkan dalam teks, mengkiut gaya APA ada pelbagai cara;
Meletakkan tahun terbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk.
Contohnya:

Menurut Khan (1999), pembelajaran berasaskan laman web telah berjaya


meningkatkan pencapaian dan minat para pelajar di dalam pembelajaran mereka

Pembetulan berdasarkan ayat diatas,

Menurut Ornstein dan Levine(1993), dalam profesion ini, terdapat 4

Anda mungkin juga menyukai