Anda di halaman 1dari 1

梳邦华小家教协会

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SUBANG
KAMPUNG BARU SUBANG
40150 SHAH ALAM
SELANGOR.
TEL: 03-78461596 FAX: 03-78465412
_________________________________________________________________________________
Tarikh: 13 FEBRUARI 2020
Kepada semua ibu bapa dan penjaga

KEMPEN GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN BILIK DARJAH DAN KAWASAN


SEKOLAH 2020

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SJK (C) Subang akan mengadakan kempen gotong-royong untuk
membersihkan kawasan sekolah pada 22 Februari 2020 (Sabtu) jam 8.30 pagi.
2. Tujuan kempen gotong-royong ini adalah untuk membersihkan kawasan sekolah supaya
murid dapat belajar dalam persekitaran yang selesa.
3. Semua murid dan ibu bapa adalah digalakkan hadir pada hari gotong-royong. Pihak PIBG
amat memerlukan kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa agar kerja gotong-royong dapat
dilaksanakan dan disempurnakan dengan lancar.
4. Peralatan yang diperlukan adalah seperti serbuk pencuci, baldi, kain lap, mop, penyapu, cat
warna putih dan sebagainya.
5. Pihak PIBG menyeru agar semua ibu bapa dapat turut serta untuk menjayakan kempen ini.

Sekian, terima kasih.

Pengerusi PIBG SJK(C) Subang

____________________
Datuk Wang Kwee Hau

-----------------------------------------------------slip jawapan-----------------------------------------------------

Saya_______________________________ibu / bapa kepada _______________________________


kelas( ) akan / tidak akan menyertai kempen gotong-royong ini.

* Sila tandakan √ pada peralatan yang akan tuan/puan bawa


( )kain lap
( )baldi
( )serbuk pencuci
( )mop dan penyapu
( )cat warna putih

Kehadiran aktiviti seramai ___________ orang.

Tandatangan:_________________ No. Telefon:__________________ Tarikh:______________

Sila pulangkan slip jawapan ini kepada guru kelas masing-masing sebelum 20 Februari 2020.

Anda mungkin juga menyukai