Anda di halaman 1dari 11

AMALI 2 : UJIAN MAKANAN

Tujuan : Menguji kandungan makanan untuk kanji, karbohidrat, gula penurun, dan protein.

Hipotesis : Nasi mengandungi kanji, gula mengandungi gula penurunan, susu


megandungi gula bukan penurunan, albumin mengandungi protein dan mayonis
mengandungi lemak.

Masalah : Adakah sampel makanan mempunyai kanji, gula penurun, gula bukan
penurun,protein dan lemak

Pemboleh Ubah
Manipulasi : jenis sampel makanan dan bahan uji
Bertindak balas : perubahan warna atas ujian makanan
Dimalarkan : isipadu bahan uji

Radas :

Tabung uji, rak tabung uji, penyepit, penitis, rod kaca, tungku kaki tiga, penunu Bunsen,
bikar, kasa dawai, pemetik api.

Bahan :

Susu, albumin, larutan iodin, larutan benedict, larutan etanol, asid hidroklorirk, reagen millon,
air suling
PROSEDUR:

A. Ujian kanji

Susu+Larutan Iodin
Albumin+Larutan Iodin

1.Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel ujian.

2.Tiga titik larutan iodin dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung uji
tersebut.

3.Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah.

4.Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang
soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 dan 3 diulangi untuk sampel ujian
makanan yang lain.
B. Ujian gula penurun

1.Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel ujian.

2.Tiga titik larutan Benedict dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung uji
tersebut.

3.Campuran sampel ujian makanan dengan larutan Benedict digoncang dan dipanaskan di
dalam kukus air sehingga berubah warna.

4.Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah.

5.Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang
soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 hingga 4 diulangi untuk sampel ujian
makanan yang lain.
C. Ujian gula bukan penurun

Susu+Asid Hidroklorik Mayonis+Asid Hidroklorik

1.Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung didih untuk dijadikan sebagai sampel ujian.

2.Tiga titik cairan asid hidroklorik dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung
didih tersebut.

3.Campuran tersebut dipanaskan selama 5 minit sehingga didih dan seterusnya dibiarkan
sejuk pada keadaan suhu bilik.

4.Tiga titik larutan natrium hidroksida ditambahkan untuk meneutralkan campuran sampel
ujian makanan dengan asid hidroklorik.
5.Tiga titik larutan Benedict dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung didih
tersebut.

6.Tabung didih tersebut digoncang dengan perlahan sehingga campuran menjadi sebati.

7.Tabung didih direndam di dalam kukus air sehingga perubahan warna dapat dikesan.

8.Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah.

9.Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang
soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 hingga 8 diulangi untuk sampel ujian
makanan yang lain.

D. Ujian protein

Yogurt+Reagen Millon Albumin+Reagen Millon Soya+Reagen


Millon

1.Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel ujian.

2.Tiga titik reagen Millon dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam 7tabung uji
tersebut.

3.Campuran tersebut dipanaskan di dalam kukus air sehingga berubah warna.

4.Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah.


5.Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu kacang
soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 hingga 4 diulangi untuk sampel ujian
makanan yang lain.

E. Ujian lemak

Ujian menggunakan kertas turas

1.Tiga titik susu diambil untuk dititis ke atas kertas turas.

2.Kertas turas tersebut diletakkan di bawah kipas untuk mempercepatkan pengeringan


sampel ujian makanan.

3.Perubahan pada kertas turas diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah.
Ujian menggunakan etanol
Susu+Larutan Etanol Yogurt+Larutan Etanol

1.Susu dituangkan sedikit ke dalam tabung uji untuk dijadikan sebagai sampel ujian.

2.Tiga titik larutan etanol dititiskan dengan menggunakan penitis ke dalam tabung uji
tersebut.

3.Perubahan warna campuran diperhatikan dan dicatatkan dalam jadual di bawah.

4. Susu sebagai sampel ujian digantikan kepada kaya, albumin dalam telur, roti, susu
kacang soya, yogurt, kentang, nasi dan mayonis. Prosedur 2 dan 3 diulangi untuk sampel
ujian makanan yang lain.

KEPUTUSAN :
KELAS BAHAN PEMERHATIAN INFERENS Contoh sampel
MAKANAN makanan
KANJI Larutan Warna berubah Sampel makanan Nasi,Roti
iodin kepada biru mengandungi kanji
gelap
PROTEIN Reagen Warna berubah Sampel makanan Albumin telur
Milon menjadi mengandungi
mendakan merah protein
bata
KARBOHIDRAT Larutan Warna berubah Sampel makanan Nasi
Benedict kepada mempunyai
mendakan merah karbohidrat
bata
GULA Larutan Warna berubah Sampel makanan Mayonis, susu soya
PENURUN Benedict kepada mengandungi gula kacang
mendakan merah penurun
bata
GULA BUKAN Larutan Tidak Sampel makanan Susu
PENURUN Benedict mempunyai mempunyai
dan asid perubahan warna mengandungi gula
hidroklorik bukan penurun
,natrium
hidroksida
Lemak Kertas Tompokan Sampel makanan Susu
turas lutsinar dapat mengandungi
dikesan atas lemak
kertas turas
Larutan Satu emulsi Sample makanan Yogurt
Etanol lemak terbentuk mengandungi
di atas larutan lemak

PERBINCANGAN ;

Setiap sampel makanan mengandungi kelas makanan yang berbeza.Bagi membuktikan


kandungan kelas makanan tersebut,beberapa ujian makanan boleh dijalankan.Kehadiran
kanji telah dibuktikan dengan ujian Iodin yang dijalankan ke atas sampel makanan. iaitu
Susu sebagai sampel makanan untuk ujian kanji. Kanji bertukar warna menjadi biru gelap
atau biru kehitaman jika larutan Iodin dititiskan ke atas sampel makanan itu

Susu merupakan sampel makanan gula penurun .Sampel makanan tersebut bertukar
warna menjadi merah mendakan pada akhir ujian makanan tersebut.Susu mengandungi
sukrosa.Sukrosa adalah gula bukan penurun dan tidak bertindak balas dengan larutan
Benedict secara terus.Asid Hidroklorik digunakan untuk memecahkan ikatan molekul
glikosidik dalam sukrosa dan menyebabkan glukosa dan fruktosa akan memberikan
keputusan yang positif.Oleh itu, Asid Hidroklorik mesti dineutralkan menggunakan Natrium
Hidroksida terlebih dahulu sebelum menambah larutan Benedict untuk bertindak balas
dengan sukrosa yang terhidrolisis.

Kehadiran protein dalam sampel makanan telah dibuktikan dengan ujian Millon
Reagen.Sampel makanan yang positif kepada ujian ini iaitu larutan susu soya,albumin dan
yogurt. Semasa saya melakukan eksperiman ujian makanan untuk protein saya telah
mengesan perubahan warna pada sampel makanan itu tidak sama berbanding dengan
warna yang ditunjukan oleh teori.Warna yang terbentuk bagi ujian protein itu adalah pekat
dan gumpalan albumin terbentuk di dalam tabung uji itu tersebut.Setelah saya telah
melakukan perbincangan dan mencari maklumat ,saya mendapati berubahan itu disebabkan
sampel makanan itu mengandungi protein yang sangat tinggi berbanding yang
biasa.Gumpalan albumin yang mengandungi protein yang tinggi itu berbentuk kerana ia
tidak dapat bertindak balas dengan isi padu kecil Reagen Millon yang saya telah tuang ke
dalam tabung uji itu telah bertukar kepada warna keunguan.Semakin tinggi kandungan
protein di dalam sampel makanan tersebut,semakin terang warna ungu yang terbentuk.

SOALAN
1) Apakah tujuan menggunakan albumin telur sahaja semasa menjalankan
eksperimen ?
= Albumin adalah protein yang berfungsi untuk mengentalkan darah dan sangat
penting untuk menjaga tekanan osmotik darah atau protein yang larut dalam air dan
mengendap jika dipanaskan.

2) Nyatakan fungsi pengambilan karbohidrat dalam pemakanan seharian?


= Karbohidrat merupakan komponen utama dalam sistem fisiologi. Sebatian
organik ini terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen [(CxH2O)y]n, bersama-
sama dengan protein dan lipid berperanan untuk menjana tenaga dan 
menyumbang dalam pembentukan struktur organisma. Kompleks karbohidrat
yang dicerna menjadi gula ringkas terutamanya glukosa digunakan sebagai
sumber tenaga atau disimpan sebagai glikogen. Heksosa (karbohidrat
mengandungi enam karbon) yang penting dalam diet adalah D-glukosa,D-
galaktosa dan D-fruktosa tetapi gula yang beredar dalam  sistem aliran darah
adalah glukosa. Laktosa (glukosa dan galaktosa) dan sukrosa (glukosa dan
fruktosa) adalah disakarida yang penting. Karbohidrat diperlukan untuk fungsi sel
tertentu (seperti  ribosa
dalam asid nukleik), berupaya mengubah  protein dan  fungsi protein menerusi
glikosilasi.

3) Apakah tujuan penggunaan bikar semasa pemanasan dijalankan?


= Hal ini untuk menggelakan pendidihan mencapai takat didih. Hal ini kerana takat
didih akan memecahkan sel-sel enzim dan akhirnya keputusan eksperimen tidak
dapat diperhatikan.

Anda mungkin juga menyukai