Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana berfokus ianya

kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan

ditujukan kepada setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah

pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur.

ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu: A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S = State objective ( Nyatakan Objektif ) S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ) U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)
1

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran.

2.0

MODEL REKA BENTUK ASSURE Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan

setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi

matapelajaran Sains Tahun 5. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 5 Aishah yang memiliki seramai 30 orang pelajar.

2.1

Analisis Pelajar (Analyze Learners) Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran

berlaku. Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :2.1.1 Ciri-ciri umum pelajar

Tajuk pembelajaran Sains Tahun 5 Aishah adalah Rantai Makanan yang diambil dari sukatan pelajaran Sains Tahun 5. Pelajar berumur 11 tahun. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kecerdasan yang Tinggi dan

sederhana. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Kebanyakan mereka adalah anak kepada

penduduk sekitar Bandar Bintulu yang rata-rata menjalankan kerja di syarikat-syarikat swasta dan dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah
2

terdedah kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka memerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1.2 Kompetensi khusus peringkat masuk Guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar, selain daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupun pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar merujuk kepada aras kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar. Di sini murid-murid sememangnya telah sinonim dengan hidupan semulajadi, tetapi mereka tidak tahu tentang perkaitan makanan antara hidupan tersebut yang mengandungi hubungan dari segi pemakanan. Mereka boleh menyebut pelbagai jenis hidupan tetapi tidak tahu tentang kumpulan makanan yang saling berkait dan saling memerlukan di antara satu sama lain..

2.1.3 Stail / Gaya Pembelajaran Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun pergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan

berkesan. Kami mendapati murid-murid kami lebih cenderung kepada

penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan. 2.2 Nyatakan Objektif Pembelajaran

Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) , peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkara penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan sebagai contoh :Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat : 1. Menyanyi mengikut lagu dengan baik dan berbual tentang hubungan makanan dengan pelbagai haiwan dan tumbuhan. Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana penglibatan semua pelajar dapat menyanyi dengan gembira dengan seni kata yang dibekalkan oleh guru. Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara yang terdapat dalam CD yang ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru.

2. Mengkelaskan contoh rantai

haiwan dengan hubungan makanan dan

menulis makanan

makanan dengan betul mengikut kumpulan

dengan menggunakan cara yang betul.Peringkat ini dilihat pada langkah ketiga, pelajar dapat melengkapkan contoh- contoh rantai makanan

berdasarkan pengkelasan yang diberi mengikut kumpulan.

3. Membina rantai makanan berpandukan habitat dan hidupan yang diberi untuk dijadikan buku skrap. Peringkat ini dapat dilihat pada langkah 4, murid bekerjasama menggunting dan melengkapkan 5 rantai makanan dari habitat yang

berlainan menggunakan gambar yang diberi dan mereka memastikan hasil kerja dibuat (buku skrap rantai makanan ) dengan baik dan kemas.

4. Membina rantai makanan sekurang-kurangnya mengikut pengkelasan makanan dengan betul. Peringkat ini juga dilihat pada langkah 4, di mana murid dalam satu kumpulan akan membina rantai makanan berdasarkan setiap gambar yang ditampal mengikut pengkelasan makanan. Di peringkat ini, pelajar cuba membina rantai makanan dengan betul.

5. Menjelaskan 1 kepentigan rantai makanan kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Peringkat ini dilihat pada langkah kelima, pelajar cuba memberi 1 penjelasan tentang kepentingan rantai makanan kepada manusia secara lisan.

2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods) 2.3.1 Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang

digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi. Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran Nyanyian dan demonstrasi. Guru menyuruh murid-murid menyanyi mengikut lagu bangau oh bangau.

Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana membina rantai makanan untuk mengkelaskan makanan mengikut kepada kumpulannya. Guru juga menunjuk cara membuat dan melengkapkan buku skrap kepada murid supaya murid dapat mempraktikkan untuk membuat buku skrap bagi kumpulan masing-masing. Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk

melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan.

2.4 Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media) 2.4.1 Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung Di dalam

kepada isi pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar.

pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan CDRom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar. Ia juga dapat menggalakkan penglibatan keseluruhan pelajar. Penggunaan CDROM dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Guru memasang CD yang mengandungi lagu Bangau oh Bangau dengan tujuan menarik minat murid terhadap pengaajaran dan pembelajaran ketika itu. Malah isi kandungan yang ditayangkan itu juga membantu guru untuk mengajak murid bertanya dan bersoal jawab bagi memudahkan pendekatan kepada memperkenalkan tajuk waktu itu iaitu Rantai makanan. 2.4.2 Selain daripada penggunaan CD-ROM, guru juga menggunakan slaid powerpoint bagi menarik minat pelajar dan mereka dapat

melihat dengan sebenarnya tentang rantai makanan ini.

Melalui penggunaan ini juga murid dapat mencatat contoh-contoh rantai makanan disamping menarik minat murid dengan variasi gambar haiwan dan tumbuhan yang berwarna-warni. Pengulang slaid boleh dilakukan sendiri oleh murid dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin melihat berulang kali contoh-contoh rantai makanan tersebut.

2.5 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials) 2.5.1 Pemilihan media yang berasaskan teknologi pengajaran sebagai Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan

penggunaan bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika

menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.

2.6 Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material) 2.6.1 Memilih, mengubahsuaikan atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk

menentukan media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk melaksanakan tugasan ini, kaedah soal jawab, dan
7

perbincangan dan digunakan bagi member kefahaman kepada pelajar.

Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dipilih kerana

Perbincangan

dalam rancangan pengajaran ini. Kaedah ini

bersesuaian dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina rantai makanan dan buku skrap. Soal jawab

Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di

dalam rancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan dengan isi pelajaran dengan tujuan : i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir Keadah ini digunakan di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dipilih ini. Demonstrasi soalan yang berkaitan

Demonstrasi adalah kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar. Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran yang perlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat peta minda dan buku skrap.

Penggunaan CD dan slaid powerpoint media ini digunakan ketika set induksi ,latihan

Penggunaan

seperti kuiz dan sesi soal jawab bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus idea buat pelajar.

2.7 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation) 2.7.1 Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu

berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, serta projek. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat

memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam

kumpulan. Untuk aktiviti seterusnya , murid-murid diminta membina rantai makanan berdasarkan gambar di dalam buku skrap.

2.8 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise) 2.8.1 Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat

memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.


9

Oleh

yang

demikian, rancangan

guru

boleh

menilai yang

sejauh dibuat

mana

keberkesanan

pengajaran

terhadap

pengajaran dan pembelajaran pelajar tahun 5 Aishah . Antaranya adalah seperti berikut: 2.8.2 Penilaian sebelum pembelajaran. Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar semasa sesi pembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis baru dibuat ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajar dapat bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secara lisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut melalui bahan gambar.

2.8.3 Penilaian semasa pembelajaran Penilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2 pengajaran hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukan pembelajaran aktif. Dalam setiap langkah pengajaran yang dilakukan, telah dapat dikenalpasti pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut dengan melihat kemampuan mereka memberi respon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, penerangan semasa pengajaran dapat dibuat, menjurus kepada memberi pemahaman pelajar yang bermasalah.

2.8.4 Penilaian setelah pembelajaran Penilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan dengan memberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta meminta pelajar menyatakan kepentingan rantai makanan mengikut

pemahaman murid.

10

2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teachers plan) 2.9.1 tentang Penilaian sesuatu ialah proses membuat pertimbangan nilai perkara. Keputusan penilaian akan

mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Namun keputusan ini bukan diambil apabila telah berakhir. semuanya iaitu

Ia berlaku sepanjang proses pengajaran

sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan dengan Penilaian

kandungan, kaedah dan media yang digunakan.

diumpamakan sebagai cara untuk menuju ke garis penamat.

2.9.2 Menilai media dan kaedah Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus

dijalankan. Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan : a) b) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ? Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran ? c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan

dengan cara yang betul ? d) e) Adakah suasana pembelajaran selesa ? Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ?

11

2.9.3 Menilai pencapaian pelajar Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan

lembaran kerja untuk menilai keberkesanan pengajaran yang telah disampaikan. Walaupun tugasan hanya diberi pada akhir pengajaran, pelajar pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untuk mencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah yang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan. Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikan bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid

terhadap proses pengajaran yang telah berlaku.

12

RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan

penggunaan media, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini dibandingkan dengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih baik . Model SIM hanya menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isi pelajaran dan persekitaran sahaja tanpa mengambilkira kaedah dan penggunaan media. Penggunaan media dan alat tidak dititik beratkan dalam model ini, jadi keberkesanan proses pengajaran tidak dapat dimaksimumkan.

RUJUKAN 1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza


13

Publishing Sdn.Bhd.

2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan Fajar Bakti.

3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.

6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

14

Anda mungkin juga menyukai