Anda di halaman 1dari 2

 

Rujukan kami : JPS(W) SMKB(Kur) 153/06/08/01/84


Tarikh: 06 March 2020

Guru Besar
SK Kampung Baru,
97000 Bintulu

Tuan/ Puan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SK KAMPUNG BARU


(PROGRAM ENGLISH TEACHING ASSISTANT-ETA)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Baru Bintulu, telah terpilih untuk menyertai Program Fulbright English Teaching
Assistant (ETA) yang diurussetiakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dengan kerjasama
Malaysia-American Commision of Educational Exchange (MACEE) dimana salah seorang ETA adalah Skye Finke.

3. Untuk makluman pihak tuan, program lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu pengisian aktiviti untuk program
tersebut, iaitu program bersama komuniti di luar sekolah. Oleh itu, ETA sekolah kami bersama dengan ETA
(Brelyn Brook) dari SMK Kemena dan (Kristina Echols) dari SMK Asyakirin ingin mengadakan lawatan sambil belajar
ke sekolah tuan/puan. Maklumat lanjut adalah seperti ketetapan berikut;

Tarikh : 11/3/2020
Masa : 8.30pagi -1230 t/hari
Objektif : a. Mengenali guru dan murid-murid di SK Kampung Baru
b. Memberi peluang kepada para pelajar untuk berinteraksi dalam Bahasa Inggeris
dengan ETA
Sasaran : 60 orang pelajar

4. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan
Cik Thevainai A/P Muniandy (0125798314) dan Puan Grace Wong (0168749893). Kerjasama dan perhatian yang
diberikan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

__________________________________________________________________________________________________________________________
”MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”
”FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”
(NURUL ALEENA BINTI ABDULLAH)
Pengetua
SMK Baru Bintulu

__________________________________________________________________________________________________________________________
”MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”
”FLY KENYALANG FLY,FLY HIGH”

Anda mungkin juga menyukai