Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Matsumoto (1996) mendefinisikan budaya sebagai sikap, nilai, kepercayaan dan

tingkah laku yang dimiliki oleh sekelompok manusia. Manakala, menurut Ogbu (1990)

kebudayaan adalah satu pemahaman manusia secara keseluruhan kepada sosial, fizikal atau

kedua-duanya sekali. Kamus Dewan (2005) menyifatkan budaya adalah kemajuan fikiran,

akal budi (cara berfikir) berkelakuan dan sebagainya. Menurut Edward B. Taylor, budaya

adalah satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,

tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi

oleh manusia sebagai anggota masyarakat.Setiap negara mempunyai pelbagai etnik, setiap

etnik mempunyai pelbagai kepercayaan,pegangan agama dan juga budaya. Budaya

merupakan sesuatu yang boleh dipelajari, ia tidak lahir dengan sendiri.

Setiap manusia belajar bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orang

yang lebih tua dan lain-lain. Budaya juga boleh diwarisi, yang mana ia boleh diperturunkan

daripada satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya. Contohnya; budaya dan adat

orang melayu, cina atau india adalah merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu.

Selain itu, budaya sesuatu etnik juga boleh dikongsi kepada etnik-etnik yang lain dan ia juga

boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat. Setiap manusia

seharusnya menghormati budaya etnik-etnik tersebut. Silang budaya akan terwujud apabila

terdapat individu daripada berlainan budaya di sesuatu tempat atau situasi. Masalah akan

timbul sekiranya individu berlainan budaya ini tidak memahami dan menghormati budaya

etnik yang lain. Justeru itu, kaunselor memainkan peranan untuk memahami silang budaya

tersebut dan sekaligus memastikan isu silang budaya akan dapat diselesaikan secara aman dan

harmoni. Secara lazimnya, adalah sangat mustahak kepada kaunselor untuk memahami
sesuatu budaya itu terlebih dahulu sebelum menyelesaikan isu silang budaya. Seorang

kaunselor yang mengendalikan isu silang budaya haruslah keluar daripda sifat atau cara

tradisional yang wujud dalam diri mereka. Mereka seharusnya memberi penumpuan kepada

isu-isu yang melibatkan budaya dan keluarga dan sewajarnya dilatih untuk memahami budaya

masyarakat yang berbeza.

Pelbagai pandangan telah diberikan oleh kaunselor dan individu tentang jalan

penyelesaian isu silang budaya ini. Antaranya ialah penggunaan satu teknik atau teori

universal yang boleh diaplikasikan oleh semua ahli terapi. Sistem universal yang telah

dikenalpasti adalah Teori Pemusatan Insan oleh Carl Rogers. Perkara utama yang

dititikberatkan ialah menghormati klien. Teori ini mengambil kira tentang kepercayaan

terhadap klien yang mampu mengubah dirinya dengan mengambil tanggungjawab ini dalam

membuat keputusan bagi dirinya yang difikirkan benar. Empati juga merupakan komponen

utama yang perlu dimainkan oleh kaunselor dalam mengendalikan isu silang budaya ini.

Kaunselor yang berempati akan berupaya memasuki dan memahami dunia klien dan

kepercayaan serta budaya mereka. Namun, sekiranya perasaan empati tiada dalam diri

kaunselor, maka agak sukar untuk klien meluahkan serta berkongsi pendapat serta masalah

dengan kaunselor, maka, sesi penerokaan akan terbantut dan matlamat tidak tercapai.

Selain itu, komunikasi juga merupakan antara komponen terpenting dalam kehidupan.

Majoriti masalah yang terwujud adalah disebabkan oleh masalah komunikasi yang timbul

dikalangan manusia. Masalah komunikasi akan berlaku dalam sesi kaunseling silang budaya.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk bersedia dari segi mental dan

fizikal serta komunikasi apabila berhadapan dengan klien kelak. Menurut Sue, 1989; Sue &

Sue , 1990 memahami perbezaan tingkah laku verbal dan bukan verbal akan membantu dalam
menjalani sesi kaunseling silang budaya. Apabila kaunselor mempraktikkan komunikasi yang

baik dan positif, maka ia akan memudahkan proses kaunseling itu berlaku. Klien juga akan

lebih bersikap terbuka dan dapat menilai dirinya sendiri apabila diteroka oleh kaunselor yang

mempraktikkan kemahiran-kemahiran kaunseling yang efektif seperti penerimaan tanpa

syarat, serta membantu klien berkembang dengan sendiri.

Penstrukturan juga sangat penting dalam proses kaunseling. Ini akan terjadi apabila

klien yang datang dari budaya yang berbeza mempunyai limitasi yang tersendiri dan dengan

cara mengingatkan peranan yang dimainkan akan memudahkan proses kaunseling itu sendiri.

Proses ini dapat membantu klien daripada tidak mempunyai matlamat sesi dan kemudian

lebih fokus kepada isu yang dibincangkan dan ianya akan membuatkan sesi menjadi lebih

kondusif dan sistematik.

Rasionalnya, gabungan teori dan kaedah dari pelbagai sumber amat diperlukan dalam

memastikan keadaan sesi menjadi lebih efektif dan tidak hanya tertumpu kepada satu teori

yang belum tentu sesuai dengan keadaan budaya dan perbezaan yang wujud dalam diri setiap

klien.

Anda mungkin juga menyukai