Anda di halaman 1dari 19

Amali 2: Ujian untuk Makanan.

Pengenalan : Nutrien ialah bahan atau zat makanan yang berguna kepada
badan. Nutrien yang berlainan memainkan fungsi yang berlainan di
dalam badan. Dalam amali ini kita akan membuat ujian terhadap
gula penurun, gula bukan penurun, kanji, protein dan lemak.

Objektif 1 : Untuk menguji kehadiran kanji, gula penurun, gula bukan penurun,
protein, lemak dalam sampel makanan.

Bahan-bahan dan radas:


Larutan iodin, larutan Benedict, larutan natrium hidrogen karbonat, larutan natrium
hidroksida 20%, acid hidroklorik, larutan kuprum sulfat 1% dan sampel makanan
(tidak diketahui oleh pelajar).

Tabung uji dan rak, bikar, penitis, kawat kasa, tungku kaki tiga, jubin putih, dan
kertas turas.

Prosedur:

1. Enam sampel makanan yang disediakan telah dilabelkan A, B, C, D, E dan F.


2. Ujian untuk makanan dijalankan untuk menentukan kehadiran kanji, gula penurun,
gula bukan penurun, protein, dan lemak dalam sampel makanan tersebut.
3. Ujian untuk menguji gula penurun dijalankan:
a) Sebanyak 2 ml sampel makanan A disediakan di dalam tabung uji.
b) 2 ml larutan Benedict dicampurkan ke dalam tabung uji yang mengandungi
sampel makanan A.
c) Tabung uji tersebut direndam di dalam sebuah rendaman air yang berisi air
didih.
d) Pemerhatian dan keputusan dicatatkan selepas 5 minit.
e) Langkah a) hingga d) diulang dengan menggunakan sampel makanan yang
berlabel B, C, D, E dan F untuk menggantikan sampel makanan A.
4. Ujian untuk menguji gula bukan penurun dijalankan:
a) Sebanyak 2 ml sampel makanan A disediakan dalam tabung uji.
b) 2 ml Larutan Benedict dicampurkan ke dalam tabung uji yang mengandungi
sampel makanan A.
c) Tabung uji tersebut direndam di dalam sebuah rendaman air yang berisi air
didih.
d) Pemerhatian dan keputusan dicatatkan.
e) Langkah a) hingga d) diulang dengan menggunakan sampel makanan yang
berlabel B, C, D, E dan F untuk menggantikan sampel makanan A.

5. Ujian iodin untuk kanji dijalankan:


a) Sampel makanan A dititis ke atas jubin putih.
b) Beberapa titik larutan iodin dititiskan pada sampel makanan A.
c) Larutan bertukar warna akan menjadi warna biru kehitaman sekiranya kanji
hadir.
d) Pemerhatian dan keputusan dicatatkan.
e) Langkah a) hingga d) diulang dengan menggunakan sampel makanan B, C,
D, E dan F untuk menggantikan sampel makanan A.

6. Ujian untuk protein dijalankan:


a) Sebanyak 2 ml sampel makanan A disediakan dalam tabung uji.
b) 1 ml larutan natrium hidroksida dicampurkan dengan 2-3 titik larutan kuprum
sulfat 1% untuk dijadikan larutan Biuret.
c) Sampel makanan A dicampurkan dengan larutan Biuret di dalam tabung uji.
d) Pemerhatian dan keputusan dicatatkan.
e) Langkah a) hingga d) diulang dengan menggunakan sampel makanan yang
berlabel B, C, D, E dan F untuk menggantikan sampel makanan A.

7. Ujian untuk lemak dijalankan:


a) Setitik sampel makanan A dititis ke atas sekeping kertas turas dan dibiarkan
kering.
b) Pemerhatian dan keputusan dicatatkan.
c) Langkah a) dan b) diulang dengan menggunakan sampel makanan yang
berlabel B, C, D, E dan F untuk menggantikan sampel makanan A.
Keputusan:

a) Ujian untuk gula penurun

Foto 1: Foto di atas menunjukkan keputusan bagi ujian gula penurun.

Sampel
Pemerhatian Inferen
Makanan
A Tiada perubahan warna pada larutan Gula penurun mungkin tidak
Benedict dapat diperhatikan. hadir dalam sampel makanan.
B Tiada perubahan warna pada larutan Gula penurun mungkin tidak
Benedict dapat diperhatikan. hadir dalam sampel makanan.
C Warna biru larutan Benedict berubah Gula penurun mungkin hadir
menjadi jingga. dalam sampel makanan.
D Warna biru larutan Benedict berubah Gula penurun mungkin hadir
menjadi hijau. dalam sampel makanan.
E Warna biru larutan Benedict berubah Gula penurun mungkin hadir
menjadi kuning muda. dalam sampel makanan.
F Warna biru larutan Benedict berubah Gula penurun mungkin hadir
menjadi mendakan merah bata. dalam sampel makanan.
b) Ujian untuk gula bukan penurun

Foto 2: Foto di atas menunjukkan keputusan bagi ujian gula bukan penurun.

Sampel
Pemerhatian Inferen
Makanan
A Tiada perubahan warna pada Gula bukan penurun mungkin
larutan Benedict dapat diperhatikan. hadir dalam sampel makanan.
B Tiada perubahan warna pada Gula bukan penurun mungkin
larutan Benedict dapat diperhatikan. hadir dalam sampel makanan.
C Warna biru larutan Benedict Gula bukan penurun mungkin
berubah menjadi jingga. tidak hadir dalam sampel
makanan.
D Warna biru larutan Benedict Gula bukan penurun mungkin
berubah menjadi hijau. tidak hadir dalam sampel
makanan.
E Warna biru larutan Benedict Gula bukan penurun mungkin
berubah menjadi kuning muda. tidak hadir dalam sampel
makanan.
F Warna biru larutan Benedict Gula bukan penurun mungkin
berubah menjadi mendakan merah tidak hadir dalam sampel
bata. makanan.
c) Ujian untuk kanji

Foto 3: Foto di atas menunjukkan keputusan bagi ujian kanji.

Sampel
Pemerhatian Inferen
Makanan
A Warna keperang-kuningan iodin Kanji mungkin hadir dalam
berubah menjadi warna biru hitam. sampel makanan.
B Tiada perubahan warna pada larutan Kanji mungkin tidak hadir dalam
iodin dapat diperhatikan. sampel makanan.
C Tiada perubahan warna pada larutan Kanji mungkin tidak hadir dalam
iodin dapat diperhatikan. sampel makanan.
D Tiada perubahan warna pada larutan Kanji mungkin tidak hadir dalam
iodin dapat diperhatikan. sampel makanan.
E Tiada perubahan warna pada larutan Kanji mungkin tidak hadir dalam
iodin dapat diperhatikan. sampel makanan.
F Tiada perubahan warna pada larutan Kanji mungkin tidak hadir dalam
iodin dapat diperhatikan. sampel makanan.
d) Ujian untuk protein

Foto 4: Foto di atas menunjukkan keputusan bagi ujian protein.

Sampel
Pemerhatian Inferen
Makanan
A Larutan ungu muda terbentuk. Protein mungkin hadir dalam
sampel makanan.
B Tiada perubahan warna pada sampel Protein mungkin tidak hadir
makanan dapat diperhatikan. dalam sampel makanan.
C Tiada perubahan warna pada sampel Protein mungkin tidak hadir
makanan dapat diperhatikan. dalam sampel makanan.
D Tiada perubahan warna pada sampel Protein mungkin tidak hadir
makanan dapat diperhatikan. dalam sampel makanan.
E Larutan ungu muda terbentuk. Protein mungkin hadir dalam
sampel makanan.
F Tiada perubahan warna pada sampel Protein mungkin tidak hadir
makanan dapat diperhatikan. dalam sampel makanan.
e) Ujian untuk lemak

Foto 5(a): Foto di atas menunjukkan ujian lemak bagi sampel makanan A, B dan C.

Foto 5(b) : Foto di atas menunjukkan ujian lemak sampel makanan D, E dan F.

Sampel
Pemerhatian Inferen
Makanan
A Tidak ada kesan tompok lutsinar Lemak mungkin tidak hadir
pada kertas turas dapat diperhatikan dalam sampel makanan.
apabila dipegang menentang arah
cahaya.
Sampel
Pemerhatian Inferen
Makanan
B Tidak ada kesan tompok lutsinar Lemak mungkin tidak hadir
pada kertas turas dapat diperhatikan dalam sampel makanan.
apabila dipegang menentang arah
cahaya.
C Tidak ada kesan tompok lutsinar Lemak mungkin tidak hadir
pada kertas turas dapat diperhatikan dalam sampel makanan.
apabila dipegang menentang arah
cahaya.
D Tidak ada kesan tompok lutsinar Lemak mungkin tidak hadir
pada kertas turas dapat diperhatikan dalam sampel makanan.
apabila dipegang menentang arah
cahaya.
E Terdapat kesan tompok lutsinar pada Lemak mungkin hadir dalam
kertas turas dapat diperhatikan sampel makanan.
apabila dipegang menentang arah
cahaya.
F Tidak ada kesan tompok lutsinar Lemak mungkin tidak hadir
pada kertas turas dapat diperhatikan dalam sampel makanan.
apabila dipegang menentang arah
cahaya.

Perbincangan:

a) Ujian untuk gula penurun dan gula bukan penurun

Kehadiran gula penurun dalam makanan boleh diuji dengan Ujian Benedict.
Apabila gula penurun dididih bersama-sama dengan larutan Benedict, gula penurun
akan menurunkan kuprum (II) sulfat dalam larutan Benedict menjadi kuprum (I)
oksida. Kuprum (II) sulfat merupakan sebatian biru yang terlarut manakala kuprum (I)
oksida ialah mendakan merah bata yang tidak terlarut.
Kajian menunjukkan bahawa ujian gula penurun yang berjaya akan
mempunyai pemerhatian berikut: apabila campuran larutan glukosa dan larutan
Benedict dipanaskan, larutan biru bertukar warna menjadi hijau, kuning, jingga, dan
akhirnya merah bata akan terbentuk. Sekiranya tiada perubahan, maka bahan
tersebut ialah gula bukan penurun.

Maka, menurut garis panduan ini, sampel makanan F telah menunjukkan


mendakan merah bata selepas dididih dalam larutan Benedict. Oleh itu, sampel
makanan F merupakan gula penurun. Manakala, sampel makanan C, D dan E telah
menunjukkan warna jingga, hijau dan kuning muda masing-masing. Ini menunjukkan
sampel makanan C, D dan E juga mengandungi sedikit gula penurun.

Sampel makanan A dan B ialah gula bukan penurun kerana ia mengekalkan


warna biru, iaitu warna larutan Benedict selepas diuji dengan larutan Benedict.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa sampel makanan C, D, E, dan F ialah


gula penurun, manakala sampel makanan A dan B ialah gula bukan penurun.

b) Ujian untuk kanji

Untuk menguji kehadiran kanji dalam sesuatu sampel makanan, ujian iodin
boleh dijalankan. Apabila beberapa titik larutan iodin dititiskan kepada sampel
makanan, warna biru hitam akan dihasilkan jika terdapat kehadiran kanji.

Sampel makanan A telah menunjukkan warna biru hitam selepas dititis


dengan larutan iodin. Jadi, sampel makanan A mengandungi kanji. Sampel makanan
B, C, D, E dan F tidak mengandungi kanji kerana sampel-sampel makanan tersebut
tidak menunjukkan biru hitam selepas dititis dengan larutan iodin.

c) Ujian untuk protein

Kehadiran protein dalam sampel makanan boleh diuji dengan menggunakan


ujian Biuret. Ujian Biuret merupakan campuran antara sedikit larutan natrium
hidroksida dan beberapa titik larutan kuprum sulfat 1% untuk dijadikan larutan Biuret.
Dalam ujian Biuret, sebarang mendakan merah, sama ada merah bata, merah muda
atau merah jambu diterima sebagai keputusan positif.

Sampel makanan A dan E mengandungi protein kerana ia menunjukkan


ungu muda selepas dicampurkan dengan larutan Biuret. Manakala sampel makanan
B, C, D, dan F tidak mengandungi protein kerana sampel-sampel makanan tersebut
tidak menunjukkan perubahan selepas diuji dengan larutan Biuret.

d) Ujian untuk lemak

Kehadiran lemak boleh diuji dengan Ujian Tompok Gris. Setitik sampel
makanan dititiskan ke atas sekeping kertas turas dan dibiarkan kering. Sampel
makanan yang mengandungi lemak akan meninggalkan satu tompok lutsinar kekal
pada kertas turas apabila dipegang menentang arah cahaya.

Daripada eksperimen ini, sampel makanan E mengandungi lemak manakala


sampel makanan yang lain, iaitu sampel makanan A, B, C, D, dan F tidak
mengandungi lemak kerana tidak memberikan keputusan yang positif daripada ujian
ini.

Maka daripada perbincangan ini, satu jadual mengenai rumusan kandungan-


kandungan sampel makanan dapat dihasilkan seperti yang tertera di bawah:

Kandungan
Gula Gula bukan
Sampel Kanji Protein Lemak
penurun penurun
makanan

A -    -
B -  - - -

C  - - - -

D  - - - -

E  - -  

F  - - - -
Kesimpulan:

Sampel makanan A mengandungi kanji, protein dan merupakan gula bukan penurun.

Sampel makanan B merupakan gula bukan penurun.

Sampel makanan C merupakan gula penurun.

Sampel makanan D merupakan gula penurun.

Sampel makanan E mengandungi protein, lemak dan merupakan gula penurun.

Sampel makanan F merupakan gula penurun.


Objektif 2 : Untuk menganalisis kandungan vitamin C dalam pelbagai jus buah-
buahan.

Masalah : Adakah buah-buahan import mengandungi lebih vitamin C daripada


buah-buahan tempatan?

Bahan-bahan dan radas:


Larutan DCPIP 1.0%, larutan asid askorbik 0.1%, jus limau, jus pisang, jus oren, jus
anggur, jus limau kasturi, dan jus betik yang baru sahaja disediakan, tiub tabung uji,
picagari berjarum (1 ml dan 5 ml), bikar, kain kasa dan pisau.

Prosedur:

1. Dengan menggunakan 1 ml picagari, 1 ml larutan DCPIP dimasukkan ke dalam


sebuah tabung uji.
2. 5 ml picagari diisikan dengan larutan asid askorbik 0.1%.
3. Jarum picagari dimasukkan ke dalam larutan DCPIP.
4. Larutan ditambahkan setitik demi setitik ke dalam larutan DCPIP. Campuran
tersebut dikacau dengan jarum picagari. Larutan asid askorbik ditambah dengan
berterusan sehingga larutan DCPIP dapat dinyahwarnakan. Isipadu bagi larutan
asid askorbik yang telah digunakan akan direkod.
5. Langkah 1 ke 4 diulangi dengan menggunakan jus limau, jus pisang, jus oren, jus
anggur, jus limau kasturi, dan jus betik yang baru sahaja diperahkan. Isi padu jus
buah-buahan yang diperlukan untuk menyahwarnakan larutan DCPIP bagi setiap
kes dicatatkan.
6. Keputusan tersebut ditaburkan. Peratusan dan kadar kepekatan vitamin C dalam
setiap jus buah-buahan dikira dengan formula yang diberikan.
Keputusan:

Larutan isipadu/ jus buah-


Peratusan Kadar kepekatan
buahan yang diperlukan
Larutan/ Jus buah- vitamin C dalam vitamin C dalam
untuk menyahwarnakan
buahan jus buah- jus buah-
larutan DCPIP 1 ml/ 𝑐𝑚3
buahan/ % buahan/ 𝑚𝑔/𝑐𝑚3
1 2 3 Purata
Acid askorbik 0.1% 7.80 8.00 7.60 7.80 - -
Limau Kasturi 7.00 8.00 7.00 7.33 0.1064 1.0641
Limau 6.60 5.40 4.20 5.40 0.1444 1.4444
Jus campuran 5.80 6.30 5.70 5.93 0.1315 1.3153
Oren 5.00 5.30 5.20 5.17 0.1509 1.5087
Betik 5.50 5.60 5.90 5.67 0.1376 1.3757
Anggur 4.60 4.40 4.50 4.50 0.1733 1.7333

Pengiraan (Untuk Jus Limau):

Isi padu asid askorbik 0.1% digunakan untuk menyahwarnakan DCPIP = 7.80 𝑐𝑚3

Isi padu jus limau digunakan untuk menyahwarnakan DCPIP= 5.40 𝑐𝑚3

Katakan kepekatan asid askorbik dalam jus limau= p%.

7.80 𝑐𝑚3 asid askorbik 0.1% (1 mg/ cm3 kadar kepekatan) boleh menyahwarnakan
DCPIP 1 cm3 dan 5.40 𝑐𝑚3 jus limau (kadar kepekatan) boleh menyahwarnakan
DCPIP 1 cm3.

Maka, kuantiti asid askorbik dalam 7.80 cm3 asid askorbik 0.1% = kuantiti asid
askorbik dalam 5.40 cm3 jus limau.

Iaitu 7.80 cm3 X 0.1% = 5.40 cm3 X p%

7.80
𝑝= 𝑋 0.1%
5.40
Maka,

𝐼𝑠𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑢 𝑎𝑠𝑖𝑑 𝑎𝑠𝑘𝑜𝑟𝑏𝑖𝑘 0.1%


Peratusan asid askorbik dalam jus limau = 𝑋 0.1%
𝑖𝑠𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑢 𝑗𝑢𝑠 𝑙𝑖𝑚𝑎𝑢

7.80
= 5.40 𝑋 0.1%

= 𝟎. 𝟏𝟒𝟒𝟒%

Kepekatan asid askorbik dalam unit 𝑚𝑔/𝑐𝑚3 boleh ditentukan seperti berikut:

Asid askorbik 0.1% bererti dalam setiap 100cm3 larutan terdapat 0.1g asid askorbik,
iaitu

0.1% = 0.1 𝑔
100 𝑐𝑚3
= 100 𝑚𝑔
100 𝑐𝑚3
= 1 𝑚𝑔/𝑐𝑚3

Katakan kepekatan asid askorbik dalam jus limau = 𝑘 𝑚𝑔/𝑐𝑚3

Kandungan kepekatan asid askorbik dalam 7.80 𝑐𝑚3 asid askorbik 0.1% =
Kandungan asid kandungan dalam 5.40 𝑐𝑚3 jus limau dengan kepekatan 𝑘 𝑚𝑔/𝑐𝑚3 .

Maka,

7.80 𝑐𝑚3 × 1 𝑚𝑔/𝑐𝑚3 = 5.40 𝑐𝑚3 × 𝑘 𝑚𝑔/𝑐𝑚3

𝑘 𝑚𝑔/𝑐𝑚3 = 7.80 𝑐𝑚3


× 1 𝑚𝑔/𝑐𝑚3
5.40 𝑐𝑚3
= 7.80
× 𝑚𝑔/𝑐𝑚3
5.40
= 𝟏. 𝟒𝟒𝟒4 𝒎𝒈/𝒄𝒎𝟑

Jadi, peratusan asid askorbik dalam jus limau = 𝟎. 𝟏𝟒𝟒𝟒%

dan kadar kepekatan asid askorbik dalam jus limau = 𝟏. 𝟒𝟒𝟒𝟒𝒎𝒈/𝒄𝒎𝟑.


Perbincangan:

Kehadiran vitamin C boleh diuji dengan larutan DCPIP. Dalam eksperimen ini,
vitamin C dapat menurunkan DCPIP dan menyebabkan warna biru DCPIP terluntur.
Semakin tinggi kandungan kandungan vitamin C dalam sesebuah jus buah, semakin
sedikit jus buah itu diperlukan untuk melunturkan sesuatu isipadu DCPIP.

Daripada eksperimen ini, didapati bahawa jus anggur mengandungi


kandungan vitamin C yang paling tinggi dan jus limau kasturi mengandungi
kandungan vitamin C yang terendah.

Untuk memastikan kejituan eksperimen dan mendapatkan pengiraan yang


lebih tepat, langkah-langkah seperti jangan menggoncang campuran DCPIP dan
asid askorbik dengan kuat untuk mengelakkan pengoksidaan asid askorbik dengan
udara dan elakkan daripada terdedah dengan sebarang haba kerana asid askorbik
akan dirosakkan haruslah diambil kira.

Soalan-soalan:

1. Terangkan mengapa diet kita perlu mengandungi bahan-bahan berikut:


korbohidrat, natrium klorida, buah-buahan segar dan susu.

Karbohidrat membekalkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan pelbagai


aktiviti kehidupan.

Natrium klorida penting dalam metabolisme sel untuk memastikan kelancaran


cecair tubuh dan darah kerana ia boleh menukar dan melarutkan kepekatan
darah kita selepas ia memasuki tubuh badan kita. Selain itu, natrium klorida juga
mempengaruhi resapan dan osmosis air serta menjalankan proses pembasmian
kuman dalam air kencing kita. Natrium klorida turut berfungsi menghantar impuls
saraf dan mengawal aktiviti jantung.

Buah-buahan mempunyai vitamin C yang diperlukan untuk metabalisme sel.


Selain itu, buah-buahan juga penting dalam semua proses fisiologi badan sperti
perubahan bentuk tenaga dan pengawalan metabolisme. Ia diperlukan untuk
pertumbuhan normal, pencegahan penyakit dan pengawalan kesihatan badan
dan juga berperanan dalam proses pembekuan darah.

Susu mengandungi vitamin A untuk kesihatan tisu epitelium, penglihatan malam


dan membantu pertumbuhan. Selain itu, susu juga mengandungi vitamin B yang
diperlukan untuk respirasi sel. Ia penting untuk pertumbuhan dan memelihara
kesihatan sistem saraf. Tambahan pula, vitamin D dalam susu juga dapat
membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk membina tulang dan gigi
yang kuat.

2. Bagaimana seseorang vegetarian memastikan supaya dia mendapat diet yang


seimbang?

Vegetarian tidak mangambil sumber-sumber makanan seperti daging, ikan dan


lain-lain. Mereka kurang memperoleh protein dalam makanan seharian. Oleh itu,
mereka boleh makan makanan daripada kumpulan kacang, bijirin atau susu
untuk membekalkan sumber protein kepada tubuh badan bagi mengantikan
sumber protein dari daging ayam, ikan, babi dan haiwan lain.

3. Badan kita tidak dapat menghadam serat. Namun demikian mengapa ia masih
penting untuk badan kita?

Serat tidak dapat dicernakan jadi ia akan dikeluarkan dari tubuh badan bagi
mengelakkan sembelit. Ia dapat meningkatkan penyerapan mineral dan
mengurangkan kemungkinan seseorang individu dari menghidap penyakit
kanser pada usus besar.
4. Seorang kawan yang mengalami sedikit kegemukan membuat keputusan untuk
mengamalkan makanan yang diet. Dia memberitahu anda bahawa dia hanya
akan makan anggur dan minum kopi hitam selama dua minggu. Apakah nasihat
yang anda akan memberi kepada kawan anda tersebut?

Dengan hanya makan sejenis buah-buahan dan minum kopi hitam sahaja tidak
dapat membekalkan nutrien yang cukup kepada tubuh badan seseorang individu.
Hal ini akan menjejaskan tahap kesihatan seseorang walaupun berat badan
dapat dikurangkan.

Dia perlulah makan makanan karbohidrat dan protein dengan mengurangkan


kuantiti supaya mempunyai tenaga dan membaiki tisu-tisu rosak. Kalori
makanan juga perlu dititikberatkan dalam pemakanan. Di samping itu, amalkan
aktiviti senaman setiap hari untuk membakar lemak dalam tubuh badan dan juga
dapat menyihatkan badan.

Manakala makan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak


amat digalakkan kerana serat dapat membantu meningkatkan penyerapan
mineral dan ia tidak ada kalori

5. Eskimo yang terutamanya makan ikan, minyak singa laut dan daging paus
daripada daging lembu dan mentega akan kurang mengalami penyakit jantung.
Bagaimana anda menerangkan penyataan tersebut.

Kebanyakkan lemak dari makanan telah menjadi penebat haba di bawah kulit
untuk mengurangkan kehilangan haba daripada badan dalam keadaan yang
sejuk. Selain itu, lemak dalam badan digunakan untuk melindungi organ-organ
seperti jantung dan ginjal daripada tercedera. Ia dapat melarutkan vitamin A, D,
E dan K bagi menghasilkan hempedu dan membina membran sel.
Kesimpulan

 Setiap buah-buahan mempunyai kandungan khasiat vitamin C yang berbeza.


 Buah-buahan import tidak semestinya mengandungi lebih vitamin C berbanding
dengan buah-buahan tempatan.
 Peratusan vitamin C dalam jus buah-buahan dapat ditentukan dengan
menggunakan rumus berikut:

𝐼𝑠𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑢 𝑎𝑠𝑖𝑑 𝑎𝑠𝑘𝑜𝑟𝑏𝑖𝑘 0.1%


Peratusan asid askorbik dalam jus buah-buahan = 𝑋 0.1%
𝐼𝑠𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑢 𝑗𝑢𝑠 𝑏𝑢𝑎ℎ−𝑏𝑢𝑎ℎ𝑎𝑛

 Kepekatan vitamin C dalam jus buah-buahan dapat dikira dengan menggunakan


rumus berikut:

𝐼𝑠𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑢 𝑎𝑠𝑖𝑑 𝑎𝑠𝑘𝑜𝑟𝑏𝑖𝑘 0.1%


Kepekatan vitamin C dalam jus buah-buahan = 𝐼𝑠𝑖 𝑝𝑎𝑑𝑢 𝑗𝑢𝑠 𝑏𝑢𝑎ℎ−𝑏𝑢𝑎ℎ𝑎𝑛

Bibliografi

Food Chemistry Testing . (n.d.). Retrieved 27 January, 2011, from Science Company:
http://www.sciencecompany.com/sci-exper/food_chemistry.htm

Food Tests. (2004). Retrieved 27 January, 2011, from Skoool:


http://lgfl.skoool.co.uk/content/keystage3/biology/pc/learningsteps/FOTLC/lau
nch.html

Food Tests. (2011). Retrieved 27 January, 2011, from TeachNet:


http://www.teachnet.ie/tburke/foodtest.htm

Ismail, A. b., Jr., I. F., Tan, S. S., & Teh, L. H. (2007). Biology Tingkatan 4. Selangor
Darul Ehsan: Mutiara Cemerlang Sdn. Bhd.

Mader, S. S. (2007). Biology 9th. New York: McGraw Hill.

Professor Dawkins, R. (2003). Oxford Illustrated Science Encylopedia. New York:


Oxford University Press.

Rogers, K. (2006). The Usborne Internet-linked Science Encylopedia. New Dehli:


OM Books International.
Yee, L. H. (2000). Revisi Diagramatik Sains PMR. Selangor Darul Ehsan: Pearson
Education Malaysia Sdn. Bhd.

Yusuf, M. R. (2001). Bantuan Studi Lengkap Citra Pintar Sains: Tingkatan 4 & 5.
Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai