Anda di halaman 1dari 42

PANDUAN

PENDEKATAN BERTEMA
DALAM PELAKSANAAN
KURIKULUM
KEBANGSAAN

N
a
s
Kandungan
RUKUN NEGARA 05 BAB 4: PEMILIHAN TEMA UTAMA, SUBTEMA DAN STRATEGI
PELAKSANAAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PDP 22
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 06
1. Tema Utama dan Subtema 23
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 07
2. Strategi Pelaksanaan 24
BAB 1: PENGENALAN 09
1. Strategi 1 25
1. Definisi Pendekatan Bertema 10
2. Strategi 2 26
2. Rasional 11
3. Strategi 3 27
3. Matlamat 12
4. Kelebihan Pendekatan 13
BAB 5: AKTIVITI PEMBELAJARAN BERTEMA 28
Bertema
5.1 Pendekatan Bertema & Pembelajaran Digital 29
BAB 2: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 14
2.1 Pentadbir Sekolah 14 5.2 Kepentingan Pembelajaran Digital 30
2.2 Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia 15 5.3 Contoh Aktiviti Pembelajaran 31
2.3 Guru Mata Pelajaran 16 5.3.1 Contoh Pelaksanaan Aktiviti I 32
2.4 Guru Pendidikan Khas (PK) 17 5.3.2 Contoh Pelaksanaan Aktiviti II 33
2.5 Peranan Ibu Bapa atau Penjaga 18 5.3.3 Contoh Pelaksanaan Aktiviti III 34
2.6 Peranan Murid 19
BAB 6: PENTAKSIRAN 35
BAB 3: PENGOPERASIAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP 20 BAB 7: SOALAN LAZIM 36
3.1 Jadual Waktu 20
3.2 Peruntukan Masa Mata Pelajaran 20
3.3 Langkah-Langkah Melaksanakan Pendekatan Bertema 21
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta


550)
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

Kurikulum Kebangsaan

(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,
rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996


[PU(A)531/97]
BAB1: PENGENALAN
Kurikulum berasaskan standard yang mula dilaksanakan pada tahun 2011, melibatkan perubahan kandungan,
kemahiran dan nilai serta elemen merentas kurikulum selaras dengan perkembangan global. Perubahan ini
menuntut guru merancang dan mereka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggalakkan
pembelajaran bermakna serta selari dengan minat, situasi dan cara murid belajar.

Salah satu cabaran dalam pembelajaran ialah keupayaan murid menghubung kait maklumat yang diperoleh
dengan kehidupan harian. PdP yang sangat bertumpu kepada penguasaan kandungan mata pelajaran melalui
kaedah menghafal atau mengingat konsep dan fakta berkemungkinan menyebabkan murid kurang menggunakan
keupayaan berfikir dan kurang berpeluang membuat hubung kait antara kandungan pelajaran dengan kehidupan
harian. Kaedah menghafal fakta merupakan satu strategi yang sering digunakan untuk membantu murid
mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun dengan kaedah ini, tidak bermakna murid berupaya
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan
harian. Berdasarkan kajian, murid berupaya menguasai pengetahuan dengan baik apabila belajar dalam konteks
keseluruhan yang koheren kepada mereka dan berupaya menghubung kait apa yang dipelajari dengan dunia
sebenar (Saraswathi & Stanly, 2018).

Elemen kesepaduan kandungan pelajaran dengan konteks sebenar dalam kehidupan murid di bawah satu-satu
tema akan membolehkan pembelajaran yang lebih bermakna dalam kalangan mereka. Pendekatan bertema dalam
PdP memberi peluang kepada murid membuat perkaitan apa yang dipelajari dengan pengalaman sebenar dalam
kehidupan harian mereka. Ini membolehkan murid menguasai pelajaran melalui pemahaman yang mendalam, dan
bukan melalui kaedah hafalan semata-mata.

BPK, KPM 9
1.1 Definisi Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema ialah kaedah PdP yang menggunakan satu tema yang bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan
ini menggunakan tema bagi mewujudkan PdP yang aktif, menarik, mendalam dan bermakna. Pendekatan bertema juga menggalakkan murid berfikir secara
kreatif dan kritis serta mengembangkan kebolehan kognitif melalui pemikiran idea-idea baharu. Pendekatan ini menekankan pengajaran konsep yang diajar
secara bersepadu di bawah satu tema dan melibatkan pengintegrasian atau kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai dari beberapa disiplin ilmu.
Kesepaduan ini membolehkan pembelajaran yang bermakna dan mendalam apabila murid berupaya membuat penerokaan serta hubung kait kandungan
pelajaran dengan kehidupan harian dan dunia sebenar. Pendekatan ini berupaya memberi keseronokan belajar, meningkatkan minat, motivasi, keyakinan
dan penglibatan murid. Hasilnya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat (Triyanto, 2011).

Kaedah PdP Kesepaduan Ilmu Kesesuaian Pembelajaran


dan pembelajaran tema bermakna dan
mendalam menyeronokka
n
Satu kaedah PdP Pengetahuan, kemahiran Tema yang dipilih
yang menggunakan dan nilai dari beberapa bersesuaian dengan minat, Pembelajaran melibatkan
tema. disiplin ilmu. persekitaran latar belakang, hubungan kandungan mata
masa dan tahap pelajaran dengan kehidupan
perkembangan murid. harian murid dan dunia
sebenar.

10 BPK, KPM
1.2 Rasional
Tinjauan BPK 2019
KSSR (Semakan 2017)
 Tahap pemahaman guru: tinggi 0 0 Gelombang 3 PPPM:
 Keluwesan
KSSM Menengah Rendah
 Tahap pemahaman guru: 1 Pelaksanaan Gelombang 3 3  Alternatif
KSSR (Semakan Pelan (kepada guru dalam
sederhana tinggi
2017) dan KSSM Pembangunan mempelbagaikan kaedah
lengkap satu Pendidikan
pelaksanaan kurikulum)
kitaran Malaysia (PPPM)
2013 – 2025
Sekolah Rendah:
 Pemansuhan UPSR
Aktiviti bawah pendekatan Memperkasakan Elemen Merentas Kurikulum:
Memperkasakan
bertema - kaedah alternatif Pelaksanaan  Pembelajaran digital
Pentaksiran Bilik
dalam pentaksiran bilik darjah. Elemen Merentas Bantu murid membuat perkaitan:
Darjah (PBD)
Menengah Rendah:
Kurikulum (EMK)
0  antara disiplin ilmu yang
 Perkasa penguasaan konsep 0 dipelajari
 Aplikasi pengetahuan & 4  dengan dunia sebenar
kemahiran; 2 secara
 Persediaan ke menengah atas. kontekstual.

BPK, KPM 11
1.3 Matlamat

Pendekatan bertema dalam PdP


bermatlamat memberi peluang kepada guru
untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih
berkesan dan membolehkan murid belajar
dengan lebih bermakna, mendalam serta
berupaya mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam kehidupan harian
dan dunia sebenar.

12 BPK, KPM
1.4 Kelebihan Pembelajaran
Amalan Pembelajaran
Pendekatan Bermakna
Penyerapan pelbagai disiplin
PdP Menyeronokkan
Wujud suasana pembelajaran
Kendiri
Murid membuat penerokaan
Bertema ilmu dan peluang murid kondusif yang berkaitan dengan berkaitan kandungan pelajaran
membuat hubung kait persekitaran serta di bawah satu tema.
pengetahuan, kemahiran dan menyeronokkan.
Terdapat beberapa nilai dengan dunia sebenar
kelebihan
pendekatan bertema adalah tinggi.
dalam
PdP kepada
murid. Kemahiran Komunikasi Pemikiran Aras Tinggi
Antaranya ialah:
Meningkatkan kemahiran Membangunkan daya imaginasi,

interpersonal dan intrapersonal kreativiti dan pemikiran kritis.

melalui perkongsian dalam


pelbagai aktiviti. Menyemai
nilai murni dan memupuk
perpaduan.

BPK, KPM 13
BAB 2: PERANAN DAN 2.1 Pentadbir Sekolah
TANGGUNGJAWAB
PGB, PK dan GKMP atau KP perlulah terlebih dahulu memahami apakah yang
Peranan dan tanggungjawab setiap pihak dimaksudkan dengan pendekatan bertema dan bagaimana pendekatan ini boleh
yang terlibat dalam pelaksanaan dilaksanakan dengan berkesan.
pendekatan bertema adalah penting bagi  Pentadbir menyampaikan hasrat ini kepada semua warga sekolah termasuk
memastikan kejayaan dan
ibu bapa supaya pendekatan ini dapat dilaksanakan secara optimum.
kebolehlaksanaannya. Pihak yang terlibat
 Satu perancangan strategik bagi memastikan latihan dalaman berbentuk
di peringkat sekolah ialah pentadbir iaitu
komuniti pembelajaran profesional (PLC) secara berterusan atau program
pengetua atau guru besar (PGB), guru pementoran wajar dijalankan demi meningkatkan keupayaan guru
penolong kanan (GPK), guru kanan mata menggunakan pendekatan ini.
pelajaran (GKMP), ketua panitia (KP) dan  Pentadbir menyediakan ruang perbincangan seperti bengkel kerja atau diskusi
guru. PGB dan GPK bertanggungjawab profesional supaya guru dapat berbincang dan menyediakan RPT serta
menerajui perbincangan bagi pelaksanaan pemetaan standard pembelajaran yang sesuai berdasarkan tema yang telah
pendekatan bertema di peringkat sekolah. ditentukan. Proses ini perlu dilaksanakan secara muafakat supaya boleh
merancang dan mereka bentuk kesepaduan pelbagai bidang pengetahuan,
kemahiran dan nilai.

14 BPK, KPM
2.2 Guru Kanan Mata Pelajaran
dan Ketua Panitia
GKMP dan KP semua mata pelajaran berbincang untuk mendapatkan kesepakatan skop bagi setiap tema utama yang telah dipilih
supaya ada kesepaduan bidang i lmu yang akan disampaikan melalui setiap mata pelajaran. Mereka akan menyampaikan hasil
perbincangan (rujuk rajah di bawah) kepada semua guru mata pelajaran.

Menentukan tema KP juga perlu memastikan guru mata pelajaran menyediakan


Meneliti Standard
Kandungan dan utama dan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) berdasarkan strategi
Standard subtema yang
sesuai pelaksanaan yang telah dipilih bersama-sama dengan guru
Pembelajaran yang
hendak dicapai mata pelajaran lain.

Rancangan Pelajaran Harian (RPH) juga perlu disediakan


dengan mengambil kira penggabungjalinan dan hubung kait
Menentukan aktiviti dan Mengenal pasti strategi pelbagai disipli n ilmu di bawah tema utama dan subtema
pentaksiran yang 1, 2 atau 3 (Rujuk
bersesuaian bagi setiap muka surat 22-24) yang berkaitan. Objektif PdP adalah berdasarkan
subtema dan mata pelajaran pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Dokumen Standard
yang berkaitan supaya tidak
ada pertindanan ilmu dalam Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran dan
aktiviti yang dirancang. bukan berdasarkan tema semata-mata.

BPK, KPM 15
2.3 Guru Mata Pelajaran

1 Membentuk jaringan
dengan
guru mata pelajaran lain
Perancangan guru

Pendekatan bertema ini


2 Merancang dan menggunakan tema
yang sama dengan guru mata pelajaran
lain
menggunakan kurikulum dan
bahan sumber sedia ada
termasuk buku teks. Oleh itu ia

3
Mewujudkan kesepaduan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dari memerlukan perancangan dan
pelbagai mata pelajaran di bawah komunikasi antara guru bagi
sesuatu tema mewujudkan penggabungjalinan

4
Mengenal pasti konsep yang serupa kandungan mata pelajaran dan
daripada SP yang hendak dicapai elemen merentas kurikulum
dalam pelbagai mata pelajaran
khususnya PAK-21 dan
pembelajaran digital.

5
Merancang aktiviti yang membolehkan
pembelajaran bermakna dalam
kalangan murid

16 BPK, KPM
2.4 Guru Pendidikan Khas (PK)
Guru PK perlu mengambil kira potensi individu, tahap keupayaan dan kebolehan murid berkeperluan khas (MBK)
yang terdiri daripada pelbagai kategori sebelum melaksanakan pendekatan bertema ini. Guru PK perlu
menyesuaikan strategi PdP, ruang masa, susunan aktiviti dan bahan bantu belajar dengan ketidakupayaan MBK
yang dididik agar pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat diaplikasikan dengan lebih berkesan, bermakna dan
menyeronokkan.

Keluwesan dalam Pendidikan Khas ini terkandung dalam Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013:,
seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada -
…8(1)(c) (i) kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;
(ii) masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti;
(iii) susunan aktiviti; dan
(iv) bahan bantu mengajar.

(2) Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c)


hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas

BPK, KPM 17
2.5 Peranan Ibu Bapa atau Penjaga

Peluang Sokongan Motivasi


Membuka peluang kepada murid Memberi sokongan kepada Memberi motivasi dan
untuk membuat perkaitan disiplin murid dan pihak sekolah memupuk minat murid terhadap
ilmu yang dipelajari secara terutamanya bagi memastikan perkara yang telah dikuasai
mendalam melalui penerokaan. kelangsungan pembelajaran di supaya menjadi lebih tekal
Pembelajaran sebegini memberi rumah seperti menggalakkan dengan mencipta ruang dan
peluang kepada murid untuk murid mengaplikasi kemahiran peluang untuk murid meneroka
menghubung kait perkara yang yang telah dipelajari di sekolah secara lebih mendalam di luar
dipelajari di sekolah dengan dalam aktiviti harian di rumah. bilik darjah.
dunia sebenar mereka kerana
tema utama dan subtema yang
dipilih dekat dengan mereka.

18 BPK, KPM
2.6 Peranan Murid

Pembelajaran seharusnya berpusatkan murid. Oleh itu murid perlu dibimbing dan diberi galakan agar lebih
bertanggungjawab dan aktif sama ada dalam kumpulan atau secara kendiri. Bagi menghasilkan pembelajaran
bermakna, murid perlu:

membuat hubung kait pengetahuan,


membuat rujukan dari
kemahiran dan nilai semua
pelbagai sumber
bidang ilmu sehingga membawa
kepada penerokaan yang lebih termasuk bahan digital.
mendalam.
2
3
melibatkan diri dengan secara
meneroka bidang ilmu 1 aktif dalam semua aktiviti sama
yang dipelajari melalui ada secara berkumpulan atau
tema utama atau pembelajaran kendiri.
subtema yang diberi
secara kendiri atau
bersama rakan tanpa 4
menunggu arahan.

BPK, KPM 19
BAB 3: PENGOPERASIAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP
Pengoperasian pendekatan bertema ini memerlukan persediaan guru sama seperti melaksanakan
PdP menggunakan kaedah atau pendekatan yang lain.

3.1 Jadual Waktu 3.3 Langkah-langkah

Menggunakan jadual waktu sedia ada. Melaksanakan Pendekatan


Bertema
Perancangan pendekatan bertema
3.2 Peruntukan Masa Mata Pelajaran dalam PdP
Peruntukan masa mata pelajaran adalah memerlukan perbincangan guru di dalam panitia
menggunakan peruntukan masa sedia ada yang sama dan di antara panitia atau mata
yang dirancang adalah berdasarkan Standard
seperti dinyatakan dalam surat pekeliling pelajaran yang berbeza. PdP dan pentaksiran
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid
yang sedang berkuat kuasa.
melalui tema. Proses atau langkah pelaksanaan
pendekatan bertema dalam PdP adalah seperti
berikut:

20 BPK, KPM
Langkah-langkah Pelaksanaan
(Menggunakan kurikulum sedia ada)

01 02 03 04 05 06
Memilih tema Menentukan Menyediakan Menyenaraika Menyediakan Menjalanka
utama, strategi (1,2 pemetaan n aktiviti dan RPH n PdP dan
subtema dan atau 3) dan RPT merancang pentaksiran
Standard pentaksiran yang
Pembelajaran berterusan

Pemilihan tema Setelah tema utama RPT disediakan Guru mempelbagaikan RPH disediakan PdP dilaksanakan
utama, subtema dan dan subtema dengan mengambil aktiviti dan memastikan mengikut cara dan mengikut mata
Standard ditentukan, guru perlu kira pelaksanaan setiap mata pelajaran format sedia ada pelajaran masing-
Pembelajaran memilih strategi yang pendekatan bertema melaksanakan aktiviti masing. Pentaksiran
dilaksanakan secara sesuai dan boleh yang berbeza di bawah dilaksanakan
perbincangan dilaksanakan oleh satu tema utama yang sepanjang proses PdP
bersama guru mata setiap guru. Proses 01 sama secara berterusan
pelajaran yang lain boleh diulang
sekiranya perlu

BPK, KPM 21
BAB 4: PEMILIHAN TEMA UTAMA, SUBTEMA DAN STRATEGI
PELAKSANAAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP

Pemilihan tema, kandungan pelajaran dan aktiviti PdP merupakan


komponen yang penting dalam merancang dan melaksanakan
pendekatan bertema. Tema utama yang dicadangkan dalam buku
ini dipilih berdasarkan pemetaan kandungan semua mata pelajaran
dengan tema, domain, atau bidang sedia ada dalam kurikulum
mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah rendah. Selain
itu, penentuan tema utama ini juga adalah berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan dasar serta aspirasi negara seperti
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Dasar Pendidikan
Digital, Dasar Sukan Negara, Kelestarian Global, Pendidikan
Kewangan, Revolusi Industri 4.0 serta Dasar Perpaduan Negara.

22 BPK, KPM
4.1 Tema Utama dan Subtema
Selepas memilih tema utama, guru perlu menentukan Lapan tema utama dicadangkan bagi membantu guru

subtema yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang merancang PdP mereka. Guru boleh menetapkan

hendak dicapai dalam PdP bagi mengecilkan skop dan subtema mengikut minat murid, latar belakang dan

menepati kandungan mata pelajaran. kesesuaian dengan disiplin ilmu yang digabungkan .

Aspek berikut perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tema


utama dan subtema untuk membolehkan penerokaan serta Alam Keselamatan
Sekitar
mewujudkan pembelajaran bermakna:

Sains &
Teknologi
Sesuai dengan SP Kesenian &
Sesuai dengan situasi,
dalam mata pelajaran Kebudayaan

TEMA
masa atau peristiwa yang
yang terlibat. berlaku di persekitaran
murid.
UTAM Sukan &
Permainan
Sesuai dengan
minat dan berkaitan
Kemudahan
mendapatkan bahan dan Kesihatan A
dengan pengalaman sumber untuk PdP
serta kehidupan supaya guru boleh
harian murid. merancang aktiviti yang Ekonomi &
menarik, secara hands- Kewangan
Masyarakat
on dan menyeronokkan.

BPK, KPM 23
4.2 Strategi Pelaksanaan

Strategi
1 Subtema berbeza melalui
Tiga strategi khusus disarankan bagi pelaksanaan beberapa mata pelajaran
pendekatan bertema. Ketiga-tiga strategi ini
memerlukan guru untuk membuat persediaan awal
iaitu perbincangan bersama guru dalam panitia Strategi
Subtema yang sama melalui
yang sama atau panitia berlainan. Guru mengenal 2
beberapa mata
pasti tema utama, subtema dan SP yang hendak pelajaran
dicapai, dan merancang aktiviti supaya boleh
menghubung kait disiplin ilmu yang akan dipelajari
oleh murid serta merancang kaedah pentaksiran Strategi
yang sesuai. Strategi tersebut ialah: 3 Projek melalui Pendekatan Bertema

24 BPK, KPM
4.2.1 Strategi 1: Subtema berbeza melalui beberapa mata pelajaran

Contoh: 1 Subtema 1 Mata Pelajaran I


Muka Bumi Bahasa Melayu

Subtema 2
TEMA 2 Ekosistem &
Mata Pelajaran II
Sains
Biodiversiti
UTAMA:
ALAM
SEKITA Mata Pelajaran III
R
3 Subtema 3
Fauna Bahasa Inggeris

Subtema 4
Tanggungjawab Mata Pelajaran IV
4 terhadap Alam Pendidikan Moral
Sekitar

Nota:

 Mencapai SP dalam mata pelajaran masing-masing.


 Perkaitan melalui aktiviti mata pelajaran terhadap fokus yang sama (contoh: Tanggungjawab manusia terhadap
kelestarian alam sekitar).
 Aktiviti PdP dilakukan secara digital atau bukan digital melibatkan pelbagai media.
 Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan aktiviti yang dijalankan dalam setiap mata pelajaran.

BPK, KPM 25
4.2.2 Strategi 2: Subtema yang sama melalui beberapa mata pelajaran

Contoh: Mata Pelajaran VI: Mata Pelajaran I:


Pendidikan Muzik 6 1 Sejarah

Tema Utama:
Alam Sekitar
Mata Pelajaran V:
Pendidikan Jasmani 5 Subtema: 2 Mata Pelajaran II:
Pendidikan Islam
Haiwan

Mata Pelajaran IV:


Matematik
4 3 Mata Pelajaran III:
Pendidikan Seni
Visual
Nota:

 Mencapai SP dalam mata pelajaran masing-masing.


 Perkaitan melalui aktiviti mata pelajaran terhadap fokus yang sama. Guru boleh memilih jenis haiwan yang ingin dipelajari
mengikut minat dan persekitaran murid.
 Aktiviti PdP dilakukan secara digital atau bukan digital melibatkan pelbagai media.
 Pentaksiran dalam setiap mata pelajaran mengikut aktiviti yang dijalankan.

26 BPK, KPM
4.2.3 Strategi 3: Projek melalui Pendekatan
Bertema
Contoh:
Lisan: Berbincang mengenai punca masalah air terjejas
Mata Pelajaran I
1 Bahasa Melayu
Bacaan: Laporan, artikel, teks deskriptif tentang air
Penulisan: Kertas kerja, laporan
TEMA
UTAMA: Kajian Saintifik:
Alam Mata Pelajaran II Menjalankan kajian tentang tekanan air dan tekanan atmosfera.

Sekitar 2 Sain
s
Kemahiran Saintifik:
Mengaplikasi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif
SUBTEMA:
Air Mata Pelajaran III
Tinjauan:
Meninjau sikap dan amalan rakan-rakan dalam penggunaan air.
3 Pendidikan Moral Penyediaan risalah: Dapatan dari temu bual dan soal selidik digunakan
dalam risalah tentang cara-cara berhemah menggunakan air.

Pernyataan Masalah: Tajuk Projek:


Masalah gangguan bekalan air. Punca Gangguan Air Dan Langkah Pencegahan.

Nota:
 Guru merancang projek yang sesuai mengikut minat murid.
 Guru berbincang dan tentukan bilangan mata pelajaran yang terlibat dalam sesuatu projek.
 Projek dilaksanakan secara berkumpulan
Pentaksiran:
 Guru mata pelajaran yang terlibat perlu berbincang untuk menyediakan rubrik bagi pentaksiran projek secara keseluruhan.
 Murid diberi autonomi menentukan kaedah pembentangan (secara digital atau bukan digital dari pelbagai media)

BPK, KPM 27
BAB 5: AKTIVITI PEMBELA JARAN
BERTEMA
Pendekatan bertema dalam PdP memerlukan perancangan yang rapi supaya terdapat
ruang untuk murid membuat perkaitan tentang perkara yang telah dipelajari dalam
mata pelajaran lain melalui tema yang sama. Guru hendaklah memastikan SP menjadi
objektif utama yang perlu dicapai oleh murid. Tema hanya digunakan sebagai medium
pembelajaran.

Ketika merancang aktiviti pembelajaran, guru mengambil kira kesediaan murid


menerima sesuatu maklumat dan kemahiran yang baharu tanpa mengabaikan minat,
kecenderungan dan tahap perkembangan murid.

Guru memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dengan
menyediakan aktiviti yang mencabar tetapi mampu disertai. Murid perlu memahami
tema dari pelbagai sudut dalam masa yang sama menguasai pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang disampaikan. Guru dan murid boleh bersama-sama meneroka sehingga
memperoleh maklumat baharu.

28 BPK, KPM
5.1 Pendekatan Bertema & Pembelajaran Digital

Dengan kemudahan alat teknologi dan capaian Internet, guru dan murid kini
mempunyai lebih banyak akses kepada sumber maklumat bagi memahami sesuatu
tema yang dipelajari. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam setiap aktiviti
pembelajaran yang dirancang supaya murid dapat mencapai kefahaman yang
mendalam dan bermakna serta dapat mencapai SP yang dihasratkan.

Aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan ini akan menjadikan proses
pembelajaran bertema lebih interaktif serta berpusatkan murid. Suasana pembelajaran
yang ceria boleh meningkatkan minat murid terhadap kandungan yang diajar dan
menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada mereka. Penggunaan
peralatan dan bahan digital akan memperluaskan lagi peluang pembelajaran kendiri
oleh murid.

BPK, KPM 29
5.2 Kepentingan Pembelajaran Digital

KEMENJADIA KAEDAH
MATLAMA
N MURID DIGITAL
T

• Lebih capaian kepada sumber • Berpengetahuan • Pembelajaran Teradun


maklumat • Fasih Digital • Flipped Classroom
• Mencapai Standard • Kewarganegaraan Digital • Tugasan berasaskan teknologi dan digital
Pembelajaran, • WebQuest
• Kritis
lebih mendalam dan • Video dan televisyen
• Kreatif & Inovatif
bermakna
• Kolaboratif • Podcast, dan lain-lain
• Kaedah pembelajaran inklusif dan
• Kemahiran Insaniah (Bergantung kepada infrastruktur di sekolah)
holistik
• Nilai

30 BPK, KPM
5.3 Aktiviti Pembelajaran

Projek Bermain

Penyelesaia
Nyanyian
n Masalah
Murid dibimbing menggunakan
teknologi dan pelbagai media
Main untuk menjalankan aktiviti yang
Kuiz Peranan dirancang. Peluang dan ruang
menggunakan teknologi ini akan
meningkatkan keupayaan murid
dalam pembelajaran digital,
Berdebat seterusnya dapat melahirkan
Bercerita murid yang fasih digital di samping
menguasai kandungan mata
pelajaran masing-masing.
Penyiasatan
Simulasi / inkuiri

Berlakon Lawatan

BPK, KPM 31
Tema : Alam Sekitar
5.3.1 Contoh Pelaksanaan Aktiviti I Subtema : Haiwan
Tahap : Satu
Tahun :1

Bahasa M atematik Bahasa Pendidika Sains


Inggeris n Moral
01 M elay 02 03 04 05
• Bercerita
u • Bermain • Berlakon • Nyanyian • Lawatan
Mengajar ayat seruan Mengajar nombor bulat Murid mempelajari Mempelajari tentang Mempelajari habitat
melalui cerita Arnab dan 1 hingga 100 pelbagai jenis haiwan nilai bertanggungjawab haiwan dalam mata
Kura-kura dalam mata (Matematik) melalui dalam bahasa Inggeris melalui tema haiwan. pelajaran Sains melalui
permainan dam ular sambil melakonkan Mendengarkan cerita lawatan ke Zoo.
pelajaran BM. Murid
yang telah diubah suai watak haiwan teladan “Sang Kancil” Lawatan boleh dibuat
boleh
dengan meletakkan menggunakan boneka. dan menyanyikan lagu secara maya. Murid
mempersembahkan gambar pelbagai jenis tentang haiwan contoh:
Guru boleh merakam boleh mengumpul
cerita Arnab dan Kura- haiwan dalam kotak Bangau oh Bangau maklumat dari laman
lakonan murid dan
kura versi mereka sendiri dam. Murid akan dalam mata pelajaran sesawang dengan
mempamerkannya di
menggunakan pelbagai mengeja nama haiwan laman sesawang Pendidikan Moral. Murid bimbingan guru
media dan teknologi sekiranya terpaksa turun sekolah. boleh menggunakan mengenai habitat
seperti rakaman video, ke kotak bernombor kemudahan Internet haiwan yang tidak
rakaman suara, lukisan lebih kecil. Permainan untuk mencari terdapat di zoo.
boleh dilaksanakan maklumat cara
komik dan sebagainya.
secara digital. memelihara haiwan
tertentu.

32 BPK, KPM
Tema : Alam Sekitar
5.3.2 Contoh Pelaksanaan Aktiviti II Subtema : Haiwan
Tahap : Dua
Tahun :5

Bahasa M atematik Pendidikan Pendidika Sain


Seni Visual n Moral s
01 M elay 02 03 04 05
u Menghuraikan
Membaca petikan dan Menggunakan data Murid membuat
Menghasilkan model tanggungjawab sebagai
maklumat tentang tidak terkumpul untuk penerokaan Internet
haiwan imaginasi anggota masyarakat
kepupusan haiwan dan memperkenalkan dan untuk mengumpul
daripada bahan-bahan dalam menjaga haiwan
memahami maklumat maklumat berkaitan ciri
menentukan mod, kitar semula yang peliharaan dan haiwan di
tersurat dan tersirat dan tingkah laku khas
median, min dan julat terdapat di persekitaran persekitaran.
dengan menjawab haiwan untuk melindungi
bagi piktograf, carta murid. Melaksanakan
soalan berkaitan diri daripada musuh.
palang dan carta pai. Mempersembahkan hasil tanggungungjawa
petikan dengan betul. Murid menerangkan
Membina piktograf, ciptaan tersebut dalam b sebagai
Membaca dan dapatan penerokaan
carta palang dan carta bentuk video pendek anggota
memahami maklumat mereka melalui skrap
pai bagi data berkaitan dengan menerangkan masyarakat dari
berdasarkan bahan book digital
setiap ciri khas yang aspek
multimedia bagi kepupusan haiwan atau menggunakan MS
terdapat pada model kemandirian spesis
perbincangan berkaitan kemandirian spesis Word/ PowerPoint/
haiwan imaginasi haiwan. Komunikasi
pemeliharaan dan haiwan menggunakan Flipbook (jika ada
tersebut. Murid juga tentang tanggungjawab
pemuliharaan haiwan fail Excel. Murid juga kemahiran). Murid juga
menceritakan tentang sebagai anggota
yang pupus serta mentafsir data dan boleh menghasilkan
pengalaman dalam masyarakat dengan
kemapanan alam menyelesaikan masalah Inshot (video) untuk
penghasilan karya penghasilan bahan
sekitar. tentang data tak berkomunikasi tentang
tersebut. berbentuk digital dan kandungan ini.
terkumpul berkaitan
bukan digital bagi memberi
haiwan. kesedaran kepada
masyarakat tentang
kemandirian spesis. BPK, KPM 33
Tema : Sukan & Permainan
5.3.3 Contoh Pelaksanaan Aktiviti III Subtema : Sukan
Sekolah : Menengah
Tingkatan :2
Pendidikan

01
Bahasa
Melayu
02 Jasmani
dan 03
Pendidika
n 04 Sains
Pendidikan Seni Visual
Mendengar maklumat berkaitan
Kesihatan Mengumpul dan Mengkaji kesan daya
jenis sukan bersama keluarga Melakukan permainan kecil ‘Hantar mengkategorikan rekaan terhadap perubahan bentuk,
melalui aplikasi seperti dan Tangkap Bersyarat’ dalam simbol dan logo dengan kedudukan, kelajuan dan arah
pengetahuan konsep
permainan bola pergerakan
baling. dan
Mengaplikasi melayari internet dan dengan menjalankan
Telegram/ WhatsApp/ TikTok
prinsip mekanik dalam kemahiran asas eksperimen mengukur jarak
dan memberi respons berkaitan mendokumentasikan dalam
hantaran bola seperti aras bahu, atas dan masa menggunakan
apa yang didengar. Membaca kepala, lantun dan sisi dengan
portfolio. Membuat penerokaan
pengumuman dan iklan dan eksperimentasi kaedah balingan/ hantaran
menggunakan daya yang berbeza
berkaitan syarat dan penyertaan bola dengan daya yang
semasa bermain. Syarat permainan menggunakan aplikasi atau
ahli keluarga dalam Temasya berbeza. Menyelesaikan
melibatkan kemahiran hantaran bola Perisian Reka Bentuk seperti
Sukan yang dipaparkan melalui masalah numerical
dan jumlah langkah bergerak yang Photoshop, Adobe illustrator,
pelbagai media sosial seperti dibenarkan semasa memegang bola. menggunakan rumus:
Flash, Autodesk Maya dan Tekanan = Daya / Luas
Berita Online, Blog, Facebook, Permainan kecil ‘Hantar dan Tangkap
lain- lain aplikasi. permukaan, Beban x Jarak
e-mel dan lain-lain. Bersyarat’ bagi kumpulan kecil dirakam
Menghasilkan logo Pasukan Beban daripada fulkrum =
Membina kerangka karangan menggunakan aplikasi TikTok.
Temasya Sukan Keluarga Meneroka kemahiran asas bola baling Sukan Sekolah yang dipilih daya x jarak daya dari
menggunakan MS Words/ yang sesuai digunakan semasa serta mendokumentasinya fulkrum, Momen daya = daya
Power Point/ Key Notes/ Page/ menyerang melalui video perlawanan menggunakan aplikasi seperti (N) x jarak tegak dari pangsi
tulisan tangan dan menghantar dan menyunting video dengan MS Word/ PowerPoint/ Key ke daya (m)
tugasan tersebut melalui e-mel/ menghimpunkan kemahiran kemahiran Notes/ Page/ dan sebagainya.
yang telah dikenal pasti. Mencuba
WhatApps/ Telegram/ pautan
kemahiran yang telah dikenal pasti
DELIMa/ bercetak/ buku latihan.
semasa menyerang dalam permainan
bola baling.
34 BPK, KPM
BAB 6: PENTAKSIRAN

Panduan penilaian (contoh: aktiviti projek)

Pentaksiran bagi pembelajaran bertema Sebelum Semasa


adalah sama seperti pentaksiran pendekatan Bagaimana murid merancang Bagaimana murid
pembelajaran yang lain dan perlu pelaksanaan projek. menguruskan data/
dilaksanakan sepanjang proses PdP. Beberapa aspek seperti
maklu`mat
Pentaksiran ini merupakan Pentaksiran Bilik perancangan, penggunaan
Darjah (PBD) yang berlaku secara bahan atau kaedah ketika melaksanakan
pelaksanaan boleh dinilai. penerokaan. Aspek
berterusan (on-going) bagi semua mata
pelajaran yang terlibat; real time dan autentik komunikasi
iaitu pada masa yang sebenar, suasana boleh dinilai.
yang sebenar dan hasil kerja murid yang
sebenar. PBD perlu direkodkan supaya Selepas Aspek Keseluruhan
prestasi dan pencapaian murid dalam aspek Bagaimana murid
Kolaboratif/ kreativiti/
pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menerangkan inovasi/ penyelesaian
dipantau dari semasa ke semasa. dan masalah/ membuat keputusan
mempamerkan
hasil kerja. Aspek bahasa
boleh dinilai.

BPK, KPM 35
BAB 7: SOALAN LAZIM
Soalan Lazim (FAQ)

1 Mengapakah guru perlu menggunakan pendekatan bertema sedangkan banyak pendekatan lain dalam PdP?

Jawapan:
Pendekatan bertema ialah satu kaedah PdP yang menggunakan tema sebagai medium pengajaran. Penggunaan tema ini
membolehkan penyerapan pelbagai bidang ilmu dan memberi lebih peluang kepada murid untuk membuat hubung kait
tentang apa yang dipelajari melalui tema dengan kehidupan harian atau dunia sebenar. Inilah salah satu kelebi han
pendekatan bertema berbanding pendekatan PdP yang lain. Sila rujuk buku panduan muka surat 10 untuk mengetahui
kelebihan lain dalam pendekatan bertema.

2 Bagaimanakah guru merancang PdP berdasarkan tema utama sedangkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
dalam DSKP tidak disusun mengikut tema utama yang dicadangkan?

Jawapan:
Guru perlu membuat pemetaan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran berdasarkan tema utama yang sesuai.
Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) juga perlu disediakan dengan mengambil kira penyusunan tema utama yang selari
dengan perancangan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

3 Bagaimanakah penyerapan ilmu mata pelajaran dapat berlaku sedangkan tidak semua Standard Pembelajaran dalam mata
pelajaran dapat disampaikan melalui tema yang sama?

Jawapan:
Guru perlu berbincang dengan guru mata pelajaran lain bagi menyediakan pemetaan Standard Pembelajaran berdasarkan
tema utama. Guru perlu memilih mata pelajaran yang mempunyai Standard Pembelajaran yang dapat dicapai di bawah tema
yang sama sahaja. Sekiranya tema utama terlalu umum, guru diberi keluwesan untuk mengecilkan skop kepada subtema
yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Melalui subtema ini penyerapan ilmu mata
pelajaran lain boleh dilaksanakan.

BPK, KPM 37
Soalan Lazim (FAQ)

4 Apakah mata pelajaran yang menjadi subjek utama untuk memastikan penyerapan i lmu dan penggabungjalinan kemahiran
berlaku dalam PdP menggunakan pendekatan ini?

Jawapan:
Tidak ada mata pelajaran yang menjadi subjek utama untuk memastikan penggabungjalinan dan penyerapan ilmu berlaku
dalam PdP. Guru perlu berbincang untuk merancang dan menyusun aktiviti yang boleh dijalankan dalam PdP masing-
masing supaya penyerapan ilmu dan penggabungjalinan kemahiran berlaku semasa murid menjalankan aktiviti.

5 Berapakah bilangan mata pelajaran yang perlu diintegrasikan di bawah satu-satu tema?

Jawapan:
Bilangan minimum mata pelajaran yang boleh diintegrasikan ialah 2 mata pelajaran.

6 Bagaimanakah guru hendak mengajar sesuatu tema sedangkan kurikulum dan buku teks tidak mempunyai tema tersebut

Jawapan:
Guru tidak mengajar tema tetapi sebaliknya guru mengajar kandungan (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran)
mata pelajaran masing-masing. Tema digunakan sebagai medium bagi menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut.

38 BPK, KPM
Soalan Lazim (FAQ)

7 Bahan rujukan seperti buku teks yang disediakan oleh KPM tidak selari dengan tema utama yang dicadangkan.
Adakah buku teks masih boleh digunakan?

Jawapan:
Buku teks masih boleh digunakan kerana kandungannya adalah selari dengan kurikulum sedia ada. Guru boleh
menggunakan sumber rujukan lain selai n buku teks bagi menyokong penyampaian i lmu di bawah satu-satu tema
tersebut.

8
Bagaimanakah pendekatan ini boleh memastikan semua kemahiran boleh digabungjalinkan dan kesepaduan i lmu
berlaku tanpa mengabaikan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira?

Jawapan:
Keluwesan diberikan kepada pihak sekolah untuk menentukan kandungan yang sesuai disampaikan di bawah satu-
satu tema. Pengajaran sesuatu konsep asas dalam mata pelajaran adalah penting dan pihak sekolah boleh
menyediakan satu waktu khusus bagi mengajar konsep asas sesuatu mata pelajaran.

9 Sekiranya sekolah melaksanakan pendekatan bertema ini adakah pendekatan dan kaedah pengajaran yang lain boleh
digunakan?

Jawapan:
Ya, guru masih boleh menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang bersesuaian dengan keperluan muridnya.
Malah pendekatan bertema ini boleh digunakan bersama dengan kaedah lain seperti inkuiri penemuan, projek dan
sebagainya.

BPK, KPM 39
Soalan Lazim (FAQ)

10 Bagaimanakah guru boleh mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran lain untuk berbincang mengenai
perancangan PdP melalui pendekatan ini?

Jawapan:
Pihak sekolah boleh mengatur masa bagi memberi ruang dan peluang untuk guru mengadakan perbincangan melalui
Profesional Learning Community (PLC). PLC ini perlu dimantapkan oleh pihak sekolah dengan memberi fokus kepada
pengurusan kurikulum dan PdP.

11 Adakah pendekatan ini mesti dilaksanakan setiap kali menjalankan PdP?

Jawapan:
Tidak. Pendekatan ini boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian sekurang-kurangnya satu kali setahun mengikut tempoh yang
dirancang.

12 Apakah bahasa instruksional yang akan digunakan semasa pembelajaran bertema ini?

Jawapan:
Bahasa instruksional bagi setiap mata pelajaran masih sama seperti yang dilaksanakan pada masa sekarang.

40 BPK, KPM
Soalan Lazim (FAQ)
13 Adakah semua tema utama mesti dilaksanakan dalam tahun yang sama atau bagi kelas yang sama?

Jawapan:
Tidak. Guru boleh memilih tema utama yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang hendak disampaikan sahaja.
Namun, guru digalakkan menggunakan sebanyak mungkin tema utama yang telah dicadangkan dan mengelakkan
pengulangan tema yang sama.

14 Adakah guru boleh mencipta tema utama yang lain selain dari 8 tema utama yang dicadangkan?

Jawapan:
Ya, boleh. Guru boleh menggunakan tema utamanya sendiri mengikut kesesuaian Standard Pembelajaran dan keperluan
lokalti. Namun, pemilihan tema utama yang baharu hendaklah mengikut panduan pemilihan tema yang disarankan dalam
buku ini. Rujuk muka surat 20

15 Siapakah yang menentukan strategi (Strategi 1, 2 dan 3) yang perlu digunakan oleh guru?

Jawapan:
Guru boleh memilih apa jua strategi (Strategi 1, 2 dan 3) yang sesuai melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran lain.
Guru juga digalakkan mencuba semua strategi yang disarankan. Rujuk muka surat 21

BPK, KPM 41
Soalan Lazim (FAQ)

16 Adakah guru akan diberi latihan bagaimana untuk melaksanakan pendekatan bertema dalam PdP?

Jawapan:
Ya. Guru akan dibimbing oleh SISC+ di daerah masi ng-masi ng. BPK menyediakan Buku Panduan Pelaksanaan
Pendekatan Bertema dalam Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan, Contoh PdP Bertema, video penerangan berkaitan
pendekatan bertema dan slaid pembentangan yang digunakan dalam bengkel latihan sebagai rujukan.

17 Adakah keperluan merombak jadual waktu mata pelajaran untuk memberi ruang pelaksanaan pendekatan bertema ini?

Jawapan:
Tidak. Pelaziman pendekatan bertema ini boleh dilaksanakan mengikut jadual waktu sedia ada dan mengikut jumlah
waktu minimum mata pelajaran sedia ada.

18 Adakah format penulisan RPH perlu diubah dan templat RPH akan dibekalkan oleh BPK?

Jawapan:
Tidak. Guru boleh menulis RPH mengikut format sedia ada.

42 BPK, KPM
PENASIHAT JAWATANKUASA PETUGAS
PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM DI
SEKOLAH
KETUA PENASIHAT: Tn. Haji Azman bin Haji Adnan (Pengarah BPK)

PENASIHAT

1. Dr. Latip bin Muhammad


Timbalan Pengarah Kanan Kluster Dasar, Sains dan Teknologi

2. Pn. Nooraini binti Kamaruddin


Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum

3. Pn. Hajah Nor’aidah binti Nordin


Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik

4. Dr. Azwan bin Abd Aziz


Timbalan Pengarah Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi

5. Pn. Sarina binti Salim


Timbalan Pengarah Sektor Bahasa dan Kesusasteraan

6. Pn. Fazlinah binti Said


Timbalan Pengarah Sektor Sains Sosial

7. Dr. Kashry bin Ab. Rani


Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Khas

8. En. Ramlan bin Haji Abu Talib


Timbalan Pengarah Sektor Kesenian dan Kesihatan

9. Pn. Zurina binti Zulkarnain


Timbalan Pengarah Sektor Prasekolah
JAWATANKUASA PETUGAS
PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PELAKSANAAN
KURIKULUM

PENASIHAT:
Dr. Latip bin Muhammad
11. Kamariah binti Mohd Yassin
PENGERUSI:
Hajah Nor’aidah binti Nordin 12. Kumaresan a/l M. Subramaniam
13. Mazlan bin Awi
AHLI JAWATANKUASA:
1. Arni Suharti binti Mohamed Yasin 14. Mohd. Hafiz bin Baharom

2. Bakhtiar bin Mohd Salleh 15. Nur Haswani binti Mazlan

3. Dayang Nor Ashikin binti Harun 16. Paizah binti Zakaria

4. Dr. Mazlan bin Ismail 17. Ramanathan a/l Nagarathinam

5. Faridah binti Ramly 18. Regina a/p Joseph Cyril

6. Hajah Isnazhana binti Ismail 19. Ruszidah binti Limat

7. Hajah Ida Hairani binti Bakar 20. Siti Aisyah binti Sahdan

8. Hajah Nor Azza binti Ibrahim 21. Siti Sarah binti Mohd. Noor

9. Hajah Oliza binti Omar 22. Tan Huey Ning

10. Hajah Susilawati binti Ehsan 23. Tajul Effandy bin Hassan
BPK KPM
Naskhah Uji Rintis

Terbitan,
Unit Cetak BPK

Anda mungkin juga menyukai