Anda di halaman 1dari 12

KUTU RAMBUT

1. Nama saintifik serangga ini dikenali dengan nama Pediculus humanus


capitis

2. Ciri-ciri morfologi Pediculus humanus capitis
Kutu rambut dewasa berbentuk pipih dan memanjang, tidak ada sayap,
kepala berbentuk segitiga, segmen toraks toraks menyatu berwarna putih abu-
abu, kepala ovoid bersudut, abdomen terdiri dari 9 ruas, Thorax dari khitir
seomennya bersatu. Pada kepala tampak sepasang mata sederhana disebelah
lateral, sepasang antenna pendek yang terdiri atas 5 ruas dan proboscis, alat
penusuk yang dapat memanjang. Tiap ruas thorax yang telah bersatu
mempunyai sepasang kaki kuat yang terdiri dari 5 ruas dan berakhir sebagai satu
sapit menyerupai kait yang berhadapan dengan tonjolan tibia untuk berpegangan
erat pada rambut. (Rikasetiyo, 2007)
Kutu rambut jantan berukuran 2 mm, alat kelamin berbentuk seperti huruf V.
Manakala kutu rambut betina berukuran 3mm, alat kelamin berbentuk seperti
huruf V terbalik. Pada ruas abdomen terahir mempunyai lubang kelamin di
tengah bagian dorsal dan 2 tonjolan genital di bahagian lateral yang memegang
rambut untuk melekatkan telur. Jumlah telur yang diletakkan selama hidupnya
kira-kira 140 butir (Brown, H.W dalam Rikasetiyo, 2007).










Kutu rambut jantan/betina.

Telur, 'nit' dalam bahasa Inggeris (ada menggunakan nama 'nit' untuk kutu
kepala juga), berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur,
tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk
dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit
telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan
betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan
jenis.

3. Kekunci dikotomi Pediculus humanus capitis.

Alam Animalia
Filum Artropod
Kelas Insecta
Order Phthiraptera
Suborder Anoplura
Genus Pediculus
Keluarga Pediculidae
Spesies P.Humanus

Kitar Hidup kutu rambut.
Kutu kepala menyerang pada kulit kepala. Parasit-parasit ini makan dengan
menghisap darah perumah mereka. Kutu betina menghasilkan telur yang melekat
kepada bahagian bawah lembaran rambut. Telur kutu ini akan menetas dalam masa
8 -10 hari dan menjadi matang dalam masa 2 minggu dan seluruh kitar hidup akan
bermula lagi.

























Keterangan Gambar
a. antena
b. kuku tarsus
c. mata
d. ferns
e. tibia
f. torax
g. spirakle
h. segmen abdomen
i. lempeng pleural dengan spirakle abdomen


4. Adaptasi 'Cimex Lectularias' terhadap persekitaran
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup
dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini
selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas
selepas lebih kurang 8 hari.

Cara kutu kepala berjangkit.
Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut
yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut,
topi, bantal dan tuala. Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang
jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu
kepala kepada yang lain. Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-
kanak berusia empat tahun hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-
sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah. Sebagai ibu-
bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga
mendedahkan anda kepada risiko.
Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih
gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam
rambut kesemua jenis, kepanjangan dan kondisi. Kadangkala orang menyangka
yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan
tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak
tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan.

Cara menghapuskan kutu kepala.
Malangnya, tiada jawapan mudah untuk penyelesaian cepat baginya. Kutu
kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap setengah daripada racun kimia
yang dicipta untuk memusnahkannya, jadi tiada jaminan yang syampu rawat
guna sekali akan menghapuskannya untuk selama-lamanya.
Cuba guna samada rawatan kimia untuk menghapuskan telur hidup dan
rawatan sikat rambut basah untuk semua keluarga atau rakan rapat bagi
memeriksa jangkitan yang mungkin ada dan merawat jika perlu (lihat Rawatan
Kimia, di bawah), atau menggunakan cara pemusnahan yang menghapuskan
semua kutu hidup dengan menyikat-basah .
Pencegahan
1. Elakkan daripada berkongsi berus, sikat dan aksesori rambut dan
sebagainya.
2. Elakkan daripada berkongsi tuala.
3. Jangan menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga
mereka telah dirawat dengan sempurna.







PEPIJAT







Rajah 1: Pepijat

1. Nama saintifik serangga ini dikenali dengan nama 'Cimex Lectularias'.

2. Ciri-ciri morfologi pepijat.
I. Saiz 0.2 panjang dan 0.125 lebar.
II. Warna coklat kemerahan
III. Berbentuk oval dan sangat leper.
IV. Mulut berjarum kecil untuk menucuk mangsa bagi menghisap darah
V. Telur berbentuk panjang dan dilekatkan berhampiran tempat mangsa
tidur
VI. Pepijat betina bertelur 2 biji sehari dan mampu menghasilkan 200 biji
telur selama hayatnya.
VII. Telur menetas sekitar 6-17 hari dan melahirkan anak pepijat yang tidak
berwarna.
VIII. Keadaan asas digemari ialah gelap dan terlindung.











Kitaran hidup 'Cimex Lectularias'
3. Kekunci dikotomi 'Cimex Lectularias'.

Alam Animalia
Filum Arthropoda
Kelas Insecta
Order Hemiptera
Suborder Heteroptera
Infraorder cimicomorpha
Super keluarga Cimicoidea
Keluarga Cimicidae


4. Adaptasi 'Cimex Lectularias' terhadap persekitaran

Sekali pandang bentuk serangga ini memang geli dan menggerunkan.
Tetapi itulah bentuk dan rupa sebenar serangga yang dahaga darah haiwan
dan manusia. Nama panggilan biasa bagi serangga ini ialah 'Pepijat'.
Kategori serangga ini tidak bersayap, berwarna coklat dan memiliki bentuk
tubuh badan yang nipis.Sesiapa mungkin boleh menjadi mangsa pada waktu
malam kerana pada waktu itu serangga ini akan keluar untuk mencari
makanan. Makanan utamanya ialah darah, tidak kira darah haiwan atau
manusia.









Rajah 2 : Kesan gigitan Pepijat
Kulit mangsa akan mula terasa gatal secara berterusan setelah digigit
oleh serangga ini, yang akan mengakibatkan bengkak kecil dibeberapa
bahagian yang digigit. Pembiakan serangga ini mungkin sukar dikawal jika ia
dibiarkan. Ia boleh membiak dengan lebih cepat dan akan bertambah dalam
jumlah yang banyak dari masa ke semasa. Jika dibiarkan serangan serangga
ini akan mula merebak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Bilik-bilik
yang berhampiran dengan kawasan yang dijangkiti juga akan menjadi tempat
pembiakan baru serangga ini.
Jadi sesiapa yang berhadapan dengan masalah ini haruslah
mengambil berat sebelum keadaan bertambah buruk. Rawatan kawalan
serangga perlu diberikan pada bahagian yang terlibat agar semua pembiakan
serangga pepijat ini dapat dihapuskan. Selain itu juga kebersihan juga perlu
dijaga setiap masa terutamanya pada kawasan pembiakan serangga ini
membiak. Apa yang membimbangkan pepijat yang bersarang di celah-celah
tilam atau bantal yang digunakan juga mewujudkan perasaan yang kurang
selesa kepada mangsa. Mereka mula menyerang semasa mangsa sedang
tidur.
Kepada yang mengalami masalah ini tidak seharusnya dibiarkan.
Masalah ini masih boleh diatasi dengan beberapa kaedah rawatan untuk
menghapuskan pembiakan serangga ini merebak.
Di antara kaedah dan kawalan untuk menghapuskan pembiakan
serangga ini ialah dengan melakukan semburan racun serangga 'Cislin'.
Rawatan yang dijalankan harus dilakukan oleh pihak Pengendali racun
serangga yang telah mahir dan memiliki lesen pembantu dan pemakai racun
untuk mengendalikan kerja-kerja pembasmian serangga.







KUMBANG ROVE







Staphylinidae
1. Nama saintifik serangga ini dikenali dengan nama Staphylinidae.

2. Ciri-ciri morfologi kumbang rove.

I. Mempunyai saiz kurang 1 cm panjang.
II. Badannya bewarna kuning kemerahan gelap, manakala bahagian atas,
bawah abdomen dan kepala bewarna gelap.
III. Bahagian tengah abdomen yang bewarna hijau tua mempunyai
sepasang sayap keras dikenali sebagai elitron.
IV. Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat
kemas .
V. Kumbang ini merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan
menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai
semut.
VI. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikkan bahagian abdomen
supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menkutkan musuh.











3. Kekunci dikotomi Staphylinidae.

Alam Animalia
Filum Arthropoda
Kelas Insecta
Order Coleoptera
Suborder Polyphaga
Infraorder Staphyliniformia
Super keluarga Staphylinoidea
Keluarga Staphylinidae


4. Adaptasi Staphylinidae terhadap persekitaran.

I. Kitaran hidup.

Kumbang Rove mempunyai kitaran hidup sempurna dari telur , larva ,
pupa dan dewasa . Fasa telur diletakkan di tempat yang banyak terdapat
makanan untuk perkembangan fasa larva dan kelompokan telur diletakkan di
tanah lembab ataupun tanah kompos . Larva sangat aktif dalam mencari
makan di habitat yang lembap dan material organik , beberapa spesies
dikenali sebagai pemangsa serangga kecil lain , dan beberapa spesies lain
sebagai pemakan cendawan , alga dan mulsa tanaman . Fasa pupa kumbang
rove ini akan berada di kawasan yang lembab dan tanah kompos . Dewasa
kumbang rove mempunyai bentuk pipih memanjang dengan saiz 7 s / d 10
mm . Sayap depan yang mengeras dipergunakan untuk perisai sedangkan
sayap telus dipergunakan untuk terbang .






II. Perilaku dan tempat hidup.

Seperti dijelaskan di atas kumbang rove dewasa membiak di tanah
kompos basah dan lembab . Menurut laporan FAO ( 1994 ) , kumbang ini
berperanan sebagai pemangsa atau musuh alami bagi perosak tanaman padi
( wereng coklat ) . Namun menurut Kalshoven ( 1981 ) kumbang rove tidak
berkesan sebagai pemangsa kerana sifatnya yang polifagus .Populasi
kumbang ini meningkat pesat apabila pada bulan akhir musim hujan ( Mac
dan April ) dan akan berkurangan setelah memasuki musim kemarau .
Beberapa laporan menyebutkan bahawa peningkatan pesat populasi
kumbang ini dikaitkan dengan fenomena el Nino di beberapa Negara.

III. Penyebaran.

Kumbang rove dewasa berpindah dari habitat utamanya dengan
berjalan diatas permukaan tanah. Kumbang ini tertarik dengan cahaya lampu
pijar maupun neon pada malam. Oleh itu kumbang rove ini gemar memasuki
rumah kediaman , bangunan komersial dan kemudahan - kemudahan awam
lain . Seiring dengan banyaknya pembangunan bangunan , kediaman , dan
bangunan - bangunan komersial membuat habitat alami kumbang ini menjadi
kurang dan kerana itu kumbang ini boleh bersentuhan dengan kehidupan
manusia .

IV. Pengaruh terhadap kesihatan.

Kumbang rove yang awalnya tidak menganggu kehidupan manusia
berubah menjadi perosak apabila memasuki rumah kediaman manusia
terutama menjelang waktu malam apabila lampu mula dinyalakan . Pintu ,
tingkap , pengudaraan udara yang tidak di lindungi dengan penghalangg
serangga akan menjadi akses utama kumbang ini masuk ke dalam tempat
tinggal manusia .
Kumbang ini tidak menggigit ataupun menyengat . Sekiranya serangga
ini terkena permukaan kulit secara sengaja atau tidak akan menyebabkan
iritasi ringan sampai berat ( Paederus dermatitis ) . Ketika badan kumbang ini
pecah pada kulit ,ia akan mengeluarkan cecair hemolimfe yang mengandungi
pederin ( C25H45O9N ) yang bersifat toksin terhadap kulit . Reaksi kulit jika
terkana cecair ini akan muncul gejala seperti gatal - gatal , rasa terbakar , dan
bintik-bintik kemerahan .
Tindakan pertama jika tidak sengaja kumbang ini melekat pada kulit
kita hindarkan untuk tidak menyapu, menggencet , atau memukul binatang
tersebut diatas kulit kita , biarkan kumbang ini pergi dengan jalan ditiup atau
dipindahkan dari kulit kita memakai bahan tertentu ( secarik kertas atau yang
lain ) dengan tujuan agar hemolimfe yang ada ditubuh kumbang tersebut tidak
pecah terpapar pada kulit kita dan akan cuci bersih dengan air dan sabun
sehingga jangkitan dapat dicegah . Pakaian ataupun peralatan yang terkena
kumbang ini agar segera di cuci bersih .
Tindakan pertolongan pertama jika terkena hemolimfe kumbang ini
basuh dengan air dan sabun untuk meminimumkan pederin yang masuk ke
jaringan kulit . Sangat disyorkan untuk segera berunding dengan para
perubatan atau doktor untuk mendapatkan rawatan khusus kerana reaksi
pada kulit akan muncul antara 12 atau 36 jam selepas terkena cecair tersebut
yang boleh menyebabkan dermatitis diikuti dengan keradangan disekitar kulit
sehingga menjadi ruam kemerahan dan akhirnya melepuh .











Rajah 4 : Kesan terkena cecair himolimfe

Anda mungkin juga menyukai