Anda di halaman 1dari 10

APA KATA CIKGU

DOA SEORANG IBU

MEMORI SEORANG GURU MURID BERGADUH, DIPUKUL GURU - NASIB SEORANG GURU... By Yas y on 19 Januari 2012 Murid Bergaduh, Dipukul Guru - Nasib Seorang Guru... Hmmm...ade~ade saja budak sekarang ni. Inilah satu kes terbaru yang mambabitkan kes budak sekolah dipukul guru sebagaimana laporan akhbar Kosmo. Kenyataan budak yang masuk wad itu seolah~olah dia dipukul dengan teruk oleh guru sekolah dia, walhal sebelum tu dia sedang bergaduh dengan rakan dia sendiri. Apakah dakwaan itu benar? Aku harap pihak yang berkenaan dapat menyiasat akan kesahihan dakwaan budak tu. Imej guru sekarang semakin tercemar dek kes kat sana, kes kat sini yang memang senang2 je jadi perhatian akhbar. Aku harap kepada mereka2 yang bergelar guru dan juga pendidik bersabar je la dengan karenah bebudak zaman sekarang. Nak buat camne kan......la ni zaman dah berubah, cikgu.

Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol....[imej dari kosmo]

Adakah bebudak sekarang sama seperti zaman aku dulu? Pastinya tak sama kan....kalau tak percaya, boleh baca testimoni aku sendiri pada entri "pengalaman kena denda di sekolah" yang lalu. Memang dari apa yang aku lihat sekarang, bebudak zaman la ni amat manja dan dimanjakan [okey ke ayat tu?]. Itu yang aku lihat melalui pengalaman aku membesarkan anak2 aku sendiri....

Hari ni pula, datuk si cucu telah memberi kenyataan kepada media...hmm dah 2 hari isu ni keluar dalam media massa. Kepada insan yang bergelar cikgu2 semua, teruskan usaha mulia mendidik anak bangsa menjadi lebih bererti dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Apapun berhati-hatilah dengan tindakan yang anda bakal ambil kepada para pelajar, kerana zaman ini bukan lagi seperti zaman dulu...

APA KATA GURU .APA KATA MURID

ADA AJE JAWAPAN..


Murid : Selamat pagi, cikgu. Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat? Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu! Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid : Selamat sejahtera cikgu! Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, cikgu! Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid : (senyap) Cikgu : Pandai! Murid : Bodoh! Cikgu : Tinggi! Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh! Murid : Dekat! Cikgu : Salah! Murid : Betul! Cikgu : Bodoh! Murid : Pandai! Cikgu : Bukan! Murid : Ya! Cikgu : Oh Tuhan! Murid : Oh Hamba! Cikgu : Dengar ini! Murid : Dengar itu! Cikgu : Diam! Murid : Bising! Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid : Ini ialah jawapan, pandai! Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami! Cikgu : Rotan baru tau! Murid : Akar lama tak tau! Cikgu : Malas aku ajar kamu! Murid : Rajin kami belajar cikgu! Cikgu : Kamu gila! Murid : Kami siuman! Cikgu : Cukup! Cukup! Murid : Kurang! Kurang! Cikgu : Sudah! Sudah! Murid : Belum! Belum! Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat? Murid : Mengapa kami pandai sangat? Cikgu : Oh! Melawan! Murid : Oh! Mengalah! Cikgu : Kurang ajar! Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku! Murid : Kekal kami! Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula! Cikgu : Sudah, bodoh! Murid : Belum, pandai! Cikgu : Berdiri! Murid : Duduk! Cikgu : Bangang kamu ni! Murid : Cerdik kami tu! Cikgu : Rosak! Murid : Baik! Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid : Dilepaskan tengah malam itu! Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

ROTI BAKAR YANG SPECIAL PUNYA


Share

PANJANG AKAL

Anda mungkin juga menyukai