Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN STAND UP DA’I

PERSTUAN MAHASISWA FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

ATUR CARA UCAPAN CATATAN


Syariat islam penuh ditatang,
Solutasi Dakwah muda pantas bicara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismilahirrahmanirrahim…

Yang dihormati,
Para hakim, Para peserta dan hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mengucapkan selamat datang ke PERTANDINGAN STAND UP


DA’I, FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya dapat kita


bersama berkumpul di majlis yang penuh barakah ini. Pencarian
da’I penerus kemaslahatan ummah kita teruskan pada tahun ini
demi melahirkan dan mengasah bakat mahasiswa/i Universiti Sains
Islam Malaysia dalam dakwah islam.

Da’I adalah satu bentuk dakwah yang diseru dalam islam seperti
yang telah disyariatkan dalam al-quran surah ad-zariyyat ayat 55

‫َو َذِّك ْر َفِإَّن الِّذ ْك َر ى َتْنَفُع اْلُم ْؤ ِمِنيَن‬


“Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya
peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.”

Alu-aluan Untuk makluman, pertandingan stand up da’I anjuran exco dakwah


dan kerohanian persatuan mahasiswa fakulti syariah dan undang-
undang adalah program dibawah festival ramadan. Poster
pencarian peserta telah disebarkan dan alhamdulillah hari ini
terdapat 5 peserta yang akan bertanding. Tahniah dan semoga
berjaya diucapkan.

Bacaan Doa Kitab dibaca pembawa rahmat,


Dakwah di hati terus disemat,
Bersama kita memohon Rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Mohon majlis berjalan dengan penuh barakah, marilah kita


mengangkat tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibaca
oleh Saudara Muhammad Faiz Abdul Raaof, Exco Dakwah dan
kerohanian Persatuan Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-
undang bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan

(Bacaan Doa)

Amin ya rabbal ‘alamin

Tema Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan lagi dengan


pertandingan stand up da’i.

Untuk makluman para hadirin, Tema Stand Up da’I pada hari ini
ialah ______________________________

Para peserta perlulah berucap mengikut tema yang telah


ditetapkan. Selain itu, kandungan ucapan, lantunan suara, masa,
disiplin dan adab sewaktu peserta berucap amatlah di titip
beratkan.

Juri Sebelum itu, saya memperkenalkan juri pada hari ini.

Yang pertama,

Yang kedua,

Yang ketiga,

Pertandingan Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, tirai gelanggang dakwah kami


buka dengan bismillahirrahmanirrahim.

Majlis diteruskan dengan peserta pertama stand up da’I dengan


mempersilakan,

Pertama

Kedua,

Ketiga,

Keempat,

Kelima,
*setiap peserta emcee kena simpulkan kandungan
Selesai kesemua peserta menyampaikan dakwah mereka.

Dengan ini kita akan tangguh majlis kita bagi memberikan ruang
kepadsa para juri untuk pengiraan markah.

Pemenang bagi pertandingan Stand Up da’I akan diumumkan


sewaktu majlis penutup festival ramadan nanti

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada para peserta.

Zikir pemanis alunan suara,


Sunnah dikait penuh cinta,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Mohon ampun dari pihak kami semasa mengendalikan majlis.

sekian

Anda mungkin juga menyukai