Anda di halaman 1dari 3

PENGURUSAN DISIPLIN 1

PENGENALAN

Pengurusan disiplin pelajar adalah satu


Aspek yang sangat penting bagi mewujudkan
suasana yang kondusif dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Pengurusan yang baik dapat mengurangkan


kes-kes salahlaku disiplin pelajar.

Pemupukan yang baik akhirnya dapat


mewujudkan masyarakat Malaysia yang berdisiplin,
bertoleransi, bersatupadu dan harmonis.

DEFINISI DISIPLIN

Peraturan-peraturan yang dipersetujui oleh sesuatu kelompok atau badan masyarakat bagi
mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu.

Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang sama


ada dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.

DASAR DAN PRINSIP

* Keadilan dan layanan sama rata


* Pertimbangan minat dan keperluan murid
* Kebebasan
* Menghormati seseorang individu sebagai seorang manusia
* Perhubungan sesama manusia dan
* Kehidupan harmoni
* Pembinaan disiplin di sekolah hendaklah digerakkan ke arah :
- pembentukan kesanggupan menghormati
dan mematuhi peraturan-peraturan
- Menyedari hak dan tanggungjawab diri
sendiri dan orang lain serta
mengamalkan tingkahlaku yang
diperkenankan oleh masyarakat
- Memberi sumbangan ke arah membaiki
keadaan sekolah keseluruhannya.

J/KUASA MENANGANI ISU BUDAYA NEGATIF DI KALANGAN MURID

yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


telah memperakukan :

“..bahawasanya usaha-usaha perlu dilakukan untuk memperkukuhkan dan memantapkan


Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah supaya lebih cekap dan berkesan. Usaha-usaha
hendaklah dibuat ke arah membangun dan mengembangkan potensi murid secara optimum
supaya dapat mengatasi gejala emosi seperti tekanan (stress). Disamping itu peningkatan
kompetensi dan kemahiran (warden, kaunselor, guru disiplin, guru subjek) perlu dipergiatkan”.

SUASANA YANG PATUT WUJUD DI SEKOLAH


1. Iklim persekolahan
2. Peraturan sekolah
3. Tatasusila profesyen

KEWIBAWAAN DISIPLIN SEKOLAH


– Kewibawaan pihak sekolah adalah terkandung di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran
atau Peraturan-Peraturan Sekolah.
– Peraturan ini bertujuan mengawal semua kegiatan sekolah.

PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN DI SEKOLAH


1- Menerima aduan
2- Kumpul dan dapatkan maklumat
3- Beri sebab (Peluang membela diri
4- Membuat keputusan

TATACARA MENYELESAIKAN MASALAH DISIPLIN


1- Lihat setiap kesalahan secara objektif
2- Wujudkan suasana tenang
3- Beri peluang murid buat penjelasan
4- Jika murid bersalah, bantu murid untuk menyedari kesalahannya
5- Masalah disiplin yang ada kaitan dengan keluarga, salahlaku jenayah, dadah-
maklumkan kepada Guru Besar

SEKOLAH SEBAGAI ‘IN LOCO PARENTIS’


Konsep guru menjadi pengganti kepada ibu bapa dan hendaklah memastikan agar keselamatan
murid diberi penjagaan rapi dan dilindungi daripada sebarang bahaya

HUKUMAN YANG DITEGAH (FIZIKAL)


- berdiri lama di tengah panas
- lari keliling padang
- berdiri lama dalam/luar bilik darjah
- memukul diri sendiri/sesama sendiri
- berdiri di atas kerusi atau meja
- menarik rambut/tarik telinga
- belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
- junjung kerusi/ buku
- cubit
- enjut/ ketuk ketampi/ mendada
- ketuk/sekel kepala
- rampas barang tanpa alasan munasabah - corection tape

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH PIHAK


• Aduan –
Menjadi tanggungjawab Guru Besar menerima aduan mempastikan kebenaran aduan dan
mempastikan kes bersabit atau tidak.
• Siasatan –
Kumpul dan dapatkan maklumat atau bukti-bukti berkaitan kes melalui siasatan. Berdasarkan
siasatan, jika tidak ada prima facie kes digugurkan, manakala tindakan selanjutnya akan
dilakukan jika kes ada prima facie

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL


• Bela diri –
Murid perlu diberi peluang membela diri
untuk membuktikan dakwaan terhadapnya
tidak benar
• Tindakan –
Berdasarkan keterangan(samada murid dapat
membebaskan diri atau tidak) Guru Besar
akan membuat pertimbangan dan dapatan
untuk mengambil tindakan menjatuhkan
hukuman

PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN DISIPLIN


1. PENGENALAN
1.1. Merupakan alat untuk mempertahankan hak individu yang hidup dalam satu kelompok
masyarakat.
1.2. Perkara penting perlu diperhatikan terutama isu berkaitan dakwaan
mahkamah.
1.3. Mengandungi dokumen undang-undang
cth. Akta Pendidikan, Surat Pekeliling.
1.4. Konsep – “In-loco parentis” dan “Duty of care”

TANGGUNGJAWAB PENGETUA / GURU BESAR


2.1. “Vicarious Liability” – bertanggungjawab secara
langsung terhadap semua perkara di sekolah
yang dilakukan oleh warga sekolah terhadap murid.
2.2. Umumnya – mendidik, menjaga dan “duty of care”.
2.3. Penyeliaan di Bilik Darjah – perlu menyelia dan
memastikan keselamatan dan mengambil langkah
proaktif pencegahan serta menyelia dengan kadar
munasabah.
2.4. Pengetua – mengambil maklum dokumen
undang-undang, berkongsi / menyebarluas,
mengingatkan staf secara konsisten dan perlu
memastikan guru mahir / tahu.
2.5. Guru – “In-loco parentis” / tanggungjawab spt. Ibu bapa.
Cuai boleh didakwa.

PROSEDUR TINDAKAN DISIPLIN SEKOLAH


3.1. Tindakan yang betul
a) Diberitahu – kesalahan & hukuman
b) Keterangan bela diri
c) Kemuka Rayuan - didengari
d) Jatuh hukuman dengan adil.
3.2. Rujuk – Buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas
3.3. Elak hukuman – tidak tepat, mendera menjatuhkan maruah & tidak
ikut surat pekeliling ikhtisas

PROGRAM PENINGKATAN DISIPLIN DI SEKOLAH


1 KENALPASTI MASALAH DI SEKOLAH
2 TAHU PUNCA MASALAH
3 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
4 MASALAH
5 PENILAIAN
6 TINDAKAN SUSULAN

CADANGAN MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR


1 PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU
2 PELAN TINDAKAN
3 MEMAHAMI PERMASALAHAN PELAJAR
4 PROGRAM DAN AKTIVITI
5 PEMANTAPAN PENGURUSAN HEM

Anda mungkin juga menyukai