Anda di halaman 1dari 1

Dalam masyarakat Malaysia, terdapat banyak etnik dan kaum seperti kaum

Melayu, Cina, India, Iban dan bumiputera lain-lain. Setiap kaum dan etnik
mempunyai budaya yang berbeza dan unik. Oleh itu, sebagai guru, ia amat penting
untuk memahami konsep budaya kepada guru. Persoalannya, apakah kepentingan
memahami konsep budaya kepada guru?
Pertama, guru dapat merancang pembelajaran dan pengajaran dengan lebih
berkesan. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaum dan etnik yang berbeza
menyebabkan kebanyakan murid mempunyai adat yang budaya yang berbeza. Oleh
itu, dengan mengetahui budaya setiap kaum, guru dapat merancang PdP supaya
tidak melaksanakan PdP yang menyebabkan perselisihan faham antara murid yang
berbeza kaum. Sebagai contoh, seseorang guru yang tidak memahami budaya murid
akan menyentuh isu-isu sensitif seperti makanan dan amalan bagi setiap kaum
menyebabkan murid akan berasa dikritik oleh guru di dalam kelas. Selain itu, guru
juga akan menyampaikan ilmu pengetahuan yang tidak tepat kepada murid berkaitan
budaya sesuatu kaum. Sebagai contoh, guru memberikan contoh salah berkaitan
makanan dan amalan yang dilarang oleh sesetengah kaum. Bagi murid yang juga
kurang memahami tentang budaya kaum, ia akan belajar konsep dan ilmu
pengetahuan tersebut yang kurang tepat. Oleh itu, untuk memastikan PdP yang
lancar, iaitu, mewujudkan kelas yang seronok dan mengajar sesuatu yang tepat,
guru haruslah memahami budaya bagi setiap kaum di Malaysia.
Kedua, guru dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap murid.
Dengan guru memahami budaya setiap kaum, guru lebih dapat memahami
seseorang murid berdasarkan kaumnya. Dengan itu, guru juga tidak akan bercakap
sesuatu yang mungkin akan menyinggung perasaan seseorang murid. Sebagai
contoh, makan dengan tangan merupakan amalan orang Melayu. Jika guru tidak
memahami budaya kaum Melayu, hal ini akan menyebabkan guru berasa pelik
terhadap murid tersebut. Sebaliknya, dengan memahami budaya setiap kaum, guru
akan mengetahui amalan itu merupakan budaya kaum tersebut. Bukan itu sahaja,
guru juga dapat berkomunikasi dengan murid tanpa menyentuh isu-isu sensitif
berkenaan kaum jika guru dapat memahami budaya mereka. Oleh itu, hubungan
yang baik dapat terjalin antara murid dengan guru dan hal ini dapat membatu untuk
mewujudkan suasana bilik darjah yang harmoni.

Anda mungkin juga menyukai