Anda di halaman 1dari 45

Saluran dan peredaran darah

Adalah

salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk semula ke jantung. Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah mengalir di dalam saluran darah yang tertutup.

Fungsi

asas peredaran darah ialah menghantar zat-zat makanan dan oksigen kepada sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki dari sel. Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan peredaran sistemik.

Peredaran

ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke paruparu dan balik ke jantung melalui vena pulmonari.

Peredaran

ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik semula ke jantung.

Autoregulasi

aliran darah di tisu Kawalan Neural ke atas tekanan dan aliran darah Hormon dan regulasi kardiovaskular

Berada

dalam keadaan yang stabil supaya tidak menimbulkan sebarang perubahan tekanan dan aliran darah secara mendadak pada organ-organ kita. regulasi kardiovaskular adalah untuk menjadikan jantung dapat bekerja secara efektif dan efisien dengan keperluan tubuh

Mekanisme

yang mempengaruhi regulasi kardiovaskular iaitu : I. Mekanisme autoregulasi aliran darah II. Mekanisme saraf III. Mekanisme hormon

Autoregulasi

bererti penyesuaian automatik dari aliran darah dalam setiap jaringan terhadap keperluan dari jaringan bersangkutan. Pada umumnya keperluan rangkaian adalah berupa nutrisi. Namun dalam beberapa keadaan autoregulasi diperlukan seperti untuk regulasi pembuangan zat sisa metabolisme, di mana zat-zat tersebut dalam darah memainkan peranan penting dalam mengatur aliran darah ginjal.

Di

dalam otak autoregulasi untuk regulasi kadar karbondioksida, di mana zat tersebut mempengaruhi kecepatan aliran darah ke jaringan tersebut. Jika berlaku gangguan autoregulasi pada keadaan yang normal, maka akan mengaktifkan mekanisme sistem saraf dan ho rmon. (Martini, 2001).

Baroreceptor kemudian menghantar isyarat ke medulla oblongata di batang otak. Dari media dihantar isyarat melalui susunan saraf autonomi akan menyebabkan: pelambatan jantung pengurangan kekuatan kontraksi jantung kesesakan arteriol kesesakan vena besar. Kesemuanya bekerja bersama untuk menurunkan tekanan arteri ke arah normal. Kesan sebaliknya berlaku apabila tekanan terla lu rendah baroreseptor akan menghilangkan rangsangannya.

Beberapa hormon memainkan peranan penting dalam tetapan tekanan, tetapi yang terpenting adal ah sistem hormon renin angiotensin dari ginjal. Bila tekanan darah terlalu rendah sehingga aliran darah dalam ginjal tidak dapat dipertahankan dalam keadaan normal, maka ginjal akan secara outomatik merembeskan renin yang membentuk angiotensin. Angiotensis yang dirembeskan adalah berfungsi untuk menimbulkan konstriksi arteriol di seluruh tubuh badan untuk meningkatkan kembali tekanan darah ke tahap yang normal.

Stroke Volume merupakan volume darah yang dipam ke luar dari ventrikel dengan setiap denyutan jantung.

Tekanan darah dipengaruhi oleh kemoreseptor, tahanan peripharal dan volume darah.

Cardiac output adalah jumlah darah yang dipamkan dari jantung tiap minit. Aspek utama dari cardiac output adalah keperluan oksigen rangkaian dengan cara autoregulasi intrinsik yang mengubahkan preload dan stroke volume. Selain itu autoregulasi ektrinsik turut mempunyai pengaruh terhadap hormon adrenalina.

Struktur

anatomi sistem ini terdiri daripada Jantung Saluran darah Darah

Jantung

terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri. Organ ini boleh dibahagikan pada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh dinding yang disebut septum.

Lapisan

jantung terdiri daripada 3 lapisan iaitu: Epicardium (luar) Myocardium (tengah) Endocardium (dalam) Jantung mempunyai 4 ruang iaitu: 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam jantung.

Myocardium

Endocardium

Epicardium

Venakava

membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan. Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid.

Pengucupan

ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke paru-paru. Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru. Seterusnya darah beroksigen mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke ventrikal kiri. Seterusnya darah beroksigen akan mengalir ke sel-sel badan melalui aorta.

Jantung

berdenyut 60 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.

Terdapat 3 jenis salur darah yang utama: Arteri Vena Kapilari

Arteri : Arteri ialah saluran darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung. Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol. Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

Vena

ialah saluran darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Dinding yang tebal tidak diperlukan kerana darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap pengaliran darah.

Vena

dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah saja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya. Vena yang paling kecil dinamakan venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

Kapilari

darah ialah saluran darah yang paling

kecil. Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul. Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel. Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

Peredaran

darah manusia disebabkan oleh pengepaman jantung. Otot kardium mengecut dan menghasilkan denyutan jantung (heartbeat) yang mengepam darah ke seluruh badan. Setiap denyutan jantung dimulakan oleh perentak (pacemaker) yang dipanggil nodus sinoatrium (sinoatrial node). Nodus sinoatrium adalah sekumpulan tisu otot kardium yang menghasilkan impuls saraf (nerve impulses).

Impuls

ini merebak ke kedua-dua atrium dan menyebabkan pengecutan atrium secara serentak. Tekanan darah dalam atrium meningkat lalu mengepam darah ke dalam ventrikel masing-masing. Impuls saraf ini sampai ke nodus atrioventikel (atrioventricular node) selepas 0.1 saat. Masa 0.1 saat ini adalah untuk memastikan semua darah telah dimasukkan ke dalam ventrikel. Kemudian, impuls saraf ini dihantar ke ventrikel untuk menyebabkan kedua-dua ventrikel mengecut secara serentak.

Gentian Purkinje

Isyarat merebak ke kedua-dua atrium dan menyebabkan atrium mengecut. Isyarat ke nodus AV ditunda selama 0.1 saat untuk memastikan semua darah di atrium telah dipam ke dalam ventrikel.

Semasa

pengecutan ventrikel, gentian Purkinje membawa impuls yang menyebabkan otot kardium pada ventrikel mengecut. Pengecutan ventrikel yang kuat (sistol) menyebabkan tekanan darah dalam keduadua ventrikel meningkat, yang mengakibatkan darah terdeoksigen dipam ke peparu melalui arteri pulmonari dan darah beroksigen dipam ke seluruh anggota badan melalui aorta.

Pengenduran

atrium dan ventrikel (diastol) menyebabkan tekanan darah dalam jantung menurun, yang mengakibatkan darah mengalir masuk ke dalam atrium kanan melalui vena kava dan atrium kiri melalui vena pulmonari. Seterusnya, darah akan mengalir masuk ke dalam ventrikel masing-masing.

Nodus SA (perentak) menghasilkan isyarat untuk mengecut.

Isyarat dihantar ke gentian Purkinje yang membawanya ke ventrikel dan menyebabkan kedua-dua ventrikel mengecut.

Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran. Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah. Tekanan darah manusia boleh diukur dengan menggunakan sfigmomanometer. Tekanan darah berbeza menurut jantina, umur,gerak kerja dan lainlain. Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik dan pengenduran jantung dikenali sebagai diastolik.Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa penguncupan ventrikel. Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri). Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg.

Saiz

jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah besar atau mengalami hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat. Saiz jantung seseorang atlit adalah lebih besar berbanding saiz jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari juga meningkat. Hipertrofi jantung adalah kesan daripada: (a) Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel (b) Bertambah ketebalan dinding ventrikel

Atlit-atlit

berdaya tahan tinggi seperti perenang dan pelari jarak jauh mempunyai kaviti ventrikel yang besar. Oleh itu, isipadu darah dalam ventrikel adalah banyak semasa diastol. Isipadu strok atlit-atlit ini adalah lebih tinggi berbanding dengan individu-individu sedentari dan juga atlit-atlit yang terlibat dalam acara eksplosif.

Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh ventrikel kiri.

Atlit-atlit

yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti rintangan tinggi seperti gusti atau melontar peluru mempunyai dinding ventrikel yang tebal. Walaupun hipertrofi jantung atlit-atlit ini adalah sama dengan atlit berdaya tahan tinggi, isipadu strok mereka adalah sama dengan individuindividu sedentari. Atrofi jantung berlaku apabila otot jantung mengalami pengurangan dari segi saiz , kekuatan, dan berat. Ianya terjadi disebabkan jantung kurang digunakan bagi aktiviti fizikal. Atrofi jantung juga boleh berlaku apabila jantung mengalami kerosakan atau penyakit.

Terdapat

2 sistem darah manusia, iaitu:

Peredaran Pulmonari

Peredaran Sistemik

3 jenis salur darah yang utama:

Arteri Vena Kapilari

Anda mungkin juga menyukai