Anda di halaman 1dari 6

HOSPITAL TAMPIN

(MEMO DALAMAN)
Fail Kami

: H.TPN.21/277/4 Jld.5 (32)

Tarikh : 10 Jun 2014

TAJUK

KERTAS KERJA KURSUS DENGGI HOSPITAL TAMPIN 2014

DARIPADA

PEGAWAI SAINS
(MIKROBIOLOGI PERUBATAN) C41

KEPADA

PENGARAH

SALINAN :

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.
Bersama-sama ini adalah dikemukakan kertas kerja Kursus Denggi Hospital
Tampin bagi tahun 2014 untuk kelulusan pihak puan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


Saya yang menurut perintah,
..
(WAN NOOR ASIAH BT W AHMAD)
Pegawai Sains (Mikrobiologi Perubatan) C41
Hospital Tampin.

KERTAS KERJA KURSUS DENGGI BERTARIKH 19-20 JUN 2014


BERTEMPAT DI BILIK ALAMANDA
HOSPITAL TAMPIN
1.0

PENGENALAN
Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan vektor yang telah menjadi
masalah utama kesihatan awam dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negaranegara rantau tropika dan sub-tropika. Demam denggi menyerupai demam
selsema dan ciri klinikalnya adalah berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Bagi tahun 2014, Jawatankuasa Penyakit Bawaan Vektor akan bekerjasama
dengan Jawatankuasa Dengue Management Team dan Jawatankuasa CPG bagi
mengadakan Kursus Denggi Hospital Tampin 2014 pada 19-20 Jun 2014
bertempat di Bilik Alamanda, Hospital Tampin.
Sasaran bilangan peserta bagi kursus ini adalah seramai 30 orang merangkumi
anggota Hospital Tampin dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tampin. Kursus
pada kali ini akan menekankan tiga aspek utama iaitu kesedaran terhadap
denggi,

pengurusan

pesakit

denggi

serta

kepentingan

CPG

dalam

mengendalikan kes-kes denggi.

2.0

OBJEKTIF PROGRAM
Objektif Kursus Kesedaran, Pengurusan dan CPG Denggi Hospital Tampin 2014
ini diadakan adalah bertujuan untuk:1) Memberi pendedahan kepada peserta kursus terhadap aktiviti pencegahan
dan

kawalan

denggi

seterusnya

mewujudkan

change

agent

dalam

masyarakat yang dapat menyumbang kepada komuniti bebas denggi.


2) Meningkatkan kefahaman peserta kursus terhadap prosedur pengurusan
pesakit denggi di Hospital Tampin bagi menjamin mutu perawatan yang
diberikan adalah bermutu tinggi.

3) Meningkatkan pengetahuan peserta kursus terutamanya Pegawai Perubatan


dan ahli paramedik berkaitan pengamalan CPG denggi yang tepat dalam
perawatan pesakit.
3.0

LATAR BELAKANG PROGRAM


Tajuk Kursus

Kursus Denggi Hospital Tampin 2014

Tarikh

19-20 Jun 2014

Tempat

Bilik Alamanda, Hospital Tampin

Masa

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Sasaran

Pegawai Perubatan, Pembantu Pegawai Perubatan,


Jururawat

Terlatih,

Jururawat

Masyarakat,

Juruteknologi Makmal Perubatan, dan Penolong


Pegawai

Kesihatan

Persekitaran

dari

Pejabat

Kesihatan Daerah (PKD) Tampin


Bilangan Peserta

30 orang

3.1 Cadangan Nama Penceramah


Bil
Nama
1. Dr. Siti Faridah Bt Jusoh
2

Dr. Hong Hooi Chuen

3.

Dr. Zailiza Bt Suli

4.

Dr. Marlindawati Bt Mohd Ali

5.

En. Mohd Iskandar Bin Noh

6.

Cik Radznahwati Azha Asura


Bt Radzuan

Jabatan
Pegawai Perubatan
Jabatan Kecemasan dan Trauma
Hospital Tampin.
Pegawai Perubatan
Jabatan Perubatan
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Pegawai Epidemiologi
Cawangan Penyakit Bawaan Vektor
Jabatan Kesihatan Negeri, N. Sembilan.
Pakar Patologi (Mikrobiologi)
Jabatan Patologi
Hospital Tampin.
Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran
Unit Vektor
Pejabat Kesihatan Daerah Tampin.
Pegawai Farmasi
Unit Farmasi
Hospital Tampin.

3.2

3.3

AJK Kursus Denggi Hospital Tampin 2014


1.

Dr. Hatijah binti Hj Mohd. Tan

Penasihat

2.

Dr. Siti Faridah Bt Jusoh

Penyelaras

3.

Pn. Wan Noor Asiah binti W Ahmad

Penyelaras

4.

Pn. Nurul Hafizah Bt Abd Rahim

Urusetia

5.

Cik Nurul Syafiqah Bt Mat Salleh.

Urusetia

6.

Cik Nur Athirah Bt Mapol

Urusetia

7.

En. Amirulshah Bin Adam

Urusetia

Aturcara Program

19 Jun 2014 (Khamis)


8.00-8.30 pagi

- Pendaftaran Peserta

8.30-9.00 pagi

- Pre-Test

9.00-10.00 pagi

- Kepatuhan Kepada CPG Denggi


(Dr. Siti Faridah Bt Jusoh)

10.00-10.30 pagi

- Sarapan Pagi

10.30-11.30 pagi

- Mosquito Repellant
(Cik Najlaa Zawani Bt Mohd Yusof)

11.30 pagi -12.30 tengahari

- Aktiviti Dalam Kumpulan

12.30 tengahari-2.30 petang

- Rehat dan Solat Zohor

2.30-3.30 petang

- Laboratory Diagnosis of Dengue


(Dr. Marlindawati Bt Mohd Ali)

3.30-4.30 petang

- Praktikal Pemeriksaan Mingguan Aedes

20 Jun 2014 (Jumaat)


8.00-8.30 pagi

- Sarapan Pagi

8.30-9.30 pagi

- Kesedaran Penjagaan Persekitaran dan Kepentingan


Notifikasi Awal Penyakit Demam Denggi
(En. Mohd Iskandar Bin Noh)

9.30-10.30 pagi

- Epidemiology of Dengue
(Dr. Nooraziah Bt Aboo Bakar)

10.30 pagi-11.30 pagi

- Taklimat Kawalan dan Pencegahan Pembiakan


Nyamuk Aedes

11.30 pagi-12.00 tengahari

- Post-Test

12.00 tengahari-3.00 petang

- Rehat dan Solat Zohor

3.00-4.00 petang

- Dengue Management
(Dr. Hong Hooi Chuen)

4.00-5.00 petang

- Aktiviti Kawalan dan Pencegahan Pembiakan


Nyamuk Aedes

4.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN


JUMLAH PESERTA

50 orang (termasuk urusetia dan penceramah)

BIL
PERKARA
1.
Bayaran Penceramah

CATATAN
200 x 3 jam

JUMLAH (RM)
600.00

2.

Bayaran Penceramah

80 x 1 jam

80.00

3.

Makan dan Minum

40 x RM5 x 2 hari
JUMLAH

400.00
1,080.00

4.1 Cadangan Menu


Khamis (19 Jun 2014)

Sarapan Pagi

Kuih Karipap, Kuih Pau, Teh O

Makan Tengahari

Nasi Putih, Ayam Masak Lemak, Kangkung


Goreng

Jumaat (20 Jun 2014)

5.0

Sarapan Pagi

Kuih Puding Jagung, Kuih Seri Muka, Teh O

Makan tengahari

Nasi Ayam

PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar Kursus Denggi Hospital Tampin 2014 ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang telah
direncanakan. Semoga kursus ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan lagi
kemahiran serta pengetahuan peserta tentang pencegahan, perawatan dan
pengurusan denggi yang berkesan.
Disediakan oleh:-

(WAN NOOR ASIAH BT W AHMAD)


Pegawai Sains (Mikrobiologi Perubatan) C41
Hospital Tampin.

Anda mungkin juga menyukai