Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN REFLEKTIF AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL

(WOON SUET CHI)

(Kekuatan, kelemahan, cadangan penambahbaikan, pengetahuan baharu dalam konteks


kerja berpasukan)

Bagi aspek kekuatan, semua kerja persediaan dirancang dengan teliti dan teratur dengan
melibatkan semua jawatankuasa teknikal dan agihan kerja adalaj jelas dan adil. Pensyarah turut
turun padang bersama-sama melaksanakan tugasan dan memberi nasihat kepada kita semasa
melaksanakan kerja masing-masing.

Bagi aspek kelemahan adalah masalah kekurangan dan kerosakan peralatan seperti petunjuk
arah tidak mencukupi dan tidak cukup jelas menyebabkan sebahagian kumpulan peserta
menghilang arah semasa larian. Kekurangan alatan seperti hammer dan parang menyebabkan
kerja persesiaan seperti membersihkan trek larian susah dijalankan.

Bagi aspek penambahbaikan, mungkin kita boleh menambahkan petunjuk arah yang lebih
besar dan jelas untuk peserta mudah dapat lihat atau menambahkan penjaga checkpoint untuk
menunjuk arah kepada mereka. Alatan-alatan yang digunakan perlu dikira dan dipinjam dalam
bilangan secukupnya sebelum memulakan kerja.

Pengetahuan yang diperolehi oleh saya sepanjang program road relay kali pertama ini,
membantu saya dalam mengendalikan sesuatu acara dan mengadilinya mengikut peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan. Pengalaman ini cukup bermakna untuk saya gunakan untuk
masa-masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai