Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : 4 Delima
Tarikh : 3 Februari 2014
Masa : 60 minit (7.45 8.45 pagi)
Tema : Sains Hayat
Unit : Proses Hidup Manusia
Tajuk : Gerak Balas Terhadap Rangsangan
Standard Kandungan : 3.3 Memahami manusia bergerak balas terhadap rangsangan
Standard Pembelajaran :
3.3.1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima
rangsangan dengan menjalankan aktiviti
3.3.2 Memberi contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam
kehidupan seharian
Objektif Pembelajaran :
Di akhir pembelajaran, murid boleh :
1. Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima
rangsangan semasa menjalankan aktiviti
2. Memberikan sekurang-kurangnya 3 contoh gerak balas manusia
terhadap rangsangan dalam kehidupan seharian.
Aktiviti P & P :
1. Permainan Bayangan
2. Awak buat, Awak Tahu
3. Kerja kumpulan
4. Lembaran kerja
4. Penyoalan
Pengetahuan sedia ada : Murid pernah memberi tindakbalas terhadap cahaya
dalam kehidupan seharian.
Kemahiran Saintifik : memerhati, berkomunikasi,
Kemahiran Berfikir : menghubungkait, mencirikan,
Tabiat Berfikir : Mengumpul data melalui semua deria
Sikap saintifik dan nilai murni : bekerjasama, mensyukuri nikmat Allah
EMK : Kreativiti dan inovasi menggunakan pelbagai deria untuk
mengesan rangsangan
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : Bahan maujud, Internet
Pentaksiran / Penilaian P&P :
B2D5E1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria
menerima rangsangan dan memberi contoh dalam kehidupan seharian
Refleksi : 1. Nyatakan bilangan murid yang capai dan tidak capai objektif P&P.
2. Tindakan susulan (Pemulihan / pengukuhan / pengayaan)
Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran :
Fasa/Masa Kandungan Aktiviti P & P Catatan
Orientasi / Permainan 1. Murid mendengar KPS : komunikasi
Persediaan Bayangan arahan daripada guru dan
1. Panas matahari membuat apa yang
2. Bunyi suara disuruh oleh guru.
Lembu 2. Murid diperkenalkan
3. terpijak tahi tajuk pembelajaran pada
lembu hari ini.
4. Duduk tepi pantai
5. Minum air kelapa
Pencetusan Awak Buat, Awak 1. Beberapa aktiviti kecil ABM : bahan maujud
Idea / Tahu disediakan oleh guru bagi KPS : memerhati
Imaginasi 1. Lidah merasa menjelaskan organ-organ KB : mencirikan,
makanan deria rasa. menghubungkait
2. Hidung 2. Murid diperjelaskan
menghidu wangian makna Perkataan
3. Kulit merasa rangsangan dan tindak
sakit balas.
4. Telinga 3. Murid disoal secara
Mendengar bunyi lisan tentang deria rasa.
dentuman / 4. Murid mendengar dan
hentakan menjawab setiap soalan
5. Mata berkelip yang diberi oleh guru.
atau mengecil
apabila mengenai
cahaya
Penstrukturan Kerja berkumpulan 1. Setiap kumpulan murid ABM : Kertas mahjong
idea / diberi satu helaian kertas Nilai murni :
Perkembangan mengandungi situasi yang bekerjasama
berbeza. KB : menghubungkait
2. Murid membincangkan
gerakbalas daripada
situasi tersebut dalam
kumpulan.
3. Guru memantau
perjalanan kerja setiap
kumpulan.
Aplikasi idea / Latihan Pengukuhan 1. Murid diberi helaian ABM lembaran kerja
tindakan kertas soalan.
2. Murid menjawab soalan
yang diberikan.
3. Jawapan dibincangkan
bersama murid.
Refleksi / Kesimpulan 1. Guru bersoal jawab Nilai murni :
Penutup dengan murid tentang isi Bertanggungjawab ke
pengajaran hari ini. atas keselamatan diri
dan rakan serta alam
sekitar.
Mensyukuri nikmat
yang dikurniakan Allah.

lembaran kerja aktiviti :

Nyatakan deria yang terlibat dan gerak balas yang berlaku.


SITUASI 1 :
1. Aminan berjalan kaki di tepi jalan raya yang penuh dengan kereta yang lalu-lalang.
Deria :
Gerak balas :
2. Tiba-tiba Aminah terpijak duri.
Deria :
Gerak balas :
3. Darah mengalir keluar daripada kaki Aminah.
Deria :
Gerak balas :
4. Setelah mendapatkan rawatan di hospital, Aminah membeli aiskrim yang dijual di tepi
jalan. Rasanya sangat sedap.
Deria :
Gerak balas :
5. Sepanjang perjalanan ke rumahnya, terdapat pemandangan kaki bukit yang indah.
Deria :
Gerak balas :

Nyatakan deria yang terlibat dan gerak balas yang berlaku.


Situasi 2
1. Semasa Ali pulang mengaji, dia melalui satu lorong gelap untuk sampai ke rumahnya
berpandukan lampu samar-samar daripada rumah yang berdekatan.
Deria :
Gerak balas :
2. Tiba-tiba Ali mendengar sesuatu dari dalam semak berdekatan.
Deria :
Gerak balas :
3. Tanpa berlengah lagi, Ali terus pecut seribu. Apabia sampai sahaja di rumahnya, Ali
perasan yang dia telah terpijak tahi ayam semasa berlari tadi.
Deria :
Gerak balas :
4. Ali masuk ke dalam rumah dan melihat ahli keluarganya sedang menonton televisyen
bersama.
Deria :
Gerak balas :
5. Ali terus menuju ke dapur dan mengambil kek yang berada di dalam peti sejuk.
Deria :
Gerak balas :

Anda mungkin juga menyukai