Bob si badak sumbu dan si tapir bersahabat karib. Mereka selalau melakukan aktiviti
bersama-sama.
Suatu hari, mereka mengetahui bahawa pihak sekolah akan mengadakan program
merentas desa.
Mereka berdua merancang hendak menyertai program itu. Setiap hari mereka berlatih
bersama-sama.
Akhirnya, tibalah hari perlumbaan itu. Para peserta bersedia di garisan permulaan dan
bang!. Mereka pun terus berlari.
Di tengah-tengah perlumbaan itu, Bob terjatuh dan kakinya cedera teruk. Tam segera
berhenti untuk membantu bob.
Kamu mesti teruskan perlumbaan, nanti kamu ketinggalan, kata Bob. Tidak, saya
tidak akan meninggalkann, kata Tam.
Tam segera memberitahu cikgu dan Bob pun dihantar ke hospital. Bob sangat
berterima kasih kepada Tam.
Pengajaran yang diperolehi daripada cerita ini ialah kita hendaklah membantu orang
yang ditimpa kesusahan walaupun terpaksa mengorbankan sesuatu yang kita sukai.
Lebih-lebih lagi dalam situasi yang terdesak, nyawa seseorang itu lebih penting.