Anda di halaman 1dari 18

ADAKAH USIA PERSARAAN KAKITANGAN AWAM SEPERTI GURU BOLEH

DILANJUTKAN DARI 60 TAHUN KE 62 TAHUN?

Moderator: Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu


‘alaa asyrofil anbiya iwal mursaliin. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan


Salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah
kurniaNya dapat kita bertemu lagi di dalam gelanggang forum bersama saya Muhammad Nur
Fitri bin Minhat pada petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini.Telah sedia maklum bahawa
kami telah menerima tugasan untuk mengupas isu berkenaan usia persaraan kakitangan
awam seperti guru boleh dilanjutkan dari 60 tahun ke 62 tahun. Jadi marilah kita
mendengar penjelasan-penjelasan daripada ahli-ahli panel pakar kita.

Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, ayuhlah kita terlebih dahulu berkenalan
dengan dua orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga
dewan sekalian sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Jika tak
kenal maka kita memperkenalkan. Orang kata tak kenal maka tak cinta.

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara Dr. Mohamad Sarihi bin Mat Deris
yang merupakan Pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu. Apa khabar saudara?

Panel pertama: Alhamdulillah, khabar baik.

Moderator: Seterusnya ahli panel kedua, saudari Dr. Nurul Hanun binti Zulkifli. Yg merupakan
pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Selamat datang
saudari.

Panel kedua: Terima kasih Tuan Moderator. 

Moderator: Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama
berbunyi apakah kesan isu usia persaraan kakitangan awam seperti guru boleh dilanjutkan
dari 60 tahun ke 62 tahun terhadap graduan muda? Silakan saudara.
Panel pertama: Assalamualaikum dan terima kasih diucapkan kepadaTuan Moderator. Hadirin
sidang dewan sekalian. Merujuk kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa
semasa perjumpaan dengan Mahasiswa di Komplek UMP Serdang yang berbunyi “bagi
penjawat awam, umur 60 tahun sudah cukup lama. Sekiranya umur persaraan dilanjutkan
daripada 60 hingga 62 tahun, ia akan menyebabkan tiada orang bersara dalam tempoh 2 tahun.
Jadi, kekosongan jawatan akibat persaraan penjawat awam tidak berlaku untuk 2 tahun.
Namun, ini bukan tujuan utama kita tidak mahu melanjutkan umur persaraan kepada 62 atau 65
tahun. Saya rasa 60 tahun itu sudah memadai.”

Ucapan tersebut telah dinyatakan sewaktu konvensyen graduan berlangsung iaitu ketika
menjawab pertanyaan salah seorang mahasiswa berkaitan peningkatan umur persaraan seperti
yang dipinta CUEPACS. Jelas menunjukkan bahawa ucapan tersebut menjelaskan kesusahan
dihadapi graduan muda seperti mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan
pasaran kerja. Setiap tahun seramai 20 ribu sehingga 25 ribu penjawat awam yang bersara
atas faktor umur 60 tahun. Sekiranya umur persaraan dinaikkan kepada 62 tahun, maka proses
mendapatkan kerja akan lewat dua tahun.

Graduan muda juga terpaksa memenuhi kerja yang tidak bersesuaian dengan apa yang mereka
pelajari. Ini kerana kadangkala tenaga kerja tua diharapkan mampu bertahan lebih lama di
dalam sesebuah syarikat. Graduan terpaksa memilih sama ada menganggur ataupun bekerja
luar dari bidang yang dipelajari.Kita harus memikirkan graduan muda juga. Adakah kita
sanggup membiarkan mereka bergantung tidak bertali dalam mencari kerja? Bersifat simpati
dan empatilah terhadap mereka. Sekian, kembali kepada Tuan Moderator.

Moderator: Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi.
Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa graduan muda terpaksa memilih kerja
luar dari bidang diambil. Mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk dimasukkan dalam
bidang yang sesuai dan menganggur dalam menunggu kerja. Malah, pasaran kepada graduan
muda juga tidak meluas.

Seterusnya, soalan ini diajukan kepada ahli panel kita yang kedua iaitu adakah rasional
CUEPACS mengemukakan cadangan pemanjangan umur bersara menjadi 62 tahun?
Panel kedua: Terima kasih kepada tuan moderator. Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh kepada hadirin sekalian. Belakangan ini, isu tentang pelanjutan umur persaraan
sudah beberapa kali dibangkitkan CUEPACS iaitu pada:

- Tahun 2001: 55 kepada 56 tahun


- Tahun 2008: 56 kepada 58 tahun
- Tahun 2013: 58 kepada 60 tahun
- Tahun 2015: 60 kepada 62 tahun

Sesuatu isu tidak akan dibangkitkan tanpa ada sokongan yang rasional daripada pihak
CUEPACS. Menurut Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda:

1. Negara maju lain seperti Amerika Syarika, Eropah, Singapura dan Thailand sudah lama
melanjutkan umur persaraan kepada umur 65 tahun. Malaysia sebagai sebuah negara yang
menuju negara maju harus mengambil langkah yang sama.

2. Mengurangkan pengaliran wang terhadap pembayaran pencen kepada penjawat awam


setahun iaitu kira-kira untuk 70000 penjawat awam.

3. Menyelesaikan masalah keperluan tenaga mahir seperti jurutera dan arkitek dan
mengurangkan penggunaan tenaga imigran. Sekaligus mengurangkan kos perbelanjaan
negara.

Itu sahaja, berbalik kepada tuan moderator.

Moderator: Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang kedua. CUEPACS
mengemukakan cadangan pemanjangan umur adalah bertujuan untuk memajukan negara
dengan kemahiran dari pekerja tua disamping mengurangkan perbelanjaan negara khususnya
dalam mengelakkan kemasukan pekerja imigran serta mengurangkan penghantaran pekerja
muda untuk berkursus.

Baiklah. Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan dan dijelaskan oleh para panel
kita sebentar tadi. Alhamdulillah kita telah selesai pusingan yang pertama bagi forum kita pada
petang ini.

Seterusnya, setiap perkara terdapat kelebihan dan juga kelemahan dan soalan kedua yang
ingin saya utarakan kepada panel pertama kita ialah apakah kelebihan dan kelemahan
pekerja tua itu?
Panel pertama: Terima kasih sekali lagi Tuan Moderator dan sidang hadirin sekalian. Teringat
saya akan satu mafhum hadis berbunyi sabda Rasulullah S.A.W:

“Usia umatku diantara 60 hingga 70 tahun dan ada segelintir yang lebih daripada itu.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Merujuk hadis diatas, umur kita umat Muhammad S.A.W adalah antara 60 hingga 70 tahun.
Purata usia rakyat Malaysia adalah 75 tahun. Umur kitaran antara 60 hingga 75 tahun jelas
menunjukkan bahawa kita sudahpun hampir mendekati ajal.

Antara keburukan pekerja tua termasuklah dari segi pelaksanaan kerja. Mereka telah lemah
dan ini melambatkan proses penghasilan kerja berkualiti walaupun mereka berkemahiran luas.
Menurut faktor biologi, apabila semakin tua, sel-sel di dalam badan kita semakin lemah dan ada
sesetengahnya telah mati. Jadi ini jelas mengurangkan produktiviti pekerja tua.Pekerja tua juga
dikhuatiri kurang mahir dengan teknologi ala moden kini. Mereka lebih ke arah pelaksanaan
kerja tanpa kebergantungan kepada teknologi dan ini melambatkan penghasilan sesuatu kerja
secara efektif, berkesan dan berproduktif.

Namun, terdapat juga kelebihan pada pekerja tua iaitu melalui sumbang saran idea kepada
golongan muda amnya yang baru memasuki sesuatu bidang pekerjaan. Mereka boleh mengajar
pekerja muda dan sesebuah syarikat dapat mengurangkan dan menjimatkan wang dalam
penghantaran pekerja muda untuk melakukan kursus di luar.Golongan tua juga mampu menjadi
pemudah cara kepada sesebuah syarikat dalam pengolahan idea disamping bekerjasama
dengan pekerja-pekerja muda.

Sebelum berakhir, saya ada satu soalan selingan untuk anda semua hadirin sekalian. Kita ingin
bekerja sehingga tua dalam mencari bekal dunia tetapi adakah kita sudah mempersiapkan
bekalan kita untuk akhirat kelak? Sekian sahaja dari saya dan kembali semula kepada Tuan
Moderator.

Moderator: Terima kasih kepada panel pertama kita diatas penjelasan yang begitu utuh
skali.Tanpa melengahkan masa, kita teruskan forum bagi pusingan kedua ini dengan soalan
yang ditujukan kepada panel kedua kita yang berbunyi apakah reaksi atau pandangan
masyarakat atau penjawat awam dan swasta mengenai isu ini?

Panel kedua: Terima kasih atas soalan yang dikemukakan oleh Tuan Moderator. Masyarakat
menunjukkan reaksi yang tidak memberansangkan malah ada yang membantah secara terang-
terangan. Bagi mereka:

1. Sistem pentadbiran negara kini banyak melibatkan teknologi komunikasi dan maklumat.
Tidak ramai penjawat awam yang tua ini memahiri kemahiran ini. Terutamanya guru tua.

2. Kesihatan yang tidak menentu pada lanjut usia. 30% orang dewasa di Malaysia menghidap
obes. Obesiti boleh mengundang penyakit kronik lain seperti darah tinggi dan diabetes. Mereka
akan lebih banyak mengambil cuti dan menyebabkan kerja bertangguh.

3. Mentaliti, kualiti kerja dan komitmen rakyat Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara
maju lain.

Itu sahaja kupasan saya mengenai soalan yang diajukan, kita kembali kepada tuan moderator.

Moderator: Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita kerana sudi hadir dan
menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar
”masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini,
terimalah dua rangkap pantun khas daripada saya sendiri.

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.


Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di dalam peti,

Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan di dalam hati,

Sekian sahaja sekilas forum untuk hari ini. Andai ada terkisar bahasa, tersilap bicara mohon
dimaafkan. Wallahua’lam. Saya akhiri forum kita pada petang ini dengan lafaz yang mulia
Wabillahi taufiq Walhidayah Assalamua’laikum warahmatullahi wabarakatuh.
TUGASAN 1
TUGASAN 2
TUGASAN 3
Tugasan 1 – Penulisan Esei – Individu (30%)
Berdasarkan fahaman anda berkaitan dengan kemahiran komunikasi, anda diminta mencipta
satu teks bagi mengaplikasikan kemahiran komunikasi berdasarkan salah satu daripada
komunikasi bertulis:

 Surat Rasmi
 Memo
 Laporan
 Minit Mesyuarat
 Berita
 Rencana
 Teks Ucapan
 Skrip Ucapan
Penulisan esei tidak melebihi 1000 patah perkataan.
Penulisan esei anda hendaklah mematuhi kriteria penilaian yang telah ditetapkan dalam rubrik
pemarkahan.
Tugasan 2 – Persembahan – Kumpulan (10%)
Secara berkumpulan (2/3 orang), anda diminta menghasilkan satu persembahan/simulasi
berdasarkan salah satu daripada tajuk-tajuk berikut:

 Ceramah/Syarahan
 Pidato
 Debat
 Forum
 Skrip pengacara
Durasi persembahan kumpulan adalah tidak melebihi 30 minit.
Persembahan anda hendaklah memenuhi kriteria penilaian yang telah ditetapkan dalam rubrik
pemarkahan.
Tugasan 3 – Penulisan Esei II – Individu (30%)
Pengurusan majlis dan atur cara adalah penting bagi melancarkan perjalanan sesuatu majlis
dan atur cara dengan lebih berkesan.
Berdasarkan fahaman anda berkaitan dengan pengurusan majlis dan atur cara, anda
dikehendaki membuat analisis secara kritis dari segi penggunaan bahasa beserta contoh yang
relevan bagi salah satu daripada tajuk berikut.

 Penyediaan Pentadbiran majlis dan atur cara


 Elemen penting protocol
 Etiket sosial
Hasilan tugasan anda hendaklah memenuhi kriteria penilaian yang telah ditetapkan dalam
rubrik pemarkahan.
LAMPIRAN
FORUM: USIA PERSARAAN KAKITANGAN AWAM SEPERTI GURU BOLEH DILANJUTKAN
DARI 60 TAHUN KE 62 TAHUN

Moderator: Bismillahhirahmannirrahim, Alhamdulillahirobbil ‘alamiin, wassolatuwassalaamu


‘alaaasyrofilanbiyaiwalmursaliin.wa ‘ala alihiwasohbihiajma’iin. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayangdan Salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta
limpah kurnia daripada Nya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum bersama
saya Fitri pada petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, sebelum
saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, sedia maklum, kami telah menerima
tugasan untuk mengupas isu berkenaan usia persaraan kakitangan awam seperti guru
boleh dilanjutkan dari 60 tahun ke 62 tahun. Jadi marilah kita mendengar penjelasan-
penjelasan daripada ahli panel pakar kita.

Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan 2 orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana
warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Jika tak
kenal maka kita memperkenalkan. Orang kata tak kenal maka tak cinta.

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara Dr. Mohamad Sarihi bin Mat Deris
yang merupakan Pensyarah dari Universiti Malaysia Terengganu. Apa khabar saudara?

Panel pertama: Alhamdulillah, khabarbaik.

Moderator: Seterusnya ahli panel kedua, saudari Dr. NurulHanun binti Zulkifli. Yang
merupakan pensyarah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Selamat
dating saudari.

Panel kedua: Terima kasih Tuan Moderator. 

Moderator: Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama
berbunyi, “apakah kesan isu sekiranya usia persaraan kakitangan awam seperti guru
dilanjutkan dari 60 tahun ke 62 tahun terhadap graduan muda? Silakan saudara.

Panel pertama: (Jawapan ditulis oleh panel pertama di dalam eseinya)


Moderator: Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi.
Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, (ulasan ditulis oleh moderator dalam
eseinya)
Seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah rasional CUEPACS mengemukakan
cadangan pemanjangan umur bersara menjadi 62 thn?

Panel kedua: Terima kasih kepada tuan moderator. Assalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh kepada hadin sekalian.

- Isu pelanjutan umur bersara sudah beberapa kali dibangkitkan CUEPACS


- Tahun 2001: 55 kepada 56 tahun
- Tahun 2008: 56 kepada 58 tahun
- Tahun 2013: 58 kepada 60 tahun
- Tahun 2015: 60 kepada 62 tahun

Sesuatu isu tidak akan dibangkitkan tanpa ada sokongan yang rasional daripada pihak
CUEPACS. Menurut Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda:

1. Negara maju lain seperti Amerika Syarika, Eropah, Singapura dan Thailand sudah lama
melanjutkan umur persaraan kepada umur 65 tahun. Malaysia sebagai sebuah negara yang
menuju negara maju harus mengambil langkah yang sama.

2. Mengurangkan pengaliran wang terhadap pembayaran pencen kepada penjawat awam


setahun iaitu kira-kira untuk 70000 penjawat awam.

3. Menyelesaikan masalah keperluan tenaga mahir seperti jurutera dan arkitek dan
mengurangkan penggunaan tenaga imigran. Sekaligus mengurangkan kos perbelanjaan
negara.

Itu sahaja, berbalik kepada tuan moderator.

Moderator: Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang kedua. CUEPACS
mengemukakan cadangan pemanjangan umur adalah bertujuan untuk:

(Jawapan ditulis oleh moderator di dalam eseinya)

Baiklah. Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan dan dijelaskan oleh para panel
kita sebentar tadi. Alhamdulillah kita telah selesa ipusingan yang pertama bagi forum kita pada
petang ini.

Seterusnya, setiap perkara terdapat kelebihan dan juga kelemahan dan persoalan yang ingin
saya utarakan kepada panel pertama kita ialah apakah kelebihan dan kelemahan pekerja tua
itu?
Panel pertama: (Jawapan ditulis oleh panel pertama di dalam eseinya)

Moderator: Terima kasih kepada panel pertama kita di atas penjelasan yang begitu utuh sekali.

Tanpa melengahkan masa, kita teruskan forum bagi pusingan kedua ini dengan soalan yang
ditujukan kepada panel kedua kita yang berbunyi apakah reaksi atau pandangan masyarakat
atau penjawat awam dan swasta mengenai isu ini?

Panel kedua: Terima kasih di atas soalan yang dikemukakan, tuan moderator. Masyarakat
menunjukkan reaksi yang tidak memberansangkan malah ada yang membantah secara terang-
terangan. Bagi mereka:

1. Sistem pentadbiran negara kini banyak melibatkan teknologi komunikasi dan maklumat.
Tidak ramai penjawat awam yang tua ini memahiri kemahiran ini. Terutamanya guru tua.

2. Kesihatan yang tidak menentu pada lanjut usia. 30% orang dewasa di Malaysia menghidap
obes. Obesiti boleh mengundang penyakit kronik lain seperti darah tinggi dan diabetes. Mereka
akan lebih banyak mengambil cuti dan menyebabkan kerja bertangguh.

3. Mentaliti, kualiti kerja dan komitmen rakyat Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara
maju lain.

Itu sahaja kupasan saya mengenai soalan yang diajukan, kita kembali kepada tuan moderator.

Moderator: Terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita kerana sudi hadir dan
sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar
”masuk telinga kanan, keluar telinga kiri”. 

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah dua rangkap pantun khas
daripada saya sendiri.

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,

Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan di dalam hati,

Sekian sahaja sekilas forum untuk hari ini. Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara mohon
dimaafkan. Wallahua’lam. Saya akhiri forum kita pada petang ini dengan lafaz yang mulia
Wabillahi taufiq Walhidayah Assalamua’laikumwarahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai