Anda di halaman 1dari 3

12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6

Selepas keputusan SPM diumumkan, antara perkara yang sering


menjadi pertanyaan adik-adik calon SPM adalah, apakah kelebihan naik
tingkatan 6. Masing-masing cuba memikirkan strategi dan langkah
terbaik bagi menentukan haluan yang lebih menjamin masa depan.
Maka Tingkatan 6 adalah salah satu lagi pilihan yang tak boleh
dipandang sebelah mata oleh mana-mana pihak. Jom kita tengok apa
kelebihan bagi pelajar yang memilih untuk naik ke Tingkatan 6.

01. Terus Sambung Ijazah


Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah
membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti
membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai bagi
mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik,
maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah
selepas itu.

02. Tempoh Setahun Setengah


Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke
Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada adik-
adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3
tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan
Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan.

03. Kerja Kursus


Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya
kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti
konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh
dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang
selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.

04. Murid : Guru


Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6
adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini
boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat
tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. Mesti
lebih pandai kan lepas nih.. ;)

05. Peluang ke IPT


Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT
adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana
kebenarannya tak pula dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga
kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang
diterima masuk IPT berbanding laluan lain.

06. Setaraf Diploma


Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf
dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang
dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

07. Yuran Murah


Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan 6
adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain.
Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah
antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu.

08. Ulang Subjek Gagal


Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem
Tigkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek
yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka
pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula
kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.

09. Kursus Perguruan


Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi
mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan
pilihan memberikan advantage kepada pelajar Tingkatan 6 untuk
diutamakan.

10. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga
lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar
negara.

11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar


Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga
merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.

12. Perkara Tambahan


Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan naik
Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri
kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan pelajar Tingkatan 6
merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di
sekolah, maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang
berbeza berbanding pelajar-pelajar lain.

Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda bagi
menggapai kejayaan. Kalau kena dengan caranya, maka laluan
Tingkatan 6 ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda!

kredit : Cikgu Mohd Radzif, SMK St Joseph, Kuching, Sarawak, Cikgu


Nurbaida Akma, SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak dan Cikgu
Norzuraini Abdul Mutalib, SMK Kuala Perlis, Perlis

Anda mungkin juga menyukai