Anda di halaman 1dari 85

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RBT 3103

KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH


RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2011


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak


ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

i
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU
MALAYSIA, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPGSR)
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011


Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

ii
KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i


Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar ii

Agihan Tajuk
iv

Pengenalan viii

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1 : Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah 1
Sipnosis 1
Hasil Pembelajaran 1
Kerangka Tajuk 1 1
1.1 Definisi kurikulum 2
1.2 Konsep dan jenis kurikulum
1.3 Kurikulum dan pendidikan 5

1.4 Latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.


5
Tajuk 2 : Teori dan model kurikulum dalam konteks 9
Kemahiran hidup sekolah hidup sekolah rendah
Sipnosis
Hasil Pembelajaran 11
Kerangka Tajuk 2 11

2.1Teori-teori kurikulum 11
- Teori disiplin mental 11
- Teori kurikulum saintifik
- Teori fungsi 12
- Teori konflik
- Model-model kurikulum
- Model Tyler (1949) 16
- Model Kurikulum Kebangsaan
Tajuk 3 : Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup 25

Sekolah Rendah. 25

Sinopsis 26

Hasil Pembelajaran 28

Kerangka Tajuk 3 29
30
3.1 Membuat keputusan dalam perancangan
kurikulum
38
3.2 Mengumpul dan mentaksir data berkaitan
38
sekolah
38
3.3 Mengumpul dan mentaksir data berkaitan
komuniti 38

Tajuk 4 : Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran 39


Hidup Sekolah Rendah
Sinopsis 40
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk 4 42
4.1 Menentukan kandungan kurikulum
4.2 Membuat keputusan kandungan kurikulum 45
4.3 Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum 47
4.4 Pendekatan dacum dan analisis tugas

Tajuk 5 : Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup


50
Sekolah Rendah.
51
Sinopsis
52
Hasil Pembelajaran
55
Kerangka Tajuk 5
57
5.1 Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan
kurikulum
5.2 Membangunkan bahan kurikulum
5.3 Pembangunan kurikulum untuk peralihan
Sekolah ke kerjaya

ii
58

Tajuk 6 : Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup 59


Sekolah Rendah 62
Sinopsis
Hasil Pembelajaran 65
Kerangka Tajuk 6

6.1 Model-model penilaian kurikulum 66


6.2 Tujuan dan jenis penilaian kurikulum 66
66
66
Tajuk 7 : Pengurusan kurikulum 67
Sinopsis
67
Hasil Pembelajaran
68
Kerangka Tajuk 7
68
7.1 Konsep dan definisi pengurusan kurikulum
7.2 Pengurusan dalam proses perkembangan 69
7.3 Melantik atau membentuk jawatan kuasa
7.5 Konsep pengurusan terlibat dalam aktiviti
kurikulum
7.6 Pengurus dan pendekatan pengurusan
Kurikulum.

Tajuk 8 : Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah 72


Rendah. 75
Sinopsis 76
Hasil Pembelajaran 79
Kerangka Tajuk 8 79
8.1 Teori perubahan, teori inovasi dan konsep
Inovas dalam kurikulum
8.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi
Pembentukan dan perubahan kurikulum
8.4 Prinsip pengembangan dan inovasi kurikulum
8.5 Teknik dan konteks inovasi kurikulum
8.6 Membuat keputusan dalam inovasi kurikulum 83

8.7 Pembangunan dan pemupukan pemikiran 83

iii
dalam inovasi kurikulum 84
8.8 Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
92
Rendah.
- Perlaksanaan inovasi kurikulum Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah

100
Tajuk 9 : Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
100
Rendah.
100
Sinopsis
100
Hasil Pembelajaran
101
Kerangka Tajuk 9
101
9.1 Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah
9.2 Analisis Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup 102
Sekolah Rendah
- Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
- Organisasi Kandungan
- Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran
- Pengendalian aktiviti dan Penilaian
- Keselamatan
- Pemetaan dan Kesinambungan Kandungan
- Format Huraian (Bidang/Unit/ Tajuk; Hasil
Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti)
9.3 Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas berkaitan
kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 10 : Isu-isu semasa perkembangan


Kurikulum di Malaysia
Sinopsis
Hasil Pembelajaran
Kerangka Tajuk 10
10.1 Perkembangan kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah
10.2 Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah dalam era teknologi
Maklumat dan komunikasi
10.3 Cabaran dan trend baru dalam kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

iv
Bibliografi 104

Panel Penulis Modul 108

Ikon Modul

v
PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar
anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin
tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber
pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang


pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh
berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat
masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan
kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri


pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira


sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami


pembacaan anda.

ii
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

iii
RBT3103 Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Pengenalan :

Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT3103


Kajian Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Ia meliputi tajuk
Pengenalan kepada kurikulum; Reka bentuk Kurikulum; Pelaksanaan dan
Penilaian Kurikulum serta Analisis kurikulum dan Isu-isu semasa kurikulum..
Tajuk ini diambil daripada proforma mulai dari Tajuk 1 hingga 10.

Rangka Isi Pelajaran:

Modul ini terbahagi kepada sepuluh tajuk berikut;

Tajuk 1: Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


Tajuk 2: Teori dan model kurikulum dalam konteks Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah
Tajuk 3: Perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 4: Reka bentuk kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah


Rendah
Tajuk 5: Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 6: Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 7: Pengurusan kurikulum
Tajuk 8: Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 9: Analisis kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
Tajuk 10: Isu-isu semasa perkembangan kurikulum di Malaysia

viii
SINOPSIS

Tajuk 1: Menjelaskan pengenalan kepada kurikulum Kemahiran Hidup


Sekolah Rendah yang meliputi definisi, konsep dan jenis kurikulum berserta
dengan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum..

Tajuk 2: Mengimbas kembali teori dan model kurikulum dalam konteks


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang merangkumi teori-teori kurikulum yakni
teori disiplin mental, teori kurikulum saintifik, teori fungsi serta Model Tyler dan
Model Kurikulum Kebangsaan.

Tajuk 3: Membincangkan perancangan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah


Rendah yang mana menjelaskan bagaimana membuat keputusan dalam
perancangan kurikulum serta mengumpul dan mentaksir data berkaitan komuniti..

Tajuk 4: Membincangkan mengenai reka bentuk kandungan kurikulum


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang meliputi penentuan kandungan
kurikulum, penyediaan matlamat dan objektif kurikulum serta pendekatan dacum.

Tajuk 5: Tajuk ini menjelaskan tentang pelaksanaan kurikulum Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah dimana secara khusus dapat mengenal pasti dan
memilih bahan-bahan kurikulum serta memahami pembangunan kurikulum untuk
peralihan sekolah ke kerjaya.

Tajuk 6: Tajuk ini akan membincangkan mengenai penilaian kurikulum


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang menitikberatkan kepada model-model
penilaian serta jenis penilaian kurikulum.

Tajuk 7: Tajuk ini akan membincangkan mengenai pengurusan kurikulum dari


aspek konsep dan definisi pengurusan kurikulum, pengurusan dalam proses

ix
perkembangan, melantik atau membentuk jawatan kuasa serta pendekatan
kearah pengurusan kurikulum.

Tajuk 8: Membincangkan mengenai inovasi kurikulum Kemahiran Hidup


Sekolah Rendah dari aspek teori perubahan, teori inovasi dan konsep inovasi.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum serta
pemupukan pemikiran dalam inovasi kurikulum.

Tajuk 9: Membincangkan mengenai analisis kurikulum Kemahiran Hidup


Sekolah Rendah yang mana akan menyentuh tentang analisis Huraian Sukatan
Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Tajuk 10: Tajuk ini akan membincangkan mengenai isu-isu semasa


perkembangan Kurikulum di Malaysia yang menyentuh tentang perkembangan,
pelaksanaan dan cabaran serta trend baru dalam Kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah.

x
AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan tiga puloh lima jam interaksi bersemuka.
Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau
pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform)

Interaksi
Int Tajuk/Topik Modul Jum.
Bersemuka
(jam) Jam
(jam)
1 Teori
Pengenalan kepada kurikulum Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah
 Definisi kurikulum
 Konsep dan jenis kurikulum
 Kurikulum dan pendidikan
3 3
 Latar belakang falsafah dan liputan
kurikulum.

Teori dan model kurikulum dalam konteks


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
 Teori-teori kurikulum
- Teori disiplin mental
- Teori kurikulum saintifik
- Teori fungsi 5 5
- Teori konflik
- Model-model kurikulum
- Model Tyler (1949)
- Model Kurikulum Kebangsaan

3 Perancangan kurikulum Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah
 Membuat keputusan dalam
perancangan kurikulum
 Mengumpul dan mentaksir data 4 4
berkaitan sekolah
 Mengumpul dan mentaksir data
berkaitan komuniti

iv
Interaksi
Int Tajuk/Topik Modul Jum.
Bersemuka
(jam) Jam
(jam)

Reka bentuk kandungan kurikulum


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
 Menentukan kandungan kurikulum
 Membuat keputusan kandungan
Kurikulum 4 4
 Menyediakan matlamat dan objektif
Kurikulum
 Pendekatan dacum dan analisis
tugas

Perlaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup


Sekolah Rendah
 Mengenal pasti dan memilih bahan-
bahan
kurikulum
 Membangunkan bahan kurikulum 4 4

 Pembangunan kurikulum untuk


peralihan sekolah
ke kerjaya

Penilaian kurikulum Kemahiran Hidup


Sekolah Rendah
 Model-model penilaian kurikulum
 Tujuan dan jenis penilaian kurikulum 4 4

Pengurusan kurikulum
 Konsep dan definisi pengurusan
kurikulum
 Pengurusan dalam proses
perkembangan
kurikulum
 Melantik atau membentuk jawatan
kuasa 4 4
 Konsep pengurusan terlibat dalam
aktiviti
kurikulum
 Pengurus dan pendekatan
pengurusan kurikulum

v
Interaksi
Int Tajuk/Topik Modul Jum.
Bersemuka
(jam) Jam
(jam)
Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah
 Teori perubahan, teori inovasi dan
konsep inovasi
dalam kurikulum
 Faktor-faktor yang mempengaruhi
pembentukan
dan perubahan kurikulum
 Prinsip pengembangan dan inovasi
kurikulum 7 7
 Teknik dan konteks inovasi kurikulum
 Membuat keputusan dalam inovasi
kurikulum
 Pembangunan dan pemupukan
pemikiran dalam
inovasi kurikulum
 Inovasi kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah
Rendah
- Perlaksanaan inovasi kurikulum
Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah

vi
Interaksi
Int Tajuk/Topik Modul Jum.
Bersemuka
(jam) Jam
(jam)
Analisis kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah
 Analisis Sukatan Pelajaran
Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah
 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran
Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah
- Objektif Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah
- Organisasi Kandungan
- Penekanan dan Kaedah
Pengajaran dan
Pembelajaran 6
- Pengendalian aktiviti dan 6
Penilaian
- Keselamatan
- Pemetaan dan Kesinambungan
Kandungan
- Format Huraian (Bidang/Unit/
Tajuk; Hasil
Pembelajaran; dan Cadangan
Aktiviti)
 Analisis pekeliling-pekeliling ikhtisas
berkaitan
kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah

Isu-isu semasa perkembangan


kurikulum di Malaysia
 Perkembangan kurikulum Kemahiran
Hidup
Sekolah Rendah
 Perlaksanaan kurikulum Kemahiran 4 4
Hidup
Sekolah Rendah dalam era teknologi
maklumat
dan komunikasi
 Cabaran dan trend baru dalam
kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

35 45
JUMLAH 10

vii
viii
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1 KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH


RENDAH

Sinopsis

Menjelaskan pengenalan kepada Kajian Kurikulum KHSR yang meliputi definisi


kurikulum, konsep dan jenis kurikulum, kurikulum dan pendidikan, latar belakang
falsafah dan liputan kurikulum.

Hasil Pembelajaran:

1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan dan


mendefinisi kurikulum;
2. Menghuraikan konsep dan jenis kurikulum;
3. Menjelaskan hubungan antara kurikulum dan pendidikan;
4. Menghuraikan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum.

Kerangka Konsep Tajuk 1

Definasi kurikulum

Konsep dan jenis kurikulum


Kajian kurikulum
KHSR
Kurikulum dan pendidikan

Latar belakang falsafah dan


liputan kurikulum
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

1.1 Definasi Kurikulum

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? Mari kita teliti
maksud terminologi di bawah;

Mari kita lihat asal perkataan kurikulum dulu…

Perkataan kurikulum dalam bahasa Latin mempunyai kata akar ’curere’ yang
maksud ’Lalauan’ atau ’jejak’dan membawa maksudnya ‘jurusan’ seperti dalam
rangkaian kata ‘jurusan peperangan’. Jika kita lihat dari perkataan kurikulum
dalam bahasa Inggeris memngandungi pergertian ’jelmaan’ atau ’metamorfosis’
Mari kita lihat maksud berikutnya;

Kurikulum bermaksud;
”dalam perbendaharaan kata pendidikan Inggeris sebagai jurusan
pengajian yang diikuti di sekolah”.
(Kliebard, 1982 )

Kurikulum ialah……..
“semua pengalaman yang dipelajari di bawah panduan guru.”
(Caswell & Campbell, 1993)

Kurikulum ialah...........
”proses pembinaan semula pengetahuan dan pengelaman, dibina secara
sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau unversiti, untuk membolehkan
pelajar meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka”
(Tanner & Tanner, 1980)
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kurikulum ialah …….


“mengandungi pengalaman kanak-kanak yang berterusan di bawahpanduan
sekolah .”
(Shepherd dan Ragan, 1992)

Kurikulum bermaksud;
“mengandungi program yang terancang dan seluruh pengalaman yang dipelajari
oleh kanak-kanak.”
(Eisner, 1993)

Apakah yang anda boleh simpulkan tentang maksud kurikulum yang telah
dibincangkan tadi ?

Jika kita amati kefahaman tentang perkataan ’kurikulum’ dalam bahasa


Melayu ianya dipengaruhi oleh maksud perkataan tersebut melalui
bahasa Inggeris dimana ketika itu banyak penulis Inggeris yang
mengemukakan definisi kurikulum sebagai istilah pendidikan. Cuba kita
fikirkan maksud kurikulum dalam istilah pendidikan.

Kurikulum sebagai pengelaman;


”semua pengelaman yang dirancangkan dan dikemukakan oleh pihak
sekolah di mana pengelaman tersebut diutarakan untuk membimbing murid
memperolehi hasil pembelajaran yang ditetapkan terlebih dahulu menurut
kadar keupayaan masing-masing
dengan keadaan yang paling baik sekali.”
(Neagley & Evans, 1967)
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kurikulum sebagai usaha;


“Usaha meyeluruh yang dirancangkan oleh pihak sekolah untuk
membimbing murid memperolehi hasil pembelajaran yang telah ditentukan.”
(Inlow, 1966)

“menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam


keaaan yang terbuka kepada penilitian kritis dan boleh dikemukakan dengan
berkesan secara praktik.”
(Stenhouse, 1975)

Kurikulum sebagai rancangan;


”rancangan yang menyediakan kesempatan pembelajaran bagi memperoleh
berbagai- bagai tujuan menyeluruh dan objektif spsifik yang berkaitan
dengannya.”
(Sayloy & Alexander, 1974)

Kurikulum sebagai objektif;


“kurikulum tidak berkaitan dengan apa yang dilakukan oleh murid dalam
situasi pembelajaran tetapi ia menitikberatkan perkara yang akan
dipelajari atau dapat dilakukan oleh mereka sebagai kesan yang
dilakukan oleh mereka.”
(Johnson, 1967 )

Kurikulum sebagai isi mata pelajaran;


”dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang akan diajarkan
dan pada hakikatnya apa-apa sahaja yang di ajar di sekolah merupakan
kandungan matapelajaran yang diajarkan menerusi berbagai matapelajaran,
berbagai pilihan disiplin ilmu pengetahuan.”
( Beauchamp, 1968 )

4
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kurikulum sebagai unsur kebudayaan;


“pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri segajat, nilai
am dan aspek khusus sesuatu budaya.”
( Burtonwood, 1961 )

Kurikulum sebagai pembinaan insan;

”pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula oleh pelajar dibentuk


dengan bersistem di bawah naungan sekolah untuk mempertingkatkan
kemajuan pelajar mengawal pengetahuan dan pengalaman sendiri dimana
realitinya kurikulum mengaitkan proses pembinaan pengetahuan dan
pengalaman pelajar dengan kebolehannya memperbaiki kawalan terhadap
pengetahuan dan pengalaman sendiri.”

( Tanner & Tanner 1980 )

Bagaimana pula dengan maksud Kurikulum Kebangsaan kita ? Istilah ini


tidak asing kepada setiap para guru. Cuba fikirkan sejenak kepada
maksud Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum Kebangsaan

”….. Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan


kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang
murid dengan sepenuhnya dari segi rohani, jasmani, mental dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.”

Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan)


Pendidikan 1997 ]
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Renung sejenak!
Anda adalah seorang guru yang sentiasa berurusan secara langsung
dengan kurikulum, pernahkah anda terfikir bagaimana kurikulum
kebangsaan dihubungkait dengan istilah-istilah yang telah dibincangkan?
Pada pandangan anda apakah keistimewaan yang terdapat dalam
kurikulum kebangsaan ?

1.2 Konsep dan Jenis Kurikulum

Finch & Crunkilton (1984), mengemukakan definisi kurikulum sebagai “... as the
sum of the learning activities and experiences that a student has under the auspices
or direction of the school” Dari definisi tersebut terdapat dua bahagian yang harus
diperhatikan, iaitu bahawa fokus utama kurikulum adalah pelajar dan yang kedua
bahawa bahgian dari kurikulum tidak hanya mata pelajaran akan tetapi semua aktiviti
(olah raga, klub, kegiatan kokurikulum) memiliki pengaruh yang signifikan untuk
pembentukan individu pelajar yang menyeluruh dan untuk mencapai keberkesanan
dari kurikulum .

Sebagai seorang guru yang mempunyai pemikiran aras tinggi, cuba bayangkan
apakah yang akan terjadi jika tiada konsep asas dalam perancangan kurikulum?
Maka sebab itulah konsep asas adalah penting untuk dijadikan landasan bagi
perancangan kurikulum. Menurut Eisner, E. W. dan Vallance, E. (1971) mengusulkan
lima konsep atau orentasi kurikulum yang boleh digunakan untuk memahami
pendekatan, penggunaan dan kepentingan kuriulum iaitu :
 Perkembangan proses kognitif
 Kurikulum sebagai teknologi
 Kurikulum sebagai pengalaman pengguna
 Menstruktur masyarakat
 Akademik risionalisme

Daripada kelima-lima konsep yang diusulkan di atas, cuba anda kaitkan


dengan kurikulum KHSR yang dilaksanakan ketika ini.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Untuk maklumat lanjut anda perlu mendapatkan rujukan buku Pengajian


Kurikulum
(Abdul Rahman Hamdan, 2007).

Jika kita lihat dari sudut pandangan Islam pula berdasarkan kepada konsep kurikulum
dimana menurut Hassan Lenggulung (1991) menjelaskan bahawa kurikulum
mempunyai empat unsur utama berdasarkan pendapat Omar Al-Syaibani iaitu:

 Tujuan pendidikan yang ingin dicapai oleh kurikulum itu


 Pengetahuan tentang maklumat, data dan kegiatan
 Pengalaman dari mana terbentuk kurikulum itu
 Kaedah dan cara mengajar dan bimbingan yang diikuti murid-murid
untuk mendorong mereka belajar dan membawa mereka ke arah yang
dikehendaki.

Perbandingan yang boleh dibuat dari sudut pandangan barat dengan


pandangan Islam, apakah yang boleh anda kaitkan dengan kurikulum KHSR
yang dilaksanakan sekarang?

Dalam pelajaran seterusnya kita akan membincangkan tentang jenis-jenis


kurikulum dan kemudian tentang kurikulum dan pendidikan.

1.3 Jenis-Jenis Kurikulum

 Kurikulum Rasmi - Kurikulum yang terdapat dalam dokumen


i
 Kurikulum Operasi - Kurikulum yang digunakan dalam bilik
 Kurikulum Tersembunyi -dPekara-perkara
j h yang diajar dalam bilik
darjah
 Kurikulum Nol - Subjek yang tidak diajar
 Ko-kurikulum - Pengalaman terancang di luar bilik darjah
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

1.4 Kurikulum dan Pendidikan

Menurut Beauchamp (1968) secara umumnya bidang pendidikan adalah luas dan
merangkumi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan, dan instruksi..
Dengan merujuk Rajah 1 didapati bahawa kurikulum dan instruksi adalah sub sistem
kepada sistem yang lebih besar iaitu pendidikan atau persekolahan.

Pendidikan

Instruksi Kurikulum Kaunseling Penilaian Pentadbiran

Rajah 1 : Instruksi dan Kaitan Dengan Pendidikan

Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam Jabatan Pendidikan Negeri ialah Unit
Kurikulum, Penilaian, Kerjaya dan Kaunseling, Dadah, dan Pengurusan. Unit
Teknilogi Pendidikan adalah di bawah pentadbiran dan pengurusan Pusat
Sumber Pendidikan Negeri. Kurikulum dan Teknologi Pendidikan atau Teknologi
instruksi merupakan dua unit yang berasingan tetapi saling bergantung antara
satu dengan yang lain. Kedua-dua entiti ini penting untuk melaksanakan
kurikulum, instruksi dan pengajaran di sekolah.

Secara mudah kurikulum boleh dilihat sebagai ‘apa’ dan instruksi sebagai
‘cara’ atau ‘bagaimana’ Anda boleh bayangkan kurikulum sebagai program,
rancangan, kandungan pelajaran dan pengalaman pembelajaran, manakala
instruksi sebagai kaedah, cara mengajar, pelaksanaan atau persembahan.

Biasanya bila berlakunya suatu aktiviti sebagai contoh membuat nasi lemak, kita
akan rancang secara lisan atau bertulis apa yang harus disediakan iaitu
merancang resipi membuat nasi lemak. Untuk mendapatkan resipi yang baik, kita
akan rujuk buku masakan atau berbincang dengan kawan. Begitu juga dalam
instruksi jika apa yang terkandung dalam kurikulum itu mantap dan cara
penyampaian baik, maka hasilnya atau prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar juga
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

baik. Jadi kedua-duanya adalah sama penting untuk meningkatkan mutu pendidikan.

Berdasarkan penjelasan di atas, kita mungkin bersetuju bahawa perancangan


kurikulum dibuat lebih awal daripada instruksi.

1.5 Latar Belakang Falsafah Dan Liputan Kurikulum

- Perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, rohani, emosi dan


jasmani)
- Penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni
- Penyebaran ilmu pengetahuan
- Pembentukkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu
- Melahirkan tenaga kerja mahir
( Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 )

Menurut Arof dan Kasa (1987) falsafah dan pendidikan di Malaysia mempunyai asas
falsafah eklektisme yang menyatukan berbagai-bagai falsafah yang bersifat
tradisional dan progresif. Kewujudan asas falsafah eklektisme, dapat
menyelesaikan pertelingkahan berbagai-bagai falsafah yang menegaskan tuntutan
masing-masing.

Dalam keadaan berbagai-bagai falsafah yang berlainan gagal mengatasi antara satu
sama lain untuk menjadi asas kepada pendidikan, maka apa-apa mata pelajaran
yang muncul dalam bentuk kurikulum bolehlah dihujah keesahan kemunculannya
menurut salah satu daripada falsafah yang bertelingkah itu. Keadaan seperti ini
merupakan keadaan eklektif yang menyatukan berbagai-bagai sistem falsafah.
Hasilnya wujudlah berbagai-bagai sistem falsafah yang bertelingkah dengan sistem
logik yang bercanggah untuk membentuk dasar liputan kurikulum. Dari segi ini
sebenarnya bolehlah dikatakan bahawa tidak wujud peranan suatu falsafah pun
yang kukuh sebagai satu liputan kurikulum di Malaysia. Yang wujud hanya
berbagai bias falsafah yang berbeza menembusi masuk ke dalam pertimbangan
tentang liputan kurikulum menerusi ideologi pendidikan.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Untuk memperkukuhkan lagi minda anda, cuba anda fikirkan sejenak


apakah yang dimaksudkan oleh Arof dan Kasa berkenaan falsafah dalam liputan
kurikulum di Malaysia.

Falsafah:

Merupakan kewarasan yang menggunakan logik yang menghuraikan tiga aspek


tentang manusia dan persekitaran

 Ontologi
Teori kewujudan yang meliputi aspek kewujudan tuhan, manusia
dan alam

 Epistemologi
Teori ilmu yang meliputi aspek apakah ilmu, sumber ilmu, pembahagian
ilmu dan peranan ilmu

 Aksiologi
Teori nilai yang meliputi aspek nilai, sumber nilai, pembahagian
nilai dan peranan nilai

Rumusan Falsafah yang wujud pada masa ini boleh dibahagikan kepada empat
berasaskan keserupaan dasar logik masing-masing.

 Falsafah Berdasarkan Logik Alam Ghaib


Logik Alam Rohani
Huraian yang lebih lanjut tentang alam rohani boleh ditemui dalam
berbagai- bagai sistem kepercayaan agama.

 Logik Alam Idea


Ditemui oleh Plato pada 400 S.M, beliau mengusulkan bahawa idea wujud
dalam wilayah alam ghaib secara mutlak dan tidak terikat pada
deria. Plato menggariskan bahawa kehidupan yang baik boleh dibina
dengan menegakkan kebenaran dan kesucian yang muncul dalam bentuk
idea mutlak

 Falsafah Berdasarkan Logik Semesta


RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Ditemui oleh Aristotle pada tahun 400 S.M. Beliau mengusulkan bahawa
alam semesta terdiri daripada dua unsur iaitu jisim matter dan bentuk
(form), jisim dan

bentuk beradun dengan pelbagai rupa untuk membentuk kasatuan


benda yang dialami dalam kehidupan sehari-hari seperti angin, air, pasir,
kertas, buku, pokok, manusia dan sebagainya

 Logik Alam Semesta Statik


Diusulkan oleh Isaac Newton pada kurun ke-17 yang merumuskan
peyeluruhan prinsip gerakan alam semesta melalui rumusan matematik.

 Logik Alam Semesta Dinamik


Muncul pada kurun ke 19 dari pada idea Chavalier de Lamarch (ahli
zoologi), Thomas Robet Maljhus (ahli ekonomi) dan Charles Darwin
(ahli sains alam semula jadi). Mereka mengusulkan bahawa antara
benda hidup wujud bergelut untuk hidup dan penyesuaian dengan
persekitaran.

 Falsafah Berdasarkan Islam


Muncul pada akhir zaman ledakan kegeligaan manusia apabila Allah
s.w.t menurunkan al-din kepada Nabi Muhammad s.a.w (571 M)

Lima Aliran Falsafah Dari Segi Kepercayaan Tentang Ilmu Dan Nilai

 Falsafah Pendidikan Perenialisme


- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah bersifat kekal
- Ilmu – keupayaan memikirkan semula idea-idea yang sedia
ada dan mantap
- Nilai – dianggap sebagai mutlak, tidak berubah dan sejagat

 Falsafah Pendidikan Progresivisme


- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai adalah sentiasa berubah.
- Tujuan pendidikan ialah untuk menyediakan pelajar supaya dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah.
- Ilmu – merupakan hasil daripada pengelaman pelajar yang diperoleh
melalui kaedah saintifik.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

- Nilai – adalah relatif dan boleh berubah mengikut masa dan


situasi

 Falsafah Pendidikan Rekonstruksionisme


- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai sentiasa berubah, tetapi ia perlu
dipilih untuk menghindar bahaya dan menjamin keamanan masyarakat.
- Tujuan pendidikan ini adalah untuk membentuk semula masyarakat
supaya menjadi cemerlang dalam persekitaran yang sentiasa berubah.
- llmu – hasil daripada pengelaman pelajar yang terkawal dengan
bantuan kaedah saintifik.
- Nilai – adalah relatif dan berubah mengikut masa dan situasi.

 Falsafah Pendidikan Eksistensialisme
- Mempercayai bahawa ilmu dan nilai berubah, tetapi ia perlu dipilih
untuk membantu kewujudan (memenuhi keperluan) individu.
- Tujuan pendidikan ini ialah untuk memberi ilmu dan nilai kepada
individu mengikut potensi masing-masing untuk menjadi manusia
yang unik.
- Ilmu – apa yang difikirkan sesuai untuk pembangunan diri
seseorang individu.
- Nilai – adalah pilihan bebas seseorang individu mengikut persepsi
masing- masing.

Sambil kita rehat-rehat cuba anda kaitkan antara falsafah dalam liputan
kurikulum dengan rumusan yang dibuat dan juga lima aliran falsafah yang telah
dibincangkan di atas.

Aktiviti 1

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah. Anda


dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam kelas.

1. Bincangkan definisi kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


2. Apakah jenis kurikulum yang dilaksanakan di Malaysia.
3. Bincangkan tiga unsur di dalam falsafah iaitu Ontologi, Epistemologi, dan
Aksiologi.
4. Bincangkan latar belakang falsafah dan liputan kurikulum di Malaysia.
Bagaimanakah kedudukan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dari
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

segi latar belakang falsafah dan liputannya


5. Huraikan perkaitan antara kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan
pendidikan di Malaysia.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 2 TEORI DAN MODEL KURIKULUM DALAM KONTEKS


KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

 SINOPSIS

 HASIL PEMBELAJARAN
membandingkan teori - teori kurikulum KHSR
membandingkan model kurikulum KHSR
menghuraikan model kurikukum kebangsaan

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

KANDUNGAN ISI
2.1 Teori - teori kurikulum
Kurikulum KHSR tidak terikat secara nyata dengan mana - mana teori kurikulum
yang utama. Ini adalah kerana teori dan model kurikulum KHSR telah digubal mengikut
acuan Malaysia. Walaupun begitu tidak dinafikan bahawa kurikulum KHSR sedikit
sebanyak dipengaruhi oleh teori kurikulum yang utama tersebut.
Antara beberapa teori kurikulum itu, terdapat empat teori yang penting iaitu:
 Teori Disiplin Mental
 Teori Kurikulum Saintifik
 Teori Fungsi
 Teori Konflik
Teori Disiplin Mental
Ia merupakan teori kurikulum yang terawal. Menurut teori ini kuasa mental boleh
dibangunkan menerusi banyak latihan seperti menghafal.Terdapat dua andaian asas
tentang pembelajaran dan kurikulum :
 Pembelajaran mesti dipaksakan.Justeru,dendaan patut dikenakan sekiranya matlamat
pembelajaran hendak dicapai.
 Kawalan yang ketat perlu dilaksanakan ke atas proses pembelajaran.Dengan
demikian adalah diharapkan intelek pelajar akan bertambah maju peringkat demi
peringkat.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Teori Kurikulum Saintifik


Gerakan pengurusan saintifik telah mula menguasai barat pada awal kurun ke -20
dan tempiasnya turut dirasai oleh disiplin pendidikan.Pengurusan saintifik banyak
bersandar pada konsep kecekapan dan kepiawaian.Kedua-dua unsur inilah yang
menyebabkan peningkatan produktiviti industri dan perniagaan.
Salah satu pengaruh daripada gerakan saintifik ialah pewujudan objektif
pembelajaran dalam bentuk perlakuan .Kaedah ini membenarkan guru mengukur
kemajuan murid beliau seperti mana pengurus kilang mengukur prestasi pekerja beliau.
Teori fungsi
Teori ini beranggapan bahawa peranan asas pendidikan ialah menyebarkan
pengetahuan / kemahiran kepada generasi seterusnya. Pendidikan juga dikatakan
sebagai agen sosialisasi - mengintegrasikan warga ke dalam masyarakat.Dalam hal ini
pendidikan mengambil peranan menyebarkan nilai - nilai teras masyarakat, di samping
bertindak sebagai pengawal sosial.
Sebagai satu agen sosial,pendidikan bertindak menyisihkan anggota masyarakat
menurut merit.Tanpa disedari pelajar cerdas dipilih untuk profesion bergaji tinggi
manakala yang kurang cerdas dilatih untuk profesion kolar biru, contoh dalam sektor
teknikal.
Teori Konflik
Seperti teori fungsi,teori konflik turut memainkan peranan menyisih bukan atas
dasar merit tetapi kelas sosial dan etnik.Secara tidak langsung teori ini beranggapan
status quo akan dapat dikekalkan dalam struktur masyarakat.Kelas pekerja kekal pada
lapisan bawah sosial manakala golongan berkemampuan kekal pada lapisan atas
masyarakat.
2.2 Model - model kurikulum
 Model Tyler ( 1949 )
 Model Kurikulum Kebangsaan
Model Tyler
Dalam tahun 1949 Tyler telah menyarankan idea yang berkaitan dengan
pembangunan kurikulum.Hasil kerja beliau telah menjadi asas kepada kebanyakan
kurikulum didunia.Walaupun agak lama idea itu dikemukakan, ia nampaknya masih
relevan.
Pendapat beliau berkisar kepada empat pertimbangan dalam pembangunan
kurikukum iaitu
1. matlamat dan objektif kurikulum
2. pengalaman pembelajaran yang dikaitkan dengan pencapaian matlamat dan objektif
3. aspek pentaksiran dan penilaian pembelajaran, dan
4. bagaimana aktiviti - aktiviti pembelajaran disusun atur
Model Tyler lebih tertumpu kepada hasil kepada proses pendidikan dan dengan itu
tergolong dalam model produk. Sebaliknya model proses lebih condong kepada kualiti
bagaiamana proses pendidikan dikendalikan ( dengan itu dipanggil 'proses').
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kekuatan model Tyler terletak pada kejelasan hala tuju pendidikan. Ini dapat dilihat
pada matlamat dan objektif pembelajaran yang dipinta.Seterusnya diikuti dengan langkah
- langkah konkrit untuk membawa pelajar ke arah pembelajaran.Pada waktu yang sama,
model ini membawa idea kepada pemeringkatan pelajar dan dengan itu seharusnya
pengalaman pembelajaran perlulah disediakan menurut kesesuaian pelajar.
Model Kurikulum Kebangsaan
Di Malaysia model yang digunakan adalah merupakan acuan setempat dan bersepadu.
Beberapa unsur terbaik kurikulum telah diambil dengan tidak melupakan beberapa unsur
kemalaysiaan.Dalam model kurikulum kebangsaan, elemen - elemen yang
pertimbangkan adalah
5. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
6. Agenda Negara
7. Perkembangan individu
8. Teori pembelajaran
9. Empat tonggak pendidikan UNESCO
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FPK memperakukan bahawa setiap warga mempunyai potensi untuk belajar.Dalam hal ini
KHSR menyediakan ruang kepada murid untuk membuktikan kemampuan mereka untuk
belajar sama ada secara akademik maupun amali.
Agenda negara
Model ini menghalakan konteks pendidikan ke arah Malaysia.Beberapa elemen diambil
kira iaitu sosiobudaya,perpaduan,ekonomi,sains dan teknologi dan ict.
Perkembangan individu
Malaysia dalam rangka menggemblengkan warganya ke dalam jaringan kenegaraan tidak
mengabaikan kehendak - kehendak peribadi.Salah satu unsur itu ialah nilai - nilai murni
yang diterapkan dalam sukatan KHSR.
Teori pembelajaran
Antara teori kontemporari yang dilibatkan dalam model ini kecerdasan pelbagai yang
disarankan Gardner.Jelas dalam praktisnya, murid diberi ruang yang pelbagai
menunjukkan kemampuan belajar dan memahami.
Empat tonggak pendidikan UNESCO
Model kurikulum Malaysia menepati empat tonggak tersebut, iaitu
10. Belajar untuk mengetahui
11. Belajar untuk membuat
12. Belajar untuk hidup bersama
13. Belajar untuk menjadi insan sempurna

Bibliografi
CliffsNotes.com.(9 Disember 2011).Theories of Education.Diakses drp
http://m.cliffsnotes.com/study_guide/,topicArticleId-26957,articleId-26914.html
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 3 PERANCANGAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP


SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Tajuk ini dapat memberi pendedahan dan pemahaman tentang kurikulum dari segi
mendefinisi perancangan kurikulum, membuat keputusan dalam perancangan
kurikulum, mengumpul dan mentaksir data berkaitan sekolah dan mengumpul dan
mentaksir datar berkaitan komuniti.

Hasil Pembelajaran:

1. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk menjelaskan dan


mendefinisi perancangan kurikulum;
2. Menjelaskan dalam membuat keputusan dalam perancangan kurikulum;
3. Menerangkan cara mengumpul dan mentaksirkan data sekolah; dan
4. Menerangkan cara mengumpul dan mentaksirkan data komuniti.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Membuat keputusan dalam perancangan


kurikulum

Perancangan
Kurikulum KHSR Mengumpul dan mentaksir data berkaitan
sekolah

Mengumpul dan mentaksir data berkaitan


komuniti
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

3.1 Definisi Perancangan Kurikulum

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan perancangan kurikulum? Mari


kita teliti maksud terminologi di bawah;

Mari kita lihat asal perkataan perancangan kurikulum dulu…

Perancangan bermakna
”Perancangan bermaksud perbuatan (tindakan, usaha yang dijalankan)
dalam merancang sesuatu.”
(Kamus Dewan Edisi-III, 2002)

Kurikulum bermakna
“Rancangan yang menyediakan semua pembelajaran dengan tujuan
memperolehi maklumat dan objektif pendidikan di bawah bimbingan sekolah.”
(Saylor, Alexander & Lewis,1981)

3.2 PERANCANGAN KURIKULUM

Ransangan boleh wujud dalam suasana sosial atau politik, dalam amali, dalam teori
sains kemasyarakatan atau pemikiran pihak pentadbir, pengajar mahupun pelajar.
Oleh itu, fungsi perancangan kurikulum pada peringkat awalnya ialah untuk
mengetengahkan, menonjolkan, membeza serta menyemarakkan ransangan. Pada
peringkat ke-2, perancangan bertujuan untuk bertindak demi memprogramkan sistem
supaya gerak balas akan berterusan dan sesuai.

3.2.1 Perancangan boleh :


 Menjelaskan setepat sasaran yang sering bergerak dan berubah
(iaitu kehendak amalan yang sering berubah dan juga keupayaan serta
kemampuan para pelajar yang berbeza);
 Mengesan dan memilih kemudahan yang sesuai atau sumber-sumber
dalam persekitaran institusi, universiti, dan dalam masyarakat profesional;
 Merapatkan jurang perbezaan kurikulum yang mungkin mengakibatkan
tindakan yang berat sebelah;
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

 Mengelak daripada pertindihan kurikulum (alasan yang sering diberi ialah


untuk memperkukuhkan pembelajaran);
 Mengelak daripada kepungan(ketempangan) kurikulum atau gerak balas
yang keterlaluan dan tidak begitu mustahak dan sesuai;
 Mengkaji dan memilih kurikulum;
 Menentukan keutamaan dan memilih kurikulum;
 Mengelak dari mengadakan kurikulum yang tidak boleh dilentur;
 Memperbetulkan keutamaan sesudah mendapat makluman balas dalam
Penilaiannya;
 Mentafsir kehendak, keupayaan serta kemampuan fakulti atau
institusi berkenaan;
 Dari itu, mereka mendefinisikan perancangan kurikulum sebagai
satu cara pemilihan kurikulum dan pengatur rancangan sesudah
mendapat segala fakta, data, unjuran dan juga kesesuaian semua nilai-
nilai profesional tanpa melupai segala dinamika infrastruktur institusi yang
sedia ada.

3.3 SIAPA PERANCANG KURIKULUM ?

Orang-orang yang bertanggungjawab dalam pembentukan sesebuah kurikulum ialah


tokoh- tokoh atau ahli-ahli akademik di pusat-pusat pengajian tinggi. Mereka
dikatakan mempunyai banyak pengalaman dan pengaruh yang besar dalam bidang
perancangan dan pembentukan sesebuah kurikulum. Maju dan mundur sistem
pendidikan adalah terletak di bawah orang yang merancang kurikulum.

3.4 PROSES PERANCANGAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

3.4.1 Menentukan Rasional

 Sebab perlunya program diadakan. Contohnya mewujudkan modal


insan yang berkebolehan dan berketrampilan; dan
 Untuk KHSR, program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan
awal mengenai kemahiran yang diperlukan kepada murid-murid di sekolah
rendah.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

3.4.2 Visi

 Merujuk kepada hala tuju yang menjadi matlamat jangka panjang


program mengikut perspektif yang lebih luas.

3.4.3 Matlamat

 Matlamat KHSR bertujuan membolehkan memperolehi kemahiran


praktis berasaskan teknologi keushawanan dan aspek pengurusan diri
supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri.

3.4.3 Objektif

 merujuk kepada komitmen pengurusan dan pentadbiran untuk


mencapai matlamat prestasi serta dalam masa yang telah ditetapkan- di
mana hasil yang dicapai mempunyai hubungan secara;

3.4.5 Untuk KHSR, objektif yang telah digariskan ialah:

 Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam


menyelenggara dan membaiki alat-alatan, perkakas dan mesin mudah;
 Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran dalam bidang
keusahawanan dan pengurusan diri; dan
 Membolehkan murid-murid memupuk minat dalam bidang
urusniaga serta mereka bentuk alat-alatan yang berguna.

3.4.6 Isi pelajaran

 Kandungan mata pelajaran yang releven dengan keperluan masyarakat


selaras dengan dasar dan falsafah kebangsaan; dan
 Untuk KHSR, isi pelajaran yang telah dirancang bertepatan dengan apa
yang ingin dicapai dalam dasar dan falsafah pendidikan kebangsaan
Malaysia.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

3.4.7 Kaedah penyampaian

 Bagaimana isi pelajaran disampaikan dengan lebih berkesan dan


bermakna;
 Contohnya : tunjukcara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran,
main peranan, temu bual, tinjauan dan lawatan; dan
 Ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P).

3.4.8 Keperluan Fizikal / Infrastruktur

 Penyediaan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran seperti bengkel,


bangunan, kemudahan-kemudahan bengkel, kemudahan pengajaran dan
pembelajara (P&P), buku rujukan dan sebagainya;
 Tenaga kerja; dan
 Guru terlatih, pembantu bengkel atau makmal, pembina kurikulum,
Penilai (kertas kerja).

2.5 Eleman-Eleman Penting Dalam Perancangan Kurikulim

Terdapat empat eleman penting yang di usulkan oleh Schwab (1971) dalam
pendidikan iaitu pelajar, guru, mata pelajaran dan persekitaran. Sebagai seorang
perancang mereka perlu mengetahui demografi, gaya pembelajaran, bakat, sikap dan
tahap pencapaian pelajar.

Cuba anda kaitkan eleman peting perancangan kurikulum yang


diusulkan oleh Schwab dengan kurikulum KHSR dan buat perbincangan
berdasarkan huraian sukatan pelajaran KHSR tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

Tyler (1949) dan Taba (1962) telah mencadangkan bahawa perkara yang perlu
diambil perhatian dalam proses merancang kurikulum adalah analisis keperluan.
Adakah keperluan yang dimaksudkan itu benar-benar perlu atau tidak. Contohnya
diperingkat sekolah rendah , kita dapati bahawa pelaksanaan mata pelajaran
Kemahiran Hidup tidak dapat dijalankan
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

dengan sempurna kenapa perkara ini berlaku? Adakah tenaga pengajar tidak
mempunyai kemahiran atau guru yang mengajar bukan dari opsyen KH? Untuk
menyelesaikan masalah ini anda perlu menyatakan sebab-sebab kenapa analisis
keperluan dijalankan terlebih dahulu sebelum merancang sesuatu kurikulum.

Terdapat eleman-eleman penting dalam merancang kurikulum


iaitu :

 Rasional;
 Kajian keperluan;
 Matlamat dan objektif;
 Input daripada ”stakeholder”;
 Ciri-ciri pelajar (target audience);
 Isi kandungan;
 Aktiviti yang berkaitan termasuk latihan industri;
 Jangka masa program;
 Bahan, resos dan infrastruktur;
 Ururan kursus;
 Latihan guru;
 Penilaian;
 Pentadbiran dan kewangan termasuk hubungan dengan pihak industri;
 Kawalan kualiti dan akreditasi; dan
 Ramalan tentang pasaran pekerjaan untuk para graduan.

Manakala menurut Evans dan Herr (1978) telah mencadangkan tiga


perkara iaitu :
 Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan;
 Pelbagaikan opsyen kursus supaya pelajar mempunyai lebih banyak
pilihan; dan
 Pelbagai teknik pengajaran supaya dapat memenuhi pelbagai
gaya pembelajaran pelajar.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Menurut Harmon (1968), terdapat beberapa kategori keperluan yang perlu


dipertimbangkan dalam merancang kurikulum PTV iaitu :

 Kehendak sosial berkisar terhadap apakah bentuk pendidikan atau


latihan yang dikehendaki oleh masyarakat setempat;
 Keperluan sektor pekerjaan faktor ekonomi juga memainkan peranan
yang penting dimana pusat pendidikan perlu peka terhadap permintaan
sektor industri pada masa sekarang dan juga akan datang; dan
 Kos efisien - Pendekatan kos efisien juga perlu diambil kira supaya
pelaburan dalam pendidikan dan latihan memberi pulangan yang optima.

Mari sama-sama kita membuka minda untuk memikirkan tentang eleman-


eleman penting dalam merancang kurikulum sehingga terhasilnya sebuah
kurikulum yang sempurna.

3.6 Membuat Keputusan Dalam Perancangaan Kurikulum

Menurut Hunkins terdapat tujuh fasa dalam membuat keputusan iaitu:

i. Mengkonsepsikan kurikulum dan mendapat kesahan


Menentukan konsep kurikulum yang bakal diterima pakai. Pentingkan
keperluan pelajar dan kurikulum yang dicadangkan perlu mendapat
pengesahan berasaskan keperluan pelajar.

ii. Diagnosis
Melibatkan dua tugas iaitu menterjemahkan keperluan kepada punca atau
sebab dan menjana matlamat dan objektif daripada keperluan. Jika
kurikulum diterima berasaskan kepada keperluan maka matlamat dan
objektif akan ditentukan sebagai panduan atau hasilan.

20
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

iii. Pemilihan kandungan

Melibatkan penentuan ‘apa’ atau isi kurikulum. Kandungan


kurikulum inilah yang akan diajar dan dipelajari oleh pelajar.
Kandungan adalah asas kepada pembinaan kurikulum.
Kandungan mencakupi fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi.
Kandungan juga merujuk kepada proses kognitif yang pelajar
gunakan untuk berfikir, belajar dan menyampaikan pengetahu
dan kemahiran yang mereka perolehi kepada orang lain.

iv. Pemilihan pengalaman


Melibatkan proses instruksi. Dalam proses ini guru harus
menentukan cara menyampaikan kandungan kurikulum kepada
pelajar atau pengalaman pembelajaran yang harus diterima oleh
pelajar. Aktiviti pembelajaran yang boleh menjadikan proses
pembelajaran ceria dan berkesan. Media instruksi yang harus
digunakan ialah buku teks, papan hitam, bahan audio, slaid,
video, hipemedia, internet.

v. Pelaksanaan
Melibatkan pelaksanaan kandungan kurikulum dan proses instruksi.
Dijalankan dua peringkat. Menjalankan ujian perintis kurikulum
untuk mengesah masalah yang wujud dalan sesuatu program.
Mendifusi program yang telah diuji. Sistem pengurusan harus
ditubuhkan untuk memberi pendedahan tentang program baru ini
serta mendapatkan komitmen daripada pelaksana kurikulum dan
instruksi.

vi. Penilaian
Melibatkan penilaian berterusan untuk mendapatkan data
untuk membuat putusan sama ada melanjutkan, membaiki,
meminda atau menamatkan program.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

vii. Pengekalan
Fasa terakhir untuk membuat keputusan tentang pembinaan
kurikulum. Melibatkan kaedah atau cara mengurus supaya kurikulum
itu stabil dan berkesan. Adakah guru diberi latihan dalam
perkhidmatan untuk melaksanakan kurikulum? Adakah
peruntukannya mencukupi untuk membeli dan menyelenggara
peralatan? Adakah penyelia dapat membantu guru
menunjukkan strategi baru untuk melaksanakan program ini?
Adakah agen perubahan memainkan peranan mereka untuk
menyakinkan guru, ibu bapa dan masyarakat tentang program

yang dijalankan. Kurikulum yang tidak disusuli dengan program


pengekalan akan hilang identitinya dan guru tidak merasa terikat
atau komited terhadap program.

Dalam konteks pengambilan keputusan untuk perancangan kurikulum ada


lima tahap yang perlu dilakukan :

a) Mendefinisikan masalah dan mengklarifikasikan beberapa


alternatif pemecahan masalah; tahap ini merupakan tahap
yang cukup kritis dalam mendefinisikan suatu masalah. Pada
tahap ini apabila suatu masalah dapat “didefinisikan dengan
baik” maka pemecahan masalah melalui alternatif yang
mungkin dapat diidentifikasi dan diklarifikasi. Sebagai
contoh, suatu Kolej Komuniti menawarkan 4 program yang
berbeza untuk pendidikan teknologi dan kejuruteraan. Data
mengenai masing-masing keempat program tersebut dapat
dikumpulkan dan diklarifikasi dan dianalisis secara simulasi
untuk memutuskan mana di antara ke empat program tersebut
(jika tidak diambil semuanya) harus diimplementasikan.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

b) Menetapkan piawaian dari masing-masing alternatif ; kalau


pada tahap pertama beberapa alternative diklarifikasi, maka
pada tahap kedua atau selanjutnya adalah membuat standar
dari masing-masing alternatif tersebut. Penetapan standard
akan membantu para pengambil keputusan untuk
menentukan alternatif yang paling mungkin untuk ditawarkan
dan sumber daya apa yang perlu disediakan. Standard akan
membantu para pengembang kurikulum dalam penetapan
dan operasinalisasi dari program Pendidikan Teknologi dan
Kejuruteraan yang berkualiti.

c) Pengumpulan data yang berhubungan dengan sekolah


dan masyarakat untuk didampingkan dengan standard yang
ada; setelah ditetapkan standard pada tahap kedua, data
sekarang dapat diidentifikasi dan dikumpulkan untuk masing-
masing alternatif. Data akan diperlukan untuk
dikumpulkan dari dua sumber iaitu sekolah dan masyarakat.

d) Analisis Data; Pada tahap ke empat, perancang kurikulum


harus menganalisis seluruh data dari standard yang telah
ditetapkan. Pada tahap ini dilakukan mereka akan
merancang; merekabentuk, menganalisis, dan menyediakan
borang yang dapat digunakan pada masa pengumpulan data
nanti. Data akan diproses secara tepat.

e) Memilih alternatif memproses data; Tahap ke lima merupakan


salah satu cara mempersembahkan data dalam menyediakan
kurikulum. Pada tahap ini, beberapa alternatif telah
diabaikan seperti data yang tidak lengkap. Di mana hanya satu
alternatif yang sesuai akan dipilih.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sebelum kita meneruskan lagi proses pembelajaran cuba anda


bayangkan apakah yang dimaksudkan dengan mentaksir data
berkaitan sekolah dan masyarakat (komuniti).

3.7 Pengumpulan Dan Mentaksir Data Berkaitan Dengan Sekolah

Salah satu faktor yang harus diperhatikan oleh para perancang


kurikulum di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah ”school
setting”. Perkara ini harus diperhatikan tujuan utama dari proses
pembelajaran di Pendidikan Teknologi dan Kejuruteraan adalah
mempersiapkan pelajar untuk berjaya sebagai “pegawai” di dunia kerja.
Proses pengumpulan data yang berkaitan dengan sistem yang
mempengaruhi proses pembelajaran disekolah. Terdapat beberapa faktor
berkaitan tersebut iaitu :

a. Tahap keciciran; para perancang kurikulum perlu


memperhatikan tahap keciciran yang secara tidak langsung
menggambarkan kecenderungan minat dari pendidik.

b. Tarikan pada kerjaya / jabatan pekerjaan; untuk menilai


kecenderungan pada kerjaya ini biasa dilakukan dengan cara
melakukan pelbagai ujian yang akan mampu menggambarkan
minat/ kecenderungan peserta terhadap bidang pekerjaan
tertentu. Ujian yang dapat dilakukan antara lain:
standardized achievement test.

c. Tarikan dan keperhatinan ibubapa; penglibatan pelajar


menjadi perkara yang penting dalam menentukan program
pembelajaran di sekolah. Keperhatinan ibubapa sangat
mempengaruhi pemilihan program pendidikan bagi anak-
anaknya. Perancang kurikulum perlu memikirkan penglibatan dari
ibubapa.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

d. Pertambahan lulusan; perancang kurikulum perlu


memperhatikan faktor keluaran lulusan dari univerisiti
terutamanya dalam program Teknologi serta Kejuruteraan
dalam pasaran kerja.

e. Unjuran pasaran kerja masa depan; para perancang


kurikulum perlu memperhatikan kecenderungan pasaran kerja
pada masa yang akan datang. Kecenderungan ini akan
dipengaruhi oleh pelbagai faktor, di antaranya
perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Contohnya adalah perkembangan teknologi maklumat akan


membantu untuk membuka program pembelajaran baru
contohnya ICT atau pembelajaran perlu diorientasikan dengan
memanfaatkan teknologi tersebut.

f. Penilaian terhadap kemudahan; kemudahan memainkan


peranan penting dalam konteks Pendidikan Teknologi dan
Kejuruteraan. Kemudahan yang cukup akan memperkukuhkan
lagi proses pembelajaran. Keluaran lulusan yang dihasilkan
dapat bekerja bagi merealisasikan kemudahan yang ideal dan
sesuai dengan tuntutan pekerjaan yang ada.

3.8 Pengumpulan Data Yang Berkaitan Dengan Masyarakat

a. Keadaan masyarakat; yang dimaksud perkembangan


masyarakat di sini antara lain keadaan geografi sekolah,
kecenderungan jumlah penduduk, dan nilai-nilai masyarakat,

b. Arah dan unjuran bidang pekerjaan; meliputi bidang-bidang


pekerjaan yang paling sesuai dengan perkembangan ilmu dan
teknologi.

c. Keseimbangan “supply-demand” tenaga kerja; para


RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

perancang kurikulum perlu memperhatikan faktor ini, dengan


harapan jumlah lulusan yang dihasilkan disesuaikan dengan
jumlah pekerjaan yang ada sehingga tidak terjadi
pengangguran .

Aktiviti 2

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.


Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam
kelas.

1. Apakah proses yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum


merancang kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah?

2. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, proses membuat keputusan


dalam perancangan kurikulum sebelum kurikulum dihasilkan merupakan
fasa yang penting bagi menentukan penghasilan kurikulum yang baik.
Menurut Ornstein & Hunkins (2004), terdapat beberapa fasa dalam
menentukan membuat keputusan tersebut. Bincangkan fasa-fasa yang
berkenaan.

3. Huraikan lapan ciri proses perancangan kurikulum yang


dikemukakan oleh Finch & Crunkilton (1999).

4. Dengan berdasarkan kepada Finch & Crunkilton (1999), bincangkan


bagaimana anda membuat perancangan kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 4 REKA BENTUK KANDUNGAN KURIKULUM


KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Menganalisis reka bentuk kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.


Seterusnya menentukan kandungan kurikulum, membuat keputusan
kandungan kurikulum, menyediakan matlamat dan objektif kurikulum,
pendekatan DACUM dan analisis tugas.

Hasil Pembelajaran:

1. Menganalisis dan mensintesis maklumat daripada pelbagai


sumber untuk mereka bentuk kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah;
2. Menganalisis kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah;
3. Menganalisis sumber untuk membuat keputusan kurikulum
Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah;
4. Membandingkan matlamat dan objektif kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah
Rendah;
5. Membandinglan pendekatan DACUM dan analisis tugas.

Menentukan kandungan kurikulum

Membuat keputusan kandungan


Reka Bentuk kurikulum
KHSR
Menyediakan matlamat dan objektif
kurikulum
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Pendekatan DACUM dan analisis


tugas

4.1 Menentukan Kandungan Kurikulum

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan penentuan


kandungan kurikulum, mari kita bincangkan berkenaan reka bentuk
kurikulum. Secara amnya, reka bentuk kurikulum haruslah menyediakan
kerangka rujukan asas atau templat bagi merancang rupa bentuk
kurikulum setelah kurikulum itu dibangunkan.

Tahukah anda apakah maksud reka bentuk kurikulum?

Mari kita teliti maksud reka bentuk kurikulum di bawah:

“Reka bentuk kurikulum merujuk kepada persoalan


bagaimana kurikulum ini direka bentuk, khususnya
bagaimana susunan bahagian-bahagian
dalam kurikulum disusun. Bahagian-
bahagian dalam kurikulum adalah terdiri daripada (1)
matlamat, tujuan, dan objektif; (2) kandungan; (3)
pengalaman pembelajaran; dan (4) penilaian.”
(Abdul Rahim, 2007)
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

“Reka bentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu


dikonsepsikan dan penyusunan komponen - komponen
utama kurikulum seperti isi kandungan pelajaran, kaedah dan
bahan pengajaran, pengalaman dan aktiviti pelajar bagi
menyediakan arah dan panduan dalam membangunkan
kurikulum”.
(Ornstein & Hunkins, 2004)

Apakah yang boleh anda rumuskan berkaitan rekabentuk kurikulum


Kemahiran
Hidup sekolah rendah berdasarkan kepada maksud reka bentuk
kurikulum yang
dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins (2004) ?
Apakah hubungan komponen-komponen rekabentuk kurikulum? Cuba
fikirkan
sejenak dengan mengaitkannya dengan kurikulum kemahiran hidup
sekolah
rendah.

Sekolah Rendah berdasarkan kepada maksud reka bentuk


kurikulum yang dikemukakan oleh Ornstein &
Hunkins (2004)?

Apakah hubungan komponen-komponen reka bentuk kurikulum?


Cuba fikirkan sejenak dengan mengaitkannya dengan kurikulum
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Setelah membincangkan komponen-komponen reka bentuk


kurikulum, apakah kandungan kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah?

Yusup (2000) pula menjelaskan bahawa kebanyakan reka bentuk


kurikulum disusun berasaskan kepada tiga jenis reka bentuk kurikulum iaitu:

a) Reka bentuk berpusatkan pelajar;


b) Reka bentuk berpusatkan mata pelajaran;
c) Reka bentuk berpusatkan penyelesaian masalah.

Cuba teliti tiga jenis reka bentuk kurikulum yang dicadangkan di


atas dan bandingkan dengan corak reka bentuk kurikulum yang
dikemukakan oleh Mohd Daud Hamzah (1994) dan jenis reka
bentuk kurikulum yang dikemukakan oleh Ornstein & Hunkins
(2004).

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Mohd Daud Hamzah (1994)


muka surat 57 hingga
92 dan Ornstein & Hunkins (2004) muka surat
245 hingga 265.

Mohd Daud Hamzah (1994) menjelaskan beberapa aspek yang perlu


dipertimbangkan dalam reka bentuk kurikulum iaitu:

 Latar setempat sekolah;


 Guru di dalam sekolah;
 Murid di dalam sekolah;
 Peperiksaan awam;
 Iklim sekolah; dan
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

 Amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah

Manakala Ornstein & Hunkins (2004) pula mengemukakan beberapa


perkara yang perlu dipertimbangkan dalam dimensi reka bentuk kurikulum
iaitu:

 Skop;
 Urutan;
 Kesinambungan;
 Integrasi;
 Artikulasi; dan
 Keseimbangan.

Mari kita analisis perkara-perkara yang dikemukakan oleh Mohd.


Daud Hamzah (1994) dan Ornstein & Hunkins (2004) dalam reka
bentuk kurikulum. Seterusnya, mari kita rumuskan apakah perkara-
perkara yang perlu dipertimbangkan dalam reka bentuk kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Faktor-Faktor Berkaitan Penentuan Kandungan Kurikulum

Pada pendapat anda bagaimana penentuan kandungan kurikulum


dilakukan? Cuba fikirkan !
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Menurut Finch & Crunkilton (1999), faktor-faktor berkaitan penentuan


kandungan kurikulum ialah:
 Masa dan kewangan
 Tekanan dalaman dan luaran
 Keperluan tempatan, negeri, persekutuan,
 Kemahiran diperlukan oleh majikan
 Keprihatinan kandungan pendidikan akademik & vokasional
 Tahap kandungan yang perlu disediakan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat
127 hingga
134

Berdasarkan senario semasa di sekolah, bincangkan sama ada faktor-


faktor berkaitan penentuan kandungan kurikulum yang dikemukakan
oleh Finch & Crunkilton (1999) adalah signifikan dalam konteks
kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Pemilihan Strategi Penentuan Kandungan Kurikulum


Proses pemilihan strategi penentuan kandungan kurikulum adalah rumit.
Tahap kerumitannya bergantung kepada pelbagai tumpuan seperti:

a. Keadaan pendidikan
Keadaan atau tempat bagi kandungan kurikulum
diimplementasikan adalah paling penting untuk dikaji.

b. Keadaan pekerjaan
Aspek keadaan pekerjaan merupakan antara strategi yang
perlu dikenalpasti.

c. Strategi-strategi penentuan kandungan


Strategi penentuan kandungan kurikulum merupakan yang
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

paling penting. Ia berlandaskan kepada (1) asas falsafah; dan


(2)“introspection”.
“Instrospection” digunakan dalam menilai pengetahuan dan
pengalaman dan menggabungkannya dengan kerangka kerja
bagi menyediakan kandungan kurikulum vokasional.
Peranan asas falsafah merupakan yang paling sering
digunakan dalam bidang akademi. Asas falsafah ini akan
dibincangkan selepas ini.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka
surat 134 hingga
1
3
5
.

Asas Falsafah Bagi Menentukan Kandungan Kurikulum

Falsafah memberi kesan dalam menentukan kandungan kurikulum. Ianya


memberikan panduan kepada pembangun kurikulum dalam
menentukan kandungan kurikulum. Kebanyakan kandungan kurikulum yang
dibangunkan adalah berdasarkan kepada falsafah yang dipegang oleh
pembangun kurikulum. Bagi Ornstein & Hunkins (2004), falsafah
menyediakan pendidikan khususnya pembangun kurikulum dengan satu
kerangka kerja bagi menyusun sekolah dan bilik darjah. Lalu menjawab
beberapa persoalan tentang peranan sekolah, subjek yang perlu ditawarkan,
bagaimana pelajar belajar dan kaedah atau bahan yang akan digunakan.
Seterusnya, falsafah dapat menentukan matlamat, kandungan dan
penyusunan proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya, falsafah
merupakan asas kepada kandungan kurikulum.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita mempunyai


Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sila hayati Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di bawah :
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkemba


dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara”

Sehubungan itu, bincangkan peranan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dalam penentuan kandungan kurikulum Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah.

4.2 Membuat Keputusan Kandungan Kurikulum

Setelah mengenalpasti kandungan kurikulum, bincangkan kepentingan


membuat keputusan dalam pembangunan kurikulum.

Proses Membuat Keputusan Berkaitan Kandungan Kurikulum

Terdapat beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh Taba (1962)


berkenaan dengan proses menentukan kandungan kurikulum iaitu:

a. Setakat mana kandungan dalam sesebuah mata pelajaran


sesuai dengan keadaan semasa?
b. Bagaimanakah kepentingan mata pelajaran mengikut
keadaan?
c. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran
menggalakkan proses inkuairi?
d. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran selari
dengan keadaan masyarakat dan kebudayaan?
e. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mempunyai
keluaran dan
kedalaman yang sesuai?
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

f. Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran


membolehkan objektif dicapai?
g. Bolehkah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran dipelajari
oleh
pelajar?
h. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran sesuai dengan
kebudayaan dan norma pelajar?
i. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mengambil kira
kehendak
pelajar?
j. Adakah kandungan sesebuah mata pelajaran mengambil kira
minat pelajar?

Membuat keputusan kandungan kurikulum adalah langkah penting bagi


memastikan suatu membentukan kurikulum itu dapat berjalan dengan lancar.
Terdapat beberapa proses membuat keputusan kandungan kurikulum:

a) Mengenalpasti kandungan kurikulum


b) Mengenalpasti halangan atau limitasi
c) Mengkaji kandungan dengan mempertimbangkan halangan
d) Penentuan kandungan yang baik berdasarkan halangan
bergantu
ng kepada kreativiti pembentuk kurikulum

Bincangkan bagaimana anda membuat keputusan kandungan


kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di tempat anda bertugas.

Mengenalpasti Kekangan Berkaitan Kandungan Kurikulum

Berdasarkan kepada Finch & Crunkilton (1999), proses membuat


keputusan kandungan kurikulum digambarkan seperti di bawah

Kandungan kurikulum = Kandungan kurikulum - Kekangan


Yang boleh digunakan
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kandungan kurikulum yang berpotensi merupakan kandungan yang relevan


kepada pelajar. Manakala kekangan pula merujuk kepada faktor-faktor yang
membataskan yang pengajaran kandungan tertentu.

Antara kekangan berkaitan yang dikenalpasti terhadap kandungan


kurikulum ialah:

a. Pelajar
b. Guru & Staf Sokongan
c. Penyusunan kurikulum
d. Keadaan pekerjaan

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat
162 hingga 165.

Cuba lakukan analisis berkaitan kekangan dalam melaksanakan


kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di
sekolah anda. Fikirkan dan cadangkan penyelesaian yang
difikirkan sesuai.

4.3 Menyediakan matlamat dan objektif kurikulum

Matlamat KHSR dibentuk untuk membantu murid meningkatkan dan


memperkembangkan keupayaan diri mereka melalui kemahiran yang
dikuasai, pemerolehan pengetahuan berasaskan teknologi, keusahawanan
serta pengetahuan diri dan kerja.

Jenis Matlamat Dan Objektif

Matlamat:

 Merupakan tujuan yang luas berkenaan keseluruhan kurikulum


 Bertujuan untuk memberi panduan dan menyediakan asas kepada
perkembangan yang jelas tentang objektif umum dan khusus
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Objektif Umum:
 Sama dengan matlamat iaitu bersifat luas dan tidak terkira.
 Lebih sesuai digunakan dalam kursus pendidikan teknik dan
vokasional, Ataupun muncul dalam sukatan yang khusus dalam
sesuatu kursus

Objektif Khusus:
 Dikenali sebagai objektif perlaksanaan yang tepat untuk
ditunjukkan oleh pelajar di bawah keadaan khusus.
 Menjelaskan dengan baik tahap penerimaan pencapaian dan
keadaan mana pencapaian itu berada.

Penyediaan Matlamat

Terdapat tiga faktor yang perlu dipertimbangkan iaitu:

a. Penglibatan individu
b. Konsisten matlamat kurikulum dengan matlamat yang lain
c. Matlamat dan objektif yang mempunyai kaitan

Penyediaan Objektif

Objektif memudahkan kurikulum kerana tanpa kurikulum, instruksi menjadi


tidak releven dan tidak efektif. Bagi menyediakan objektif yang boleh
diukur, terdapat beberapa faktor yang berkaitan iaitu :
 Identifikasi
 Terminal Objective
 Enabling Objective
 Pemilihan – Kandungan, pelajar, dan sumber
 Klasifikasi
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

 Spesifikasi – Aktiviti, keadaan, dan piawai

Urutan Objektif Dalam Kurikulum

Tahukah anda terdapat beberapa pendekatan urutan objektif kurikulum?


Pendekatan urutan objektif terdiri daripada:
 Urutan berdasarkan perkaitan
 Urutan berdasarkan Klasifikasi Taksonomi – pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, penilaian
 Urutan berdasarkan Pengalaman Pendidikan Praktikal

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat
175 hingga 201.

Sila layari laman web berikut untuk mendapatkan lebih kefahaman


tentang penyediaan matlamat dan objektif kurikulum iaitu:
http://www.natefacs.org/JFCSE/v21no2/v21no2Pickard.pdf
(09/09/09)

4.4 Pendekatan DACUM dan Analisis Tugas

Mari kita kaji pendekatan DACUM dan analisis tugas yang


dikemukakan oleh Finch & Crunkilton (1999) dalam
mengukuhkan kandungan kurikulum. Seterusnya, bincangkan
potensi pendekatan dacum dan analisis tugas dalam
mengukuhkan kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah di tempat anda bertugas.

Pendekatan DACUM

DACUM (Developing A Curriculum) merupakan helaian profil kemahiran


yang menyediakan rancangan kurikulum dan instrumen penilaian bagi
program latihan kemahiran. Pendekatan ini pada awalnya dikembangkan oleh
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

para ahli kurikulum di Kanada. Aplikasi pendekatan DACUM boleh


menentukan kandungan kurikulum dan menjadi panduan bagi proses
menentukan kandungan kurikulum secara sistematik.

Hasil dari pendekatan DACUM adalah suatu Jadual yang menghuraikan


secara ringkas tugas- tugas pekerjaan (outline job duties), kemampuan yang
diperlukan, cara melakukan kerja, alat yang diperlukan, peralatan,
persediaan, bahan dan trenda masa depan berkaitan pekerjaan tertentu
yand terdapat di industri. Jadual analisis dikembangkan melalui suatu proses
bersama- sama pakar khusus di dalam sesuatu pekerjaan, instruktur dan
fasilitator yang akan memandu menyusun jadual tersebut. Jadual ini akan
menjelaskan suatu kurikulum bagi suatu bidang latihan.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Rajah 2: Carta Perkembangan Proses DACUM

Rajah2: Carta Perkembangan Proses DACUM

Dalam DACUM perlu ada elemen yang berikut:

 Hanya pekerja mahir yang layak mendefinasi dan menggambarkan


bidang pekerjaan mereka daripada orang lain.
 Setiap kerja boleh digambarkan dalam bentuk tugasan (task) yang telah
dilaksanakan oleh pekerja dengan jayanya.
 Setiap task mempunyai kaitan lansung dengan pengetahuan dan sikap
yang mesti ada pada pekerja untuk melaksanakan tugasan tersebut
dengan betul.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 140
hingga 146.

Pendekatan Analisis Tugas

Analisis tugas merupakan proses di mana tugas-tugas yang dilakukan


oleh pekerja bagi sesuatu pekerjaan tertentu dikenalpasti dan disahkan.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Dalam pendekatan ini, isi kandungan kurikulum diambil dari tugas-tugas


dalam pekerjaan tertentu yang diambil secara langsung dari deskripsi
pekerjaan atau deskripsi tugas yang sudah mantap. Aktiviti bagi suatu
pekerjaan itu terdiri dari daripada beberapa duti (duty) dan tugas (task) yang
perlu dilakukan oleh pekerja. Duti merupakan segmen yang luas bagi kerja-
kerja yang perlu dilakukan oleh individu bagi suatu jenis pekerjaan. Manakala
tugas (task) pula merupakan unit-unit aktiviti bagi setiap duti.

Dalam melakukan analisis tugas, langkah-langkah yang perlu


dipertimbangkan adalah seperti berikut:

 melakukan kajian literatur dan informasi yang relevan;

 mengembangkan inventori pekerjaan atau jabatan;

 memilih sampel atau contoh pekerja sebagai sumber data;

 melaksanakan tinjauan atau penelitian di lapangan;

 menganalisis hasil tinjauan

Hasil tinjauan bagi analisis tugas, kemudiannya disusun dan diolah sehingga
menjadi bahan acuan dalam penentuan isi kurikulum.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat 146
hingga 153.

Aktiviti 3

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.


Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di dalam
kelas.

1. Definisi bagi elemen-elemen berikut:


a. Reka bentuk kurikulum
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

b. Kandungan kurikulum
c. Pendekatan DACUM
d. Analisis Tugas

2. Huraikan dimensi-dimensi utama dalam reka bentuk kurikulum


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dan bincangkan kenapa dimensi
reka bentuk tertentu mendapat lebih perhatian dalam persekitaran
pendidikan di negara kita.

2. Bincangkan Bincangkan faktor-faktor bagi penentuan kandungan


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

4. Dengan berasaskan kepada Finch & Crunkilton (1999),


bincangkan bagaimana menyediakan matlamat dan objektif kurikulum
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 5 PELAKSANAAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP


SEKOLAH RENDAH

Sinopsis

Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum, menganalisis


pembangunan bahan kurikulum dan pembangunan kurikulum kurikulum untuk
peralihan sekolah ke kerjaya.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghuraikan pelaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah


Rendah;
2. Mengenal pasti bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah
Rendah;
3. Memilih bahan-bahan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah;
4. Menganalisis sumber untuk membangunkan bahan kurikulum
Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah;
5. Menganalisis pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke
kerjaya.

Kerangka Konsep Tajuk 4


RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Mengenal pasti dan memilih bahan-bahan


kurikulum

Pela
ksan Membangunkan bahan kurikulum
aan
Kuri
kulu
m
KHS
R

Pembangunan kurikulum untuk peralihan


sekolah ke kerja

5.1 Mengenalpasti dan Memilih Bahan-Bahan Kurikulum

Kejayaan pelaksanaan kurikulum adalah hasil perancangan kurikulum yang


baik dan berhati- hati. Perancangan mengenal pasti keperluan dan sumber
kurikulum yang diperlukan untuk menghasilkan tindakan yang dikehendaki.
Ia turut melibatkan penentuan tentang bagaimana mentadbir polisi di bawah
tindakan yang dirancang. Pada peringkat pelaksanaan kurikulum, proses
mengenal pasti dan memilih sumber kurikulum iaitu bahan-bahan kurikulum
adalah sangat penting.

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut berkaitan bahan-bahan


kurikulum, mari kita bincangkan terlebih definisi bahan kurikulum.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

“Bahan kurikulum adalah sumber-sumber yang digunakan oleh guru


dalam membantu mengubah tingkah laku yang diharapkan di kalangan
pelajar melalui pelaksanaan kurikulum tersebut”
(Finch & Crunkilton, 1999)

Berdasarkan definisi oleh Finch & Crunkilton (1999), mari kita


fikirkan bahan-bahan kurikulum bagi kurikulum Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah

Jenis-Jenis Bahan Kurikulum

Terdapat tiga jenis bahan kurikulum yang utama iaitu:

a) Bahan bercetak
Bahan bercetak adalah seperti modul, manual dan buku kerja.
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam
kelas, biasanya guru melaksanakan kurikulum secara teori
melalui buku kerja.

b) Bahan audio visual


Bahan audio visual terdiri daripada grafik, transparensi, poster
dan sebagainya. Penggunaan audio visual ini melibatkan
interaksi antara para pelajar dan guru.

c) Bahan manipulatif
Bahan manipulatif terdiri daripada puzzles, games dan
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

simulator. Bahan manipulatif yang digunakan dalam


pembelajaran Kemahiran Hidup adalah peralatan bengkel
seperti gergaji dan mesin-mesin yang terdapat di dalam
bengkel.

Mari kita kaji bahan-bahan kurikulum bagi kurikulum Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah yang terdapat di sekolah kita.
Senarai bahan-bahan
kurikulum itu berdasarkan jenis-jenisnya.

Pemilihan Bahan-Bahan Kurikulum

Pemilihan bahan kurikulum yang sesuai adalah amat kritikal bagi


memastikan pelaksanaan kurikulum dapat dijalankan dengan cekap dan
berkesan. Terlebih dahulu maklumat umum sesuatu bahan perlu diketahui
dengan mengenal pasti deskripsi bahan tersebut. Pentaksiran bidang juga
adalah perlu bagi memastikan keseragaman dengan pelaksanaan kurikulum
yang akan dilaksanakan.

Bahan kurikulum yang dipilih perlu sesuai untuk digunakan oleh semua
murid iaitu tidak bias kepada hanya satu jantina sahaja dan bersesuaian
dengan keadaan semasa dari segi teknologi bagi subjek kemahiran hidup.
Contohnya penggunaan alatan bengkel yang ketinggalan zaman tidak lagi
sesuai digunakan sebagai bahan kurikulum kerana boleh menyebabkan
murid tidak akan dapat mengendalikan mesin-mesin baru yang canggih
lagi moden. Ini kerana murid tersebut tidak diajar denagan asas
menggunakan alatan atau mesin baru tersebut.

Kelebihan dan kelemahan juga perlu diambilkira dalam memilih sesuatu


RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

bahan kurikulum. Penekanan guru yang lebih banyak menggunakan buku


teks membolehkan murid mudah mengingati pembelajaran tetapi akan
menyebabkan murid menghadapi kesukaran apabila mengendalikan mesin
moden kerana kurang diberi pendedahan. Pengalaman dalam bentuk ‘hands
on’ adalah turut diperlukan.

Pemilihan bahan kurikulum bagi pelajar berkeperluan khas juga perlu


disediakan supaya golongan ini diberi peluang untuk berbakti dan
mempunyai kemahiran seperti pelajar normal yang lain. Pemilihan adalah
berlainan dan bergantung kepada ciri-ciri pelajar seperrti mereka yang
mempunyai masalah pendengaran, terencat akal, mempunyai masalah
pendengaran dan sebagainya. Pelajar yang mempunyai masalah
pembelajaran berbeza dengan pelajar kurang upaya. Mereka ini adalah
lambat dalam memahami dan memahirkan diri pembelajaran mereka. Oleh itu,
bahan kurikulum yang sesuai perlu disediakan bagi mereka seperti peralatan
yang mudah digunakan dan tidak terlalu kompleks kerana ciri-ciri mereka yang
lambat untuk belajar. Manakala pelajar yang mengalami kecacatan pula perlu
diambil kira faktor seperti keupayaan fizikal tersebut, kemahiran, personaliti
dan motivasi mereka.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka
surat 205 hingga 220.

Perancangan Untuk Menjaga Bahan-Bahan Kurikulum

Setelah bahan kurikulum dipilih iaitu setelah mengambil kira pelbagai faktor
yang berkaitan maka bahan kurikulum itu perlulah dilindungi atau dijaga.
Bahan kurikulum yang disediakan perlu dilindungi kerana penghasilan bahan
tersebut menggunakan kos yang tinggi dari segi kewangan. Perancangan
yang sistematik perlu dilakukan agar wang yang dilaburkan ke atas bahan
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

kurikulum itu tidak dibazirkan.

Bahan kurikulum tersebut sama ada peralatan-peralatan yang terdapat di


bengkel seperti gergaji dan mesin-mesin atau buku-buku teks serta buku
rujukan dan segala peralatan audio visual mestilah dijaga dengan baik
supaya dapat digunakan dalam tempoh yang optimum. Perancangan jangka
masa pendek dan perancangan jangka masa panjang adalah cara yang
sesuai digunakan bagi melindungi bahan kurikulum. Perancangan ini akan
memastikan bahan

kurikulum terjaga dan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama serta
dapat mengelakkan pembaziran.

Mari kita bincangkan perancangan untuk menjaga bahan-bahan


kurikulum Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah yang terdapat di sekolah.

5.2 Membangunkan Bahan-Bahan Kurikulum

Setelah pemilihan kurikulum dilakukan, maka langkah seterusnya adalah


membangunkan bahan-bahan kurikulum.

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan

Dalam usaha membangunkan bahan-bahan kurikulum, terdapat banyak faktor


yang perlu dipertimbangkan. Antaranya ialah faktor masa dan kepakaran yang
ada. Kepakaran diperlukan untuk membangunkan kandungan kurikulum.
Kepakaran tinggi diperlukan bagi membangunkan bahan kurikulum yang terdiri
daripada mesin-mesin yang canggih.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Faktor kewangan juga terlibat secara langsung kerana penggunaan bahan


kurikulum yang menelan kos yang terlalu tinggi adalah tidak sesuai. Oleh
itu, walaupun sesuatu bahan itu mempunyai teknologi, moden dan terkini
tetapi adalah tidak praktikal jika menelan kos yang terlalu tinggi.

Keputusan Yang Perlu Dibuat

Setelah bahan kurikulum dikenal pasti dan dipilih, maka keputusan untuk
mengetahui apakah bahan kurikulum yang perlu dibangunkan dan kenapa
bahan itu dipilih mestilah dilakukan. Begitu juga dengan keputusan siapakan
yang akan membangunkan bahan kurikulum tersebut. Keputusan untuk
menentukan siapakan yang akan membangunkan bahan kurikulum adalah
penting memandangkan individu atau kumpulan yang membangunkan
bahan kurikulum tersebut perlulah berpengetahuan luas dan pakar dari segi
teknikal mengenai bahan kurikulum tersebut.

Seterusnya, keputusan mengenai bahan kurikulum itu akan dibangunkan


dilakukan. Keputusan yang dilakukan ini banyak bergantung kepada
individu yang terlibat dalam membangunkan bahan kurikulum. Selepas itu,
keputusan tentang bila bahan kurikulum itu perlu dibangunkan akan
dilakukan. Seterusnya pemilihan lokasi yang sesuai juga perlu
ditentukan bagi membolehkan individu atau kumpulan yang
membangunkan bahan kurikulum itu bebas daripada sebarang gangguan.

Pengurusan Dalam Proses Pembangunan Bahan Kurikulum


RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Pengurusan yang baik adalah penting bagi memastikan kualiti bahan


kurikulum yang dibangunkan adalah berkualiti. Akauntabiliti juga
adalah penting. Sekiranya proses membangunkan bahan kurikulum
menerima bantuan daripada Kementerian Pelajaran, maka perlu dipastikan
bahan kurikulum itu bermutu kerana jangkaan daripada Kementerian
Pelajaran terhadap kualiti bahan kurikulum tersebut adalah tinggi. Oleh itu,
sepanjang pembangunan bahan kurikulum, kawalan kualiti perlu adabagi
memastikan produk akhir bahan kurikulum adalah pada tahap kualiti yang
baik.

Penyebaran Bahan-Bahan Kurikulum

Proses pembangunan bahan kurikulum tidak akan sempurna


sehinggalah bahan-bahan kurikulum dapat disebarkan kepada pengguna.
Pengguna bahan kurikulum mungkin terdiri dari kalangan guru atau pendidik.
Penyebaran bahan kurikulum juga perlu
mempertimbangkan faktor geografi. Sebelum penyebaran dilakukan, segala
kos penyebaran perlu diambil kira. Penyebaran bahan kurikulum juga
mestilah menyediakan perancangan program latihan bagi mengguna dan
mengendalikan bahan kurikulum yang dibangunkan. Setelah bahan
kurikulum dibangunkan, maka individu atau kumpulan yang
membangunkan bahan kurikulum perlu sentiasa memperbaharui bahan
kurikulum tersebut agar sesuai dengan perkembangan semasa.

Pada pendapat anda bagaimana bahan-bahan kurikulum


RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah dibangunkan? Apakah


pertimbangan yang telah diambil? Cuba fikirkan dan bincangkan
dengan rakan sejawat anda di sekolah!

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Finch & Crunkilton (1999) muka surat
222 hingga 243.

5.3 Pembangunan Kurikulum Untuk Peralihan Sekolah Ke Kerjaya

Ramai pelajar yang meninggalkan alam persekolahan tidak mempunyai


kemahiran akademik dan kemahiran tentang pekerjaan yang cukup bagi
membolehkan mereka berjaya di tempat kerja atau pendidikan peringkat
pasca sekolah menengah. Sehubungan itu, inisiatif peralihan sekolah ke
kerjaya merupakan suatu pendekatan yang berupaya menangani isu ini.
Walau bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan penstrukturan semula
dalam kurikulum di sekolah.

Mari kita bincangkan inisiatif peralihan sekolah ke kerjaya. Fikirkan


bagaimana kita boleh membantu merealisasikan inisiatif ini melalui
pembangunan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Menurut Finch & Crunkilton (1999), terdapat beberapa


pendekatan lain yang berpotensi membantu membekalkan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran kepada pelajar bagi
memboleh mereka berjaya dalam bidang pekerjaan. Antaranya ialah
pendidikan berasaskan ketrampilan, Tech-Prep dan School-Based
Experience.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Pendidikan Berasaskan Kompetensi (Competency Based Education)

Secara ringkasnya, pendidikan berasaskan kompetensi (PBK) merupakan


sistem pengajaran yang menggunakan proses pembelajaran berasaskan
prestasi. PBK adalah berfokus kepada pelajar dan tempat kerja. PBK
memfokuskan kompetensi bagi keperluan tenaga kerja yang ditentukan oleh
majikan atau profesion. Kompetensi dalam konteks yang berbeza
memerlukan himpunan kemahiran, pengetahuan dan sikap yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut berkaitan PBK, sila rujuk Finch & Crunkilton
(1999) muka surat 253.
Juga sila layari laman web ini
http://www.ceph.org/files/public/Competencies.pdf
(9/9/2009)

Mari kita fikirkan kesesuaian dilaksanakan PBK untuk Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah.

Tech-Prep (Technical Career Preparation)

Tech-Prep merupakan program yang menhubungkan secara kreatif sekolah


tinggi dengan kolej teknikal dan kolej komuniti. Program ini bertujuan supaya
mengetahui asas ilmu teknikal dan mempunyai asas apabila mereka
melibatkan diri dalam institusi pendidikan teknikal.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Untuk maklumat lanjut berkaitan PBK, sila rujuk Finch & Crunkilton
(1999) muka surat
260 - 261.

Juga sila layari laman web ini


http://www.techpreptexas.org/aboutus.html (9/9/2009)
dan http://www.pde.state.pa.us/career (9/9/2009)

School-Based Experience (SBE)

SBE merupakan suatu aktiviti formal yang melibatkan pelajar dalam


menghasilkan barangan atau perkhidmatan kepada orang lain atau masyarakat.
Ia membolehkan pelajar bersedia dalam sektor pekerjaan dengan cara
melibatkan pelajar dalam kegiatan atau aktiviti berkaitan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan PBK, sila rujuk Finch & Crunkilton
(1999) muka surat
261.

Sila layari laman web ini untuk meneroka maklumat lanjut


berkaitan sekolah ke kerjaya :
http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/envrnmnt/stw/sw0.ht
m (9/9/09) dan
http://www.contractor.edu/ (9/09/2009)
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Aktiviti 4

Bentuk kumpulan kecil dan bincangkan soalan-soalan di bawah.


Anda dikehendaki menyediakan peta minta dan bentangkan di
dalam kelas.

1. Huraikan pelaksanaan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah


Rendah dalam sistem pendidikan di Malaysia

2. Bincangkan perkaitan antara perancangan dan pelaksanaan kurikulum.

3. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pelaksanaan


kurikulum.

4. Jelaskan bagaimana anda memilih bahan-bahan kurikulum Kemahiran


Hidup Sekolah Rendah di peringkat sekolah anda.

5. Bincangkan bagaimana anda membangunkan bahan kurikulum untuk


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

6. Huraikan Pembangunan Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah


untuk peralihan Sekolah Kerjaya
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

TAJUK 6 PENILAIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP


SEKOLAH RENDAH

 SINOPSIS

 HASIL PEMBELAJARAN
menghuraikan model- model penilaian kurikulum
menganalisis tujuan dan jenis penilaian kurikulum
 KERANGKA TAJUK-TAJUK


KANDUNGAN ISI
6.1 Model - model penilaian kurikulum
Model menilai kurikulum boleh dikelaskan sebagai terhad atau
menyeluruh.
Dalam model terhad, hanya aspek tertentu atau khusus sahaja yang dinilai .
Antara aspek yang dinilai ialah kesesuaian tenaga pengajar dan infrastruktur.
Berbeza dengan model terhad, model menyeluruh mengambil kira semua
aspek kurikulum yang saling berkaitan.Model CIPP adalah salah satu model
yang popular.

Model CIPP ( Context - Input - Process - Product )


1.Context:Dalam dimensi ini, aspek yang hendak dinilai berkisar sejauh mana
program mencapai matlamat yang mana program dicetuskan.Maka antara
perkara yang akan dianalisis adalah justifikasi terhadap penubuhan program
serta unsur - unsur yang melatari penubuhan program itu
2. Input:Semua sumber yang diperuntukkan bagi menjayakan program akan
dinilai untuk dilihat sejauh mana ia menyumbang kepada kejayaan program.
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

3. Process:Dimensi ini merujuk kepada penilaian terhadap perjalanan


program.Antara perkara yang terangkum dalam dimensi ini ialah keberkesanan
pelaksanaan pengajaran, pembekajaran dan penilaian
4. Product:Sejauh mana hasil daripada kurikulum menepati matlamat program
adalah dinilai dari sudut 'product'.Untuk itu beberapa pendekatan diambil seperti
sejauh mana lulusan satu peringkat pengajian ( contoh sekolah rendah ) dapat
melakukan praktikal ketika sekolah menengah nanti.
6.2 Tujuan dan jenis penilaian kurikulum

Bibliografi

Finch & Crunkilton.(1999).Curriculum Development in Vocational and Technical


Education : Planning, Content and Implementation.USA:Allyn and Bacon

TAJUK 7 PENGURUSAN KURIKULUM

 SINOPSIS

 HASIL PEMBELAJARAN
menjelaskan konsep dan definisi pengurusan kurikulum
menjelaskan pengurusan dalam proses perkembangan kurikulum
menghuraikan pendekatan pengurusan kurikulum

 KERANGKA TAJUK-TAJUK


KANDUNGAN ISI
7.1 Konsep dan definisi pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum merangkum aspek - aspek yang memandu reka
bentuk,kawalan,penyampaian dan pentaksiran kurikulum.Ia boleh diertikan
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

sebagai aktiviti - aktiviti profesional yang melibatkan satu atau lebih unsur
kurikulum (reka bentuk,kawalan,penyampaian dan pentaksiran)
Pengurusan kurikulum boleh terlaksana pada peringkat berbeza. Sebagai
contoh reka bentuk kurikulum berlaku di Bahagian Pembangunan Kurikulum ;
manakala uji rintis bagi kurikulum yang baru dilaksanakan oleh sekolah-sekolah
terpilih dan BPK.
7.2 Pengurusan dalam proses perkembangan kurikulum
Kurikulum berkembang merentasi empat bidang asas iaitu reka bentuk,
penyampaian, pentaksiran dan kawalan.
7.3 Melantik atau membentuk jawatan kuasa
Amatlah sukar untuk seorang pengurus memastikan setiap aspek
kurikulum berjalan dalam keadaan yang lancar dan terselaras.Untuk itu beliau
perlukan bantuan dalam bentuk satu perkumpulan yang dinamai dengan
pelbagai label seperti jawatan kuasa dan panitia.Perkumpulan diberikan peranan
serta bidang kuasa sesuai dengan fungsinya.
7.4 Konsep pengurusan terlibat dengan aktiviti kurikulum
Pengurusan seharusnya terlibat dengan apa sahaja yang melibatkan
kurikulum.Berikut beberapa bidang yang pengurusan perlu ceburi,antaranya :
 Memahami dengan meluas skop dan kehendak kurikulum
 Menyediakan infrastruktur dan bahan kurikulum tertakluk kepada batasan
sumber
 Memantau dan menyelia pelaksanaan penyampaian kurikulum secara
berkala
 Mewujudkan latihan pembangunan staf berkaitan dengan penyampaian
kurikulum dan dimantapkan dari masa ke masa
 Menyampaikan maksud, kehendak dan pelaksanaan kurikulum kepada ibu
bapa dalam peluang yang bersesuaian.
7.5 Pengurus dan pendekatan pengurusan kurikulum
Pengurus kurikulum merujuk kepada semua yang terlibat dalam kejayaan
pelaksanaan kurikulum.Bukan guru besar / pengetua sahaja dipanggil pengurus,
malahan guru biasa di kelas turut digelar sebagai pengurus.Asasnya tanggung
jawab mereka sama, hanya berbeza dari segi skop dan kedalaman.

Bibliografi
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

Curriculum Management Plan . (Februari 2004).Diakses drp


www.cartwrightk12.az.us/parents/.../curr_management_plan.pdf

(Panduan: aktiviti-aktiviti boleh disediakan untuk membantu pelajar


memahami tajuk tertentu, dan 2 latihan ( pengetahuan dan aplikasi) .
Jawapan aktiviti / latihan boleh dihantar kepada pensyarah untuk semakan
melalui emel, OLL atau serahan ketika berkursus di IPG. Jawapan tersebut
perlu disimpan dalam portfolio pelajar sebagai bahan bukti. Aktivit dan
latihan yang diberi perlu mengambil kira beban pembelajaran pelajar.)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CATATAN:

1. ISI PELAJARAN SETIAP TAJUK PERLU MELIPUTI 4 PERKARA DI


ATAS.

2. LAYOUT SETTING MENGIKUT KETETAPAN YANG BERIKUT:


a. FONT : ARIAL
b. SAIZ FONT : TAJUK UTAMA - 14
SUB TAJUK - 12
ISI KANDUNGAN - 12
c. SPACING : 1.5
3. BOLEH MENGGUNAKAN IKON YANG DILAMPIRKAN.

TAJUK 8 INOVASI KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH


RENDAH

 SINOPSIS

 HASIL PEMBELAJARAN
mengenal pasti teori perubahan,teori inovasi dan konsep inovasi dalam
kurikulum
merumuskan faktor - faktor yang mempengaruhi pembentukan dan
perubahan kurikulum

 KERANGKA TAJUK-TAJUK
RBT 3103
KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH


KANDUNGAN ISI
8.1 Teori perubahan,teori inovasi dan konsep inovasi dalam kurikulum
Perubahan membawa maksud berada dalam keadaan yang berlainan
daripada yang asal.
Kurt Lewin adalah salah seorang yang awal menyarankan teori
perubahan .Dalam teori itu beliau berpendapat wujudnya daya yang menolak ke
arah perubahan dan pada waktu yang sama daya setentang cuba menghambat
daya ke arah perubahan tadi.

8.2 Faktor - faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan


kurikulum
Antara faktor yang dikenal pasti adalah:
teknologi
ekonomi
peluang mengakses maklumat

Bibliografi
CliffsNotes.com.(9 Disember 2011).Theories of Education.Diakses drp
http://m.cliffsnotes.com/study_guide/,topicArticleId-26957,articleId-26914.html
BIBLIOGRAFI

( IKUT FORMAT APA)


Rujukan

Anderson, A., Gormley, H., & Hemsworth, D. (2004). An outline guide for
teacher: NVQs and VRQs at key stage 4, UK: Department for
Education and Skills, Learning and Skills Development Agency.

Bowen, R. (2002)., Design and technology in the primary school, in


Gwyneth Owen-Jackson (ed.), Aspects of Teaching Secondary
Design and Technology: Perspectives On Practice, New York:
Routledge Falmer.

Finch, C.R., & Crunkilton, J. R. (1999). Curriculum development in


vocational and technical: Planning, content and implementation
(5th ed), Boston: Allyn and Bacon.

Queensland Studies Authority (2003). Technology: Initial in-service


materials, Queensland: Queensland Studies Authority

Yusup Hashim (2000). Konsep dan perkembangan kurikulum dan


instruksi, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi
cabaran 2000, Kuala Lumpur: Cetakama

Davies, D., & Howe, A. (2003), Teaching science and design and
technology in the early years, London: David Fulton Publishers.

Department for Education and Employment, & Qualifications and


Curriculum Authority. (1999). The National Curriculum:
Handbook for primary teachers in England key stages 1 and 2,
London: Qualification & Curriculum Authority.

Hope, G. (2004). Teaching design and technology 3 -11: The essential


guide for teachers, London: Continuum.

Ishak Ramly (2003). Inilah kurikulum sekolah. Pahang: PTS Publications


& Distributor.

Lazear, D. (2000). The intelligent curriculum: using multiple intelligences


to develop your student’s full potential. Selangor: Masterpiece
Publication Sdn. Bhd.

Mohamad Daud Hamzah (1993). Penerokaan teori kurikulum, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohamad Daud Hamzah (1993). Liputan kurikulum sekolah, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mok Song Sang (2003). An education course for KPLI (philosopy


education and curriculum development), Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Nicholls, G. H., & Nicholls, A. (1987). Perkembangan kurikulum: Satu


panduan praktis (terjemahan Daud-Hamzah, M & Koh Tsu Koon),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ornstein, A. C., & Hunkins, F. P. (1993). Curriculum foundations:


Principles and issues, Boston: Allyn and Bacon

Owen-Jackson, G. (2002)., ICT in design & technology, in Gwyneth


Owen-Jackson (ed.), Aspects of Teaching Secondary Design and
Technology: Perspectives On Practice, New York: Routledge
Falmer.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Sukatan Pelajaran Kemahiran


Hidup Bersepadu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad (2006).


Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan, Kuala
Lumpur: PTS Professional

Tyler, R. W. (1949). Basic principle of curiculum and instruction,


Chicago: Chicago University

Yahya Emat (2005). Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia,


Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat
PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
(KAJIAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

TN. HJ. MD. ARIF BIN MD. ZIN Kelulusan:


M.Mgt. (Tech), UTM
Pensyarah Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian), UPM
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim, Pengalaman:
Jalan Datin Halimah Pensyarah IPG (14 Tahun)
80350 Johor Bahru. Guru Sekolah Menengah (17 Tahun )

radh2580@yahoo.com

TN. HJ.. ZULKIFLY BIN YUSUF Kelulusan:


B.Tech with Educ. Hons (Mechanical, Eng), UTM,
Pensyarah Diploma Perguruan Khas (Kejuruteraan Mekanikal ) IPG.KPT
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Sijil Perguruan Khas Sekolah Menengah ( PPU ), MPT.
Kota Putra
22200 Besut, Pengalaman:
Terengganu Pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup (9 tahun)
Pensyarah Politeknik ( 7 tahun)
zulkifly@Ipgmksm.edu.my Pensyarah Kolej Komuniti (2 tahun)

EN. IBHRIM BIN HJ. YAJID Kelulusan:


M Ed (Pentadbiran Pendidikan), UTM
Pensyarah, B.Tech with Educ. Hons (Civil. Eng.), UTM
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Diploma (Pengurusan Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan) IAB
Kota Putra Sijil Perguruaan Asas (Binaan Bangunan) MPT
22200 Besut,
Terengganu Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Kemahiran Hidup (11 tahun)
iibhrim@yahoo.com Ketua Unit Kemahiran Teknikal (5 Tahun)
Guru Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (15 tahun)

108 

Anda mungkin juga menyukai