Anda di halaman 1dari 3

Belanjawan 2019 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, jelas amat

menitikberatkan sektor pendidikan dengan peruntukan terbesar sebanyak RM60.2


bilion atau 19.1 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan kerajaan tahun
hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Negeri


Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, kerajaan negeri menyambut baik pembentangan
bajet itu yang disifatkan amat bersesuaian dengan tema 'Malaysia Wibawa, Ekonomi
Dinamik, Rakyat Sejahtera’.

Menurut beliau, ia satu perkembangan yang baik, terutamanya dalam isu


infrastruktur dan baik pulih sekolah yang banyak dibangkitkan oleh pihak sekolah di
negeri Perak yang berada di luar kemampuan kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri akan lebih mudah memberi tumpuan pembangunan aspek


keceriaan sekolah dan menampung keperluan yang tidak ditangani kerajaan
Persekutuan.
“Pendidikan adalah tonggak utama yang telah diberi perhatian oleh kerajaan dalam
membentuk generasi Malaysia baru yang lebih berdaya saing dan memacu
kegemilangan Harimau Asia di persada dunia,” katanya sebagai mengulas
pembentangan Belanjawan 2019 hari ini.

Namun dalam pada itu, Dr Abdul Aziz berharap Kementerian Pendidikan dapat
bergerak sejajar dengan Kementerian Kewangan yang cekap, terutamanya dalam
isu perlantikan bagi mengisi kekosongan di Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat
Pendidikan Daerah supaya gerak kerja dapat dipacu seiring dengan dasar yang
diperjuangkan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyambut baik pengumuman Menteri


Kewangan berhubung langkah kerajaan Persekutuan yang bijak mengambil langkah
pemeliharaan alam sekitar melalui cadangan peruntukan RM60 juta kepada negeri
yang mengambil usaha melindungi kawasan perlindungan sedia ada dan menambah
kawasan perlindungan hutan yang baharu.
“Dalam keadaan kerajaan negeri yang terpaksa bergelut dengan hutang dan liabiliti
hari ini, kerajaan negeri menyambut baik bantuan sepert ini dan akan memanfaatkan
peruntukan ini bagi memelihara hutan dan marin di negeri ini selaras dengan
manifesto Pakatan Harapan negeri Perak,” ujarnya.

Kementerian Pendidikan terus menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan


2020 membabitkan RM64.1 bilion, peningkatan sebanyak RM3.9 bilion berbanding
RM60.2 bilion pada belanjawan tahun ini.

Peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk melabur dalam bidang


pendidikan demi masa depan anak bangsa Malaysia.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM735 juta diperuntukkan untuk tujuan


penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah di seluruh negara bagi memastikan
sekolah sedia ada dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih
kondusif kepada pelajar.

Sekolah Kebangsaan (SK) menerima peruntukan RM300 juta manakala RM50 juta
masing-masing untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains
MARA (MRSM), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah
Tahfiz.

Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Persendirian dan Sekolah Pondok


berdaftar pula masing-masing menerima RM25 juta manakala Sekolah Menengah
Jenis Kebangsaan (SMJK) membabitkan dana RM20 juta dan Sekolah Menengah
Persendirian Cina (SMPC) RM15 juta.

Kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada usaha membaik pulih sekolah daif
dengan peruntukan sebanyak RM783 juta pada tahun depan, terutamanya di Sabah
dan Sarawak, selain membina beberapa sekolah baharu di Langkawi, Kulai, Hulu
Langat, Putrajaya, Pasir Gudang, Tumpat, Marang dan Johor Bahru.

Bagi sekolah kebangsaan, peruntukan sebanyak RM23 juta turut disediakan untuk
memastikan sekolah mempunyai kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU),
selaras dengan dasar penolakan sifar yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan
di mana tiada kanak-kanak OKU dinafikan hak pendidikan disebabkan kelainan
upaya mereka.

Kerajaan terus memberikan fokus utama kepada dasar pembangunan modal insan
dengan mengarus perdana Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Latihan
Vokasional (TVET) dengan meningkatkan peruntukan daripada RM5.7 bilion pada
tahun ini kepada RM5.9 bilion pada tahun depan.

Bagi menggalakkan pembelajaran dewasa, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


(KWSP) akan memperluaskan skop pengeluaran bagi tujuan membiayai pendidikan
pada peringkat sijil khususnya bagi program yang diakreditasikan selari dengan
aspirasi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) negara.

Kerajaan juga akan menyediakan geran peruntukan sebanyak RM20 juta yang akan
dipadankan dengan peruntukan geran padanan di mana RM20 juta akan disediakan
oleh Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) untuk menggalakkan golongan
dewasa yang bekerja menduduki peperiksaan pensijilan profesional dalam bidang
kursus berkaitan Industri 4.0.

Selain itu, kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk institusi pendidikan di


bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan RM2 bilion bagi membiayai pinjaman
yang bakal memanfaatkan 50,000 pelajar serta memperuntukkan RM192 juta untuk
program pensijilan profesional di bawah Yayasan Peneraju.

Anda mungkin juga menyukai