Anda di halaman 1dari 2

1.

Senaraikan pelajaran kawad yang telah saya ajar kepada kamu dan buat
huraian secara ringkas.

a. Baris Sedia.
Apabila mendapat arahan untuk bersedia, pelatih akan berdiri dengan dengan
tumit akan bertemu dan kedua tangan rapat di sisi jahit seluar. Pelatih juga akan
pandang kehadapan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pergerakan tanpa
diberi arahan.

b. Senang diri.
Apabila mendapat arahan untuk senang diri, pelatih akan menghentak kaki kiri
dengan jarak mengikut keselesaan dan kedua tangan direhatkan di atas pinggul
atau belakang badan dengan tapak tangan kanan di atas tapak tangan kiri.

c. Berpusing ke kanan.
Apabila mendapat arahan untuk ke kanan pusing, pelatih akan memusing badan
kekanan dan membawa kaki kiri kehadapan.

d. Berpusing ke kiri.
Apabila mendapat arahan untuk ke kiri pusing, pelatih akan memusing badan ke
kiri dan membawa kaki kanan kehadapan.

e. Berpusing ke belakang.
Apabila mendapat arahan untuk ke belakang pusing, pelatih hendaklah memusing
180° ke kiri atau ke kanan.

f. Hentak kaki 14;1;2


Apabila mendapat arahan untuk menghentak kaki 14;1;2, pelatih akan memulakan
hentakan kaki dengan kaki kiri dan mengira hentakan kaki berselang seli sehingga
hentakkan kaki yang ke-14. Diakhiri dengan dua hentakan iaitu 1;2.

g. Tanda hormat.
Apabila untuk mendapat arahan untuk kehadapan hormat. Pelatih akan
mengangkat tangan kanan secara 90° dan hujung jari diletakkan di hujung kening.
Tapak tangan haruslah menghadap ke bawah.

h. Hormat selaku terima sijil.


Apabila menerima sijil, pelatih akan menguhulurkan tangan lurus kehadapan,
tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Setelah menerima sijil, pelatih haruslah
memberi hormat.

i. Baca doa.
Apabila membaca doa, pelatih akan menadah tapak tangan kehadapan dengan
lengan rapat ke tubuh. Setelah membaca doa, pelatih akan menjatuhkan tangan
kembali ke sisi tubuh.
j. Buka dan tutup barisan.
Apabila mendapat arahan untuk membuka barisan, barisan hadapan akan langkah
ke hadapan dan barisan belakang akan melangkah ke belakang. Manakala, apabila
mendapat arahan untuk tutup barisan, barisan hadapan akan melangkah ke
belakang dan barisan belakang akan melangkah ke hadapan.

k. Meluruskan barisan.
Apabila mendapat arahan untuk ke kanan lurus, pelatih akan mengangkat tangan
kanan sehingga paras bahu sendiri dan kepala pandang ke kanan.

2. Terangkan etika tatacara pemaikaian siswa dan siswi semasa kawad.

Etika pemakaian siswa semasa kawad adalah baju t-shirt putih berkolah yang di
masukkan kedalam seluar sukan hitam. Rambut hendaklah pendek dan kemas dan
tidak dibenarkan berwarna. Siswa tidak dibenarkan untuk menyimpan kumis atau
jambang. Tidak memakai jam, rantai, gelang dan lain-lain aksesori. Kasut sukan dan
stoking hitam yang melebihi paras buku lali.

Etika pemakaian siswi semasa kawad adalah baju t-shirt putih berlengan panjang dan
seluar sukan berwarna hitam. Rambut panjang haruslah disanggulkan dan tidak
dibenarkna berwarna. Tidak dibenarkan memakai make-up. Tidak dibenarkan
mamakai jam, rantai, gelang dan lain-lain aksesori. Kasut sukan dan stoking hitam
yang melebihi paras buku lali.

3. Sikap apakah yang perlu ada pada seorang jurulatih semasa mengajar kawad.

Seorang jurulatih yang mengajar kawad haruslah mempunyai sikap kepimpinan untuk
memimpin skuadnya. Selain itu, pelatih haruslah tegas dan berkarismatik untuk
memastikan skuadnya berdisiplin.

Anda mungkin juga menyukai