Anda di halaman 1dari 8

Nilai Subjektif

• Hendrick berpandangan bahawa memberi sedekah kepada pengemis adalah tidak


relevan kerana sekiranya pengemis tersebut masih mempunyai anggota badan yang
lengkap, mengapa tidak menggunapakai seluruh keupayaannya untuk mencari kerja.
Namun begitu, abangnya, Harry tidak bersetuju dengan pandangan Hendrick tersebut
kerana dia berpandangan bahawa bersedekah adalah amalan yang mulia dan patut
dilakukan dengan lapang dada dan tidak dipersoalkan.
Nilai Objektif
• Kelvin dan David berasal dari bangsa Iban. Keluarga Kelvin terdiri daripada masyarakat
yang masih mengamalkan ilmu perubatan tradisional seperti bomoh sehingga masa kini.
Namun begitu, David pula dilahirkan dan tinggal dalam kelompok masyarakat Iban yang
tidak lagi berpegang kepada kepercayaan tersebut dan mempercayai keberkesanan
perubatan moden. Suatu hari, David pergi menziarahi Kelvin di kampungnya. Setibanya di
kampung tersebut, David berasa penat dan sakit kepala disebabkan kurang minum air
dalam cuaca yang panas terik. Namun begitu, penduduk kampung mengatakan bahawa
ianya mungkin gangguan makhluk halus dan menghantar David ke bomoh. Dengan rasa
rendah diri, David terpaksa akur dan menghormati keputusan dan kepercayaan mereka
tersebut kerana dia sedang berada dalam kelompok masyarakat yang berlainan dari
masyarakatnya sendiri.
NILAI
OBJEKTIF

Anda mungkin juga menyukai