Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SESI LIBAT URUS KDN BERSAMA BADAN PENGURUSAN

SYARIAH MALAYSIA/ 7 SEPTEMBER 2023 (KHAMIS), DEWAN GEMILANG, KDN PUTRAJAYA

Pembuka kata Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari negeri Perlis,

Pemanis kata selamat datang,


Awal bismilah membuka majlis.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran


ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah
dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Sesi Libat Urus
KDN Bersama Badan Pengurusan Syariah Malaysia pada pagi ini.

Bagi pihak urus setia majlis, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan


kehadiran Tuan / Puan ke Dewan Gemilang, KDN ini.
Kata alu- aluan Yang Berusaha Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, Setiausaha Bahagian
Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN

Pegawai-pegawai Kanan, KDN

Barisan Fasilitator

Tuan / Puan yang dihormati sekalian.

Bacaan Doa Meraut Kunai Daun Merimbun,


Manis Cermai Pekat Berlikat,
Tangan Ditadah Doa Dipohon,
Semoga Majlis Mendapat Berkat.

Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan Encik Abdul


Hafiz bin Abdul Karim untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.
-------Bacaan Doa--------
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Hafiz bin Abdul
Karim atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis
kita pada pagi ini, sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya.
Sebagai pembuka persada majlis, seterusnya dijemput Yang Berusaha
Tuan Nik Yusaimi bin Yussof, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan
dan Kawalan, KDN bagi menyampaikan taklimat program sesi libat urus
pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-------Taklimat Program--------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Nik
Yusaimi bin Yussof, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan
Kawalan, KDN atas taklimat yang disampaikan tadi.

Sesi Dengan ini dijemput Tuan / Puan bagi memulakan sesi perbincangan.
Perbincangan Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Bermula
-------Sesi Perbincangan bermula--------

Tamat Sesi Para hadirin yang dihormati sekalian, sesi perbincangan kini telah tamat. Majlis
Perbincangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
12.15 tengah hari dalam menjayakan majlis sesi libat urus ini sama ada secara langsung
Rumusan Sesi ataupun tidak langsung.
Perbincangan Bagi agenda seterusnya, Rumusan Sesi Perbincangan akan berlangsung
selama 15 minit sehingga jam 12:30 tengah hari. Para hadirin diingatkan bahawa
Sesi Libat Urus bersama YB Timbalan Menteri Dalam Negeri akan bermula pada
jam 1.00 petang.

Para hadirin juga dijemput untuk mengambil tempat dalam Dewan Gemilang
pada jam 12.50 tengah hari sebagai persediaan menyambut ketibaan
Pengurusan Tertinggi, KDN.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai