Anda di halaman 1dari 7

1

Kuliah 10 - Pemimpin Dan Penjajahan Thailand Mongkut dan Chulalongkorn Imperialisme kuasa barat di Asia Tenggara begitu giat di sekitar abad ke 19. Perancis sesang meluaskan pengaruhnya di Indochina, British di Tanah Melayu dan Burma, Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Siam merupakan satu-satunya negara yang tidak pernah dijajah secara langsung oleh sebarang kuasa Barat menjelang abad ke 19 dan akhirnya berjaya mengekalkan kemerdekaannya. Raja Mongkut telah meletakkan asas permodenan Siam manakala Raja Chulalongkorn bertanggungjawab bagi meneruskan permodenan tersebut. Kedua-duanya sedar bahawa permodenan Siam adalah perlu bagi memelihara kemerdekaannya. Terdapat beberapa faktor yang membantu Siam untuk mengekalkan kemerdekaannya. Pada umumnya, kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Siam merupakan faktor penting pengekalan kemerdekaan Siam. Dasar buka pintu yang diasaskan oleh Mongkut (1851-1868) dan kemudiannya diteruskan oleh Chulalongkorn (1868-1910) merupakan asset kepada pengekalan kemerdekaan Siam. Sebaik sahaja menaiki takhta; Raja Mongkut telah menamatkan dasar isolasi tradisional Siam dengan membuka pintu kepada negara-negara barat.

Dasar buka pintu ini bermula dengan perjanjian persahabatan dan perdagangan (Perjanjian Bowring) yang ditandatangi di antara Raja Mongkut dan Sir John Bowring pada 18.4.1855. Malahan menurut D.G.E. Hall, "Siam lebih banyak terhutang budi kepada Mongkut daripada sebarang orang lain bagi ke-jayaan mengekalkan kemerdekaannya". Mongkut yakin sekiranya Siam mengamalkan dasar isolasi tradisionalnya, Siam akan dibuka secara paksa oleh kuasa-kuasa asing seperti yang berlaku di China, Vietnam dan Burma. Implikasi dasar buka pintu tersebut, Mongkut ialah mengadakan hubungan dengan semua kuasa barat di Asia Tenggara. Siam telah menandatangani perjanjian Bowring dengan British pada 1855, Amerika Syarikat 1855, Perancis 1956 Denmark 1858, Holland 1860 dan Prusia 1862. Raja Chulalongkorn telah meneruskan dasar 'buka pintu' Raja Mongkut. Raja Chulalongkorn telah menandatangani perjanjian persahabatan dan perniagaan dengan Belgium, Italy, Norway dan Sweden pada tahun 1868 dan dengan Jerman pada tahun 1872. Dasar ini menjadikan negara-negara Barat mempunyai kepentingan tertentu dan menyukarkannya untuk campur tangan di Siam Tindakan Mongkut dan Chulalongkorn memodenkan sistem pentadbiran Siam juga telah mengurangkan kemungkinan campur tangan kuasa asing di Siam. Untuk memodenkan sistem pentadbiran Siam Mongkut telah mengupah 80 orang penasihat Eropah untuk membantu menyusun perkhidmatan kerajaan.

Chulalongkorn pula telah meneruskan dasar ayahnya, menggajikan penasihat-penasihat barat bagi memodenkan pentadbiran Siam Struktur pentadbiran lama telah digantikan oleh dua belas buah kementerian. Pada tahun 1892, seluruh pentadbiran Siam diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Putera Damrong yang menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri telah men-iadi penasihat utama Raja Chulalongkorn. Raja Chulalongkorn telah mewujudkan perbendaharaan moden di Siam dengan bantuan penasihat kewangan British. Sistem cukai langsung turut diperkenalkan pada tahun 1892. Jabatan Kastam dan Hasil Dalam Negeri turut disusun semula dan satu sistem audit serta akaun yang teratur telah diperkenalkan. Raja Chulalongkorn juga turut mengasaskan satu sistem perundangan moden dengan bantuan Rolin Jaquemins. Menjelang tahun 1894, satu sistem mahkamah jenayah dan awam telah diasaskan. Tindakan Mongkut menghapuskan amalan tradisi, seperti berlutut di hadapan Raja merapatkan hubungannya dengan Barat. Beliau telah memberi kebenaran kepada orang asing untuk memberi penghormatan mengikut cara mereka sendiri. Dasar liberal Mongkut ini, membuatkan orang asing menghormati beliau dan secara tidak langsung menolak kemungkinan perbalahan dengan orang asing seperti yang berlaku di Burma dan China.

Mongkut sering bergaul dengan rakyat dan menggalakkan rakyat memandang wajahnya. Raja Chulalongkorn pula telah menghapuskan adat sujud di hadapan Raja semasa pertabalannya sebagai Raja Siam pada tahun 1873. Beliau juga telah menghapuskan sistem perhambaan dan menegaskan bahawa semua bentuk pekerjaan mestilah dibayar dalam bentuk upah. Pengalaman Raja Mongkut sebagai seorang sami Buddha selama 27 tahun membolehkannya mengamalkan sikap toleransi terhadap agama lain. Mongkut dan Chulalongkorn juga telah memberi kebebasan kepada mubaligh-mubaligh Kristian untuk menjalankan aktiviti mereka di Siam. Dasar toleransi agama Mongkut dan Chulalongkorn ini mengurangkan

ketegangan antara Siam dengan kuasa-kuasa asing. Malahan salah satu sebab campur tangan Perancis di Vietnam ialah akibat layanan buruk kerajaan Vietnan terhadap mubaligh-mubaligh Perancis. Raja Mongkut berjanji untuk memberikan perlindungan kepada semua orang Kristian Siam daripada ditindas oleh Gabenor Wilayah. Dasar ini kemudiannya telah diteruskan oleh Raja Chulalongkorn. Dalam tahun 1878, beliau telah mengeluarkan satu perintah yang menjadikan tolak ansur dalam agama sebagai undang-undang. Pembaharuan dalam sistem pendidikan juga merupakan antara

pembaharuan sosial yang turut dilakukan oleh Raja Mongkut. Beliau telah mengupah orang Barat untuk mengajar anak golongan bangsawan dan kerabat diRaja tentang bahasa Eropah dan ilmu sains barat.

Untuk anaknya sendiri, Raja Mongkut telah mengupah seorang pengasuh iaitu Anna Leonowens bagi mengajar mereka pelajaran bahasa Inggeris, sains, kesusasteraan dan sejarah. Raja Chulalonglongkorn pula kemudiannya telah bertindak meluaskan dasar ini dengan membina sekolah-sekolah. Sekolah yang ditubuhkan ialah sekolah bagi kaum bangsawan (1875), Maktab Raja dan sebuah sekolah untuk rakyat biasa di Bangkok (1884). Beliau juga telah menghantar seramai kira-kira 300 orang pemuda Siam ke negara Barat pada setiap tahun bagi melanjutkan pelajaran. Bagi memajukan perdagangan Siam, Raja Mongkut telah meningkatkan kemudahan awam di Siam. Beliau membina perhubungan dalam negeri seperti jalan raya, terusanterusan dan jambatan-jambatan untuk menghubungkan kawasan-kawasan pengeluaran dengan Menam Chao Phraya. Pada zaman Raja Chulalongkorn pula, beliau telah meperbaiki sistem perhubungan Siam seperti memulakan pembinaan jalan keretapi dan meng-adakan perkhidmatan pos dan telegraf. Jalan keretapi yang pertama telah dibina untuk menghubungkan Bangkok dengan Paknam dalam tahun 1873. Kemudiannya dalam tahun 1897, jalan keretapi yang menghubungkan Bangkok dengan Ayuthia turut dibina. Selain Dasar pentadbiran Mongkut dan Chulalongkorn, persaingan British dan Perancis turut membantu mengurangkan ancaman ke atas Siam. Pada abad yang ke 19 British telah memperluaskan kuasanya di Burma dan Tanah Melayu manakala Perancis di Indochina.

British dan Perancis ingin mengekalkan Siam sebagai negara penampan (buffer state) bagi membataskan lingkungan pengaruh politik masingmasing. Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada tercetusnya sebarang pertempuran sesama mereka. Walaupun Siam berjaya mengekalkan kemerdekaannya, namun dia terpaksa menyerahkan beberapa wilayahnya kepada British dan Perancis. Pada tahun 1867, Raja Mongkut telah menandatangani perjanjian dengan Perancis ekoran dasar Perancis memperluaskan pengaruhnya di Kemboja. Bagi mengelakkan daripada pertempuran, Siam menyerahkan hak pertuanannya kepada Kemboja. Di zaman Chulalongkorn pula, beliau telah menyerahkan wilayah Sip Song Chu Thai di Laos Utara kepada Perancis pada tahun 1888. Kemudiannya beliau telah menyerahkan Sg. Mekong termasuk Luang Prabang pada tahun 1893 dan Battambangdan Simriep pada tahun 1907 kepada Perancis. Dalam tahun 1909, melalui perjanjian Bangkok, Chulalongkorn telah menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) kepada Inggeris. Kerelaan Siam, khususnya Mongkut dan Chulalongkorn menyerahkan

wilayah-wilayahnya kepada Perancis dan British telah membantu Siam menjadi negara yang merdeka Pembukaan Siam kepada kuasa-kuasa Barat telah mengakibatkan keruntuhan ekonomi sara diri tradisional dan mula munculnya sistem ekonomi wang.

Beras, gula dan kayu jati muncul sebagai eksport-eksport Siam yang penting. Raja Mongkut juga telah menubuhkan sebuah kilang wang dalam tahun 1861. Chulalongkorn pula telah menggalakkan perkembangan ekonomi moden di Siam sehingga perdagangan Siam bertambah pesat. British merupakan penanam modal yang terbesar di Siam. Bank-bank British telah ditubuhkan di Bangkok di antara tahun 1888-1894 dan sebuah bank Perancis telah ditubuhkan pada tahun 1897. RUMUSAN Secara umumnya, dapatlah dirumuskan bahawa usaha-usaha

permodenan yang dilaksanakan oleh Mongkut walaupun dianggap penting tetapi adalah terhad. Siam masih merupakan sebuah negara yang mundur ketika Mongkut mangkat dalam tahun 1868. Raja Chulalongkorn dapat dianggap lebih bertanggungjawab bagi permodenan Siam yang sebenarnya. Beliau mempercepatkan proses permodenan yang telah diasaskan oleh ayahnya dengan melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang lebih radikal dan meluas.

Anda mungkin juga menyukai