Anda di halaman 1dari 11

KEMAHIRAN MAKLUMAT, MEDIA

DAN TEKNOLOGI

OLEH: MOHAMMAD IHTIFADZUDDIN BIN MARZUKI


PENGENALAN

Teknologi masa kini telah berkembang daripada automasi


yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
sesuatu proses menuju ke arah fasilitation, iaitu untuk
melengkapkan guru dan murid dengan peralatan
pembelajaran yang lebih baik dan berkesan.

Evolusi teknologi ini menyumbang kepada transformasi cara


guru mengajar dan cara murid belajar.
Alat untuk bekerja pada abad ke-21 secara meluas
menggunakan media digital seperti jaringan sosial dan literasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Kesedaran kepada teknologi dan aplikasi teknologi dalam


hampir keseluruhan aktiviti kehidupan dikenal pasti dapat
mengupayakan pembangunan daya intelek, sahsiah dan
hubungan sosial seseorang.
KEMAHIRAN ABAD KE-21

Salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi


maklumat dan komunikasi (ICT) yang sejajar dengan
perkembangan pendidikan pada masa sekarang. Kebanyakan
kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada
pendedahan terhadap ICT.

Persaingan pada peringkat global dalam perkembangan ilmu


dan teknologi menjadi cabaran dalam pedagogi abad ke-21.
PENDIDIKAN

Dalam konteks pendidikan, TMK merupakan peralatan


teknologi komunikasi yang membentuk sistem rangkaian
elektronik yang digunakan untuk mencari, mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalur dan menyampiakan
maklumat secara pantas serta pantas.
PERANAN GURU

Sememangnya penting untuk membimbing murid dalam


melayari Internet, mencari maklumat melalui laman sesawang,
memilih perisian yang sesuai, mengumpul dan mengurus
maklumat untuk PdP serta meningkatkan kesedaran akan
persaingan dan kehendak global.
Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital
sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.
Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning)
adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik tertentu
dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh
diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu
mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
seperti enjin carian Google.
KONSEP PEMBELAJARAN

Konsep pembelajaran di mana-mana institusi pendidikan


masa kini tidak terhad dalam persekitaran bilik darjah, malah
melangkau waktu dan lokasi tanpa had dan fleksibel mengikut
keselesaan guru dan murid.

Penggunaan Internet sebagai media pembelajaran berasaskan


sesawang dilaksanakan dengan menggunakan komputer dan
pelbagai alat komunikasi digital kerana konsep pembelajaran
ini terbukti sesuai dan memberikan impak yang tinggi.
Fasa perkembangan teknologi masa kini mendesak
perubahan dalam pedagogi daripada berpusatkan
guru kepada berpusatkan murid berasaskan
teknologi, media dan maklumat.

Sudah pasti persekitaran dan suasana pembelajaran


turut berubah daripada pembelajaran pasif kepada
pembelajaran aktif.
KEMAHIRAN

Kemahiran komputer yang paling asas diperlukan oleh guru


masa kini adalah dengan menggunakan perisian Microsoft
Office, rangkaian dan pangkalan data.

Manakala, kemahiran komputer secara spesifik ialah download


dan upload fail, atur cara web, reka bentuk dan pembinaan
pangkalan data, install dan upgrade perisian, bina dan sunting
pangkalan data serta pemprosesan kata.
PENUTUP

Para guru perlu menguasai kemahiran menggunakan


komputer kerana kebanyakan urusan pentadbiran
sama ada untuk P&P, pengurusan dan pentadbiran di
jabatan-jabatan kerajaan mahupun di sektor swasta
telah menerapkan penggunaan komputer secara
meluas.

Anda mungkin juga menyukai