Anda di halaman 1dari 2

Kelab Alam Sekitar, SJK (C) Ampong 2, 68000 Ampang, Selangor.

_______________________________________________________ Pengurus Kilang Roti dan Biskut, 8A, Jalan 6, 42800 Banting, Selangor. Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku setiausaha Kelab Alam Sekitar memohon mengadakan belajar sambil melawat ke kilang tuan. 2. Butir-butir lawatan adalah seperti yang berikut: 2.1 Hari : 21 Ogos 2013 2.2 Masa : 9.00 pagi 2.3 Bilangan murid : 30 orang 2.4 Bilangan guru : 5 orang 3. Tujuan lawatan kami ke kilang tuan adalah untuk menambah pengetahuan murid-murid. Di samping itu, murid-murid dapat mengetahui cara-cara membuat roti dan biskut dengan lebih jelas. Selain itu, aktiviti ini dapat menanam semangat murid-murid agar belajar dengan lebih rajin. 4. Kami berjanji akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan. Kami berharap agar pihak tuan tidak akan menghampakan permintaan kami. Sekiranya tarikh yang kami beri tidak sesuai, pihak tuan boleh mengubah ke satu tarikh yang lain.

6 Julai 2013

5. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar, ______________ (TAN KAH CHAI) Pengerusi Kelab Alam Sekitar, SJK (C) Ampong 2, 6000 Ampang, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai