Anda di halaman 1dari 38

Sistem Peredaran Darah

Apakah sistem peredaran darah?


• Sistem peredaran darah sering dikenali sebagai
sistem kardiovaskular iaitu merupakan sebuah sistem
pada organ tubuh manusia yang berguna untuk
menyalurkan pelbagai zat dari dan menuju sel. Selain itu
sistem peredaran darah pada manusia juga berfungsi
untuk keseimbangan suhu dan pH pada tubuh kita.
• Sistem peredaran darah manusia juga berperanan dalam
menjaga metabolisme pada tubuh. Dengan adanya
sistem seperti ini, pelbagai zat makanan yang dihasilkan
oleh sistem pencernaan juga dapat disalurkan oleh
darah ke seluruh tubuh.
Fungsi Sistem Peredaran Darah
• Mengedarkan oksigen dari paru-paru ke seluruh
tubuh dan mengangkut karbon dioksida sisa aktiviti
sel dari tubuh ke paru-paru untuk dibuang.
• Mengangkut nutrisi yang diperlukan untuk
metabolisme tubuh dari sistem pencernaan dan
membawa sisa metabolisme ke ginjal untuk dibuang.
• Mengangkut hormon.
• Mengangkut sistem kekebalan tubuh.
• Mengatur suhu tubuh badan.
1. Anatomi Saluran Darah

a. Struktur dinding saluran darah


b. Perbandingan Arteri dan Vena
Arteri Vena

Membawa darah dari jantung. Membawa darah ke jantung.


Mempunyai dinding berotot yang tebal Mempunyai dinding yang agak nipis dan
dan kenyal. otot yang sedikit.

Darah mengalir cepat dan pada tekanan Darah mengalir perlahan dan pada
yang tinggi. tekanan rendah.

Tidak mempunyai injap. Mempunyai injap semiluna yang terdapat


di sepanjangnya untuk mencegah aliran
balik darah.
Membawa darah yang kaya dengan Membawa darah yang kurang beroksigen
oksigen dan berwarna merah cerah dan yang berwarna merah kebiruan
(kecuali: arteri pulmonari yang (kecuali: vena pulmonari yang membawa
membawa darah tak beroksigen dari darah beroksigen dari paru-paru ke
jantung ke paru-paru.) jantung.)
2. Fisiologi peredaran darah

a. Tekanan Darah
• Daya yang diwujudkan oleh darah semasa ia
mengalir melalui salur-salur darah.
• Tekanan darah dalam arteri menjadi paling tinggi
semasa sistol ventrikel apabila darah terdesak
memasuki arteri.
• Ia menurun semasa diastole ventrikel.
• Tekanan darah adalah rendah dalam vena-vena.
Seseorang yang normal mempunyai tekanan sistol
di antara 120-140mm merkuri dan tekanan diastole
di antara 70-90mm merkuri.
b. Rintangan tekanan peredaran
• Kuantiti darah yang beredar
– Pengurangan darah mengakibatkan tekanan
rendah. Pengendalian cecair seperti plasma atau
garam akan menyebabkan tekanan naik lagi.
• Kelikatan darah
– Disebabkan oleh protein plasma dan jumlah sel
darah dalam aliran darah. Setiap perubahan pada
dua faktor ini mengubah tekanan darah.
• Keelastikan dinding pembuluh darah
– Dalam arteri tekanan lebih besar daripada yang
ada dalam vena sebab otot yang menyalut erteri
lebih elastik daripada yang ada pada vena.
• Rintangan periferi
– Dikeluarkan oleh geseran darah yang mengalir
dalam pembuluh. Rintangan utama pada aliran
darah dalam peredaran sistemik juga berada
dalam arteriol dan turunnya tekanan terbesar
terjadi pada tempat ini.
• Kelajuan aliran darah
– Ia bergantung pada ukuran yang ada pada
pembuluh atau kelompok pembuluh. Darah dalam
aorta bergerak cepat, kelajuannya dalam arteri
berkurangan dan menjadi sangat lambat dalam
kapilari
3. Regulasi Kardiovaskular

a. Autoregulasi aliran darah di tisu


• Darah adalah tisu cair yang terdiri daripada 2
bahagian.
• Bahagian intersel adalah cecair yang disebut
plasma dan di dalamnya terdapat unsur-unsur
terapung iaitu sel darah.
• Pada waktu sihat isipadu darah adalah tetap dan
sehingga batas tertentu diatur oleh tekanan osmotik
dalam pembuluh darah dan dalam tisu.
b. Kawalan neural ke atas tekanan dan aliran darah

• Apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh


badan bertindak seperti berikut:
• Sistem saraf simpatetik menggerakkan kimia yang
menyusun rembesan hormon.
• Kelenjar pituari mengeluarkan hormon biasa ACTH
(hormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah.
• Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal, ia
membentuk satu tindakan lalu nempergiat
pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan
sekumpulan hormon dipanggil corticoids.
(menjadikan tubuh badan dalam keadaan
terangsang.)
• Aliran darah—sistem perhubungan dan
pengangkutan am bagi tubuh membawa kimia
tekanan kepada setiap sel walaupun jauh
kedudukannya, dalam tempoh lapan saat.
• Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada
jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar
melalui prat saraf. Kesannya sistem saraf simpatetik
yang giat.
• Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah dan
meningkatkan tekanan darah. Arah aliran darah juga
diubah keterlaluan, menjadikan jari-jari tangan dan
kaki sejuk.
• Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan
tindakan lebih cekap dan cepat.
• Hati menyediakan glukosa yang kepada otot dan
otak.
• Pernafasan deras dan berat, meningkatkan oksigen
dalam darah supaya dapat membakar glukosa
dengan berkesan.
• Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah
berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.
• Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan
dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam
perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi
laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan
sistem penghadaman terjejas apabila tubuh
mengalami tekanan berat dan berpanjangan
• Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerbu
ke kepala. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia
tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada
peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.
• Pendengaran menjadi tajam.
• Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif.
• Agen pembekuan meningkat pemekatan darah.
• Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979):
– Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang
disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk
memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan
kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang
pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini
bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa
parahnya keadaan."
c. Hormon dan Regulasi Kardiovaskular
Hormon :
• Merupakan bahan kimia yang disintesis oleh sel-sel
hidup.
• Dirembes ke dalam darah dan diangkut oleh sistem
peredaran darah ke organ sasaran yang terletak jauh
daripada tempat hormon disintesis.
• Dengan jumlah yang sedikit sudah mampu untuk
mempercepatkan atau memperlahankan sesuatu
fungsi biologi.
Regulasi Kardiovaskular :
• Penguncupan koronari tidak bergantung kepada
rangsangan dari sistem saraf, kerana jantung
mempunyai alat pacu intrinsik sendiri (nod SA dan
AV)
• Walaubagaimanapun, kadar jantung boleh
dipengaruhi oleh rangsangan dari saraf autonomi.
• Saraf simpatik boleh bertindak untuk meningkatkan
atau mengurangkan kadar jantung dengan
merangsang nod SA atau AV.
• Saraf parasimpatik bertindak untuk mengurangkan
kadar denyutan jantung.
• Teruja atau terkejut boleh menyebabkan peningkatan
pesat dalam kadar denyutan jantung.
• Kadar jantung juga boleh dipengaruhi oleh hormon.
• Epinefrin dan Thyroxine mengikut kesan saraf
simpatik.
• Ion concentrations also has a rofound influence on
the heart.
• Pengurangan Ca + akan mengurangkan kadar
denyutan jantung
• Ca + yang berlebihan akan menyebabkan kontraksi
berkekalan, dan mungkin menghentikan jantung
daripada berdenyut.
4. Pola Tindakbalas Kardiovaskular

a. Senaman dan Sistem Kardiovaskular


• Senaman :
– Senaman seperti aerobik boleh memanfaatkan
pesakit hipertensi. Apabila bersenam ia memaksa
saluran darah terbuka dan membuat tekanan
darah turun, walaupun tekanan akan naik sedikit
semasa besenam, ia akan turun sebaik sahaja
senaman tamat. Kemudian jika ia naik semula
dan tidak naik setinggi yang sebelumnya.
• Sistem Kardiovaskular
– Terdiri daripada satu pam, serangkaian tiub
yang membahagi dan mengumpul serta satu
sistem ekstensif pembuluh nipis yang
membolehkan pertukaran bahan antara tisu dan
salur vaskular dengan cepat.
b. Tindak balas kardiovaskular ke atas pendarahan

• Apabila berlaku pendarahan berlebihan, badan akan


menghantar tanda amaran seperti rasa sejuk,
berpeluh, tekanan darah rendah, darah dan oksigen
kurang dialir ke seluruh badan, kencing sedikit,
bernafas pantas dan tercungap-cungap, ia tanda
membimbangkan. Jika tidak mendapat rawatan
segera, kemungkinan kematian juga boleh berlaku.
5. Saluran Darah

Kitaran Pulmonari Kitaran Sistemik

Peredaran ini Peredaran ini


membawa darah tidak membawa darah
beroksigen dari jantung beroksigen dari jantung
melalui arteri melalui aorta ke semua
pulmonari ke paru-paru bahagian badan dan
dan balik ke jantung balik ke jantung.
melalui vena
pulmonari.
6. Sistem Kardiovaskular Dan Umur
a. Perubahan darah
Perubahan darah pada jantung :
• Aliran darah dari ventrikel kiri melalui arteri,
arteriola dan kapilari kembali ke atrium kanan
melalui vena disebut peredaran darah besar atau
peredaran sistematik. Aliran dari ventrikel kanan,
melalui paru-paru, ke atrium kiri adalah peredaran
kecil atau peredaran pulmonari.
b. Jantung
• Terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di
belakang tulang sternum, di hadapan tulang
belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan
ke kiri.
• Dibahagikan kepada 2 bahagian : kiri dan kanan. Ia
dibahagikan oleh dinding yang dipanggil septum.
• Lapisan jantung terdiri daripada 3 lapisan iaitu:
– Pericardium (luar)
– Myocardium (tengah)
– Endocardium (dalam)
• Jantung mempunyai 4 ruang :
– 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium
– 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel
• Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang
mengawal pengaliran darah di dalam jantung.
c. Salur Darah
Arteri
• Salur darah yang membawa
darah keluar dari jantung ke
bahagian-2 lain badan.
• Dinding arteri tebal, berotot
dan elastik supaya ia boleh
tahan tekanan darah yang tinggi
disebabkan oleh denyutan
jantung
• Arteri bercabang-2 membentuk
arteriol
• Semua arteri membawa darah
beroksigen kecuali arteri
pulmonari.
Vena
• Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding
yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang
besar memberikan kurang rintangan terhadap
pengaliran darah.
• mempunyai dinding yang nipis dan saluran
yang lebih besar jika dibandingkan dengan
arteri.
• salur darah yang membawa darah ke jantung
dari bahagian-bahagian lain badan.
• Semua vena membawa darah tidak beroksigen
kecuali vena pulmonari.
• Vena yang terkecil sekali dinamakan venul.
• Vena dilengkapi dengan injap-injap yang
menentukan darah mengalir hanya dalam satu
arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap
ini akan tertutup jika darah mengalir ke
belakang dalam alirannya.
Kapilari Darah
• Dinding-dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan-bahan antara
darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
• Dindingnya hanya setebal satu sel.
• menghubungkan arteriol kepada venul.
• salur darah yang terkecil sekali.
• Dinding-dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan-bahan antara
darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
• Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
• Kapilari darah menghubungkan arteriol
kepada venul.
• Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil
sekali.
Terima kasih 

Anda mungkin juga menyukai