Anda di halaman 1dari 1

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat.

Antaranya ialah
"Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan
masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat
diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa dengan menjalankan aktiviti
berfaedah supaya tidak membazir begitu sahaja.
Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya
dengan melakukan aktiviti beriadah agar tubuh tidak menjadi lesu dan tidak
bermaya. Aktiviti riadah ringan seperti berjoging, bermain badminton dan
bermain bola sepak sahaja sudah mencukupi untuk meningkatkan metabolisma
seseorang agar kekal sihat dan cergas sepanjang masa. Bak kata pepatah
Badan cergas otak cerdas . Aktiviti beriadah bukan sahaja menyihatkan tubuh
badan tetapi juga menyihatkan minda. Minda dan fikiran kita menjadi lebih
cerdas melalui aktiviti beriadah.
Selain itu, kita juga boleh menjalankan aktiviti membaca untuk mengisi
masa terluang. Bak kata pepatah membaca jambatan ilmu. Pelbagai bahan
bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel dan majalah
supaya kita tidak akan hidup seperti katak di bawah tempurung. Kita dapat
mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan
ini. Bak kata pepatah Ilmu pelita hidup , kita dapat mengaplikasikan ilmu
pengetahuan yang berguna dalam kehidupan kita.
Penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan pula merupakan satu cara
yang dapat mengisikan masa terluang seperti menjalankan amalan kunjung-
mengunjungi. Hal ini dapat mengeratkan hubungan mesra antara kaum bagai isi
dengan kuku. Semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum juga dapat
dipupukkan .

Anda mungkin juga menyukai