Anda di halaman 1dari 5

KETIBAAN VVIP (2:00 PM)

Mengumumkan, ketibaan  …

DR. NORMAN BIN MOHD NORAWAI

PENGARAH URUSAN (MD)

DR. NORMAN MARKETING SDN. BHD.

MERANGKAP,,,,

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO)

DR. NORMAN MARKETING SDN. BHD.

PUAN UMU ATIAH BT MOHD NORAWAI

PENGARAH SYARIKAT

DR. NORMAN HEALTH SCIENCE

Masuk ke dalam dewan ...

2.            LAGU NEGARAKU (2:05PM)

  Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, kita baru sahaja
menyambut Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-65 pada tanggal
31/8/2022 yang Lalu, Jadi Majlis memohon hadirin  sekalian bersama-sama untuk
berdiri bagi menyanyikan Lagu Negaraku dengan iringan muzik. Dengan segala
hormatnya mempersilakan...
 
Majlis mengucapkan terima kasih. Semua hadiri dijemput duduk.
 
 
 
 
 
 
 
 
3. KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS (2:10PM)

Assalamualaikum warahmatullah wbt, salam sejahtera, Salam ADO, Salam Geng Sihat
Dr. Norman dan Salam Geng Niaga Dr. Norman Marketing.
 
o   Yang Berusaha
Dr. Norman Bin Mohd Norawai
Pengarah Urusan (MD)
Dr. Norman Marketing Sdn. Bhd.

 
 Yang berusaha
Puan Umu Atiah Bt. Mohd Norawai
PENGARAH SYARIKAT
DR. NORMAN HEALTH SCIENCE SDN. BHD.
 

 
o   Semua Stokis Dan Ejen Sah Dr. Norman Marketing
 
o   Semua AJK Produk Knowledge DR. NORMAN MARKETING SDN. BHD.

o  Semua Kaki Tangan dan Staf Dr. Norman (Dr. Norman Klinik Sdn Bhd, Dr.Norman
Marketing sdn. Bhd, Dr.Norman, Dr. Norman Skin Care,

o   Semua Wakil-Wakil Syarikat Rakan Niaga Bersama Dr. Norman Marketing


 
o   Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian
 
 
 
SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN,
TERBANG SEIRING DI TEPI KALI;
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,
MOGA DIIRING RESTU ILAHI.

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG


MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG 
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.

Selamat datang ke :
Program Product Knowledge Dr. Norman Marketing Sdn. Bhd. Kali yang Ke-2 bagi
tahun 2022. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya
dapat kita bersama-sama dalam majlis yang diadakan pada pagi ini.
 
LEBAT KEMIRI POHONNYA RENDAH,
DAHAN TERIKAT TALI PERKASA;
SEPULUH JARI KAMI MENADAH,
MOHON BERKAT YANG MAHA ESA.

4.         BACAAN DOA (2:15PM)

 
           Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,
 
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan baMajlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 
Di sini, terdapat pengumuman penting kepada hadirin dan hadirat sekalian;

1) Majlis ingin memohon kepada hadirin dan hadirat yang hadir, mereka akan
dibekalkan dengan borang Order yang telah diberikan semasa pendaftaran sebentar
tadi. Tuan Puan boleh melengkapkan tempahan/order yang dikehendaki bagi
mengelakkan kelewatan proses pembelian produk disaat-saat akhir.

2) Dan, majlis juga, ingin mengumumkan bahawa kenaikan harga produk MINERALIFE
oleh syarikat RICHWEALTH EMPIRE. harga tersebut adalah;
RM75.00- RETAIL
RM65.00- EJEN
RM60.00- STOKIS

3) Selain itu, majlis juga ingin mengumumkan...

(video teaser dimainkan) team media akan memainkan video teaser JERAYAWARA
UTARA 2.0- Bertempat Di HOTEL CASUARINA, MERU, IPOH, PERAK.

Kepada Hadirin dan Hadirat sekalian, saya mewakili Pihak Syarikat DRN Marketing
sdn bhd menjemput semua hadirin yang hadir pada harini ke program jerayawara
UTARA 2.0. pada 1/10/2022-sabtu, Masa: 2.00 pm.

4) Seterusnya, majlis akan disambung lagi dengan upacara PELANCARAN PRODUK


BARU IAITU;
(GIMIK BERMULA).....
Team Media akan bersedia untuk Background Music.

PELANCARAN PRODUK BARU: CUKA EPAL DAN CUKA KURMA

  PANTUN; UCAP TAMA DAN KATA-KATA ALUAN

BUKAN RUMPUT SEBARANG RUMPUN,


RUMPUT PENGHIAS TEPI HALAMAN;
BUKAN JEMPUT SEBARANG JEMPUT,
JEMPUT MEMOHON KATA ALUAN
 
5.            UCAPTAMA (2:30PM)
 
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,Majlis diteruskan lagi dengan UCAPTAMA
daripada tetamu kehormat kita pada petang ini. Oleh itu, majlis dengan sukacita dan
hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Dr. Norman Bin
Mohd Norawai, untuk memberikan ucapan alu-aluan SETERUSNYA memulakan produk
knowledge kita pada sesi pertama. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Sesi penerangan produk CUKA EPAL & CUKA KURMA. (2:30 PM)

Sesi penerangan produk ASCORBEE-C. (3:00 PM)

Sesi penerangan produk HSO. (3:30 PM)

 Floor Manager Beritahu Pengacara Majlis untuk mengumumkan untuk kutip BORANG
ORDER.
 Panggil bekas pesakit CKD (Puan Shuhada) - (10 Minit)

6. MINUM PETANG – (4.00 pm)

dengan ini, majlis menjemput SEMUA TETAMU pada petang ini, untuk menikmati sedikit
hidangan yang telah disediakan. Majlis mempersilakan. In Sya Allah, Kita akan sambung
semula Program ini pada pukul 4:30 pm.

Selinggan kepada program produk knowledge ini,kita akan menyambut hari kelahiran
isteri

isteri doc. Norman iaitu Puan Datina Md. Sah.

(Pasang Lagu Allah Selamatkan Kamu)

(Setting Untuk Menyanyi Lagu Selamat Hari Lahir Kpd Isteri Doc Norman)

-AJK makanan standby jaga makanan untuk peserta

- Standby bagi peserta datang dari jauh + Peserta 7 orang terawal

- Quiz sesi pertama (5 Soalan)

7. MAJLIS BERSAMBUNG (4:30PM)

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan Dr. Norman.
Majlis mempersilakan.

Sesi penerangan produk Minyak Sacha Inchi.


8. SESI SOAL JAWAB Q&A (5.00 PM)

Alhamdulillah, selesai sudah ucapan dan penerangan info kesihatan daripada DR


Norman. Dengan ini, majlis ingin membuka 3 soalan daripada hadirin dan peserta.
SOALAN QUIZ: (5:10)

Selain itu, kita juga ada 5 soalan quiz. Dan soalan ini saya minta doc norman sendiri
akan memilih dan bacakan.

Terima kasih doc norman di atas kesudian membacakan soalan quiz sebentar tadi.

Grand Achiever (5:15)

Dengan kesungguhan dan berkat kesabaran yang tinggi daripada stokis-stokis kami di
Syarikat DRN Marketing menjual dan membeli stok yang tinggi maka dengan ini, Saya
ingin menjemput nama pemenang Grand Achiever Quater 3;

1. First prizes: ................................................................................


2. Second prize: .............................................................................
3. Third Prizes : ...............................................................................

9. SESI BERGAMBAR SEMUA TETAMU (5:30PM)

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,Kita telah sampai dipenghujung acara. Saya WAKIL
bagi pihak urusetia PROGRAM PRODUK KNOWLEDGE SIRI KE-2, 2022 ingIn
mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu kehormat dan para
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pada petang ini.

DARI MANA ASALNYA USAH DIUSUL


MOLEK BUDINYA MENAMBAT HATI
DUA TIGA BICARA SALAH TERSASUL
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai