Anda di halaman 1dari 12

PERANAN GURU PENDIDIKAN

MORAL
DALAM MENCAPAI HASRAT
RUKUNEGARA
Disediakan oleh :
Zanawati binti Zakaria
PPG (PSV) Semester 7 2015

Rukunegara

Latar belakang
Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan
Agong ke-empat pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa
negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13.
satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum
demi keharmonian dan kemakmuran negara
Malaysia
Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) yang memikul
tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara
apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada
16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali
sebagai Peristiwa 13 Mei 1969.

MAGERAN dipimpin oleh Y.A.B Tun


Abdul Razak.
Rukunegara adalah ikrar pegangan
negara yang dijadikan garis panduan
dalam usaha membina negara dan
bangsa Malaysia.

Ikrar Rukunegara adalah seperti berikut:

Maka kami rakyat Malaysia


berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:

Prinsip-prinsip Rukunegara
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN
NEGARA
3.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Objektif Rukun Negara


Rukun Negara mempunyai objektif-objektif seperti
berikut:1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat
2. Untuk memelihara cara hidup demokratik
3. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil
supaya kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama
4. Untuk membentuk satu sikap yang liberal
terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak; dan
5. Untuk membina sebuah masyarakat progresif
dengan menggunakan sains dan teknologi

Peranan guru P. Moral dalam


merealisasikan Rukun Negara
Guru P. Moral haruslah
memperkenalkan kelima-lima prinsip
rukun negara kepada pelajar.
Guru juga perlu bersikap adil dan
sensitif terhadap pegangan agama
pelajar. (Contoh: tidak menyebelahi
atau mempertikaikan agama dan
kepercayaan pelajar.)

Guru menanamkan semangat patriotisme


dalam kalangan pelajar. (Contoh:
menyelitkan elemen sejaran dalam proses
P&P)
Guru menegaskan tentang kepentingan
mematuhi undang-undang. (Contoh:
menggalakkan pelajar mematuhi undangundang bermula dari peringkat kelas,
sekolah seterusnya negara)
Guru haruskan menunjukkan contoh teladan
yang baik kepada pelajar dari segi adap
sopan. (Contoh: berinteraksi secara
berhemah dengan pelajar)

Melalui cara ini, kanak-kanak akan


dilatih atau diasuh serta diserapkan
nilai-nilai murni dan norma-norma
masyarakat dalam proses pendidikan
dan mengamalkannya dalam
kehidupan mereka demi mewujudkan
perpaduan di antara kaum.

Peranan Sekolah
Sekolah merupakan institusi formal pertama di
mana murid-murid memperoleh ilmu dan
kemahiran asas.
Sekolah juga adalah tempat pemupukan sikap
murid untuk menjadi rakyat yang menghayati
dan mengamalkan prinsip-prinsip dalam
Rukunegara. Untuk merealisasikan Rukunegara,
aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah,
aktiviti ko-kurikulum perlu diberi perhatian dan
diaktifkan secara menyeluruh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai