Anda di halaman 1dari 16

LAMPIRAN B

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR STAR


PLAN MENGAJAR

Nama Pengajar MOHAMED TUAH BIN SABTU

Kum. Pelatih PEMBANTU PERUBATAN PELATIH 23/2009

Semaster 1

Bil. Pelatih 124

Topik / Unit / Topik : SAINS TINGKAHLAKU


Tajuk Unit 2 : PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI MANUSIA
2.2 Personaliti

Tarikh / Masa 13.01.2009 @ 2.00 – 4.00 pm (2 jam)

Objektif Objektif Am:


Pembelajaran Pelajar mendapat pegetahuan dan kefahaman tentang personaliti serta
kepentingannya

Objektif Spesifik
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Memberi definasi personaliti
2. Menghuraikan perkembangan teori-teori personaliti
3. Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti
4. Membezakan konsep pendekatan sifat dan personaliti
5. Menerangkan pendekatan-pendekatan personaliti
6. Menghayati perhubungan personaliti dengan tingkahlaku manusia

Rujukan 1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York


2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot
Publisher : California
3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill Inc :
New York
4. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College
Publisher : USA
5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu
Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL
RANCANGAN PENGAJARAN
Masa / Isi Kandungan METODOLOGI Alat Bantu Penilaian
Langkah Aktiviti Pengajar Aktiviti Pelatih Mengajar
Langkah 1 - Memperkenalkan pelajar - Menimbulkan minat tentang - Menjawab soalan yang LCD
Set induksi kepada topik pelajaran Matapelajaran psikologi dikemukakan
10 minit (Percambahan minda) - Mendengar dan mencatat
- Objektif pelajaran - Menerangkan objektif pengajaran objektif pembelajaran

Langkah 2 - Definasi Personaliti - Memberikan definisi-definasi - Memberi tumpuan,


10 minit Personaliti mencatat nota dan memberi
maklum balas

Langkah 3 Pelatih di soal imbas tentang definasi Personaliti


Linkage Seterusnya pelajar akan didedahkan dengan perkembangan teori-teori personaliti serta faktor yang mempengaruhi personaliti

Langkah 4 - Perkembangan Teori- - Menghuraikan Teori - Memberi tumpuan,


20 minit teori Personaliti Perkembangan Personaliti mencatat nota dan memberi
maklum balas

Langkah 5 - Faktor yang mempenga- - Menyatakan faktor yang - Membincangkan antara


10 minit ruhi personaliti manusia mempengaruhi personaliti faktor yang mempengaruhi
personaliti manusia

Langkah 6 Pelatih di soal imbas tentang Perkembangan Teori-teori Personaliti serta faktor yang mempengaruhi personaliti manusia
Linkage / Seterusnya pelajar akan diperjelaskan mengenai perbezaan pendekatan konsep sifat dan personaliti serta pendekatan-
Mini Closure pendekatan personaliti

Langkah 7 - Konsep pendekatan sifat Membezakan konsep pendekatan Memberi tumpuan,


20 minit dan personaliti sifat dan personaliti mencatat nota dan memberi
maklum balas

Langkah 8 - Pendekatan-pendekatan - Menerangkan pendekatan- Memberi tumpuan,


20 minit Personaliti pendekatan Personaliti mencatat nota dan memberi
maklum balas
Langkah 9 Penutup Kognitif - Meminta pelajar merumus dan Membuat rumusan dengan
Penutup Merumus kembali apa menerangkan perasaan mereka bimbingan pengajar
10 minit yang telah dipelajari dan
menilai semula
pengetahuan pelajar

Penutupan sosial - Meningkatkan kesedaran pelajar Mencatat nota-nota penting


Meningkatkan kesedaran tentang tanggung-jawab mereka
pelajar tentang memahami topik personaliti serta
tanggungjawab dan kaitannnya dengan tingkahlaku
peranan pelajar dalam manusia
memahami topik ini

Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

………………………….. ………………………... …………………………...


Mohamed Tuah bin Sabtu En. Yu Chye Wah En. Mohad Jamarudi bin Mat Kastor
Pengajar Sains Tingkahlaku Timbalan Pengetua (Akademik) Penyelaras Program Basik
Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan Kolej Pembantu Perubatan
Alor Star Alor Star Alor Star
KONTEN DAN OBJEKTIF
OBJEKTIF KONTEN
Langkah 1 Pengenalan
Induksi dan Apakah perbezaan dan persamaan Allahyarham P. Ramli dan Botak Chin? Perbezaannya
menerangkan adalah dari segi perwatakan (personaliti) dan persamaannnya adalah dari segi pendorong
objektif kepada perwatakan tersebut. Pendorong kepada perwatakannya adalah kuasa kuat yang
10 minit tersembunyi di dalam diri seseorang yang tidak ia sedari. Kuasa tersembunyi yang
dibentuk menerusi pengalaman terutamanya semasa kecil memainkan peranan penting
menjana dan mengatur perlakuan kita sehari-hari.
Objektif
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Memberi definasi personaliti
2. Menghuraikan perkembangan teori-teori personaliti
3. Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti
4. Membezakan konsep pendekatan sifat dan personaliti
5. Menerangkan pendekatan-pendekatan personaliti
6. Menghayati perhubungan personaliti dengan tingkahlaku manusia

Langkah 2 Takrif Personaliti


- Definasi Berasal dari perkataan Latin Persona – bermaksud topeng. Pada zaman keagungan
Personaliti 10 Yunani, pelakun menggunakan topeng untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka
minit dan mengguna topeng untuk melakunkan watak yang diberi kepada mereka. Selain dari
itu perkataan Personaliti berkait rapat dengan perkataan Inggeris Person.
Secara umum personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut,tetapi secara
khususnya personaliti adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu seperti; cara ia
berfikir, beraksi, beremosi dan lain-lain yang boleh membezakannya dengan orang lain
Definasi Personaliti
Istilah personaliti telah mengalami banyak perkembangan dari zaman dahulu hinggalah
ke zaman sekarang. Dalam psikologi, personaliti di takrifkan sebagai perbezaan
individu. Pelbagai aspek semulajadi dan yang dipelajari oleh individu seperti kebolehan,
kecenderungan, sikap, emosi dan lain-lain akan diteliti secara kesseluruhan.
J. B. Watson mendefinasikan personaliti sebagai suatu jumlah keseluruhan aktiviti-
aktiviti yang ditemui melalui pemerhatian sebenar tingkahlaku seseorang individu
tersebut. Rita Atkinson et al (1993) pula mendefinasikan personaliti sebagai satu
keseluruhan ciri-ciri unggul yang mencerminkan gaya pemikiran, tingkahlaku dan emosi
serta yang boleh memberi pengertian kepada daya dan mempengaruhi interaksi individu
dengan alam sekeliling. Sigmund Freud pula mengatakan bahawa personaliti adalah hasil
intergrasi struktur-struktur id, ego dan superego. Manakala menurut Carl Jung
personaliti adalah intergrasi ego, alam tidak sedar peribadi alam tidak sedar kolektif,
kompleks-kompleks, persona dan beberapa sktruktur lain.

Langkah 3 Mengulas apa yang telah dinyatakan dalam Langkah 1.


Mini closure dan - Meminta pelajar untuk menyatakan definasi Personaliti.
linkage Mengaitkan konten di langkah 2 dengan perkembangan teori-teori personaliti serta faktor
5 minit yang mempengaruhi personaliti
Perkembangan Teori-teori Personaliti
Langkah 4 Psikologi telah berkembang semenjak dari zaman Greek kuno sehinggalah ke zaman
- Perkembangan sekarang ia masih lagi di kajiusia. Ia telah melalui berbagai era pengkajian dan pelbagai
Teori-teori teori telah dibentuk oleh pelopor dalam satu-satu era.
Personaliti
20 minit 4.1 Teori Psikoanalitik oleh Freud
Menurut Freud semua personaliti manusia dewasa dibentuk semenjak mereka
dilahirkan sehingga keusia lima tahun. Teori psikoanalisis merupakan teori yang
mekanistik kerana berpegang kepada andaian bahawa keseluruhan sifat dan tingkahlaku
manusia didorong oleh suatu tenaga yang berpunca dari dalam. Teori ini juga dikatakan
deterministik kerana percaya bahawa kesemua sifat manusia telah ditentukan terlebih
dahulu dan kita hanya boleh mengikutinya sahaja. Ia juga dikenali dengan
Psikodinamik.
4.2 Konsep alam sedar - alam tidak sedar
Alam sedar adalah sebahagian kecil jiwa manusia yang dicontohkan seperti iceberg,
sedikit sahaja yang boleh dilihat manakala sebahagian besarnya tersembunyi, dikatakan
sebagai alam tidak sedar.
Alam sedar adalah berkaitan dengan semua perkara yang kita sedari secara aktif
pengalaman persepsi ingatan dan lain-lain. Alam tidak sedar adalah semua perkara
yang tidak kita sedari atau yang tidak dapat kita ingati semula. Manakala alam pra-
sedar adalah tahap dimana sesuatu perkara itu boleh dicungkil kembali atau diingati
kembali dan menjadi sebahagian dari alam sedar.
4.3 Menstruktur personaliti: Id ego dan super ego
Id adalah kehendak dalaman yang bertindak untuk mengurangkan tekanan dorongan
biologi dan rangsangan yang menyakitkan. Digerakkan oleh kuasa psikik atau nafsu
yang berprinsipkan keseronokan.
Ego bertindak sebagai pengimbal di antara Id dengan dunia luar. Ego bertindak
menurut prinsip kebenaran dimana tenaga naluri dikekang untuk mengekalkan
keselamatan dan membantu seseorang itu bergaul dalam masyarakat. Ego membuat
keputusan, mengawal perlakuan dan berupaya berfikir dan menyelesaikan masalah
yang lebih besar.
Superego mewakili kebenaran dan kesalahan dalam bermasyarakat yang diperturunkan
oleh ibubapa, guru dan mereka yang berpengaruh dalam sesuatu kominiti tersebut.
Superego mempunyai dua bahagian iaitu kewarasan yang mengaswal kita dari
melakukan perkara tidak bermoral dan ego-ideal yang menggalakkan kita melakukan
perkara yang baik.
4.4 Membentuk Personaliti : Peringkat-peringkat Perkembangan
Peringkat perkembangan menurut Freud
Peringkat Oral – Dari selepas lahir hingga 12 – 18 bulan. Pusat keseronokan adalah
mulut, aktiviti tumpuan adalah perkara yang menumpukan mulut (menghisap, makan,
minum, mengigit dll)
Peringkat Anal – Dari 12 – 18 bulan ke 3 tahun. Pusat keseronokan adalah di anus.
Kanak-kanak mendapat kepuasan dengan menahan dan melepaskan feces. Toilet
training dimulakan pada waktu ini. Jika toilet training ini diberikan tumpuan yang
berlebihan ia boleh mengakibatkan berlaku fiksasi yang ditunjukkan dengan ketegasan,
ketepatan waktu, displin, kedekut atau sebaliknya.
Peringkat Phallic – Dari 3 hingga 5 – 6 tahun. Pusat keseronokan adalah dialat
kemaluan. Kanak-kanak gemar bermain dengan alat kelaminnya sendiri. Kanak-kanak
mula membezakan kemaluan dua jantina. Kanak-kanak lelaki mula membentuk
keinginan seksual terhadap ibunya. Melihat bapa sebagai saingan dalam merebut
pasangan. Odipal Conflict. Bimbangkan bapanya terlalu besar, kanak-kanak tersebut
memilih untuk meniru kelakuan bapanya semirip mungkin. Bagi kanak-kanak
perempuan, prosesnya berbeza. Mereka tertarik kepada bapanya. (Electra Conflict).
Mereka mula mengalami penis envi dan menuduh ibu sebagai punca mereka ketiadaan
bahagian anatomi tersebut. Tetapi untuk meredakan perasaan kehilangan tersebut
mereka meniru kelakuan, sikap dan nilai ibunya.
Peringkat Latency – Dari 5 – 6 tahun sehingga remaja. Tumpuan terhadap seksual
disisihkan walaupun dalam peringkat luar sedar
Peringkat Genital – Dari usia remaja sehingga kematian. Tumpuan peringkat ini adalah
seksualiti dewasa dan mengikut Freud ia adalah perhubungan kelamin.
4.5 Mekanisma Helah Beladiri (Defence Mechanism)
Perubahan dan perkembangan personaliti menurut Freud adalah disebabkan oleh
perasaan anxiety akibat mengalami perasaan negatif yang terlampau. Disebabkan
anxiety biasanya sesuatu yang tidak menyeronokan maka manusia membentuk berbagai
kaedah helah beladiri. Mekanisma Helah beladiri adalah strategi luar sedar seseorang
yang digunakan untuk mengurangkan keresahan dangan melindungi punca keresahan
itu dari diri mereka dan juga orang lain.
Represi – helah beladiri utama dimana rangsangan id yang tidak dapat diterima atau
tidak menyeronokan dipaksa semula alam tidak sedar
Regresi – jika represi tidak berjaya untuk mengurangkan keresahan maka individu
tersebut akan berkelakuan seperti diawal perkembangannya. Zaman kanak-kanak.
Mereka mengadu, piket dan mengamuk. Mungkin berjaya untuk memenuhi sebahagian
kehendak mereka.
Displacement (Pengalihan) – Ekspresi perasaan atau pemikiran yang buruk kepada
orang yang lebih lemah
Rationalization – berlaku bila kita mengubah realiti kejadian dengan membuat
justifikasi. Kita membentuk penerangan untuk melindungi esteem diri.
Identifikasi – sering digunakan oleh kanak-kanak meniru samada ibu atau bapanya
bagi kaank-kanak laki-laki. Bertujuan untuk menjauhkan diri dari keresahan akibat
keinginan yang tidak tercapai
Denial (Penafian) – Menafikan sesuatu kebenaran. Apabila seseorang itu berhadapan
dengan sesuatu masalah ia menafikan keujudan masalah tersebut.
Projection – melempar keluar nafsu atau kehendak primitif kepada objek atau orang
lain.
Reaction formation – menonjolkan impuls yang tidak mungkin dapat diterimanya
dalam satu bentuk kebentuk yang sebaliknya
Intelektualisasi – menjauhkan anxieti dengan menggunakan kaedah yang paling
rational, logik dan kelihatan intelek
Sublimasi – cara yang paling baik untuk memuaskan kehendak id dengan cara yang
dapat diterima masyarakat. Orang yang tahap agresifnya tinggi elok menjadi tukang
sembelih, ahli sukan atau anggota keselamatan negara.

Langkah 5 Menyatakan faktor yang mempengaruhi personaliti


- Faktor yang Trait – Teori trait. Trait bermaksud apa-apa bentuk sifat yang membezakan seseorang itu
mempengaruhi dengan individu lain secara kekal dan berterusan. Perbezaan antara individu disebabkan
personaliti oleh sesetengah sifat yang ada pada personaliti seseorang itu. Perbezaan individu pula
manusia dilihat dari segi kuantiti dan bukan kualiti sesuatu sifat.
15 minit a) Personaliti, Bentuk Badan dan Perlakuan
Menurut Kretshmer dan Sheldon, bentuk tubuh boleh meramal trait personaliti seseorang
Endomorf – Gemuk pendek. Periang, suka bergaul, sukakan makanan, ekstrovet dan
tenang
Mesomorf – Tegap. Mempunyai personaliti tegas, bertenaga, agresif dan berani
Ektomorf – Kurus tinggi dan lembut. Mempunyai personaliti pendiam, tidak suka bergaul,
beremosi, pemalu dan cerdik.
Walau bagaimanapun kaitan antara personaliti yang dicadangkan adalah tidak konsisten dan
tidak tepat pada setiap masa
Sheldon juga mencadangkan tiga komponen kelakuan yang berdasarkan kepada beberapa
trait seseorang.
Viserotonia – individu yang mempunyai sifat-sifat seperti kesantaian, keselesaan dan
orangnya peramah
Somatotonia – individu yang gemarkan kerja-kerja keras, meneroka dan mengambil risiko.
Serebrotonia – individu yang gemarkan kesunyian, suka bersendiri, tidak memaparkan
emosi dan jarang bersosial.
Sama seperti teori bentuk tubuh, adalah sukar untuk kita menemui seseorang yang benar-
benar termasuk dalam satu kategori sahaja.
b) Sifat semula jadi
Trait mengikut Gordon Allport (1961) adalah sifat semulajadi yang mengarah tingkahlaku
individu dengan kadar konsistent dan melalui penonjolan sifat-sifat yang tertentu. Sebagai
contoh, seseorang pemalu mempunyai satu set tingkahlaku atau tindakbalas yang sekata
Situasi Rangsangan Trait Tindakbalas

Elakan
Memberi Ucapan
Anxieti
Menghadiri Jamuan Sosial
Reaksi yang serba salah
Berjumpa dengan orang yang tidak dikenali PEMALU
Perasaan rendah diri
Mengadakan hubungan mesra
Merah muka dan malu
Memulangkan sesuatu yang rosak
Memencilkan diri

Dalam pengkajiannya Allport mengenalpasti tiga jenis trait iaitu


a) Trait Kardinal – memperihalkan satu disposisi yang amat berpengaruh pada kehidupan
seseorang sehinggakan hampir kesemua perlakuan dan perbuatannya dapat dikesan daripada
pengaruh tersebut. Individu akan mengorganisasikan keseluruhan kehidupannya disekeliling
trait kardinal itu. Umpamanya seseorang yang berpersonaliti autoritarian dan stereotaip akan
melihat dunia samada baik atau tidak baik sahaja tanpa sebarang jalan tengah.
b) Trait Pusat – tidak begitu berpengaruh seperti trait kardinal terapi masih dapat
memperihalkan sifat-sifat seseorang dengan agak tepat dan konsistant. Contoh trait pusat
adalah kejujuran, kesabaran, kemurungan dan ketegasan.
c) Trait Sekunder – sifat yang mengawal perlakuan manusia secara spesifik dan merupakan
trait yang paling ketara. Contoh, seseorang itu akan marah jika dipersendakan dikhalayak
ramai tetapi tidak jika di hadapan kawan-kawan rapatnya. Hanya sesetengah situasi dan
rangsangan yang dapat menonjolkan trait ini yang kadangkala dikenali sebagai sikap.
Menurut Raymond Cartell pada amnya ada dua bentuk trait iaitu Trait Permukaan dan Trait
Sumber
i) Trait Permukaan adalah satu sifat yang dapat dikenalpasti daripada tingkahlaku manusia
secara langsung. Contoh, trait cergas dapat dilihat daripada pemaparan tingkahlaku sseperti
cekap, tidak mudah dipengaruhi, teratur, tidak mudah akur kepada perintah orang lain dan
beberapa sifar yang lain.
ii) Trait Sumber adalah sifat yang tidak dapat dilihat secara terus terang daripada
tingkahlaku manusia tetapi boleh dikenalpasti melalui kaedah analisis faktor. Trait Sumber
memperihalkan hubungan yang wujud di antara beberapa tingkahlaku dan trait inilah yang
membentuk dimensi bebas dan yang berkeseluruhan dalam personaliti manusia.
Cartell juga menyatakan bahawa manusia bukanlah satu entiti yang statik sebaliknya
tingkahlaku manusia sentiasa diarahkan terhadap sesuatu matlamat. Boleh dikatakan
bahawa manusia adalah organisma yang bermotivasi, berasaskan kepada:-
i) Ergs atau kecenderungan sejadi, contoh seks, keselamatan dan ketegasan
ii) Sentimen iaitu tingkahlaku yang ditentukan oleh persekitaran. Kuat bekerja untuk
berjaya adalah contoh sentimen
iii) Sikap yang diperihalkan oleh kekuatan keinginan terhadap sesuatu aksi
Sikap adalah tenaga memuaskan sentimen dan sentimen pula adalah tenaga untuk mencapai
keperluan-keperluan ergs.

Perkembangan diri ke arah kesempurnaan (Teori Behaviorisma)


Menurut Carl Rogers manusia sentiasa mencari kesempurnaan diri dan sentiasa berusaha
untuk mencapainya. Setiap manusia mempunyai kebolehan yang berbeza tetapi ada
beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara
positif iaitu:-
a) Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran
b) Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat
c) Kefahaman yang mendalam

Abraham Maslow pula melihat manusia sebagai insan baik dan mempunyai dorongan sejadi
untuk berkembang kearah kesempurnaan kendiri dalam bentuk hierarki yang mempunyai
keutamaan tertentu. Manusia akan bergerak dari bawah hierarki hingga mencapai tahap
tertinggi yang terdaya olehnya.
i) Keperluan paling asas untuk hidup adalah udara, air, makanan dan tempat tinggal
ii) Setelah itu manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan
masyarakat dan undang-undang sesrta bebas dari ancaman.
iii) Untuk keperluan kasih sayang, manusia perlukan hubungan dengan insan lain.
Sememangnya manusia tidak boleh hidup berseorangan.
iv) Kehendak kepada penghargaan diri, penghormatan, sanjungan dan mengharapkan status
dalam hidup untuk membolehkan manusia merasa mempunyai hargadiri, berkebolehan
dan berguna kepada masyarakat.
v) Akhir sekali adalah keinginan untuk mencapai kesempurnaan kendiri yang akan
menyebabkan kegelisahan jika individu berkenaan tidak berusaha ke arahnya.
Langkah 6 Soalan
Mini closure dan 1. Terangkan konsep alam sedar-alam tidak sedar
linkage 2. Senaraikan peringkat-peringkat perkembangan menurut Freud
5 minit 3. Sebutkan mekanisma-mekanisma helah bela diri
4. Sebutkan faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti
Mengaitkan konten pada langkah 4 dan 5 dengan konten seterusnya iaitu Konsep
pendekatan sifat dan personaliti
Langkah 7 Konsep pendekatan sifat dan personaliti
- Konsep
pendekatan sifat Percubaan baru untuk mengetahui trait asas bertumpu kepada teknik statistik yang dikenali
dan personaliti sebagai Analisa Faktor. Analisa Faktor merupakan ringkasan perhubungan diantara pelbagai
Psikologi 15 angkubah kepada yang lebih menyeluruh. Menggunakan Analisa Faktor Raymond Cartell
minit mencadangkan bahawa tingkahlaku seseoranga boleh dikaji dalam sesuatu situasi yang
tertentu mewakili 46 Trait Permukaan. Walaubagaimanapun Trait Permukaan tidak
semestinya menunjukkan personaliti tertentu seseorang dan ia telah diperhalusi kepada 16
sifat yang dekenali sebagai Trait Sumber

Bersendiri Bebas
Kurang bijak Lebih bijak
Terganggu perasaan Emosi stabil
Memerima Menguasai
Serious Ceria
Pantas Berhati-hati
Malu Suka cabaran
Tegas Sensitif
Mempercayai Waspada
Praktikal Berimijinasi
Berterus terang Tajam akal
Yakin diri Bimbang
Sukakan tradisi Gemar mencuba
Bergantung Bersendirian
Tidak terkawal Terkawal
Santai Tegang
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Menurut Hans Eysenck beliau mendapati bahawa personaliti lebih baik diterangkan dalam
dua bentuk; introvert-ekstrovet dan neurotisma-stabil.

Di hujung dimensi introvert-ekstrovert adalah individu yang senyap, berhati-hati, banyak


berfikir serta patuh manakala disatu hujung yang lain adalah mereka yang aktif, senang
bergaul dan bebas.

Diantaranya adalah mereka yang dikatakan sebagai neurotis mudah tersentuh, sensitif dan
berangin dan juga mereka yang stabil tenang, boleh dipercayai dan mempunhyai mood yang
seimbang.

Dengan menilai individu disepanjang dua dimensi ini Eysnck dapat menjangkakan
tingkahlaku dengan tepat dalam berbagai jenis situasi yang berbeza

Adalah lebih mudah untuk menerangkan ciri-ciri tersebut dalam bentuk rajah seperti di
bawah
NEUROTIS
Moody Touchy
Bimbang Resah
Teguh Agresif
Tenang Mudah terangsang
Mudah putus harap Bertukar-tukar
Pendiam Mendesak
Menyendiri Tinggi keyakinan
Diam Aktif

INTROVERTD EXTROVERTD

Pasif Mudah bergaul


Berhati-hati Berani mencuba
Tajam fikiran Banyak bercakap
Aman Cepat bertindak
Terkawal Ambil Mudah
Dipercayai Ceria
Mood terkawal Bebas
Tenang Kepimpinan
STABLE

Langkah 8 Penutup Kognitif


Penutup Meminta dan membantu pelajar merumus kembali apa yang telah dipelajari dan
5 minit menerangkan perasaan mereka
Penutupan sosial
Meningkatkan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab dan peranan pelajar dalam
memahami topik ini
KONTEN PENGAJARAN
Topik : SAINS TINGKAHLAKU
Unit 2 : PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI MANUSIA
2.2 Personaliti
Rujukan.
1. Craig Cahhoun et al (1994) Sociology Mc Graw-Hill Inc : New York
2. John C. Rush (1984) Psychology – The Personal Science Wadswot Publisher : California
3. Fieldman Robert (1993) Understanding Psychology Mc Graw-Hill Inc : New York
4. Kagen Jerome (1991) Psychology – An Introduction HBJ College Publisher : USA
5. Mahmood Nazar Mohamed (1990) Penghantar Psikologi – Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkahlaku Manusia DBP : KL
Objektif
Di akhir sesi pembelajaran ini pelajar dapat:-
1. Memberi definasi personaliti
2. Menghuraikan perkembangan teori-teori personaliti
3. Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti
4. Membezakan konsep pendekatan sifat dan personaliti
5. Menerangkan pendekatan-pendekatan personaliti
6. Menghayati perhubungan personaliti dengan tingkahlaku manusia
Pengenalan
Apakah perbezaan dan persamaan Allahyarham P. Ramli dan Botak Chin? Perbezaannya adalah dari
segi perwatakan (personaliti) dan persamaannnya adalah dari segi pendorong kepada perwatakan
tersebut. Pendorong kepada perwatakannya adalah kuasa kuat yang tersembunyi di dalam diri
seseorang yang tidak ia sedari. Kuasa tersembunyi yang dibentuk menerusi pengalaman terutamanya
semasa kecil memainkan peranan penting menjana dan mengatur perlakuan kita sehari-hari.
Takrif Personaliti
Berasal dari perkataan Latin Persona – bermaksud topeng. Pada zaman keagungan Yunani, pelakun
menggunakan topeng untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka dan mengguna topeng untuk
melakunkan watak yang diberi kepada mereka. Selain dari itu perkataan Personaliti berkait rapat
dengan perkataan Inggeris Person.
Secara umum personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut,tetapi secara khususnya
personaliti adalah sifat-sifat yang ada pada seseorang individu seperti; cara ia berfikir, beraksi,
beremosi dan lain-lain yang boleh membezakannya dengan orang lain

Definasi Personaliti
Istilah personaliti telah mengalami banyak perkembangan dari zaman dahulu hinggalah ke zaman
sekarang. Dalam psikologi, personaliti di takrifkan sebagai perbezaan individu. Pelbagai aspek
semulajadi dan yang dipelajari oleh individu seperti kebolehan, kecenderungan, sikap, emosi dan lain-
lain akan diteliti secara kesseluruhan.
J. B. Watson mendefinasikan personaliti sebagai suatu jumlah keseluruhan aktiviti-aktiviti yang
ditemui melalui pemerhatian sebenar tingkahlaku seseorang individu tersebut. Rita Atkinson et al
(1993) pula mendefinasikan personaliti sebagai satu keseluruhan ciri-ciri unggul yang mencerminkan
gaya pemikiran, tingkahlaku dan emosi serta yang boleh memberi pengertian kepada daya dan
mempengaruhi interaksi individu dengan alam sekeliling. Sigmund Freud pula mengatakan bahawa
personaliti adalah hasil intergrasi struktur-struktur id, ego dan superego. Manakala menurut Carl Jung
personaliti adalah intergrasi ego, alam tidak sedar peribadi alam tidak sedar kolektif, kompleks-
kompleks, persona dan beberapa sktruktur lain.
Perkembangan Teori-teori Personaliti
Psikologi telah berkembang semenjak dari zaman Greek kuno sehinggalah ke zaman sekarang ia masih
lagi di kajiusia. Ia telah melalui berbagai era pengkajian dan pelbagai teori telah dibentuk oleh pelopor
dalam satu-satu era.
4.1 Teori Psikoanalitik oleh Freud
Menurut Freud semua personaliti manusia dewasa dibentuk semenjak mereka dilahirkan sehingga
keusia lima tahun. Teori psikoanalisis merupakan teori yang mekanistik kerana berpegang kepada
andaian bahawa keseluruhan sifat dan tingkahlaku manusia didorong oleh suatu tenaga yang
berpunca dari dalam. Teori ini juga dikatakan deterministik kerana percaya bahawa kesemua sifat
manusia telah ditentukan terlebih dahulu dan kita hanya boleh mengikutinya sahaja. Ia juga
dikenali dengan Psikodinamik.
4.2 Konsep alam sedar - alam tidak sedar
Alam sedar adalah sebahagian kecil jiwa manusia yang dicontohkan seperti iceberg, sedikit sahaja
yang boleh dilihat manakala sebahagian besarnya tersembunyi, dikatakan sebagai alam tidak
sedar.
Alam sedar adalah berkaitan dengan semua perkara yang kita sedari secara aktif pengalaman
persepsi ingatan dan lain-lain. Alam tidak sedar adalah semua perkara yang tidak kita sedari atau
yang tidak dapat kita ingati semula. Manakala alam pra-sedar adalah tahap dimana sesuatu perkara
itu boleh dicungkil kembali atau diingati kembali dan menjadi sebahagian dari alam sedar.
4.3 Menstruktur personaliti: Id ego dan super ego
Id adalah kehendak dalaman yang bertindak untuk mengurangkan tekanan dorongan biologi dan
rangsangan yang menyakitkan. Digerakkan oleh kuasa psikik atau nafsu yang berprinsipkan
keseronokan.
Ego bertindak sebagai pengimbal di antara Id dengan dunia luar. Ego bertindak menurut prinsip
kebenaran dimana tenaga naluri dikekang untuk mengekalkan keselamatan dan membantu
seseorang itu bergaul dalam masyarakat. Ego membuat keputusan, mengawal perlakuan dan
berupaya berfikir dan menyelesaikan masalah yang lebih besar.
Superego mewakili kebenaran dan kesalahan dalam bermasyarakat yang diperturunkan oleh
ibubapa, guru dan mereka yang berpengaruh dalam sesuatu kominiti tersebut. Superego
mempunyai dua bahagian iaitu kewarasan yang mengaswal kita dari melakukan perkara tidak
bermoral dan ego-ideal yang menggalakkan kita melakukan perkara yang baik.
4.4 Membentuk Personaliti : Peringkat-peringkat Perkembangan
Peringkat perkembangan menurut Freud
Peringkat Oral – Dari selepas lahir hingga 12 – 18 bulan. Pusat keseronokan adalah mulut, aktiviti
tumpuan adalah perkara yang menumpukan mulut (menghisap, makan, minum, mengigit dll)
Peringkat Anal – Dari 12 – 18 bulan ke 3 tahun. Pusat keseronokan adalah di anus. Kanak-kanak
mendapat kepuasan dengan menahan dan melepaskan feces. Toilet training dimulakan pada waktu
ini. Jika toilet training ini diberikan tumpuan yang berlebihan ia boleh mengakibatkan berlaku
fiksasi yang ditunjukkan dengan ketegasan, ketepatan waktu, displin, kedekut atau sebaliknya.
Peringkat Phallic – Dari 3 hingga 5 – 6 tahun. Pusat keseronokan adalah di alat kemaluan. Kanak-
kanak gemar bermain dengan alat kelaminnya sendiri. Kanak-kanak mula membezakan kemaluan
dua jantina. Kanak-kanak lelaki mula membentuk keinginan seksual terhadap ibunya. Melihat
bapa sebagai saingan dalam merebut pasangan. Odipal Conflict. Bimbangkan bapanya terlalu
besar, kanak-kanak tersebut memilih untuk meniru kelakuan bapanya semirip mungkin. Bagi
kanak-kanak perempuan, prosesnya berbeza. Mereka tertarik kepada bapanya. (Electra Conflict).
Mereka mula mengalami penis envi dan menuduh ibu sebagai punca mereka ketiadaan bahagian
anatomi tersebut. Tetapi untuk meredakan perasaan kehilangan tersebut mereka meniru kelakuan,
sikap dan nilai ibunya.
Peringkat Latency – Dari 5 – 6 tahun sehingga remaja. Tumpuan terhadap seksual disisihkan
walaupun dalam peringkat luar sedar
Peringkat Genital – Dari usia remaja sehingga kematian. Tumpuan peringkat ini adalah seksualiti
dewasa dan mengikut Freud ia adalah perhubungan kelamin.
4.5 Mekanisma Helah Beladiri (Defence Mechanism)
Perubahan dan perkembangan personaliti menurut Freud adalah disebabkan oleh perasaan anxiety
akibat mengalami perasaan negatif yang terlampau. Disebabkan anxiety biasanya sesuatu yang
tidak menyeronokan maka manusia membentuk berbagai kaedah helah beladiri. Mekanisma Helah
beladiri adalah strategi luar sedar seseorang yang digunakan untuk mengurangkan keresahan
dangan melindungi punca keresahan itu dari diri mereka dan juga orang lain.
Represi – helah beladiri utama dimana rangsangan id yang tidak dapat diterima atau tidak
menyeronokan dipaksa semula alam tidak sedar
Regresi – jika represi tidak berjaya untuk mengurangkan keresahan maka individu tersebut akan
berkelakuan seperti diawal perkembangannya. Zaman kanak-kanak. Mereka mengadu, piket dan
mengamuk. Mungkin berjaya untuk memenuhi sebahagian kehendak mereka.
Displacement (Pengalihan) – Ekspresi perasaan atau pemikiran yang buruk kepada orang yang
lebih lemah
Rationalization – berlaku bila kita mengubah realiti kejadian dengan membuat justifikasi. Kita
membentuk penerangan untuk melindungi esteem diri.
Identifikasi – sering digunakan oleh kanak-kanak meniru samada ibu atau bapanya bagi kanak-
kanak laki-laki. Bertujuan untuk menjauhkan diri dari keresahan akibat keinginan yang tidak
tercapai
Denial (Penafian) – Menafikan sesuatu kebenaran. Apabila seseorang itu berhadapan dengan
sesuatu masalah ia menafikan keujudan masalah tersebut.
Projection – melempar keluar nafsu atau kehendak primitif kepada objek atau orang lain.
Reaction formation – menonjolkan impuls yang tidak mungkin dapat diterimanya dalam satu
bentuk kebentuk yang sebaliknya
Intelektualisasi – menjauhkan anxieti dengan menggunakan kaedah yang paling rational, logik
dan kelihatan intelek
Sublimasi – cara yang paling baik untuk memuaskan kehendak id dengan cara yang dapat
diterima masyarakat. Orang yang tahap agresifnya tinggi elok menjadi tukang sembelih, ahli sukan
atau anggota keselamatan negara.

Faktor yang mempengaruhi personaliti

Trait – Teori trait. Trait bermaksud apa-apa bentuk sifat yang membezakan seseorang itu dengan
individu lain secara kekal dan berterusan. Perbezaan antara individu disebabkan oleh sesetengah sifat
yang ada pada personaliti seseorang itu. Perbezaan individu pula dilihat dari segi kuantiti dan bukan
kualiti sesuatu sifat.
a) Personaliti, Bentuk Badan dan Perlakuan
Menurut Kretshmer dan Sheldon, bentuk tubuh boleh meramal trait personaliti seseorang
Endomorf – Gemuk pendek. Periang, suka bergaul, sukakan makanan, ekstrovet dan tenang
Mesomorf – Tegap. Mempunyai personaliti tegas, bertenaga, agresif dan berani
Ektomorf – Kurus tinggi dan lembut. Mempunyai personaliti pendiam, tidak suka bergaul, beremosi,
pemalu dan cerdik.
Walau bagaimanapun kaitan antara personaliti yang dicadangkan adalah tidak konsisten dan tidak tepat
pada setiap masa
Sheldon juga mencadangkan tiga komponen kelakuan yang berdasarkan kepada beberapa trait
seseorang.
Viserotonia – individu yang mempunyai sifat-sifat seperti kesantaian, keselesaan dan orangnya
peramah
Somatotonia – individu yang gemarkan kerja-kerja keras, meneroka dan mengambil risiko.
Serebrotonia – individu yang gemarkan kesunyian, suka bersendiri, tidak memaparkan emosi dan
jarang bersosial.
Sama seperti teori bentuk tubuh, adalah sukar untuk kita menemui seseorang yang benar-benar
termasuk dalam satu kategori sahaja.
b) Sifat semula jadi
Trait mengikut Gordon Allport (1961) adalah sifat semulajadi yang mengarah tingkahlaku individu
dengan kadar konsistent dan melalui penonjolan sifat-sifat yang tertentu. Sebagai contoh, seseorang
pemalu mempunyai satu set tingkahlaku atau tindakbalas yang sekata
Situasi Rangsangan Trait Tindakbalas

Elakan
Memberi Ucapan
Anxieti
Menghadiri Jamuan Sosial
Reaksi yang serba salah
Berjumpa dengan orang yang tidak dikenali PEMALU
Perasaan rendah diri
Mengadakan hubungan mesra
Merah muka dan malu
Memulangkan sesuatu yang rosak
Memencilkan diri

Dalam pengkajiannya Allport mengenalpasti tiga jenis trait iaitu


a) Trait Kardinal – memperihalkan satu disposisi yang amat berpengaruh pada kehidupan seseorang
sehinggakan hampir kesemua perlakuan dan perbuatannya dapat dikesan daripada pengaruh tersebut.
Individu akan mengorganisasikan keseluruhan kehidupannya disekeliling trait kardinal itu.
Umpamanya seseorang yang berpersonaliti autoritarian dan stereotaip akan melihat dunia samada baik
atau tidak baik sahaja tanpa sebarang jalan tengah.
b) Trait Pusat – tidak begitu berpengaruh seperti trait kardinal terapi masih dapat memperihalkan sifat-
sifat seseorang dengan agak tepat dan konsistant. Contoh trait pusat adalah kejujuran, kesabaran,
kemurungan dan ketegasan.
c) Trait Sekunder – sifat yang mengawal perlakuan manusia secara spesifik dan merupakan trait yang
paling ketara. Contoh, seseorang itu akan marah jika dipersendakan dikhalayak ramai tetapi tidak jika
di hadapan kawan-kawan rapatnya. Hanya sesetengah situasi dan rangsangan yang dapat menonjolkan
trait ini yang kadangkala dikenali sebagai sikap.
Menurut Raymond Cartell pada amnya ada dua bentuk trait iaitu Trait Permukaan dan Trait Sumber
i) Trait Permukaan adalah satu sifat yang dapat dikenalpasti daripada tingkahlaku manusia secara
langsung. Contoh, trait cergas dapat dilihat daripada pemaparan tingkahlaku sseperti cekap, tidak
mudah dipengaruhi, teratur, tidak mudah akur kepada perintah orang lain dan beberapa sifar yang lain.
ii) Trait Sumber adalah sifat yang tidak dapat dilihat secara terus terang daripada tingkahlaku manusia
tetapi boleh dikenalpasti melalui kaedah analisis faktor. Trait Sumber memperihalkan hubungan yang
wujud di antara beberapa tingkahlaku dan trait inilah yang membentuk dimensi bebas dan yang
berkeseluruhan dalam personaliti manusia.
Cartell juga menyatakan bahawa manusia bukanlah satu entiti yang statik sebaliknya tingkahlaku
manusia sentiasa diarahkan terhadap sesuatu matlamat. Boleh dikatakan bahawa manusia adalah
organisma yang bermotivasi, berasaskan kepada:-
i) Ergs atau kecenderungan sejadi, contoh seks, keselamatan dan ketegasan
ii) Sentimen iaitu tingkahlaku yang ditentukan oleh persekitaran. Kuat bekerja untuk berjaya
adalah contoh sentimen
iii) Sikap yang diperihalkan oleh kekuatan keinginan terhadap sesuatu aksi
Sikap adalah tenaga memuaskan sentimen dan sentimen pula adalah tenaga untuk mencapai keperluan-
keperluan ergs.
Perkembangan diri ke arah kesempurnaan (Teori Behaviorisma)
Menurut Carl Rogers manusia sentiasa mencari kesempurnaan diri dan sentiasa berusaha untuk
mencapainya. Setiap manusia mempunyai kebolehan yang berbeza tetapi ada beberapa suasana atau
keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif iaitu:-
i) Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran
ii) Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat
iii) Kefahaman yang mendalam

Abraham Maslow pula melihat manusia sebagai insan baik dan mempunyai dorongan sejadi untuk
berkembang kearah kesempurnaan kendiri dalam bentuk hierarki yang mempunyai keutamaan tertentu.
Manusia akan bergerak dari bawah hierarki hingga mencapai tahap tertinggi yang terdaya olehnya.
i) Keperluan paling asas untuk hidup adalah udara, air, makanan dan tempat tinggal
ii) Setelah itu manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat
dan undang-undang sesrta bebas dari ancaman.
iii) Untuk keperluan kasih sayang, manusia perlukan hubungan dengan insan lain.
Sememangnya manusia tidak boleh hidup berseorangan.
iv) Kehendak kepada penghargaan diri, penghormatan, sanjungan dan mengharapkan status
dalam hidup untuk membolehkan manusia merasa mempunyai hargadiri, berkebolehan dan
berguna kepada masyarakat.
v) Akhir sekali adalah keinginan untuk mencapai kesempurnaan kendiri yang akan
menyebabkan kegelisahan jika individu berkenaan tidak berusaha ke arahnya.

Konsep pendekatan sifat dan personaliti


Percubaan baru untuk mengetahui trait asas bertumpu kepada teknik statistik yang dikenali sebagai
Analisa Faktor. Analisa Faktor merupakan ringkasan perhubungan diantara pelbagai angkubah kepada
yang lebih menyeluruh. Menggunakan Analisa Faktor Raymond Cartell mencadangkan bahawa
tingkahlaku seseoranga boleh dikaji dalam sesuatu situasi yang tertentu mewakili 46 Trait Permukaan.
Walaubagaimanapun Trait Permukaan tidak semestinya menunjukkan personaliti tertentu seseorang
dan ia telah diperhalusi kepada 16 sifat yang dekenali sebagai Trait Sumber

Bersendiri Bebas
Kurang bijak Lebih bijak
Terganggu perasaan Emosi stabil
Memerima Menguasai
Serious Ceria
Pantas Berhati-hati
Malu Suka cabaran
Tegas Sensitif
Mempercayai Waspada
Praktikal Berimijinasi
Berterus terang Tajam akal
Yakin diri Bimbang
Sukakan tradisi Gemar mencuba
Bergantung Bersendirian
Tidak terkawal Terkawal
Santai Tegang
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Menurut Hans Eysenck beliau mendapati bahawa personaliti lebih baik diterangkan dalam dua bentuk;
introvert-ekstrovet dan neurotisma-stabil.

Di hujung dimensi introvert-ekstrovert adalah individu yang senyap, berhati-hati, banyak berfikir serta
patuh manakala disatu hujung yang lain adalah mereka yang aktif, senang bergaul dan bebas.

Diantaranya adalah mereka yang dikatakan sebagai neurotis mudah tersentuh, sensitif dan berangin dan
juga mereka yang stabil tenang, boleh dipercayai dan mempunhyai mood yang seimbang.

Dengan menilai individu disepanjang dua dimensi ini Eysnck dapat menjangkakan tingkahlaku dengan
tepat dalam berbagai jenis situasi yang berbeza

Adalah lebih mudah untuk menerangkan ciri-ciri tersebut dalam bentuk rajah seperti di bawah

NEUROTIS
Moody Touchy
Bimbang Resah
Teguh Agresif
Tenang Mudah terangsang
Mudah putus harap Bertukar-tukar
Pendiam Mendesak
Menyendiri Tinggi keyakinan
Diam Aktif

INTROVERTD EXTROVERTD

Pasif Mudah bergaul


Berhati-hati Berani mencuba
Tajam fikiran Banyak bercakap
Aman Cepat bertindak
Terkawal Ambil Mudah
Dipercayai Ceria
Mood terkawal Bebas
Tenang Kepimpinan
STABLE

Anda mungkin juga menyukai