Anda di halaman 1dari 1

SEK. KEB.

SAHABAT II
PETI SURAT 61700,
91125 LAHAD DATU, SABAH.
NO. TEL : 089-871231

Ruj : XBA 3145/700-06/06/01(6)


Tarikh : 17 Julai 2017

Kepada,

Ibu / Bapa / Penjaga


……………………………

Tuan /Puan,

PERMOHONAN BANTUAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) BAGI TAHUN 2018

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Permohonan bantuan RMT bagi tahun 2018 telah dibuka. Antara syarat untuk memohon bantuan ini adalah
seperti berikut:
 Murid warganegara Malaysia (yang telah ditentukan dan diperakui Jabatan Pendaftaran Negara)
 Pendapatan Ketua Isi Rumah RM 710 sebulan dengan per kapita RM 150

3. Berikut adalah dokumen penting yang perlu dikemukakan oleh pihak tuan / puan semasa menghantar
permohonan:
 Borang Permohonan RMT yang lengkap diisi. (tolong tulis tanggungan yang sah sahaja. Ana k
berumur atas 21 tahun tidak dikira tanggungan)
 Salinan Surat Lahir Murid
 Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga
 Slip gaji terkini atau
 Borang Penyata Pendapatan yang disahkan oleh Ketua Kampung sekiranya tiada slip gaji.

4. Bersama surat ini disertakan Borang Permohonan RMT serta Borang Penyata Pendapatan untuk tindakan
pihak tuan. Diingatkan bahawa sekiranya pihak tuan gagal untuk mengemukakan dokumen yang diminta
atau borang tidak lengkap, permohonan pihak tuan tidak akan diproses walaupun layak.

5. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah diharapkan dalam usaha untuk menyalurkan bantuan
kerajaan seadilnya kepada murid-murid sekolah.

Sekian, terima kasih.

** Sila hantar dokumen lengkap tersebut


kepada PENYELARAS RMT SEKOLAH
(CIKGU EZZATI 013-2029651)
SELEWAT-LEWATNYA pada 24/7/2017
(Isnin)

Anda mungkin juga menyukai