Anda di halaman 1dari 40

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) melibatkan semua pelajar Program Ijazah
Sarjana

Muda

Perguruan

Dengan

Kepujian.

Pelaksanaan

BIG

adalah

berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan


insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model
kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam
semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui
aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenaldiri (real-self) dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh kearah
pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.
Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan
sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di
samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus
globalisasi. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003
mengatakan,

.pendidikan

guru

hendaklah

berterusan

sifatnya

dan

berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan


memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan
profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji
selaras dengan hasrat negara.
Banyak manfaat dan pengetahuan yang diperolehi oleh Pelajar Program
Pensiswazahan Guru ( PPG ) semasa melaksanakan Prorgam Bina Insan Guru (BIG) .
Antaranya ialah Program Bina Insan Guru (BIG) dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk ;
Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan
atau aktiviti,
Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza,
Menilai kesesuaian ciri persenoliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan,

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan,


Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai,
Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah,
Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual)
dan sosial,
Memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan,
Semoga dengan terlaksananya Bina Insan Guru Fasa 6 ini akan dapat melahirkan
Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) khususnya Kohot 2 Ambilan Feb
2012 seorang guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan
yang mantap, memiliki personaliti yang unggul dan berkualiti profesionalismenya,
memiliki daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan
prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru.

KERTAS KERJA
BINA INSAN GURU

NAMA PROGRAM ;
LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING)
SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH
TARIKH :
05 MEI 2014 ( ISNIN )

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN

ANJURAN :
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PETITI

1.0 PENGENALAN

Rancangan Malaysia ke-9 yang telah dibentang oleh mantan Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen telah menegaskan bahawa
pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan
pembanguanan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif serta nilai etika dan moral yang timggi.
Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) disediakan bagi memenuhi keperluan latihan
Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) di Intitut Pendidikan Guru ( IPG ) seluruh
Negara mulai Ambilan Jun 2011 Kohot 1. Justeru bertepatan dengan aspirasi
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan guru yang bersifat holistic dan
abgi memenuhi keperluan Kursus Bina Insan Guru Fasa 6 , Saya sebagai salah
seorang pelajar kohort 2 IPG Kampus Sultan Mizan Besut kursus PSV bersama dengan
warga SK Bukit Petiti telah

merancang membuat

lawatan Penanda Aras

(BenchMarking) ke Sekolah Kebangsaan Kg Dusun, Kuala Berang, Terengganu.

2.0 MATLAMAT

Lawatan Penanda Aras ini merupakan salah satu komponen dalam Bina Insan Guru
( BIG ) Fasa 6 yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar Program
Pensiswazahan Guru untuk melibatkan diri dalam perancangan dan pengelolaan
program dan menyediakan sebuah penulisan refleksi mengenainya dengan mengambil
kira domain kandungan kurikulum kursus ini. Antara yang ditekankan dalam lawatan ini
Penanda Aras ini termasuklah ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim dan
budaya sekolah, infrastruktur dan infostruktur sekolah.
3.0 OBJEKTIF

3.1

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi
kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta
berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara
berterusan ,

3.2

Menunjukkan

keceknaan

terhadap

kepentingan

perkhidmatan

terhadap

komuniti ,
3.3

Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang
berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dan kepelbagaian
budaya ,

3.4

Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak


keguruan ,

3.5

Merancang, melaksana, memimpin program, bertanggungjawab, bekerjasama


dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan ,

3.6

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal,mental, emosi, rohani


(spiritual) dan social ,

3.7

Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan komuniti


pendidikan ,

3.8

Menilai kesesuaian ciri peronaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina
pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan ,

3.9

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan


atau aktiviti.

4.0 TARIKH DAN HARI

Tarikh : 05 Mei 2014

Hari : Isnin

5.0 LOKASI

Sekolah Kebangsaan Dusun, Kuala Berang, Hulu Terengganu

6.0 SASARAN PESERTA

Guru Besar

En Ahmad Suhaimi bin Said

Guru Penolong Kanan Pentadbiran :

En Zainuddin bin Jusoh

Guru Penolong Kanan HEM

En Nor Shafizan bin Husain

Guru Guru SKBP

1.
2.
3.
4.
5.

En Rofiee bin Awang


YM Raja Rosma Wati binti YM Raja Omar
Puan Zanawati bt Zakaria
Puan Faridah bt Mohamad
Puan Suriyani bt Abdul Rashid

7.0 PENGANGKUTAN

Kereta persendirian ( 3 buah )

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

Cenderahati SK Dusun

RM

50.00

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi
Encik Ahmad Suhaimi Bin Said
Timbalan Pengerusi
Encik Zainuddin Bin Jusoh
Timbalan Pengerusi 1
Encik Nor Shafizan Binti Husain
Setiausaha
Puan Zanawati Binti Zakaria
Bendahari
Puan Faridah binti Mohamad
Ahli Jawatankuasa
Encik Rofiee Bin Awang
YM Raja Rosma Wati Binti YM Raja Omar
Puan Suriyani Binti Abdul Rashid

10.0 TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM
LAWATAN PENANDA ARAS ( BENCHMARKING )
SISTEM PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

MASA

0800 Pagi

0830 Pagi

PERKARA

Berkumpul di Tapak

TINDAKAN

Semua guru

Perhimpunan SK Bukit

yang mengikuti

Petiti

program

Bertolak ke SK Kg Dusun

Hulu Terengganu

Semua Guru
yang mengikuti
program

0930 Pagi

0945

Tiba di SK KG Dusun
Suai kenal
Kudapan

Lawatan ke Pusat

Semua Guru
yang mengikuti
program

Sumber SK Kg Dusun
Lawatan ke Bilik Galeri

Semua Guru
yang mengikuti
program

SK Kg Dusun

1015 Pagi

Lawatan ke kelas-kelas
SK. Kg Dusun

Semua Guru
yang mengikuti
program

CATATAN

1100 Pagi

Ucapan Guru Besar SK.

Kg Dusun
Ucapan Guru Besar SK
Bukit Petiti.
Sesi Berdialog dan

Semua guru
yang mengikuti

program
Guru guru SK
Kampung

bertukar-tukar pendapat
Penyampaian

Dusun

Cenderahati
Majlis bergambar
kenang-kenangan.

1215

Menjamu selera

Tengahari

Semua guru
yang mengikuti

program
Guru-guru SK
Kampung
Dusun

11.0 PENUTUP

Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu mata
pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua

pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini direalisasikan


melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester
tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Unit Kokurikulum IPGK.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan memberi pendedahan kepada
pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul, pembina
generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Semoga
dengan terlaksananya Bina Insan Guru

Fasa 6 ini akan dapat melahirkan

Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) khususnya Kohot 2 Ambilan Feb


2012 seorang guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan
keguruan yang mantap, memiliki personaliti yang unggul dan berkualiti
profesionalismenya, memiliki daya ketahanan diri yang tinggi serta aura
keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Oleh itu, kerjasama daripada
semua pihak amat diperlukan untuk menjayakan program ini. Segala
kerjasama, sumbangan dan sokongan amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan Oleh :
Puan Zanawati bt Zakaria
Setiausaha
Program Bina Insan

SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil

Jawatankuasa

Bidang Tugas

01

Penasihat

Menasihati Jawatankuasa dalam


mengambil semua tindakan dan perjalanan
program.

02

03

Pengerusi

Timbalan

Mempengerusikan setiap mesyuarat.

Menandatangani surat berkaitan.

Membantu pengerusi dalam menjalankan

Pengerusi

mesyuarat dan membuat keputusan.

Mengantikan tempat pengerusi sekiranya


diperlukan.

04

05

Setiausaha

Bendahari

Menyediakan surat jemputan mesyuarat.

Menyediakan kertas kerja .

Menyediakan minit mesyuarat.

Membuat pelaporan aktiviti.

Menyimpan peruntukan dan sumbangan


dan mencatatkannya.

Bertanggungjawab membayar dan


mengeluarkan wang untuk tujuan program.

Membuat pelaporan kewangan.

06

Buku Aturcara/Buku

Menyediakan dan membuat aturcara

Program

program dalam bentuk booklet.

Memperbanyakkan aturcara dan


mengedarkan kepada warga SK.Saint
James dan semua peserta.

07

Aktiviti Program

Bertanggungjawab menyediakan aktiviti


yang tersusun rapi.

Bertanggungjawab memastikan aktiviti


berjalan lancer mengikut jadual yang telah
ditetapkan.

09

Jurukamera,Publisiti

dan Dokumentasi

Bertanggungjawab mengambil gambar


setiap masa semasa aktiviti berlangsung.

Menyediakan iklan dan pemberitahuan


tentang seminar.

Menyediakan dokumentasi dan diserahkan


kepada setiausaha untuk pelaporan.

10

11

Kebajikan

Mengurus keselamatan peserta.


Mengurus kebajikan peserta.
Memastikan keselamatan semua peserta

Cenderahati /

Bertanggungjawab menyediakan cenderahati

Keselamatan Dan

Sumbangan

dan peralatan penyampaian cenderahati dan

peralatan Sekolah.

sumbangan peralatan sekolah kepada guru

besar.

Bertanggungjawab semasa penyampaian


cenderahati dan sumbanganperalatan
sekolah.

LAWATAN
KE SK DUSUN
HULU TERENGGANU

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Dusun merupakan antara sekolah

terpenting

yang dibina di daerah Hulu Terengganu. Seawal tahun 1941, sekolah ini telah
diwartakan wujud hasil usaha dan cadangan Penghulu Hitam dan anakanak jati Kampung Dusun. Cadangan ini telah mendapat sokongan dari
pihak kerajaan British pada waktu itu yang telah menyegerakan penubuhan
sekolah tersebut. Guru pertama yang mengajar di sekolah ini dikenali
sebagai Encik Othman.
Bangunan asalnya hanyalah beratapkan rumbia, bertiangkan batang
pinang

dan

berdindingkan

buluh

separuh

terbuka

menjadi

tempat

pembelajaran kepada penduduk-penduduk kampong Dusun, Berkuh (tidak


wujud lagi), Jenagor, Temir, Kuala Pueh dan Pauh. Sistem pembelajarannya
bermula dari darjah satu hingga lima tanpa mengira peringkat umur. Bahan
pembelajarannya hanya menggunakan papan batu dan pensel batu.
Sewaktu pendudukan Jepun ke atas Tanah Melayu, sekolah ini telah
ditutup sehinggalah Jepun menyerah kalah dan dibuka semula pada tahun
1946. Secara umumnya sekolah ini telah dibuka secara rasminya pada tahun
tersebut. Guru Besar pertamanya pada waktu itu ialah Encik Said Bin Daud.
Bilangan murid yang kian bertambah telah menyebabkan bangunan
asal

sekolah

itu

tidak

lagi

mampu

menampung

keramaian

murid.

Justeru, pada tahun 1955, Sekolah Kebangsaan Dusun telah beralih tapak di
atas sebidang tanah kerajaan yang dibina bersebelahan dengan klinik
kerajaan. Sebuah bangunan kayu yang menempatkan tiga buah bilik darjah
telah dibina bagi menampung keperluan ini.
Sehingga kini sekolah ini telah dilihat sebagai sebuah sekolah Melayu
yang telah berjaya melahirkan ramai golongan terpelajar dari daerah Hulu
Terengganu yang menjawat pelbagai jawatan penting di sektor awam dan
swasta.

VISI SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN

VISI
SKD Kompeten Ke Arah Sekolah Terbilang Di Terengganu
Menjelang 2015

MISI
Melahirkan warga cemerlang, berakhlak mulia, berdisiplin
Dan berilmu serta bermaklumat ke arah merealisasikan
wawasan negara

FALSAFAH
Penggabungan ilmu dan amal teras utama bagi melahirkan insan
yang kamil

GAMBAR-GAMBAR SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN

Lawatan ke Pusat Sumber SK Kampung Dusun

Lawatan ke Bilik Galeri SK Kg Dusun

Lawatan ke kelas-kelas SK. Kg Dusun

Persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan kondusif memberi keselesaan dan
mengambarkan rasa sayang dan cinta serta kerjasama yang tinggi di kalangan warga
sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat
mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa kea
rah tercapainya visi dan misi sekolah. Keberkesanan proses pembelajaran dan
pengajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam sebuah
bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , Sekolah Kebangsaan Kampung
Dusun sentiasa memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang
bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah
dipertingkatkan dari masa ke semasa. Untuk mencapai tujuan ini , pertandingan bilik
darjah bersih, ceria dan kondusif dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun
secara berterusan. Pemenang akan diumumkan setiap minggu di perhimpunan rasmi
sekolah. Pemenang sebanyak tiga kali berturut-turut pula akan mendapat hadiah dan
anugerah khas. Usaha ini dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam
keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti proses pembelajaran dan
pengajaran dengan baik dan berkesan. Suasana pembelajaran dan pengajaran yang
baik dan berkesan di kalangan pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan
dalam akedemik dan disiplin pelajar. Hal ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Pondok-Pondok Bacaan

PENCAPAIAN TERBAIK UPSR

ANUGERAH

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )


KE SEKOLAH KEBANGSAAN DUSUN

Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Kohot 1 Ambilan Jun 2011 bagi Kelas
PSV kumpulan 1 dan Kelas PSV Kumpulan 2 telah berada dalam semester enam, dan
untuk semester enam ini kami perlu melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Bina
Insan Guru (BIG) merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang
mesti diikuti oleh semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini
direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam
semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Unit Kokurikulum IPGK.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang
ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul, pembina generasi, pembentuk jati diri dan
role model kepada masyarakat.
Untuk Program ini , Saya sebagai setiausaha Program telah berbincang dengan
Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk membuat Lawatan Penanda
Aras (BenchMarking) Ke Sekolah Cemerlang SK Kampung Dusun, Hulu Terengganu.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kecemerlangan sekolah ini terhadap keceriaan kelaskelasnya di daerah Hulu Terengganu. Mesyuarat pertama telah diadakan,

dan

dipengerusikan oleh Encik Ahamad Suhaimi Bin Said Sebagai pengerusi program.
Dalam mesyuarat pertama ini , Pengerusi telah memohon kepada setiausaha agar
dapat mengedarkan kertas kerja yang kepada sidang mesyuarat agar mereka dapat
menilai, memahami dan memberi respon terhadap perkara yang hendak dibincangkan.
Kertas kerja telah dibentangkan kepada sidang untuk sebarang respond dan
perbincangan. Ahli Jawatankuasa Induk serta Ahli Jawatankuasa Pelaksana telah
dibentuk

untuk

memudahkan

sistem

pengurusan

kelak.

Agenda

yang

turut

dibincangkan ialah anggaran punca kewangan dan anggaran perbelanjaan kewangan.


Cadangan tentatif program telah dibincangkan secara terperinci agar mencapai
matlamat dan objektif.

Mesyuarat

Saya Sebagai selaku setiausaha Program telah menyediakan dan mengurus


surat kebenaran melawat kepada Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan
Kampung Dusun, Hulu Terengganu. Encik Ahmad Suhaimi Bin Said selaku pengerusi
Program telah menghubungi pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun
untuk memastikan Lawatan Penanda Aras (BenchMarking) Sistem Pentadbiran Dan
Pengurusan Sekolah ke Sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar.
Untuk memastikan Program ini berjalan dengan lancer mesyuarat kali kedua
pula telah diadakan dan dipengerusikan oleh Encik Ahmad Suhaimi Bin Said selaku
pengerusi Program. Dalam mesyuarat kedua ini , setiap ahli jawatankuasa diminta
untuk membentangkan persediaan dan persiapan yng telah diusahakan mengikut tugas
masing-masing. Encik Ahmad Suhaimi juga telah membacakan senarai bidang tugas
ahli

jawatankuasa

pelaksanaan

sebagai

rasa

perihatin

terhadap

tugas

dan

tanggungjawab masing-masing. Mesyuarat ini telah berlangsung selama lebih kurang 2


jam bagi membincangkan persediaan yang telah dibuat untuk melaksanakan Program
Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) Ke SK Kampung Dusun, Hulu Terengganu.
pada 05 Mei 2014 bersamaan hari Isnin.
Sebelum bertolak untuk melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras
(BenchMarking) Ke Sekolah Kebangsaan Kampung telah mengadakan perjumpaan
secara tidak rasmi bagi membincangkan persediaan dan persiapan rapi yang telah
dibuat bagi melancarkan pelaksanaan Program Lawatan yang akan dibuat pada
keesokan harinya.
Pada 05 Mei 2014 bersamaan hari Isnin, semua Guru yang mengikuti Program
Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) sama-sama bertolak ke Sekolah Kebangsaan
Kampung Dusun, Hulu Terengganu.
Kami telah selamat tiba di Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun Saint James
Apin-Apin pada sekitar jam 0930 pagi. Rombongan kami disambut oleh barisan Guru
Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Kampung Dusun dengan mesra,
ramah dan dalam suasana harmoni. Kami sangat merasa dihargai dalam suasana

sekolah yang ceria, nyaman dan selesa mata memandang. Rombongan kami telah
dibawa persekitaran SK Kampung Dusun.
Tempat yang mula-mula kami lawati ialah kami telah dibawa melawat Pusat Sumber
Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Pusat Sumber SK KG Dusun

menjadikan

Pusat Sumber ini unik dan istimewa seperti sudut-sudut bacaan di setiap kelas atau
mini pusat sumber yang diwujudkan di setiap kelas serta telah diwujudkan juga Pusat
Sumber Panitia yang mengandungi bahan rujukan untuk setiap panitia matapelajaran.
Bagaimana sistem pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber yang baik. Bagaimana
Organisasinya berfungsi dan berperanan dengan baik dan berkesan. Pengalaman dan
pengetahuan baru yang kami perolehi tentang Pengurusan Pusat sumber akan kami
manfaati untuk Program Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking) ini.
Sekitar jam 010.00 pagi pula, Kami di bawa pula ke bilik galeri Sk KG Dusun. Di
bilik ini Kami melihat pelbagai anugerah yang telah dicapai oelh SK KG Dusun.
Antaranya Ialah pencapaian terbaik UPSR, anugerah sukan bola tampar dan
sebagainya lagi. Di harap apa yang kami lihat dapat memberi semangat kepada kami
untuk lebih maju dalam bidang pendidikan ini.
Bagi meneruskan lawatan ini lagi, kami telah di bawa pula melawat keceriaan
kelas-kelas di sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Semasa proses lawatan ini
banyak

pengalaman

dan

pengetahuan

yang

kami

pelajari.

Antaranya

ialah

keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah adalah berkait rapat


dengan iklim dan suasana di dalam sebuah bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai
kecemerlangan , Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun ini sentiasa memastikan
bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan
keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke
semasa. Untuk mencapai tujuan ini , pertandingan bilik darjah bersih, ceria dan kondusif
dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun secara berterusan. Pemenang
akan diumumkan setiap minggu di perhimpunan rasmi sekolah. Pemenang sebanyak
tiga kali berturut-turut pula akan mendapat hadiah dan anugerah khas. Usaha ini
dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan

seterusnya dapat mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran dengan baik dan
berkesan.
Suasana pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkesan di kalangan
pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akedemik dan disiplin
pelajar . Bagi mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih,
ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras
dengan visi sekolah bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah
warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal. Hal ini adalah sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

Sekitar jam 1100 pagi rombongan kami telah berkumpul di bilik mesyuarat bersama
warga Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Kami telah mendengar ucapan dari
Pengerusi Lawatan Penanda Aras ( BenchMarking ) iaitu Encik Ahmad Suhaimi bin
Said Guru Besar kami dan juga ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung
Dusun iaitu Puan Nurani binti Lebai Abdul. Rombongan kami juga telah menyediakan
dan menyampaikan cenderahati sebagai kenang-kenangan. Kami amat menghargai
keperihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir dan warga Sekolah
Kebangsaan Kampung Dusun. Kami sangat terharu dengan layanan yang mesra, baik
dan sempurna. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berguna untuk kami
manafaatkan

dalam

diri

sendiri

dan

untuk

kerjaya

kami

sebagai

seorang

pendidik.Sudah pastinya aktiviti bergambar adalah perkara wajib bagi program lawatan
seumpama ini sebagai kenang-kenangan yang mungkin tidak akan berulang lagi. Majlis
berakhir dengan jamuan

PENUTUP

Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) Kohot 2 Ambilan Feb 2012 bagi
Kelas PSV perlu melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Bina Insan Guru (BIG)
merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh
semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ). Program ini direalisasikan
melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh
pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Unit Kokurikulum IPGK. Aktiviti-aktiviti yang
dirancang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti
insan guru yang unggul, pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada
masyarakat.
Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) disediakan bagi memenuhi keperluan latihan
Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) di Intitut Pendidikan Guru ( IPG ) seluruh
Negara mulai Ambilan Jun 2011 Kohot 1. Justeru bertepatan dengan aspirasi
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menghasilkan guru yang bersifat holistic dan
bagi memenuhi keperluan Kursus Bina Insan Guru Fasa 6 , Saya sebagai pelajar PPG
telah merancang dengan pentabdir SK Bukit Petiti sebuah lawatan Penanda Aras
( BenchMarking ) ke Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun, di Hulu Terengganu.
Banyak

pengalaman

dan

pengetahuan

yang

kami

perolehi

semasa

melaksanakan Program Lawatan Penanda Aras ( BeancMarking ) ini. Banyak yang


telah kami pelajari dan ilmu pengetahuan ini amat berguna untuk diri kami dan juga
untuk kerjaya kami sebagai seorang pendidik. Kami sangat menghargai jasa baik dan
sikap ramah mesra Guru Besar dan warga Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Di
kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun Hulu Terengganu iaitu Puan Norani binti Lebai
Abdul, Warga Sekolah Kebangsaan Kampung Dusun. Tidak lupa juga jutaan terima
kasih kepada Encik Ahmad Suhaimi bt Said, barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru
Sk Bukit Petiti yang memberi kerjasama di atas Program Lawatan Penanda Aras ini.
Budi baik cikgu-cikgu semua tetap dalam ingatan saya.

Anda mungkin juga menyukai